You are on page 1of 10

MENGKAJI KEBERKESANAN TAYANGAN ANIMASI DALAM PROSES

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHAGIAN SIRAH

1.0 PENGENALAN

Proses kajian tindakan mempunyai beberapa gelungan iaitu peringkat pemulihan bagi

mengatasi sesuatu isu pengajaran dan pembelajaran yang wujud. Bagi setiap gelungan

terdapat satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bagi mengenalpasti isu dan

penambahbaikan isu tersebut. Proses kajian ini mengalami beberapa gelungan sehingga

menemui gelungan yang dapat mengatasi isu tersebut iaitu isu pelajar tidak menguasai dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi setiap gelungan terdapat beberapa prosedur iaitu

I. Merancang pengajaran
II. Melaksana pengajaran
III. Memungut data
IV. Mereflek

Kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan

kualiti pendidikan melalui transformasi yang menjadi pemangkin kepada guru meningkatkan

kesediaan pelajar untuk belajar di samping menjadi guru lebih kristis terhadap gaya

pengajaran mereka. Melalui kaedah kajian tindakan ini, para guru dapat menyelesaikan

sendiri dan memahami sesuatu isu atau situasi sosial yang berlaku. Oleh itu, dengan adanya

kajian tindakan yang dilakukan dapatlah mengatasi masalah pelajar terhadap pengajaran guru

dengan melakukan penambahbaikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 TUJUAN KAJIAN

1
Kajian tindakan dilakukan bagi mengatasi masalah yang timbul sepanjang mengajar di

sekolah iaitu pelajar bermasalah dalam pembelajaran bahagian Pendidikan Islam. Hal ini

merupakan masalah utama kerana boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran

guru walaupun persediaan oleh guru telah lengkap. Pemasalahan isu ini semakin

membimbangkan dalam sistem pendidikan sekarang. Hal ini terbukti melalui masalah dalam

pembelajaran akan mencetus pelbagai masalah lain seperti menyebabkan mereka berubah

tingkahlaku, menjejaskan kesihatan psikologi di samping menyebabkan kesediaan mereka

untuk belajar menjadi kurang.

Tayangan animasi dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran Bahagian Sirah dapat

memberi gambaran secara keseluruhan sirah yang dipelajari walaupun sirah tersebut tidak

berlaku dalam kehidupan pelajar. Pendekatan ini dalam membawa fikiran pelajar kepada satu

situasi yang di luar kotak pemikiran mereka seperti kedudukan Tanah Arah, kehidupan

masyarakat arab dan mana-mana amalan yang berkaitan dengan sebelum mahupun selepas

Islam bertapat di Tanah Arab.

3.0 PROSES KAJIAN TINDAKAN (GELUNGAN)

2
3.1 Gelungan pertama

Gelungan pertama merupakan gelungan dalam mengenalpasti isu yang timbul sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3.1.1 Merancang pengajaran


a. Guru membuat rancangan pengajaran berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan

pengajaran tahunan Secara ringkasnya seperti :


 Pengajaran dimulakan (induksi set) dimana guru mengaitkan dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.


 Guru memberi penerangan mengenai kisah yang dibaca.
 Guru menyediakan tayangan animasi yang disediakan oleh guru.
 Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti lembaran teks, lembaran

grafik, lembaran nota, kotak beracun dan peta dunia.

3.1.2 Melaksana Pengajaran


a. Sewaktu proses pengajaran dilaksanakan guru banyak menanyakan soalan kepada

pelajar. Namun masalah mula timbul apabila pelajar berada dalam pasif dan tidak

mampu menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik. Keadaan ini berterusan

sehingga proses pengajaran guru pelatih berakhir.

3.1.3 Memungut data


a Isu tersebut dikesan dan dibawa melalui pertanyaan guru kepada guru bidang yang

sememangnya mengajar di kelas tersebut sebelum ini. Hasilnya, guru bidang

menerangkan bahawa dalam peringkat awal remaja seperti pelajar tingkatan 1, mereka

diibaratkan seperti peneroka, yang mencari ilmu dan pengetahuan baru. Maka

mungkin disebabkan tidak ada kreativiti atau daya pemikiran diluar kotak

menyebabkan prestasi mereka tidak memberangsangkan.

3.1.4 Mereflek
a Guru telah menulis perkara yang berlaku di dalam refleksi guru juga sedar untuk

mengajar seseorang pelajar bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Oleh itu, guru

3
perlu memikirkan kaedah bagi membangkit kreativiti pelajar pada pengajaran akan

datang.

3.2 Gelungan kedua


Setelah isu dapat dikenal pasti pada pengajaran lalu. Guru perlu mencari dan menggunakan

strategi yang baik dalam mengatasi isu tersebut. Di dalam gelungan kedua ini, guru telah

menggunakan Teori Pemprosesan Maklumat iaitu teori yang menggunakan rangsangan-

rangsangan yang diterima melalui deria-deria manusia.

3.2.1 Merancang pengajaran


a. Guru membuat rancangan pengajaran berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan

pengajaran tahunan.Secara ringkasnya seperti :


 Pengajaran dimulakan (induksi set) dengan meminta beberapa pelajar melihat

objek seperti kaabah atau objek yang berkaitan dengan tajuk sirah berkenaan.
 Guru meminta pelajar menjana idea dengan memberi pendapat berdasarkan

pengetahuan sedia ada pelajar.


 Guru berbincang bersama-sama pelajar mengenai tayangan animasi yang

bakal ditanyangkan.
 Guru mengajar dan memberi latihan kepada pelajar.
 Guru bersama-sama pelajar berbincang jawapan dan merumus pembelajaran.
 Guru pelatih menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti, lembaran kerja,

dan objek.

3.2.3 Melaksana Pengajaran


a. Sewaktu proses pengajaran dilaksanakan guru menggunakan teknik penerangan dan

penyoalan kepada pelajar. Guru juga menggunakan pelbagai bahan mengajar seperti

lembaran grafik dan set induksi bagi menarik minat dan merangsang pelajar. Dalam

keadaan ini, pelajar menunjukkan minat yang mendalam terhadap apa yang ingin

disampaikan oleh guru. Walaupun begitu, dalam keadaan ini guru juga masih perlu

memberi penerangan kepada pelajar kerana tahap pemikiran pelajar masih terbatas.

Guru perlu merangsang kreativiti pelajar dengan pelbagai cara contohnya peneguhan

positif, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Namun keadaan ini tidak menunjukkan

satu unjuran yang positif dalam diri pelajar kerana pelajar masih bergantung dengan
4
guru dalam menjana idea. Guru terpaksa membetulkan kesalahan minor pelajar

berulang kali.

3.2.3 Memungut data


a. Keberkesanan teknik yang digunakan iaitu rangsangan deria dapat dilihat menerusi

pemerhatian guru sewaktu proses pengajaran dijalankan terutama sewaktu sesi bersoal

jawab dan menjana idea dalam menjawab latihan. Walau bagaimanapun masih

terdapat pelajar yang agak pasif dan terlalu bergantung kepada tunjuk ajar guru dan

rakan-rakan..

3.2.4 Mereflek
a. Guru telah menulis perkara yang berlaku di dalam refleksi Oleh itu, guru perlu

memikirkan pelbagai kaedah bagi menarik minat semua pelajar lemah untuk pada

pengajaran akan datang.

3.3 Gelungan ketiga

Setelah pengajaran dan pembelajaran yang lalu berjaya mengurangkan masalah pelajar tidak

minat belajar dengan menggunakan rangsangan deria yang terdapat dalam Teori Pemprosesan

Maklumat. Kini, sasaran kajian tindakan ialah menarik semua pelajar untuk menjadi lebih

kreatif pada kali ini dengan menggunakan rangsangan deria dan satu lagi kaedah iaitu

menggunakan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu teori yang menggunakan proses

yang membantu dalam perkembangan intelek iaitu asimilasi dan akomodasi.

3.3.1 Merancang pengajaran


a. Guru membuat rancangan pengajaran berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan

pengajaran tahunan. Secara ringkasnya seperti :


 Pengajaran dimulakan (induksi set) dengan meminta pelajar menonton video.
 Guru meminta pelajar mengaitkan apa yang dilihat dalam video dengan tajuk

pembelajaran berdasarkan pengajaran sedia ada.


 Guru berbincang bersama-sama pelajar dan mengeluarkan replika kaabah.

5
 Guru membahagikan beberapa tugasan berkumpulan kepada pelajar iaitu

menghasilkan 1 perenggan karangan yang mengulas video dan maklumat yang

diperolehi berdasarkan replika tersebut.


 Setelah itu, guru memanggil wakil kumpulan untuk membentangkan tugasan

mereka dan guru menilai tugasan dan kumpulan terbaik mendapat hadiah

(peneguhan positif).
 Guru bersama-sama pelajar merumus pembelajaran.
 Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti replika kaabah, peta Tanah

Arab dan gambar yang berkaitan dengan masyarakat Arab.

3.3.2 Melaksana Pengajaran


Sewaktu proses pengajaran dilaksanakan Guru menggunakan teknik rangsangan visual bagi

menarik minat pelajar. Guru memerhatikan keberkesanan penggunaan kaedah menggunakan

rangsangan daripada video yang ditonton oleh pelajar. Guru mendapati sepanjang pengajaran

berlangsung, semua pelajar duduk ditempat masing-masing dan memberi sepenuh perhatian

terhadap video tersebut, Guru menggunakan pendekatan konstruktivisme memastikan pelajar

mampu menjana idea berdasarkan pengetahun sedia ada. Hasilnya, semua pelajar termasuk

pelajar yang pasif pada pembelajaran lalu menunjukkan perkembangan baik dengan memberi

respons dan menjana idea.

3.3.3 Memungut data


Keberkesanan teknik yang digunakan iaitu rangsangan menggunakan perisian video dan

replika kaabah dapat dilihat menerusi pemerhatian guru sewaktu proses pengajaran

dijalankan terutama sewaktu sesi menonton video di samping semasa aktiviti berkumpulan

iaitu melalui pendekatan konstruktivisme.

3.3.4 Mereflek
Guru telah menulis perkara yang berlaku di dalam refleksi. Oleh itu, guru telah mendapat

sesuatu kaedah bagi menarik minat pelajar untuk belajar iaitu menggunakan rangsangan. Hal

ini kerana pelajar pada peringkat umur awal dewasa mempunyai pemikir formal untuk

6
beberapa tajuk tetapi pemikiran mereka menjadi konkrit apabila topiknya tidak popular.

Keadaan ini menjejaskan kreativiti pelajar dalam menjana idea. Berdasarkan pemerhatian,

pelajar lebih mudah belajar menggunakan audio dan mereka minat pengajaran yang lebih

kepada rangsangan yang melibatkan deria manusia seperti deria dengar dan lihat. Oleh itu,

guru telah menggunakan kaedah ini bagi pengajaran seterusnya.

4.0 KAEDAH YANG BERKESAN

Guru boleh menggunakan pelbagai bahan mengajar seperti lembaran grafik dan set induksi

bagi menarik minat dan merangsang pelajar terutamanya tayangan animasi. Dalam keadaan

7
ini, pelajar akan dapat menunjukkan minat yang mendalam terhadap apa yang ingin

disampaikan oleh guru. Pun begitu, dalam keadaan ini guru juga masih perlu memberi

penerangan kepada pelajar kerana tahap pemikiran pelajar masih terbatas. Guru perlu

merangsang kreativiti pelajar dengan pelbagai cara contohnya peneguhan positif, bahan bantu

mengajar dan sebagainya. Namun pelajar masih bergantung dengan guru dalam menjana idea.

Guru terpaksa membetulkan kesalahan minor pelajar berulang kali.

5.0 RUMUSAN

Guru juga boleh menggunakan teknik rangsangan visual bagi menarik minat pelajar.

Keberkesanan penggunaan kaedah menggunakan rangsangan daripada video yang ditonton

8
oleh pelajar. Secara tidak langsung, pendekatan konstruktivisme memastikan pelajar mampu

menjana idea berdasarkan pengetahun sedia ada.

Seandainya kajian tindakan ini berjaya secara tidak langsung dapat mengurangkan

masalah yang berlaku di sekolah, meningkatkan prestasi kecemerlangan pendidikan dan

mewujudkan pembudayaan pembelajaran yang efektif di sekolah. Selain itu, kajian tindakan

yang dilakukan dapat dijadikan panduan kepada guru dan bakal guru dalam menangani

masalah atau isu sebegini pada masa hadapan. Melalui kajian ini dapatlah difikirkan cara

mengatasi isu ini.

SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF


81200 JOHOR BAHRU
JOHOR

9
KAJIAN TINDAKAN

Mengkaji Keberkesanan Tayangan Animasi Dalam Proses


Pengajaran Dan Pembelajaran Bahagian Sirah

NAMA GURU : NURAISYAH BINTI MOHD AMIN

SEKOLAH : SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF

KOD SEKOLAH : JEA 1095

10

You might also like