You are on page 1of 2

Nama Program

Program Semarak Bahasa Melayu

Pengenalan
Program Semarak Bahasa Melayu merupakan aktiviti tahunan anjuran Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Perlis (MAIPs) di bawah Program Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis
di Walayah Satun, Thailand.

Objektif
a. Memberikan khidmat kepakaran dalam penggunaan bahasa Melayu standard kepada
guru-guru sekolah kerajaan di wilayah Satun.
b. Meningkatkan penggunaan bahasa Melayu guru-guru sekolah Agama di Wilayah Satun,
Thailand.
c. Menjalinkan kerjasama pintar peringkat antarabangsa antara guru-guru dan pentadbir
sekolah di Wilayah Satun dengan IPG Kampus Perlis.

Pelaksanaan
Program Semarak Bahasa Melayu telah dilaksanakan pada 4hb – 6hb Januari 2019 bertempat
di Jareeyatam Islam Foundation School, Chalung, Wilayah Satun, Thailand. Seramai 5 orang
pensyarah Bahasa Melayu di Unit Pengajian Melayu terlibat. Peserta terdiri daripada 2 orang
pegawai pengurusan sekolah dan 19 orang guru sekolah. Bengkel selama 3 hari, memberi
pendedahan kepada guru-guru tentang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Abad Ke-
21.

Pencapaian
Pensyarah Bahasa Melayu telah berjaya memberi konsep dan prinsip pembelajaran Bahasa
Melayu Abad Ke-21 dan disusuli dengan tunjuk cara pengajaran oleh dua orang pelatih
cemerlang IPG, iaitu Saudara Anas bin Arshad (cemerlang praktikum) dan Saudara Ahmad
Zulhilmi bin Ahmad Zaini (pemenang anugerah inovasi IPGK Perlis).

Impak
Program ini secara tidak langsung telah menyediakan langkah awal bagi menyahut seruan DYTM
Tuanku Raja Muda Perlis untuk memperkasa dan membudayakan Bahasa Melayu dan Sastera
khususnya di Wilayah Satun.

Penambahbaikan
Pada masa akan datang program ini perlu dibuat lebih awal dan bersiri bagi membolehkan
pengisian memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi atau untuk meningkatkan
amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan.

1|Laporan Tahunan IPGK Perlis 2019


Gambar berkaitan

Catatan :
Sediakan sekurang-kurangnya 4 gambar bagi satu program.

2|Laporan Tahunan IPGK Perlis 2019

You might also like