You are on page 1of 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/303897656

FAEDAH BERMAIN DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH


(4-6 TAHUN)

Book · December 2013

CITATION READS

1 37,450

2 authors, including:

Ramlah Jantan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
8 PUBLICATIONS   7 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Cognitive Style Among Primary School Students View project

All content following this page was uploaded by Ramlah Jantan on 11 June 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 59

FAEDAH BERMAIN DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


PRASEKOLAH (4-6 TAHUN)

Ramlah Bt. Jantan


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pengenalan
Bermain merupakan aktiviti semulajadi kanak-kanak (Freud,1920; Erikson,1963 dalam
Papalia et al. 2008). Semasa bermain kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas hati
(Montessory,1870-1952 dalam Papalia et al.(2008). Fikiran mereka menjadi lebih tenang
dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik. Permainan dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah boleh bermula dengan sesuatu yang mudah seperti bertepuk tangan, lelap
mata dan menjelir lidah kepada yang lebih rumit seperti mengayuh basikal, membaling
bola dan menyusun blok.

Definasi Bermain
Bermain adalah satu aktiviti penting dalam perkembangan kanak-kanak dan kritikal
untuk seseorang kanak-kanak mencapai potensi diri mereka sepenuhnya (Ginsburg,
2007). Friedrich Froebel (1782-1852) dalam Spodek (2003), mengatakan bermain
adalah fitrah kanak-kanak (work of children). Bermain penting untuk perkembangan
kanak-kanak sebab ia menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan
kesihatan emosi mereka. Melalui bermain ibu bapa berpeluang untuk turut serta dalam
aktiviti anak-anak mereka.
Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak.
Mereka belajar dan meneroka persekitaran melalui aktiviti bermain kerana imaginasi
mereka yang tinggi (Erikson, 1985). Mariani (2013) menjelaskan main atau bermain
merupakan sebarang aktiviti yang memberi kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-
kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti.
60 Faedah Bermain Dalam Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah

Teori-Teori Bermain
Seorang ahli psikologi kanak-kanak iaitu Mildred Parten,1933 (dalam Spodek, 2003)
menjelaskan kategori bermain kanak-kanak daripada umur 2 – 5 tahun. Beliau
mengkategori permainan kanak-kanak kepada 6 kategori :
1. Permainan ‘kosong’ (unoccupied)
Bermaksud tidak wujud sebarang jenis permainan. Kanak-kanak tidak bermain
dengan sesiapa mahupun bermain alat permainan. Cth: berdiri atau duduk tanpa
melakukan apa-apa aktiviti.
2. Permainan ‘bersendirian’ (solitary)
Kanak-kanak suka bermain seorang diri sehingga tidak menyedari akan
kehadiran kanak-kanak lain. Cth: bermain bercakap dengan alat permainan
sahaja.
3. Permainan ‘pemerhati’ (onlooker)
Kanak-kanak cuma memerhati dan memberi perhatian terhadap permainan
kanak-kanak lain tanpa ada rasa ingin melibatkan diri. Mereka menjadi pemerhati
pasif.
4. Permainan ‘selari’ (parallel)
Kanak-kanak bermain secara bersendirian tanpa bermain permainan yang
serupa dengan kanak-kanak lain yang berada di dalam bilik yang sama.
5. Permainan ‘bersosialisasi’ (associate)
Kanak-kanak bermain dan berinteraksi antara satu sama lain melalui pertanyaan-
pertanyaan yang diajukan atau berkongsi bahan-bahan dan alatan tetapi tidak
bermain bersama.
6. Permainan ‘kooperatif’
Permainan adalah hasil daripada perancangan guru. Kanak-kanak terlibat secara
aktif sebagai satu kumpulan untuk bermain bersama-sama dan guru menetapkan
matlamat atau pun hasil yang perlu dicapai. Kanak-kanak di dalam kumpulan ini
saling bergantung dan perlu bekerjasama antara satu sama lain.
Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 61

Jenis-Jenis Permainan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah


Permainan-permainan berikut penting untuk perkembangan fizikal, psikomotor, kognitif,
afektif dan emosi kanak-kanak (Spodek, 2003)
1. Bermain dengan pasir dan penyodok – kanak-kanak belajar mengenai sifat semula
jadi elemen-elemen seperti pasir, air dan udara.
2. Bermain air dalam kolam plastik – biasanya kanak-kanak meletak itik, bungkah kayu
atau kapal layar dalam air. Selain daripada berasa seronok, kanak-kanak juga
mempelajari itik boleh berenang, kapal boleh belayar dan bungkah kayu boleh
tenggelam dalam air.
3. Permainan mengail ikan – kanak-kanak belajar kemahiran psikomotor, kognitif dan
afektif terutamanya jika bermain sambil menyanyi.
4. Berlakon atau main peranan mememegang watak ibu, bapa, kakak dan abang – dapat
menghayati watak dan peranan ahli keluarga seperti dalam permainan “masak-
masak” atau “pondok”.
5. Bermain “dough” daripada plastersin.
6. Bermain guli, boneka (puppets), batu, bungkah kayu, lego dan lain-lain.

Perkembangan Bermain dari Lahir hingga Pertengahan Kanak-Kanak


Perkembangan bermain akan dibincangkan dalam 2 kategori iaitu iaitu Sejak lahir – 2
tahun dan daripada 2 – 7 tahun
1. Dalam kalangan bayi sejak lahir hingga 2 tahun
Pada tahap ini kanak-kanak bermain menggunakan apa sahaja yang berada di
sekelilingnya seperti botol susu, bantal dan selimut malah bermain cara mereka sendiri.
Menurut Piaget kanak-kanak berumur 18-24 bulan melakukan imitasi terhadap tingkah
laku yang dilihat atau diperhatikannya.Sebagai contoh menekan telefon untuk hasilkan
bunyi. Pada peringkat ini mereka menyukai permainan ba ba cak, tepuk amai-amai,
bertepuk dan bertampar tangan sambil diringi nyanyian.
62 Faedah Bermain Dalam Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah

2. Perkembangan bermain dari 2 tahun hingga 7 tahun


Aktiviti permainan kanak-kanak menjadi lebih kompleks dan pelbagai dan terdapat
beberapa aktiviti bermain iaitu:
 Permainan dramatis- melibatkan kanak-kanak melakonkan semula watak –watak
yang sentiasa dilihat sekitarnya - dikenali sebagai permainan membayangkan seperti
meniru watak power rangers dan spiderman.
 Permainan fizikal - ia termasuklah bermain batu seremban, galah panjang, polis
pencuri dan ‘teng-teng’(kapal terbang).
 Permainan imaginasi - kanak-kanak menggunakan objek untuk tajamkan daya
imaginasi, biasanya mereka suka bermain plastisin untuk membuat objek @ bermain
logo untuk realisasikan watak @ objek idaman mereka.

Faedah Bermain untuk Kanak-Kanak Prasekolah


1. Bermain meningkatkan kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam diri
kanak-kanak tersebut seperti membina istana pasir di tepi pantai atau membina
bangunan menggunakan lego.
2. Bermain menyumbang kearah memperkembangkan kemahiran kawalan kendiri (self-
regulation) dan kemahiran sosial seperti menunggu giliran, kolaborasi, mematuhi
peraturan, empati dan motivasi (Bordrova & Leong, 2007; Kraft & Berk, 1998
dalam Ginsgurg, 2007) seperti dalam bermain “teng-teng” atau kapal terbang.
3. Kanak-kanak yang selalu bermain drama yang melibatkan interaksi sosial didapati
lebih memahami sesuatu perkara (perspektif orang lain) dan dinilai oleh guru sebagai
kanak-kanak yang cerdik dan pandai bergaul (Sawyer, 2001 dalam Ginsburg, 2007)
seperti dalam bermain “masak-masak”.
4. Permainan di luar rumah atau sekolah seperti bermain pasir akan dapat meningkatkan
kesihatan fizikal kanak-kanak, mengatasi konflik, koordinasi motor, lebih tumpuan
dan berat badan sihat (Pellegrini,1980 dalam Spodek, 1993). Jika guru-guru
mengajar kanak-kanak menggunakan bahan berkaitan bahasa atau kesusasteraan
seperti semasa dialog dalam permainan dramatis akan dapat memperkembangkan
kemahiran berbahasa, membaca dan menulis..
Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 63

5. Kanak-kanak yang melakonkan sesuatu cerita atau peristiwa akan lebih memahami
sesuatu peristiwa, dapat mengembangkan teori berfikir dan lebih memahami
perasaan orang lain (Pellegrini,1980 dalam Spodek, 1993).

Dalam kajian Pellegrini, 1980 dalam Spodek, 1993), terdapat hubungan antara awal
membaca dengan permainan lakonan atau dramatik. Perkara ini menjelaskan bahawa
melalui berlakon atau bermain peranan, kanak-kanak akan lebih mudah menguasai
kemahiran membaca awal.

Kajian-Kajian Mengenai Bermain dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah

Dalam kajian Faridah (2008), mengenai keberkesanan belajar melalui bermain di


beberapa buah prasekolah di Sabah. Kajian ini dijalankan keatas 160 orang responden
kajian yang mengajar di prasekolah KPM (Annex) di Negeri Sabah. Soal selidik
disediakan bagi mendapatkan data berkaitan dengan tajuk kajian dan dapatan kajian
dianalisa menggunakan program SPSS 13.0. Dapatan kajian menjelaskan tahap
pelaksanaan dan keberkesanan dalam pendekatan belajar melalui bermain adalah pada
tahap tinggi dengan nilai purata min keseluruhan masing-masing 2.96 dan 3.16. Terdapat
hubungan yang kukuh antara pelaksanaan dengan keberkesanan iaitu nilai pekali Kolerasi
Pearsons yang signifikan pada nilai kesignifikan iaitu r [160]=0.525,p<0.05. Selain itu
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keberkesanan dengan faktor latar
belakang guru kecuali faktor minat. Secara signifikannya, kajian ini dapat memberi
gambaran sebenar tahap pelaksanaan dan keberkesanan pendekatan belajar melalui
bermain.
Sheal Valekshemi (2006) dalam kajian beliau mengkaji kaedah dalam pengajaran
dan pembelajaran di prasekolah ialah “belajar melalui bermain”. Berlandaskan kepada
pendekatan tersebut kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh jantina dan golongan
jantina yang dominan semasa kanak-kanak prasekolah bermain lima jenis mainan iaitu
mainan berfungsi, mainan membina, mainan dramatis, mainan berperaturan dan mainan
lasak. Di samping itu juga, kajian ini juga meninjau perlakuan sosial dan tempoh masa
64 Faedah Bermain Dalam Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah

yang ideal untuk kanak-kanak bermain permainan tersebut. Sampel kajian terdiri
daripada 25 orang kanak-kanak prasekolah dalam sebuah program prasekolah di daerah
Kinta. Bagi mendapatkan data bagi kajian ini, teknik pemerhatian dengan menggunakan
senarai semak, soalan-soalan pendek dan rekod anekdot telah digunakan. Dapatan kajian
ini menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih dominan dalam mainan berfungsi, mainan
membina dan mainan lasak, manakala perempuan menguasai mainan dramatik dan
mainan berperaturan. Seterusnya, dari segi pelakuan sosial pula, dapatan menjelaskan
kanak-kanak prasekolah berkelakuan dan menggunakan bahasa yang berlainan mengikut
ciri dan sifat sesuatu permainan semasa bermain. Implikasi: masa bermain bagi setiap
mainan selama 20 minit tidak mencukupi dan secara idealnya memerlukan 30 minit untuk
berkembang ke arah yang lebih kompleks serta untuk menguasai sesuatu kemahiran. Oleh
sebab pengaruh jantina dan pelakuan sosial penting melalui bermain, maka pengkaji
mencadangkan agar kajian-kajian lanjut diperbanyakkan.
Objektif utama kajian Tan (2000) ialah untuk meninjau pengaruh mainan
terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak dari aspek bermain berulangkali,
penggunaan bahan dan imaginasi. Pengkaji juga ingin melihat kepentingan mainan
terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak dari aspek pengekalan, klasifikasi,
‘seriation’, konsep nombor, masa dan ruangan; dan seterusnya meninjau mainan yang
penting dan mendorong perkembangan kognitif kanak-kanak. Sampel kajian terdiri
daripada 4 orang kanak-kanak perempuan berumur 4 hingga 5 tahun. Subjek kajian
dibahagi kepada 2 kumpulan berasingan iaitu subjek ujikaji yang didedahkan dengan
mainan, dan subjek terkawal yang tidak berpeluang bermain. Kajian ini berupa satu
kajian kes dan kaedah kajian ialah kaedah pemerhatian. Alat pengukur yang digunakan
ialah Senarai Semak Kemahiran Kanak-Kanak dari segi perkembangan kognitif yang
diubahsuai daripada ‘Child Skills Chesklist Beaty’ (1998 dalam Spodek 1993) yang
digunakan untuk meninjau perkembangan kognitif kanak-kanak dari aspek pengekalan,
klasifikasi, seriation, konsep nombor, masa dan ruangan; dan seterusnya meninjua
mainan yang penting dan mendorong perkembangan kognitif kanak-kanak. Sampel kajian
ini ialah seramai 4 orang kanak-kanak perempuan berumur 4 hingga 5 tahun. Subjek
kajian dibahagi kepada 2 kumpulan berasingan iaitu subjek ujikaji yang didedahkan
Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 65

dengan mainan, dan subjek terkawal yang tidak berpeluang bermain. Kajian ini berupa
satu kajian kes dan kaedah kajian ialah kaedah pemerhatian. Alat pengukur yang
digunakan ialah Senarai Semak Kemahiran Kanak-Kanak dari segi Perkembangan
Kognitif yang diubahsuai daripada ‘Child Skills Chesklist Beaty’ (1998) yang digunakan
untuk meninjau subjek ujikaji semasa mereka bermain secara perseorangan. Satu lagi alat
pengukur ialah Ujian Pencapaian Kanak-Kanak dari Aspek Pembentukan Konsep dan
Asas Matematik yang diubahsuai daripada ‘ Stanford Early School Achievement Test’
(Madden, Gardner & Collins, 1982 ) yang digunakan untuk menguji pencapaian
keempat-empat subjek ujikaji dan ujikaji terkawal. Data pemerhatian dicatat dan dinilai
secara kualitatif berdasarkan mainan kanak-kanak. Bermain berulang kali membolehkan
kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif manakala pengalaman bermain membekal
peluang kanak-kanak menguasai konsep. Data ujian pencapaian kanak-kanak dikumpul
dan dibandingkan antara penguasaan subjek ujiakaji dan subjek terkawal untuk melihat
perbezaan merekadan mengenalpasti pengaruh terhadap perkembangan kognitif mereka.
Dapatan kajian mengenai pengaruh mainan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak
menunjukkan perbezaan yang ketara antara penguasaan ujian pencapaian terhadap kedua-
dua kumpulan subjek. Hasil dapatan juga menunjukkan kepentingan manipulasi objek
konkrit terhadap penguasan kemahiran kognitif kanak-kanak. Antara dapatan yang
penting sebagai contoh ialah subjek ujikaji berupaya menyelesaikan soalan yang menguji
pengekalan, klasifikasi, ‘seriaton’, konsep nombor, masa dan ruangan dengan lebih
memuaskan jika berbanding dengan subjek terkawal. Selain daripada itu, pemilihan
kanak-kanak terhadap mainan menunjukkan kefahaman dan perkembangan kognitif pada
peringkat yang berlainan.
Dalam kajian Nor A’ini (2010), beliau menggunakan pendekatan belajar melalui
bermain untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengenal abjad A
hingga Z di dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Proses Mengenal dan menguasai
abjad a hingga z amatlah penting bagi awal , persekolahan seseorang murid. Namun
sehingga kini terdapat segelintir murid yang memasuki Tahun 1 masih gagal menguasai
kemahiran ini. Pelbagai program terpaksa diperkenalkan contohnya program Literasi Dan
Numerasi(LINUS). Program intervensi sepatutnya berlaku awal supaya murid - murid ini
66 Faedah Bermain Dalam Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah

tidak terlalu jauh daripada rakan - rakan mereka. Oleh itu, pada tahun persekolahan
masalah sudah perlu dikesan. Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah tidak kenai
abjad dalam kalangan kanak - kanak prasekolah. Kaedah yang dipilih ialah mengenal
abjad melalui pendekatan belajar melalui bermain. Kanak - kanak mempunyai sifat
semulajadi yang suka bermain, oleh itu melalui bermain abjad akan diperkenalkan.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat seramai 6 orang kanak - kanak dari sebuah
prasekolah telah dijadikan sample kajian ini. Kanak - kanak ini bukan sahaja tidak kenai
abjad tetapi sangat pasif, malu dan kurang bercakap. Ada juga kanak - kanak ini yang
terlalu nakal , tidak bermotivasi untuk belajar , dan suka menganggu rakan - rakan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Melalui pendekatan belajar melalui
bermain, mereka mula menunjukkan perubahan tingkahlaku positif, berminat untuk
belajar, mula berinteraksi dan fokus kepada aktiviti yang diberi.
Keppler (2009) menjalankan kajian bertujuan mengenalpasti peranan permainan
dalam prasekolah Montessori melalui penyoalan kualitatif. Kajian dijalankan di lima
buah prasekolah di Anchorage, Alaska. Keppler menyiasat tingkah laku kanak-kanak
semasa bermain, gerak balas guru kepada kanak-kanak semasa proses bermain, dan
mengkaji perspektif guru mengenai permainan-permainan di tadika Montessori. Dapatan
kajian beliau menjelaskan terdapat tiga tema: membantu permainan ‘main peranan’
(pretend play) dalam bilik darjah Montessori, pandangan guru mengenai main fantasi dan
menguasai tingkah laku yang dihormati.
Merino (2009) mengkaji teori minda kanak-kanak prasekolah dalam usaha
memahami tingkah laku sosial kanak-kanak. Objektif kajian beliau ialah meninjau
hubungan perkembangan umur kanak-kanak prasekolah dengan kepercayaan karut dan
memahami realiti depan mata, main peranan dan tahap kemahiran sosial. Pengkaji
membuat pemerhatian dan mentadbir ujian mengenai kefahaman mereka menggunakan
tugasan piawai dan tidak piawai mengenai kepercayaan karut (false-belief) dan ‘perkara
nyata depan mata’ (appearance-reality). Sampel kajian terdiri daripada 31 orang kanak-
kanak (min = 4 tahun). Semua sampel diperhati dari aspek main peranan dan kemahiran
social dan diuji mengenai teori minda menggunakan ujian objek dan warna dan ujian
PPVT-III. Kanak-kanak diperhatikan semasa bermain bebas selama 60 minit melalui 3
Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 67

kali lawatan. Jenis-jenis-jenis permainan kanak-kanak dalam masa tersebut adalah :


permainan selari, permainan mudah, permainan timbale-balas, main sendiri (pretend
play); main kooperatif dan main peranan yang kompleks. Hasil kajian menjelaskan
terdapat kecenderungan perkembangan teori minda kanak-kanak dan terdapat hubungan
dalam memahami tingkah laku sosial. Kenyataan realiti terbentuk lebih dahulu daripada
fahaman karut. Pengetahuan implisit lebih dulu berkembang daripada fahaman eksplisit
walau pun bermain seorang menunjukkan perkembangan kognitif berkaitan prestasi teori
minda.

Rumusan
Kepentingan bermain dari segi perkembangan kognitif adalah permainan membantu
mempercepatkan kesediaan kanak-kanak untuk pembelajaran formal. Melalui bermain
pada awal kanak-kanak akan memperkuatkan perkembangan bahasa mereka. Melalui
permainan kanak-kanak boleh berkomunikasi secara lisan. Perkembangan bahasa awal
memberi faedah kepada kanak-kanak semasa belajar membaca dan menulis. Permainan
menyediakan kepada kanak-kanak peluang untuk menyelesaikan masalah. Melalui
aktiviti-aktiviti tersebut seperti membina blok, bermain air dan pasir, menyelesaikan teka
kata atau membina kawasan bermain secara imajinatif memaksa kanak-kanak
menggunakan kemahiran berfikir kritis.
Permainan membantu kanak-kanak menguasai kemahiran sosial – dalam
permainan kanak-kanak berpeluang untuk berinteraksi dengan persekitaran dan memberi
peluang kanak-kanak memahami dunia sebenar, mereka berlatih menggunakan bahasa
yang boleh difahami oleh rakan-rakannya, berlatih untuk meluahkan idea dan mendengar
idea orang lain. Melalui bermain juga kanak-kanak belajar bekerjasama dan memahami
faedah bekerjasama dan mengatasi konflik. Bila seseorang kanak-kanak melalui
pengalaman sosial dan emosi yang sihat, mereka akan dapat menyesuaikan diri kepada
persekitaran di sekolah. Kanak-kanak yang dapat membuat penyesuaian social dan emosi
akan dapat membuat penyesuaian akademik. Kesihatan fizikal dan Psikomotor – melalui
bermain juga kanak-kanak berlatih membuat pergerakan seperti menangkap bola,
memanjat halangan, berlari dan sebagainya. Aktiviti fizikal begini dapat mengeluarkan
68 Faedah Bermain Dalam Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah

peluh, menyihatkan minda dan badan. Pihak pendidik dan ibu bapa perlu menyedari
bahawa bermain bukanlah aktiviti untuk memenuhi masa kanak-kanak tetapi faedahnya
lebih daripada itu. Bermain adalah aktiviti yang kritikal untuk perkembangan kanak-
kanak. Melalui bermain secara aktif kanak-kanak akan memperolehi kemahiran bermain,
menghaluskan kemahiran motor, membantu perkembangan kognitif, afektif dan sosial.

Rujukan
Berk,L.E. (2008) .Child Development. Pearson Education.

Faridah Bt. Tombol.(2008).Keberkesanan Pendekatan Belajar Melalui Bermain di


Beberapa buah prasekolah Annex Sabah. Thesis M.Ed. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.

Ginsburg, Kenneth. (2007). The Importance of Play in Promoting Healthy Child


Development and Maintaining Strong Parent-Child Bonds. American Academy
of Pediatrics Report, 2007.

Nor A’ini Bt. Hashim.(2010). Penggunaan pendekatan belajar melalui bermain untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengenal abjad A hingga Z
di kalangan kanak-kanak prasekolah. Thesis B.Ed. Kuala Lumpur : Open
University.

Pellegrini AD, Boyd B. (1993). The role of play in early childhood development and
education: issues in definition and function. In: Spodek B, ed. Handbook of
Research on the Education of Young Children. New York, NY: MacMillan;
:105–121

Saracho, O.N. & Bernard Spodek, B.(1998). Multiple Perspectives on Childrens’


Play in Early Childhood Education. USA.Suny Press.

Saracho, O.N. & Bernard Spodek, B.(2003). Contemporary Perspectives on Play


in Early Childhood Education. USA: IAP.

Sheal Valakshemi A/P Palaniappan.(2006). Pengasingan jantina dan perlakuan sosial


kanak-kanak prasekolah semasa bermain lima jenis mainan di sebuah taman
permainan prasekolah. Thesis M.Ed, Tanjong Malim : Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Spodek B, ed. (1993). Handbook of Research on the Education of Young Children. New
York, NY: MacMillan; :105–121
Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 69

Tan, Goon Sim.(2000). Satu Kajian Kes tentang Mainan dan Perkembangan Kognitif.
Thesis M.Ed., Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Keppler, Gale Theresa. 2009. The Role of Play in Preschool Montessori Classrooms.
Universityof Alaska Anchorage, ProQuest, UMI Dissertations Publishing.(Muat
turun 17.5.2013)

Merino, Nicole Marie (2009).Parallel relations of pretend play, social competence, and
theory ofmind development in preschool aged children. Santa Barbara :
University of California. UMI Dissertations.(17.5.2013).

Papalia, D. Sally Olds & Ruth Feldman. (2008). Child Development. McGraw-Hill
Education.
70 Faedah Bermain Dalam Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah

View publication stats

You might also like