You are on page 1of 13

Pengenalan

 Sistem pendidikan turut mengalami perubahan apabila dunia


memasuki era pemodenan. Pelaksanaan pemodenan pendidikan di
Malaysia berkaitan degan peranan yang dimainkan oleh kuasa
penjajah, peranan badan-badan agama Kristian, peranan kaum imigran
Cina dan India serta usaha masyarakat Melayu yang tidak mahu
ketinggalan dalam pendidikan.
Pendidikan zaman awal di negara ini telah wujud sejak sebelum
kedatangan Inggeris berorientasikan agama atau mendalami pengajian
Al-Quran yang diadakan di rumah guru, surau atau masjid. Ringkasnya
dikenali sebagai sistem pengajian pondok. Guru dipanggil sheikh, syed,
ustaz atau haji. Murid-murid diajar membaca Al-Quran, menulis Jawi,
ilmu fikah, tauhid, tasawuf dan sejarah Islam.
 Seiring dengan perkembangan zaman, sistem pendidikan sekolah pondok
diubahsuai menjadi sekolah Melayu tajaan Inggeris ketika di bawah
jajahan Inggeris.
 Kesedaran kalangan masyarakat Melayu tentang kepentingan pendidikan
untuk anak-anak mereka telah mewujudkan satu bentuk sekolah yang
dikenali sebagai sekolah rakyat. Diikuti oleh oleh penubuhan sekolah
madrasah yang lebih formal untuk memberi peluang anak-anak tempatan
mendapatkan ilmu selain ilmu agama. Situasi ini memberikan pelbagai
alternatif pendidikan kepada anak-anak masyarakat tempatan.
Perkembangan sistem pendidikan masyarakat Melayu:-
Sekolah Rakyat
• Institusi persendirian / sekumpulan orang tanpa bantuan kerajaan.
• Kurikulumnya mencontohi kurikulum sekolah Melayu yang
menekankan 3M. (membaca, menulis, mengira)
• Mata pelajaran yang diajar ialah pendidikan Islam, bahasa Melayu,
Ilmu Hisab, Tawarikh dan ilmu alam.
• Tenaga pengajar dilantik daripada kalangan masyarakat tempatan
yang difikirkan layak mengajar mata pelajaran tertentu.
Sistem Pengajian Pondok
• Tidak mengenakan yuran kepada pelajar
• Waktu belajar yang panjang dari pagi ke malam.
• Tiada had umur dikenakan untuk belajar
• Matapelajaran yang diajar bahasa Arab, Tauhid, Fikah, Sejarah Islam
dan Tasawuf.
• Pelajar yang cemerlang boleh melanjutkan pelajaran ke Mesir atau Arab
Saudi.
Sekolah Madrasah
• Didirikan oleh golongan reformis Islam.
• Guru yang mengajar dibayar gaji.
• Waktu belajar dari pagi hingga petang.
• Mata pelajaran diajar pendidikan Islam, Fikah, Akhlak, Al-Quran, Hadith,
Tafsir, Tajwid, Bahasa Arab, Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Bahasa Melayu, bahasa
Inggeris, khutbah dan pertukangan tangan.
 Kedatangan Inggeris membawa perubahan ketara dalam sistem
pendidikan yang nyata berbeza dengan sistem pendidikan tradisional,
sekolah Inggeris ditubuhkan oleh orang perseorangan atau mubaligh
kristian.
 Sistem pendidikan moden mula diperkenalkan dengan penubuhan sekolah
Inggeris, Penang Free School, Pulau Pinang, 1816 oleh Reverend R.S.
Hutching (sekolah milik persendirian).

 Kerajaan British kemudian mengambil alih sekolah-sekolah Inggeris yang


sedia ada dan menubuhkan lagi sekolah baru dengan sentiasa menambah
baik dan mengkaji kemudahan pembelajaran, silibus dan kurikulumnya.
Tenaga pengajar terlatih dari maktab atau diambil dari London dan
peperiksaan diadakan pada setiap tahun. Lepasan sekolah yang cemerlang
berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di England
dan mampu memenuhi keperluan sektor pekerjaan dalam pelbagai bidang.
 Sekolah Cina di peringkat awal dibuka oleh persatuan-persatuan pendakwah
Kristian, contohnya sebuah sekolah Cina dibuka di Melaka, 1815, oleh London
Missionary Society.
 Pendidikan untuk masyarakat Tamil telah dibuka di Singapura sejak 1834 tetapi
bukan sebuah sekolah kerana hanya pengajaran menggunakan bahasa Tamil sebagai
bahasa pengantar di Singapore Free School.
 Tiada sebuah pun sekolah yang dibuka oleh Inggeris untuk kedua-dua kaum ini
sehingga meletusnya perang kerana dasar pentadbiran Inggeris yang tidak
memberikan perhatian dalam hal ehwal pendidikan masyarakat imigran di negara
ini.
 Untuk memenuhi keperluan guru-guru Melayu terlatih untuk mengajar di sekolah
aliran Melayu dan Inggeris. Pihak Inggeris mendirikan Maktab perguruan seperti
Maktab Perguruan Melaka (1901), Maktab Perguruan di Matang Perak (1913) dan
Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak (1922). Bagi bakal guru-guru
sekolah Inggeris, mereka mendapat latihan di maktab beraliran Inggeris seperti
Raffles Collage, Singapura.
 Sekolah Vernakular Melayu pertama dibuka adalah Sekolah Melayu
Bayan Lepas, Pulau Pinang, 1855 (milik persendirian). Pihak Inggeris
mula membuka sistem pendidikan moden aliran Melayu di Pulau Pinang
dan di Kelang Selangor.
• Terhad kepada sekolah rendah sahaja.
• Kurikulum 3M (menulis dalam tulisan jawi), bertukar kepada
tulisan rumi pada abad ke 20.
• pengajian Al-Quran diajar pada waktu petang.
• Kemudahan bangunan, peralatan pembelajaran dan kemudahan
infrastruktur yang terhad dan minimum.
• Kurang mendapat sambutan masyarakat Melayu kerana corak
pendidikan yang berasaskan pendidikan sekular, kebimbangan
masyarakat Melayu terhadap pengasas sekolah yang beragama
Kristian, matlamat pendidikan hanya untuk melahirkan petani,
pesawah dan nelayan yang lebih baik.
 Sekolah Vernakular Cina
• Didirikan dan dibiayai oleh orang persendirian
• Menggunakan bahasa pengantar mengikut dialek masing-masing
• Kurikulum berorientasikan kurikulum sekolah di China
• Tenaga pengajar dan buku teks diambil dari China
• Terdapat 3 jenis sekolah:-
i. sekolah yang dikendalikan oleh persatuan-persatuan tertentu
ii. sekolah awam yang dikendalikan oleh seorang atau dua orang guru
iii. sekolah persendirian yang dikendalikan oleh sekumpulan guru dengan
kadar yuran yang minimum.
• Untuk mengawal aktiviti sekolah-sekolah Cina, kerajaan British mengadakan
kawalan menerusi bantuan kewangan dan kemestian mendaftar bagi
mengekang penularan pengaruh komunis.
• Selepas 1945, kerajaan Inggeris menubuhkan lebih banyak sekolah
Cina yang lebih lengkap, kurikulum disusun semula berorientasikan
Tanah Melayu dan bahasa Melayu menjadi antara mata pelajaran
yang diajar.
 Sekolah Vernakular Tamil
• Dimulakan oleh pertubuhan dakwah Kristian dan komuniti Tamil sendiri atau
diusahakan oleh majikan ladang/estet.
• Wujud lebih lambat berbanding sekolah Melayu dan Cina.
• Tenaga pengajar terdiri daripada kerani dan buruh-buruh ladang yang
celik huruf.
• Setakat sekolah rendah sahaja.
• Murid diajar membaca, menulis (Tamil), ilmu kira-kira dan ilmu alam.
Kerajaan British kemudian memperkenalkan kurikulum kemahiran dalam
perusahaan tanah, pertanian dan perburuhan.
 Kerajaan Inggeris juga membuka sekolah-sekolah perempuan untuk
membolehkan anak-anak perempuan mendapatkan pendidikan. Pada
awalnya, jumlah pelajar perempuan tidak menggalakkan tetapi ia semakin
bertambah dengan peredaran masa.
 Bagi negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama seperti
Malaysia, pendidikan dilihat sebagai satu perkara utama dalam
membentuk sikap dan keperibadian bangsa. Corak pendidikan zaman
penjajah yang memperlihatkan perbezaan untuk setiap kaum-kaum
memberikan kesan terhadap perpaduan masyarakat.
 Berdasarkan kepentingan pendidikan sebagai salah satu cara terbaik
untuk membentuk dan menyuburkan semangat cintakan negara maka
beberapa inisiatif telah diambil dengan menubuhkan beberapa jawatan
kuasa bagi menyelidiki masalah pendidikan berbeza ini sambil
mengutarakan cadangan untuk mengatasinya.
 Jawatankuasa-jawatankuasa dibentuk:-
1. Jawatankuasa Barnes
- dipengerusikan oleh L.J. Barnes
- mengutarakan pendidikan satu aliran iaitu sekolah kebangsaan yang
menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa
pengantar.
- Mendapat bantahan daripada orang bukan Melayu.

2. Penyata Fenn-Wu
- Cadangan mengekalkan sekolah-sekolah yang ada dengan bahasa
pengantar masing-masing.

3. Penyata Laporan Razak.


- mengekalkan sekolah rendah Melayu, Cina dan Tamil dengan bahasa
pengantar masing-masing.
- sistem sekolah menengah yang sama untuk semua kaum.
- diadakan kelas peralihan untuk mengatasi masalah bahasa bagi murid
aliran sekolah Cina dan Tamil.
- diwujudkan peperiksaan SRP dan SPM untuk menentukan arah
pendidikan pelajar yang seterusnya.
 Kerajaan berhasrat mewujudkan satu sistem pendidikan bersepadu
melampaui sempadan perkauman atau melaksanakan sistem pendidikan yang
tunggal di negara ini. Beberapa masalah yang dihadapi:-
a. Ketiadaan semangat nasionalisme atau kesetiaan hanya pada negara
ini.
b. Kewujudan pelbagai bahasa dan citarasa terhadap pendidikan kaum
masing-masing.
c. Wujud perasaan takut kehilangan identiti kaum masing-masing.

Kesimpulan

- Perkembangan bidang pendidikan di Malaysia amat unik kerana setiap etnik


memiliki institusi pendidikan yang tersendiri. Bagi masyarakat pribumi lokal,
pendidikan agama merupakan pendidikan yang wajib diberikan kepada anak-
anak mereka. Pendidikan agama bermula dengan pendidikan tidak formal di
surau, masjid atau rumah guru. Kemudian ia berkembang kepada sistem
pendidikan berbentuk sekolah pondok yang menjadi sistem pendidikan
tertua di Tanah Melayu.
- Perubahan berlaku dalam sistem pendidikan Melayu dengan kehadiran
penjajah Inggeris yang bukan sahaja menguasai kekayaan ekonomi Tanah
Melayu tetapi turut mengorientasikan pemikiran masyarakat pribumi
lokal dengan sistem pendidikan sekular. Di bawah jajahan British, dasar
pendidikan bersifat dualistic kerana mengkhaskan pendidikan Inggeris
bagi golongan elit manakala pendidikan vernakular untuk masyarakat
umum.
- Kerajaan British kurang memberikan perhatian terhadap sistem
pendidikan kaum imigran kerana beranggapan mereka akan kembali ke
negara asal masing-masing. Hanya selepas 1946, tumpuan mula diberikan
kerana tiada tanda mereka akan kembali ke negara asal. Oleh itu,
kerajaan British mengadakan usaha untuk menyeragamkan bentuk
pendidikan untuk semua kaum.
- Seiring dengan perubahan masa, kerajaan mengiatkan usaha untuk
mencari satu formula baru bagi memantapkan dasar pendidikan negara
ke arah perpaduan semua bangsa bersesuaian dengan keadaan
kemajmukan masyarakat Malaysia.

You might also like