You are on page 1of 2

Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis. Yang diraikan Tuan Haji Abdullah bin Mohd. Yusof,
Pengetua SMK Seri Raub, Yang berusaha GPK Pentadbiran, Hajah Rodeyah binti Ahmad, GPK
HEM, Encik Zainal Abidin bin Eya, GPK Kokurikulum, Encik Abdul Rahman bin Sani, Guru-guru
Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru Cemerlang, guru-guru, AJK PIBG , rakan-rakan serta hadirin warga
dewan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa
kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat
bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Hadirin Warga Dewan yang Dihormati,

Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Ritcher iaitu seorang penulis masyhur
dari Jerman ada menyatakan bahawa "man feelings are always purest and most glowing in the hour
of meeting and farewell". Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap
perpisahan pasti amat menyedihkan.

Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang Pengetua yang amat
kami sayangi dan kasihi. Pada kami, Tuan Haji Abdullah bukan sahaja sebagai seorang Pengetua
tetapi ibarat seorang bapa dalam sebuah keluarga besar SMK Seri Raub.

Hadirin yang Dihormati,

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want
to lost. Itulah pengetua kita, Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusoff, lembut, tenang namun tetap tegas
dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai
Tuan Pengetua kita.

Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan
kebajikan pelajar. Beliau juga seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik
buat para pelajar. Saya sering melihat beliau memantau keadaan pelajar di dalam kelas terutamanya
kelas-kelas peperiksaan. Tindakan beliau telah menarik perhatian saya. Hal ini membuktikan bahawa
beliau amat mengutamakan pelajar-pelajar di SMK Seri Raub supaya sentiasa fokus terhadap
pembelajaran di dalam kelas.

Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan
bantuan apabila diperlukan serta senantiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah
kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga SMK Seri Raub.
Sebagai seorang pengawas, saya berasa bangga dan terharu apabila beliau sanggup bersama-
sama dengan barisan pengawas semasa mengadakan aktiviti Kem Kepimpinan di Kem Sangka, Ulu
Sungai yang lalu.

Warga Dewan yang Dikasihi,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Seri Raub merakamkan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusoff yang tidak pernah
mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami pelajar-pelajar SMK
Seri Raub. Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada Tuan Pengetua.
Semoga Tuan Pengetua akan terus mengekalkan usaha-usaha murni beliau dalam membentuk
sahsiah diri yang mulia kepada para pelajar di sekolah baharu nanti.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, yang patah
akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti.
Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap akan diingati, kekal abadi tersemat di hati.
Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Ayahanda Tuan Pengetua dengan anak-
anak didik dan warga SEMESRA akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur
tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Buah pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Asap api embun berderai,


Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
In shaa Allah kita akan berjumpa lagi.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.


Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt wbt

You might also like