You are on page 1of 9

Perakuan ke 6

Pendedahan murid-murid kepada bidang teknik dan vokasional di peringkat menengah


rendah amatlah terpisah sehinggakan ia merupakan suatu usaha ke arah pengkhususan. Oleh
yang demikian adalah diperakukan supaya kurikulum matapelajaran-matapelajaran elektif di
peringkat ini diubah pada strukturnya. Sukatan pelajaran-sukatan pelajaran yang ada
hendaklah digubal semula dengan tujuan supaya pendedahan murid-murid kepada pelajaran
teknik dan vokasional tidak hanya terhad kepada bidang satu matapelajaran elektif sahaja
tetapi juga kepada ilmu pengetahuan yang penting dari bidang-bidang elektif lain.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran - 1979

47. Dengan adanya pendidikan bercorak aneka jurusan murid-murid di peringkat


menengah rendah diberi peluang untuk mengambil satu matapelajaran elektif di samping
mendapatkan pendidikan umum. Tujuannya ialah untuk memberi murid-murid peluang
samarata mendapatkan pendidikan di samping mengadakan juga peluang bagi mereka untuk
memilih satu bidang pelajaran pra voksional mengikut kecendurungan, bakat dan minat
mereka masing-masing. Namun demikian adalah didapati bahawa tujuan mengadakan
peluang kepada murid-murid untuk memilih satu matapelajaran elektif mengikut
kecendurungan, bakat dan minat mereka sendiri telah tidak tercapai sepenuhnya kerana
terdapat kekurangan kemudahan untuk mengajar matapelajaran tersebut. Walaupun bilangan
murid-murid yang mengambil matapelajaran elektif telah meningkat tetapi kebanyakan
daripada mereka tidak mengambilnya melalui pilihan yang dibuat sendiri tetapi berasaskan
kepada kemudahan dan keupayaan yang terdapat di sesebuah sekolah itu. Di samping itu
pengajaran matapelajaran elektif seperti yang dijalankan sekarang menekankan ciri -ciri
pengkhususan dalam bidang elektif yang di ambil sahaja tanpa dihubungkaitkan dengan
pengetahuan dari bidang-bidang elektif yang lain. Oleh kerana itu pelaksanaan pengajaran
matapelajaran elektif di peringkat menengah rendah ini didapati terlalu terpisah dan ini
menyebabkan pengetahuan yang diperolehi kurang berguna dan fungsional.

70. Murid-murid di sekolah menengah vokasional diberikan pendidikan asas untuk


kemahiran dan juga pendidikan umum. Adalah didapati bahawa nisbah peruntukan masa di
antara kursus pertukangan dengan pendidikan umum ialah 7:3. Latihan amali diberikan dalam
bengkel sekolah sahaja dan tidak di kilang atau tempat kerja. Cara ini tidaklah mencukupi
kerana murid tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan yang terdapat dalam alam
pekerjaan yang sebenar.

70.1 Adalah diperakukan supaya kurikulum pendidikan vokasional dikaji semula


agar kurikulum itu diubahsuaikan supaya ia lebih mirip kepada penyediaan murid-murid
memasuki pasaran pekerjaan sebagai pekerja mahir dalam bidang-bidang tertentu.

70.2 Oleh kerana latihan amali murid-murid sekolah menengah vokasional tidak
mencukupi, adalah diperakukan supaya mereka diberi latihan amali di kilang-kilang. Ini
membolehkan mereka memahami dan menyesuaikan diri dengan kehendak-kehendak sektor
perusahaan.
Huraian

Pada tahun 1965, dalam pendidikan sekolah menengah rendah, satu sistem yang dikenali
sebagai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan telah diperkenalkan. Sistem ini di wujudkan untuk
memberi peluang kepada para pelajar memilih satu daripada empat pilihan matapelajaran
elektif yang ditawarkan iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Sains Rumah Tangga dan
Perdagangan. Matapelajaran elektif yang diperkenalkan ini bercorak pendidikan pra
vokasional kerana fokus lebih ke arah kecenderungan, minat dan bakat pelajar agar lebih
komprehensif sesuai dengan perakuan ke-enam.

Walaubagaimanapun, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan


Dasar Pelajaran pada tahun 1979, pelaksanaan pengajaran matapelajaran elektif di peringkat
menengah rendah ketika itu adalah didapati tidak dilaksanakan dengan betul. Tujuan asal
pelaksanaan matapelajaran elektif adalah pelajar perlu memilih sendiri matapelajaran elektif
yang sesuai berdasarkan kecenderungan, minat dan bakat mereka. Namun, tujuan ini tidak
tercapai kerana kemudahan dan fasiliti di sekolah pada ketika itu adalah terhad.

Pada tahun 1988, Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah bersepakat untuk


menggantikan matapelajaran elektif dengan membentuk satu matapelajaran baru kerana
kelemahan yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Aneka Jurusan. Oleh yang demikian, pada
tahun 1989, pelajar Tingkatan Satu telah diperkenalkan dengan satu matapelajaran baru yang
bersifat sementara iaitu matapelajaran Kemahiran Hidup Program Peralihan. Tidak lama
kemudian, pada tahun 1991, matapelajaran Kemahiran Hidup Program Peralihan telah
digantikan dengan matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang merupakan salah satu
matapelajaran teras dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah. Penggubalan ini adalah untuk
selaras dengan objektif dan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Terdapat tiga elektif yang diperkenalkan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
iaitu Kemahiran Manipulatif Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian. Dalam
setiap elektif ini terdapat komponen teras seperti elektif perdagangan, elektrik, elektronik dan
pengurusan diri. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1989), matapelajaran ini adalah
bertujuan untuk melatih para pelajar dengan kemahiran asas agar mereka boleh menguruskan
kehidupan harian mereka dengan produktif dalam bidang teknologi dan perdagangan.

2
Setelah beberapa tahun berlalu, kandungan sukatan matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu telah diubah selaras dengan perubahan zaman. Pada tahun 2002, dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), satu semakan berkaitan matapelajaran Kemahiran
Hidup telah dijalankan. Terdapat sedikit perubahan dalam matapelajaran ini, namun matlamat
maatpelajaran ini tidak berubah iaitu untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham
teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang
sentiasa berubah untuk kehidupan harian Error: Reference source not found.

Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini mengandungi bidang Reka Bentuk dan
Teknologi. Bahagian Elektif pula mengandungi empat bidang seperti Kemahiran Teknikal,
Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian serta Perdagangan dan Keusahawanan. Bidang Rela
Bentuk dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas teknologi yang membolehkan
pelajar mereka bentuk dan menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif. Pelajar juga diajar
teknik, operasi dan proses pembuatan yang melibatkan yang melibatkan aktiviti seperti
pemasangan, penyenggaraan dan baik pulih dalam kerja elektrik, elektronik dan paip. Murid
juga didedahkan kepada lukisan teknik, penggunaan pelbagai bahan binaan dan kemahiran
masakan, jahitan, mengurus tempat kediaman dan tanaman hiasan (KPM, 2002).

Bahagian elektif untuk matapelajaran Kemahiran Hidup iaitu bidang Kemahiran Teknikal
pula untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam lukisan teknik, elektrik dan
elektronik. Pelajar mampu menghasilkan lukisan projek melalui lukisan teknik dan dapat
mengaplikasikan pengetahuan elektrik dan elektronik dalam kehidupan harian. Bidang
Ekonomi Rumah Tangga membolehkan pelajar berpengetahuan dan kemahiran mengenai
makanan dan pemakanan, pengurusan sajian, pakaian dan jahitan (KPM, 2002).

Bidang Pertanian menekankan topik Tanaman Sayuran, Haiwan Kesayangan, Ternakan Ikan
Air Tawar, dan Landskap. Pelajar diberi pendedahan dengan aktiviti membuat kompos,
mengusahakan tanaman sayuran, memelihara haiwan kesayangan, melakukan aktiviti
menternak ikan tawar dan perlandskapan. Hal ini supaya dapat memupuk budaya mencintai
alam sekitar dan mengamalkan budaya mesra alam dalam kalangan pelajar. Bidang
Perdagangan dan Keusahawanan pula untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang
pengetahuan serta amalan perniagaan dan keusahawanan yang melibatkan pengurusan dan
etika perniagaan, dokumen perniagaan, menyimpan rekod, pengeluaran, konsumerisme,
pemasaran dan simpan kira (KPM, 2002)
Pada pengajian di Tingkatan 3, para pelajar akan dinilai melalui peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Menurut Sukatan Pelajaran kemahiran Hidup Bersepadu
Tingkatan 1-3 (2003), kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu disemak dan diolah berikutan
matlamatnya yang jelas untuk melahirkan dan membina insan yang berdikari,
berpengetahuan dalam bidang teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin
dalam kehidupan harian yang mana sedang berlaku perkembangan teknologi ini. Hasrat
matapelajaran ini dirancang adalah untuk melahirkan masyarakat yang kreatif, inovatif serta
produktif untuk mencapai matlamat kearah mempertingkatkan produktiviti negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran


(PdP) matapelajaran Kemahiran Hidup ini adalah berdasarkan pembelajaran melalui
pengalaman. Hai ini agar para pelajar diberi peluang untuk membina keyakinan diri serta
meningkatkan ilmu pengetahuan serta menggunaka kemahioran yang dipelajari dalam
meneruskan kehidupan harian mereka.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah disarankan oleh Kemeterian Pendidikan
Malaysia bagi perlaksanaan mata pelajaran ini adalah berdasarkan pembelajaran melalui
pengalaman. Strategi pembelajaran berdasarkan pengalaman ini disarankan agar dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri lantas menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di dalam urusan kehidupan mereka.
Pembelajaran Matapelajaran Kemahiran Hidup adalah untuk melatih para pelajar
mempertingkatkan kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara bersepadu dan ini
sangat penting untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan
kepada pembinaan insan yang harmoni dan dapat memberikan sumbangan kepada negara,
masyarakat dan keluarga. Error: Reference source not found.

Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu dibentuk supaya dapat melahirkan pelajar yang
berkemahiran dalam berkomunikasi, memupuk pelajar kemahiran untuk berfikir secara kritis
dalam membuat keputusan untuk membina warganegara yang bepengetahuan dan berkongsi
pengetahuan itu bersama orang lain. Pendidikan Kemahiran Hidup juga dapat memupuk
sikap saling bekerjasama dan dapat menjauhkan murid dari sifat sombong, riak dan bangga
diri.Matapelajaran Kmehairan Hidup ini diminati oleh setiap pelajar dan dapat diterima
sebagai aktiviti harian dalam kehidupan seharian pelajar. Dengan adanya projek rekacipta,
pelajar dapat memupuk kreativiti dalam menghasilkan rekacipta yang terbaik dan dapat
mengatasi masalah social dalam kalangan pelajar. Dan hal ini menunjukkan, kurikulum yang

2
dibentuk ini selaras dengan apa yang ditetapkan dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
Mohd Bakari (2007).

Pada 20 Disember 2010, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ke-195 telah


meluluskan cadangan Transformasi Pendidikan Vokasional iaitu Pendidikan Asas Vokasional
(PAV) ditawarkan di Tingkatan 1 hingga 3 bagi menggantikan Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) yang sedang dilaksanakan di Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian dan
pelaksanaanya bermula pada 2012 (KPM, 2013). Pendidikan teknik merupakan pelajaran
yang berbentuk persediaan praktikal teori di setiao peringkat dalam bidang penghasilan dan
perkhidmatan. Pendidikan voksional pula merupakan sebahagian pelajaran teknik yang direka
khas untuk menjadikan pelajar besedian untuk ke sesuatu bidang pekerjaan. (Wan Zulkhairi
et.al, 2011). Pada 9 Oktober 2011, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil.
4/2011 telah bersetuju dengan konsep PAV serta memutuskan pelaksanaan rintis penuh PAV
dilaksanakan mulai tahun2012 bagi murid Tingkatan1 di 15 buah sekolah menengah yang
dipilih berdasarkan kepada kriteria tertentu. Pada tahun 2013, sebanyak 50 sekolah perluasan
telah dipilih oleh KPM untuk melaksanakan PAV secara pelaksanaan penuh. Manakala
Format pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional telah dibentangkan dan dipersetujui dalam
Mesyuarat JawatankuasaKurikulum Pusat (JKP) Bil. 2/12 pada 24 April 2012 (KPM, 2012).

Bermula tahun 2013, dengan adanya tawaran PAV, pendidikan di peringkat menengah rendah
menjadi lebih terbuka kepada pelajar Orang Asli dari Kawasan persekitaran pedalaman. Hal
ini bagi memastikan semua pelajar mendapat pemdidikan di peringkat menegah rendah serta
mengelakkan keciciran pelajar mendapatkan ilmu.

Kurikulum PAV di bentuk untuk mencipta modal insan yang berkemahiran, kritis, kreatif dan
inovatif dengan persekitaran pembelajaran berkonsepkan pengalaman di alam pekerjaan.
Terdapat empat komponen penting yang menjadi tunggak dalam kurikulum PAV adalah jati
diri, teknologi voksional, kemahiran vokasional dan kemahiran keusahawanan. Komponen
jati diri ditekan untuk melatih pelajar berkemahiran komunikasi serta mengamalkan nilai-
nilai murni dalam kehidupan manakala komponen teknolgi vokasional berperanan
menyediakan ilmu sains, matematik serta teknologi maklumat dan komunikasi. Komponen
kemahiran voksional pula memainkan peranan dalam menghasilkan pelajar yang
berkemahiran dalam bidang yang berkaitan vokasional dan komponen kemahiran
keusahawanan pula untuk menerapkan sikap dan nilai keusahawanan dalam diri pelajar
(KPM,2013).
Pendidikan teknik dan vokasional adalah satu cabang pendidikan yang ditawarkan pada masa
kini. Bidang ini memberi peluang kepada para pelajar yang lebih cenderung kepada bidang
sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sesuatu indutri di negara
ini mahupun luar negara. Banyak program yang berkaitan pendidikan vokasional dan teknik
ini telah dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat pendidikan ini. Para pelajar juga telah
didedahkan dengan sistem latihan berkaitan bidang ini bermula di peringkat Sekolah
Menegah Error: Reference source not found.

Bermula dengan nama Sistem Pendidikan Aneka Jurusan pada tahun 1965 dan kini dikenali
sebagai Pendidikan Asas Vokasional, pendedahan para pelajar kepada bidang teknik dan
vokasional di peringkat menengah dilihat mengalami banyak perubahan. Perubahan demi
perubahan yang berlaku selaras dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi serta
permintaan negara terhadap tenaga kerja yang berkemahiran. Jadi, pendidikan teknik dan
vokasional di peringkat menengah rendah dilihat relevan untuk diteruskan dengan
transformasi yang berlaku pada pendidikan teknik dan vokasional. Transformasi ini dilakukan
kerana negara memerlukan tenaga mahir. Selain itu, sistem yand sedia ada tidak menyediakan
peluang pelaung pekerjaan kepada graduan selain mengarusperdanakan pendidikan
vokasional

Masalah kekurangan kemudahan dan fasiliti dalam pelaksanaan pendidikan teknik dan
vokasional dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
pada tahun 1979 telah di atasi dengan baiknya apabila pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menyediakan 15 buah sekolah harian yang terpilih untuk pelaksanaan PAV ini
pada tahun 2012 yang melibatkan 15 bilik darjah. Di anggarkan seramai 30 orang pelajar
untuk setiap kelas. Pada tahun 2013, sebanyak 50 buah sekolah menengah harian turut
melaksankan pendidikan PAV manakala 14 buah sekolah menengah harian terlibat dengan
pelaksanaan pendidikan PAV pada tahun 2014 (KPM, 2016).

Halatuju pelajar lepasan PAV juga telah dipertimbangkan apabila pelajar-pelajar ini
dibenarkan melanjutakan pelajaran di kolej-kolej vokasional dimana transformasi juga
berlaku di Sekolah Menengah Vokasional. Sekolah Menegah Vokasional juga mengalami
transformasi apabila berlaku penambah baikan dan menjadi Kolej Vokasioanal (Nazura Ngah,
2015). Hal ini menunjukkan Kementerian Pelajaran Malaysia sedang merancang dan
menyusun sistem pendidikan yang sesuai kepada pelajar aliran teknik dan vokasional ini
selepas tamat di Tingkatan 3. Jadi diharapkan, agar perubahan dalam sistem pendidikan

2
teknik dan vokasional di peringkat menengah rendah ini dapat mencapai objektif dan
matlamat bidang ini selaras dengan hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan
kebangsaan untuk melahrikan pelajar yang hebat dalam jasmani, emosi, rohani dan intelek
sekali gus untuk mencapai matlamat negara dalam wawasan 2020.
2

You might also like