You are on page 1of 8

Bahagian A: Soalan Objektif

Pilih jawapan yang paling tepat. Tuliskan jawapan anda di ruang yang disediakan.

1. Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan keperluan manusia?


A. Mesti dipenuhi untuk terus hidup
B. Pelbagai dan tiada batasan
C. Perlu dipenuhi untuk keseronokan hidup
D. Dipenuhi sebagai pelengkap hidup

2. Apakah perbezaan antara keperluan dengan kehendak?

Keperluan Kehendak

A Kereta mewah, rumah banglo Makanan, pakaian, tempat tinggal

B Sama dan tetap Berbeza dan berubah-ubah

C Pelbagai pilihan Mempunyai batasan

D Perlu untuk hidup selesa Perlu untuk terus hidup

3. Pernyataan manakah yang benar mengenai keperluan sosial mengikut Abraham Maslow?
A. Mendapat perlindungan daripada pihak polis
B. Membeli sebuah kereta Mercedes
C. Membeli pakaian di pasar raya
D. Menerima ijazah dari pihak universiti

4. Istilah pengeluaran merujuk kepada ………………


A. Proses mengeluarkan bahan mentah
B. Aktiviti yang menghasilkan barang dan perkhidmatan
C. Aktiviti yang menghasilkan barang
D. Proses menghasilkan barang-barang keperluan asas

5. Apakah pengeluaran langsung?


A. Pengeluaran yang dijalankan untuk memenuhi keperluan sendiri
B. Pengeluaran yang dilakukan dengan bantuan pihak lain
C. Pengeluaran yang dilakukan secara besar-besaran
D. Pengeluaran yang dijalankan dengan mengamalkan pengkhususan

6. Dalam suatu proses pengeluaran, input-input seperti bahan, tenaga kerja dan mesin digabungkan
untuk menghasilkan output. Apakah faktor pengeluaran yang menggabungkan input-input tersebut?
A. Tanah
B. Buruh
C. Modal
D. Usahawan

7. Pernyataan yang manakah yang menunjukkan berlakunya nilai faedah tempat?


A. Getah asli diubah menjadi kasut
B. Kad ucapan dijual pada musim perayaan
C. Kayu balak dipindah ke kilang untuk diproses
D. Kasut dipindah milik daripada peruncit kepada pengguna

2
Syarikat JJT Sdn. Bhd. terlibat dalam pengeluaran pelbagai jenis perabot. Semua hasil keluaran
disimpan dalam gudang dan hanya dikeluarkan apabila ada permintaan.

8. Aktiviti di atas dapat menghasilkan sejenis nilai faedah.


Nilai faedah yang dimaksudkan ialah……
A. Nilai faedah bentuk
B. Nilai faedah masa
C. Nilai faedah tempat
D. Nilai faedah milikan

C.G.K Pillay & Co.


Peguambela dan Peguamcara

9. Perniagaan seperti di atas tergolong dalam bidang pengeluaran ………….


A. Khidmat langsung
B. Perdagangan
C. Estraktif
D. Perkilangan

10. Rajah berikut berkaitan dengan cabang pengeluaran.

Pengeluaran

Khidmat
Perdagangan Perusahaan
Langsung

X Perkilangan Pembinaan

Apakah aktiviti pengeluaran yang mewakili X?


A. Membuat jambatan
B. Mencari gali minyak
C. Memproses makanan
D. Menggunting rambut

11. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti perdagangan dalam cabang pengeluaran?
A. Estraktif
B. Perniagaan
C. Pembinaan
D. Perkilangan

12. Individu manakah yang terlibat dalam perdagangan?


I. Penjual ikan
II. Pemborong sayur
III. Pensyarah university
IV. Operator pengeluaran

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3
13. Apakah maksud pengkhususan?
A. Menghasilkan barangan yang mempunyai nilai faedah
B. Membeli dan menjual barangan untuk mendapat keuntungan
C. Mengagihkan barangan dari pengeluar kepada pengguna akhir
D. Menumpukan terhadap satu jenis pekerjaan tertentu sahaja.

14. Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenis-jenis kerjaya.

Doktor, peguam, guru


Individu di atas dikatakan mengkhusus mengikut…..
A. Profesion
B. Kawasan
C. Bangsa
D. Proses

15. Pernyataan di bawah berkaitan dengan sejenis pengkhususan.

Malaysia mengeksport hasil getah, minyak sawit, dan gas asli cecair ke Jepun sementara
Jepun mengeksport buah epal, kereta, dan mesin ke Malaysia.

Apakah sebab utama wujudnya pengkhususan seperti di atas?


A. Perbezaan sumber alam semula jadi
B. Perbezaan tahap pendidikan rakyat
C. Perbezaan tahap teknologi
D. Perbezaan system politik

16. Negeri Kedah merupakan pengeluaran padi manakala Johor terkenal dengan pengeluaran nanas.
Apakah jenis pengkhususan yang berkaitan?
A. Pengkhususan mengikut profesion
B. Pengkhususan mengikut kawasan
C. Pengkhususan mengikut proses
D. Pengkhususan mengikut bangsa

17. Antara yang berikut, yang manakah mewujudkan pengkhususan?


I. Pengeluaran langsung diamalkan
II. Keperluan manusia ringkas
III. Kemahiran pekerja berbeza
IV. Peningkatan penggunaan teknologi

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

18. Seorang peniaga berbeza daripada seorang usahawan kerana


A. Peniaga lebih mengutamakan keuntungan
B. Peniaga menjalankan perniagaan secara kreatif
C. Peniaga mengutamakan sumbangan kepada negara
D. Peniaga membayar cukai yang sedikit

4
19. Usahawan yang mempunyai sifat kreatif dan inovatif mempunyai kebolehan…………….
A. Melakukan pembaharuan dan pengubahsuaian untuk meningkatkan mutu sesuatu keluaran
B. Meyakinkan setiap projek yang diceburinya akan berjaya dan mendatangkan keuntungan
C. Menghasilkan perkhidmatan atau keluaran baru yang dapat mengatasi pesaingnya
D. Menguruskan perniagaan dengan teratur dan mengelakkan daripada risiko kerugian

20. Antara yang berikut, situasi manakah yang berkaitan dengan peranan usahawan kepada
masyarakat?
I. Encik Ali membelanjakan RM1 juta untuk mempromosikan produknya
II. Encik Raman mengupah 100 orang pekerja di kilang baharunya
III. Encik Seng mengubah suai barang mengikut cita rasa pelanggan
IV. Encik Albert membeli insurans marin daripada syarikat insurans di London

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

21. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan.


 Menghasilkan barang baru
 Mereka barang baru
 Membuat penemuan baru

Apakah ciri tersebut?


A. Kreatif
B. Inovatif
C. Proaktif
D. Kebolehan menjayakan sesuatu

22. Antara yang berikut, manakah syarat yang mesti dipenuhi dalam urus niaga sistem barter?
I. Wujud kehendak serentak
II. Kadar pertukaran mudah ditentukan
III. Mempunyai lebihan barang untuk ditukar
IV. Nilai barang yang hendak ditukar mestilah sama

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

23. Antara yang berikut, yang manakah kelemahan sistem barter?


A. Kesukaran untuk dijual
B. Kesukaran untuk mendapat pasaran
C. Kesukaran untuk menentukan kemahuan serentak
D. Kesukaran untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan

24. Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?


A. Aktiviti menghasilkan nilai faedah
B. Aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan
C. Aktiviti membeli dan menjual untuk tujuan keuntungan
D. Aktiviti mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna akhir

5
25. Antara yang berikut, manakah yang tidak benar tentang perniagaan?
A. Mendapatkan keuntungan
B. Mengagihkan barang-barang
C. Sebahagian daripada cabang perdagangan
D. Pengangkutan mampu mengawal harga barang

26. Manakah antara yang berikut tidak melibatkan bantuan perniagaan?


A. Cik Francisca mengeluarkan wang di mesin ATM
B. Puan Salmah menjalankan perniagaan melalui internet
C. Puan Geetha suka membeli belah di pasar raya Tesco
D. Encik Lam Soon mengangkut perabot dengan menggunakan lori Encik Sharip

27. Maklumat berikut berkaitan dengan bantuan perniagaan.

Bantuan
Fungsi
Perniagaan
X Menstabilkan harga

Y Memujuk pengguna

Apakah X dan Y?

X Y

A Promosi Komunikasi

B Pergudangan Promosi

C Komunikasi Promosi

D Pergudangan Komunikasi

28. Berikut adalah perbualan antara pengurus dengan pekerja sebuah syarikat.

Puan Nora : Aiman, tolong fakskan laporan jualan bulan Oktober ke ibu pejabat
Aiman : Baiklah Puan Nora. Saya akan fakskan.

Apakah bentuk bantuan perniagaan yang digunakan oleh syarikat tersebut?


A. Promosi
B. Perbankan
C. Komunikasi
D. Pergudangan

29. Apakah peranan insurans kepada peniaga?


A. Memudahkan pembayaran dan penerimaan wang
B. Mengurangkan kebimbangan terhadap risiko
C. Memperkenalkan keluaran baru di pasaran
D. Mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang

6
30. Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi bantuan perniagaan.

Syarikat Multi Holding menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang-barang yang dipesan
oleh rakan niaganya di Jepun.

Apakah jenis bantuan perniagaan di atas?


A. Promosi
B. Insurans
C. Komunikasi
D. Pengangkutan

1. 6. 11. 16. 21. 26.

2. 7. 12. 17. 22. 27.

3. 8. 13. 18. 23. 28.

4. 9. 14. 19. 24. 29.

5. 10. 15. 20. 25. 30.

[ 60 Markah ]

7
Bahagian B: Soalan Struktur
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Nyatakan perbezaan antara keperluan dengan kehendak. [ 6M ]

KEPERLUAN KEHENDAK

i. i.

ii. ii.

iii. iii.

2. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Najmi seorang pengusaha keropok ikan.

Kilang memproses keropok ikan Encik Najmi terletak di Pantai Sabak,Pengkalan Chepa.
Keropok ikan ini dipasarkan di seluruh negeri Kelantan mengikut permintaan pengguna.
Keropok ikan ini dijual terus kepada penguna mahupun melalui pemborong yang datang ke
kilangnya.

Huraikan tiga nilai faedah yang terlibat. [ 9M ]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

8
3. (a) Encik Amran ingin menukar beras yang dimilikinya dengan ikan yang dibawa oleh Puan Aina.
Nyatakan sistem perniagaan itu. [ 1M ]

_____________________________________________________________________________

(b) Nyatakan masalah-masalah yang wujud dalam perniagaan tersebut. [ 4M ]

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

4. Usahawan memainkan peranan penting kepada masyarakat dan Negara. Jelaskan. [ 5M ]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like