You are on page 1of 2

Pop Up Vokal!

PENDAHULUAN

Kajian ini berkaitan dengan masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid
pemulihan khas. Masalah pembelajaran bahasa Melayu yang difokuskan dalam kajian ini adalah
kemahiran asas membaca iaitu masalah mengenal kemahiran huruf vokal. Huruf vokal
merupakan huruf-huruf asas yang perlu dipelajari dan diketahui oleh murid-murid bagi menguasai
kemahiran membaca, menulis dan menaakul mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah.

Pendidikan Pemulihan khas merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar kepada murid-
murid sekolah rendah yang mana masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M).

Pelajar pemulihan merupakan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dalam membaca,
menulis dan mengira (3M). Mereka mempunyai keupayaan kognitif yang terhad seperti susah
untuk mengenal huruf, nombor dan memproses arahan dan maklumat yang diterima. Sekolah di
Malaysia menggunakan ujian diagnostik bagi mengesan pelajar yang mengalami masalah
pembelajaran. Pelajar yang dikesan akan diasingkan sesi pembelajaran ke kelas pemulihan atau
kelas pendidikan khas supaya guru dapat memberi tumpuan yang lebih kepada mereka.

Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang
penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping mengekalkan minat belajar.
Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Proses
pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Dale (1969)
menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media
yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan
cara yang paling berkesan dalam pembelajaran.

You might also like