You are on page 1of 2

TRAIT PERSONALITI DAN HUBUNGAN DENGAN PRESTASI

AKADEMIK PELAJAR

1 Rohaiza Zainol & 2Asma’ Ahmad Shukri

Abstrak

Kajian ini mengkaji hubungan anatara personaliti Big Five dengan


pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti
hubungan antara personaliti Big Five terhadap pencapaian akademik dalam
kalangan pelajar di salah sebuah MRSM di negeri Pahang. Kajian ini
menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 44 item. Alat kajian
yang digunakan adalah Inventori Big Five. Data daripada responden (N =
120) dianalisis menggunakan. Statistical Package For Social Sciences
(SPSS). Kajian ini juga menggunakan beberapa kaedah analisis statistic iaitu
peratusan, Kolerasi Pearson dan independent–samples t-test. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar tingkatan empat ini mempunyai trait personaliti
keterbukaan yang tinggi bagi lelaki, manakala bagi perempuan adalah trait
personaliti neurotisisme. Terdapat juga perbezaan yang signifikan antara
kedua-dua pembolehubah ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan antara trait personaliti Big five (keberhematan) terhadap
pencapaian akademik pelajar (r =.184) berbanding dengan trait personaliti
Big Five yang lain. Keputusan ini menunjukkan bahawa personaliti Big Five
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar..

Kata kunci Trait, Personaliti, Big Five, prestasi akademik

You might also like