You are on page 1of 2

Latar belakang Tok Kenali

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali, telah lahir pada sekitar
tahun 1870 di Kampung kubang Kerian Mukim, Kenali Kota Bharu. Bapanya seorang petani
bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya turut membantu suaminya sepertiman kebiasaan di
kampung mereka. Muhammad Yusuf dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini telah
membentuk sifat peribadinya yang tidak suka menonjol dan sentiasa merendah diri.

Latar belakang keluarganya memang mempunyai ilmu agama yang kuat. Sejak kecil, Tok Kenali
telah diberi pendidikan dalam suasana kampungnya sendiri. Turut diceritakan oleh penulis
tentang masa kecil beliau yang pernah bekerja menjadi kerani. Di zaman usia kanak-kanak,
beliau telah pun menunjukkan sifat ingin maju yang membuatkan dirinya agak istimewa
berbanding dengan kanak-kanak lain. Tok Kenali mula menimba ilmu daripada gurunya iaitu
bapa kepada Datuk Perdana Paduka Raja iaitu En Ismail. Ketika berusia 16 tahun, dikhabarkan
bahawa beliau telah berkahwin dengan Mek Nik tapi bercerai hanya selepas satu tahun. Beliau
membuat keputusan untuk belajar di Makkah. Pada tahun 1887, usia nya mencecah 18 tahun.
Ketika inilah beliau berangkat ke Makkah.

Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhamad Yusuf atau lebih dikenali Tok Kenali,
telah mula belajar membaca kitab suci Al-Quran dan tulis-menulis daripada datuknya sendiri
iaitu Encik Salleh (Tok Leh). Kemudian, dia menyambung pula pelajaran di Masjid Besar Al-
Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar Kota Bharu dalam
pelajaran Bahasa Arab, Nahu, Saraf dan ilmu agama.

Beliau telah berkahwin dengan Cik Ruqayyah Mahmud dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu
Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi. Keempat-empat anak ini telah
mengikuti jejak langkah ayah mereka dengan bergelar Tok Guru.

Beliau belajar ilmu agama di Mekah selama 22 tahun. Setelah kembali ke Kelantan, beliau
mendirikan pondok di kampungnya. Sepanjang hidup, beliau memegang jawatan-jawatan yang
penting. Tok Kenali adalah seorang tokoh ulama yang terulung, tokoh pembangun pemikiran
umat Islam di dunia dan juga pencetus kepada ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia
Tenggara yang wujud pada awal abad ke-20. Beliau seorang yang alim kerana kehidupannya
banyak merujuk atau berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang memilih kehidupan yang sederhana dan juga seorang
wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni.

You might also like