You are on page 1of 4

CADANGAN PENULISAN RPH

PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 4

1. Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani Kelas: 4 Amanah


2. Modul: Gimnastik Asas – Kawalan badan dan sokongan
3. Masa: 30 minit x dua sesi p&p
4. Standard Pembelajaran:
1.2.1 Melakukan imbangan dengan pelbagai tapak sokongan dalam kumpulan kecil
di atas bangku gimnastik.
2.2.1 Menyatakan perkaitan antara luas tapak sokongan dengan kestabilan.
5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti.
5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

5. Objektif Pembelajaran:
Murid boleh melakukan imbangan dengan pelbagai tapak sokongan dalam kumpulan
kecil di atas bangku gimnastik.

6. Aktiviti p&p: (Lampiran)


7. EMK: Kreativiti dan inovasi dan sikap keusahawanan
8. BBB: Bangku gimnastik
9. Penilaian p&p: (kosongkan)
10. Refleksi: (kosongkan)

Lampiran 1

Perkembangan Aktiviti p&p Catatan/Nota


pembelajaran

Fasa 1 1. Guru memberi tugasan kepada murid • Murid dibimbing oleh


Memahami dalam kumpulan kecil. guru melalui soalan.
(Pelibatan & Tugasan: Melakukan imbangan
Penerokaan) dengan pelbagai tapak sokongan • Murid mengenal pasti
dalam kumpulan kecil atas bangku tugasan yang diberi
(Masa 5 minit) gimnastik. oleh guru.

2. Murid meneroka bahagian badan yang • Murid mengenal pasti


boleh dijadikan tapak sokongan. kemahiran gimnastik
Guru mengemukakan soalan:: yang perlu dikuasai.
a. Anggota badan manakah yang
boleh digunakan untuk dijadikan
tapak sokongan?

3. Murid meneroka prinsip luas tapak


sokongan dan kawalan badan. Guru
mengemukakan soalan berikut:
a. Adakah luas tapak sokongan
memberi kesan terhadap
kestabilan? Mengapa?
b. Bagaimanakah cara kamu
mengekalkan imbangan?

1
Perkembangan Aktiviti p&p Catatan/Nota
pembelajaran
4. Murid juga bertanya pada diri sendiri
atau guru dengan soalan berikut:
a. Bagaimana saya mengawal
imbangan di atas bangku
gimnastik?
b. Apakah tapak sokongan yang
boleh digunakan?
c. Bagaimana saya melakukan aktiviti
tersebut dengan selamat?

Fasa 2 1. Murid dalam kumpulan kecil. • Murid menganalisis


Merancang dan menilai maklumat.
(Pengembangan & 2. Murid dalam kumpulan berbincang bagi
Penerangan) merancang tugasan yang diberi • Murid menentukan
berdasarkan soalan-soalan berikut: imbangan, tapak
(Masa: 10 minit) a. Apakah imbangan yang boleh sokongan, dan susun
kamu lakukan? atur bangku yang
b. Berapa tapak sokongan yang kamu akan digunakan.
boleh lakukan?
c. Apakah imbangan yang paling • Murid merancang
stabil dilakukan di atas bangku aktiviti berdasarkan
gimnastik secara berkumpulan? keputusan
d. Berapakah bilangan bangku perbincangan.
gimnastik yang akan digunakan?
• Mencuba melakukan
3. Berdasarkan hasil perbincangan, murid imbangan di atas
menganalisis dan mengenal pasti lantai dan bangku
kemahiran imbangan yang sesuai dan gimnastik secara
boleh dilakukan dalam kumpulan berkumpulan.
berpandukan soalan berikut:
a. Apakah imbangan dengan pelbagai
tapak sokongan yang sesuai
dilakukan secara berkumpulan?
b. Bagaimanakah cara kamu
menentukan kedudukan setiap ahli
kumpulan dalam melakukan
imbangan pelbagai tapak sokongan
secara berkumpulan di atas bangku
gimnastik?
c. Apakah cara kamu mengatasi
masalah ahli kumpulan yang tidak
boleh mengawal imbangan
ditempat tinggi?
d. Bagaimakah susunan bangku
gimnastik untuk melakukan
imbangan kumpulan?

4. Murid mencuba dan meneroka


imbangan yang telah dirancang di atas
lantai dan bangku gimnastik secara
berkumpulan.

2
Perkembangan Aktiviti p&p Catatan/Nota
pembelajaran
5. Guru mengemukakan soalanberikut
semasa murid meneroka:
a. Apakah faktor yang menyebabkan
kumpulan kamu gagal mengawal
imbangan?
b. Apakah alternatif bagi mengatasi
masalah yang kamu hadapi?

Fasa 3 1. Murid dalam kumpulan melakukan • Melakukan


Melakukan persembahan. persembahan yang
(Pengembangan telah dirancang.
& Penilaian) 2. Setiap kumpulan mempersembahkan
imbangan yang telah dirancang di atas • Murid menilai
(Masa: 10 minit) bangku gimnastik secara berkumpulan persembahan
dalam masa yang ditetapkan. kumpulan.

3. Setiap kumpulan akan membuat


penilaian terhadap kumpulan yang
melakukan persembahan secara
bergilir-gilir.

Fasa 4 • Murid dibimbing oleh


Membuat Refleksi 1. Guru membimbing murid membuat guru untuk membuat
refleksi dan penambahbaikan dalam justifikasi yang betul.
(Masa: 5 minit) merancang aktiviti.
• Murid membuat
2. Semasa membimbing, guru penambahbaikan
mengemukakan soalan-soalan: berdasarkan
a. Apakah peranan setiap ahli persembahan
kumpulan semasa melakukan kumpulan.
aktiviti?
b. Apakah kekuatan dan kelemahan • Membincangkan
kumpulan yang kamu nilai? implikasi aktiviti ini
c. Apakah penambahbaikan yang kepada kecergasan
boleh dilakukan? dan kesihatan diri.
d. Apakah kesan aktiviti yang
dipelajari menyumbang ke arah
amalan gaya hidup sihat?

3. Murid mengemukakan soalan berikut


semasa membuat refleksi:
a. Apakah yang membantu saya
untuk melakukan imbangan di atas
bangku gimnastik.
b. Apakah kemahiran yang telah saya
kuasai dan pelajari dalam sesi p&p
pada hari ini?
c. Apakah peranan setiap rakan saya
semasa melakukan persembahan
dalam kumpulan?

3
Lampiran 1

Siapa Lagi Kukuh

Nama: ………………………………………………… Kelas: ……………


Tarikh: …………………

1. Tanda (√) pada gambar yang menunjukkan aksi imbangan


berkumpulan yang paling stabil.

2. Jelaskan mengapa gambar aksi imbangan yang kamu pilih itu paling
stabil.

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

You might also like