You are on page 1of 17

LATAR BELAKANG TAMADUN

TAMADUN YUNANI

1. Lokasinya berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi


oleh Laut Aegen dan Laut Meditteranean.
2. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia di negara kota polis.
3. Pembentukan negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar
sekitar tahun 1000 – 8 000 SM.
4. Negara kota Ynani ialah sebuah kota yang dikeliligi kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat
pasar, kubu, kuil dan istana.
5. Negara kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth yang terletak berhampiran
Laut Meditterranean.
6. Setiap negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang negara tersendiri serta
memiliki beberapa tuhan.
7. Mereka sentiasa bersatu padu walau pun kadang-kadang berlaku peperangan antara negara kota.

TAMADUN ROM

1. Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di
Lembah Latium.

2. Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.

3. Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi
penting.

4. Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.

5. Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di
Rom.

6. Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.

7. Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem
pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana.

8. Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan bandar contoh
disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini. Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan
orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum (binaan bulat
tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan Rom).

9. Pada tahun 80 M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000 orang.

10. Selain itu, terdapat juga sistern saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165
kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.

11. Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air dapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu
aman dan semasa peperangan, selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.
TAMADUN INDIA

1. Tamadun Indus mencapai era kecemerlangan pada tahun 2500 – 1800 S.M

2. Selepas tempoh tersebut tamadun Indus mengalami keruntuhan kerana

- Kedatangan orang Aryan yang membawa satu budaya dan tahap baru dalam masyarakat Indus

- Tahap ini dikenali sebagai zaman Vedik.

- Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana lahir
agama Hindu.

- Masyarakat tamadun Indus beralih ke Lembah Ganges setelah beberapa lama bertapak di Lembah Indus.

3. Kerajaan kecil beralih telah disatukan semasa pemerintahan Chandragupta Maurya yang

menyebabkan wujud empayar pertama .

4. Dinasti Maurya telah mencapai tahap kegemilangan pada masa pemerintahan Asoka.

TAMADUN CHINA

1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meliputi ke bahagian selatan China.

2. Perluasan kuasa bermula dengan kemunculan Dinasti Chin yang merupakan dinasti pertama.

3. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti yang menjalankan aktiviti perluasan kuasa

hingga ke Sungai Merah di Vietnam dan berjaya membentuk sebuah empayar.

4. Zaman pemerintahan Shih Huang Ti adalah zaman yang banyak berlaku peperangan, perluasan

kuasa dan penyatuan jajahan takluk di bawah sebuah pemerintahan pusat.

ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

TAMADUN YUNANI

Proses perkembangan tamadun Yunani

Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai perubahan daripada:

Monarki -→ Oligarki → Aristokrasi → Diktator(tirani) → Demokrasi

1. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua
agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

2. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot –lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad.
Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul dinamakan oligarki.
3. Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat yang memiliki kuasa besar, sistem ini dinamakan
aristokrasi.

4. Berlakunya rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi
– maka muncul sistem ditaktor di kalangan golongan kaya atau tentera.

5. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi tindakan ini telah ditentang oleh
golongan aristokrat -maka muncullah demokrasi.

6. Sistem demokrasi di Athens – terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki
dewasa Athens berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan
ini berhimpun 3 kali sebulan, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan dikendalikan
oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh terhadap
ketiga- tiganya.

7. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.

8. Di Sparta-sistem pemerintahan tentera diamalkan.Sistem pertahanan diberikan perhatian penting. Anak


lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik .Oleh itu, Sparta melahirkan tentera yang
mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.

TAMADUN ROM

1. Bermula dengan sistem beraja sejak 753 S.M

2. Kemudian Rom membuat sebuah republik pada tahun 509 S.M

3. Ciri-ciri Sistem Republik Rom

- Kuasa tertinggi terletak kepada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat

- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangasawan bagi membincang hal pentadbiran Negara dan
merangka perundangan.

- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat itu dilantik menjadi konsul beliau ialah Praeotor. Iaitu pemerintah
tentera.

- Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan diwakli semua rakyat. Segala keputusan Dewan
Senat akan diluluskan oleh Dewan Perhimpunan.

4. Sistem republik berubah apabila Rom mencapai taraf empayar pada zaman pemerintahan Julius Ceasar.

5. Julius Ceaser telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasa angkatan
tentera dan senat dengan memakai gelaran Maharaja.

6. Gelaran Maharaja diteruskan oleh Ausgustus yang memrintah dari tahun 27 – 14 S.M.

7. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan empayar Rom.

8. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom).


TAMADUN INDIA

1. Tahap awal pembentukannya, iaitu tahun 600 – 320 S.M, tamadun India membentuk dua kerajaan iaitu
kerajaan kecil dan kerajaan besar.

2. Kerajaan kecil - bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja

kerajaan besar - diketua raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.

3. Kedudukan raja diperkukuh dengan bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa raja itu
adalah suci dan harus dihormati.

4. Golongan Brahmin bertindak sebagai penasihat manakala golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah
tertinggi serta merupakan golongan dominan.

5. Chandragupta telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dari
tahun 321 – 185 S.M. dan mengubah status raja kepada maharaja.

6. Kerajaan Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara
terletak di Pataliputra.

7. Asoka pernah terlibat dalam Perang Kalinga yang menamatkan perang saudara yang berlaku sejak
pemerintahan ayahnya Bindusara.

8. Perang Kalinga menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan
kematian. Perang ini diingati dalam sejarah kerana menjadi pemula penting yang menyebabkan Asoka
memeluk agama Buddha dan mengembangkan ajarannya.

9. Walau beliau berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan
pemerintahannya.

TAMADUN CHINA

1. Perluasan Kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan sistem
pentadbiran berpusat.

2. Perluasan kuasa berlaku pada zaman Dinasti Chin (tahun 211 – 206 S.M)

3. Konsep raja bertukar kepada maharaja.

4. Pemerintahan berbentuk maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pemerintahan


pentadbiran atau birokrasi awam yang dilantik oleh maharaja terdiri daripada orang awam.

5. Pelantikan pegawai-pegawai diasaskan kepada pencapaian mereka dalam pepriksaan awam.

6. Shi Huang Ti merupakan tokoh China yang memainkan peranan penting sistem peemrintahan ini.

PERUNDANGAN

TAMADUN YUNANI

1. Dewan Perhimpunan menggubal undang- undang.


2. Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republic.

3. Menurut Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya
menggubal undang-undang.

TAMADUN ROM

1. Hukum Kanun 12 :

- dikenali Papan Dua Belas

- disatukan pada tahun 449 SM

- kekal selama 400 tahun

- perundangan Rom yang pertama

- diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat

2. Kod Undang-Undang Rom / Kod Undang-Undang Justinian

- dilahirkan pada tahun 527 M oleh Maharaja Justinian kerana terdapat terlalu banyak undang-undang dan
ada antaranya yang rumit

- terdiri daripada tiga cabang:-

a) Undang-undang Sivil

b) Undang-undang Rakyat

c) Undang-undang Natural (natural law)

- prinsip-prinsipnya:

i) semua manusia sama di sisi undang-undang

ii)seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah

iii)keadilan terhadap setiap individu

iv)hukuman berasaskan bukti yang cukup

TAMADUN INDIA

1.Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan pentadbiran.

2. Kitab Dharma Sastra dijadikan panduan untuk menggubal undang-undang dan dianggap kitab undang-
undang Hindu yang tertua.

3. Raja merupakan tunggak perkembangan tamdun. Oleh itu, raja dikehendaki memelihara kesucian dan
kedaulatan undang-undang.
4. Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang atau urusan undang-undang kerana
golongan ini mahir tentang hukum-hakam agama.

5. Zaman Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.

6. Titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dibaca
oleh rakyat.

7. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka dan didirikan pada zaman pemerintahan Asoka.

TAMADUN CHINA

1. Sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.

2. Teras undang-undang adalah daripada falsafah legalisme.

3. Undang-undang ini digubal oleh seorang ahli falsafah, Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.

4. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.

5. Undang-undang yang berteraskan falsafah ini bertentang dengan undang-undang ajaran Confucius yang
diamalkan pada zaman Dinasti Han.

6. Mengikut Confucius, ianya menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga
keharmonian manusia dan masyarakat

PERLUASAN KUASA

- Setelah menubuhkan kerajaan yang stabil dan kuat, seseorang pemerintah itu akan berusaha untuk
meluaskan kawasan pemerintahannya.

- Perluasan kawasan pemerintah dilakukan melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.

TAMADUN YUNANI

1. Philip II dari Macedonia- menyatukan kerajaan Macedonia dan Yunani.

2. Alexander The Great- meluaskan kawasan takluk Yunani dengan menguasai Parsi, Mesir, Turkistan,
Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.

3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran antara kebudayaan Yunani, Parsi dan
kebudayaantimur yang lain) ke Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.

4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander The Great dan dengan kemunculan Rom.

TAMADUN ROM

1. Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada period pemerintahan Agustus Caesar.
2. Agustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak saudara kepada Julius Caesar. Semasa
pemerintahannya, beliau telah menjalankan pemerintahan diktator.

3. Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral
Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleoparta dalam
peperangan Actium ( 31 S.M ).

4. Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem
republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan.

5. Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine,
Danube, Laut Hitam, Pergunungan Altas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin.

TAMADUN INDIA

1. Tokoh perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh pemerintahan Dinasti Maurya iaitu
Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ).

2. Kejayaan Chandragupta adalah disebabkan mempunyai pasukan tentera yang besar, 600 ekor gajah,
1000 orang tentera berkuda dan 10, 000 orang infantri.

3. Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau
berjaya menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus.

4. Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India.

5. Asoka telah menguasai seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut
adalah kesan daripada kemenangan Asoka ke atas kawasan Kalinga.

6. Selepas kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka
untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya.

7. Hal ini berlaku kerana lebih memberi tumpuan kepada penyebaran agama Buddha.

TAMADUN CHINA

1. Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu pada
era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China

2. Shih Huang Ti telah melaksanakan ;

a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak

b) Menghapuskan golongan bangsawan

c) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir

d) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar China daripada serangan orang
gasar
3. Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han
kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan
jajahannya melalui pasukan yang besar dan kuat.

4. Antara kawasan ynag berjaya ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah Tarim, dan Tutor di utara, Yang
Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan.

5. Beliau juga telah berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke Jepun dan Turkistan serta
dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negeri China.

PENINGKATAN EKONOMI

- Ekonomi dalam tamadun awal, pada asalnya bercucuk tanam, menternak binatang dan menghasilkan
barangan untuk perdagangan.

- Tetapi apabila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan kemunculan bandar, kegiatan
tersebut membawa kepada penghasilan yang melebihi keperluan mereka sendiri.

- Hasil yang berlebihan itu dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti
barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam dan perhiasan yang terdapat di bandar.

TAMADUN YUNANI

1. Semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana keadaan muka bumi bergunung-
ganangdan tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya, perdaganganhanya dijalankan di kawasan pesisir
pantai seperti Mesir, Syria dan Phoenecia.

2. Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan kerana kekurangan tanah pertanian.
Negara kotatersebut terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar.

3. Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam.Athens juga menjai
pusat pengumpulan barang keperluan dari timur.

4. Kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini telah menaikkan harga barang.Kesannya, ramai rakyat
Yunani berpindah ke Alexandria pada Zaman Graeco-Rom.

TAMADUN INDIA

1. Bergantung kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian

2. Wujud hubungan perdagangan luar dan dalam. Antara pusat perdagangan yang penting termasuklah
Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading, emas, berlian dan mutiara.

3. Hubungan perdagangan negara luar dapat dilihat melalui hubungan antara kerajaan Maurya dengan
Macedonic, Sri Lanka, rantau Asia Tenggara dan Asia Tengah.

4. Wujud beberapa pelabuhan yang penting, antaranya Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian
timur serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat.
5. Persatuan perdagangan dan perusahaan ( Sresthin ) wujud di setiap bandar untuk tujuan;

a) Mengawal harga

b) Mengawal kualiti barangan

c) Mengawal gaji pekerja

6. Mata wang digunakan untuk medium dalam urusan jual beli.

7. Syiling emas(dikenali sebagai Dinara), wang perak serta wang yang terdiri daripada cangkerang siput.
Ini jelas membuktikan bahawa Dinasti Maurya dan Gupta melaksanakan satu dasar ekonomi yang
sistematik.

8. Perkembangan perusahaan tekstil, kain kapas, dan sutera mempergiatkan aktiviti perdagangan sejak
zaman Maurya.

9. Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Baneras. Barangan emas, mutiara dan batu permata
turut berkembang di India.

10. Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas hasil pertanian dan buah-buahan. Cukai-cukai yang dipungut
adalah untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.

11. Sejak tahun 100 M, India menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu, China,
Rom dan Sri Lanka.

TAMADUN CHINA

1. Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian.

2. Sejak zaman Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas.

3. Kolar kuda digunakan untuk menarik kereta kuda, tenggala kayu, kereta sorong dan penyisir tanah.

4. Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan.

5. Kawasan bukit ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.

6. Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir.

7. Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han dan diperdagangkan ke
kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.

8. Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat iaitu, Jalan Sutera Darat. Jalan ini bermula di Barat iaitu dari Rom
merentasi Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China.

9. Mulai zaman Dinasti Tang, Jalan Laut telah digunakan. Jalan ini merupakan jaringan jalan yang
menghubungkan China dengan India dan Barat, iaitu di Rom.

10. Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar abad ke 5M. Kapal
yang belayar dari Rom singgah di India. Kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka, begitu juga
dengan kapal dari China dan India.
11. Penemuan tembikar China dibeberapa tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal adalah bukti perdagangan
maritim telah mula wujud sejak zaman Dinasti Tang.

12. Hasil perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri. Persatuan perdagangan didirikan di China
dan lahirnya golongan kelas pertengahan yang besar berikutan perkembangan perdagangan.

13. Perkembangan ekonomi yang besar dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan iaitu
pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti alat pengangkutan kereta kuda dan kereta
lembu.

PENINGAKATAN SOSIAL

- Aspek sosial yang terdapat dalam sesebuah tamadun meliputi perkara seperti pendidikan, kesenian,
kesusasteraan, seni bina, serta sains dan teknologi.

- Antara perkara yang tersebut pendidikan merupakan asas dan tonggaknya. Ia membantu manusia untuk
meningkatkan tahap intelek yang seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.

PENDIDIKAN

TAMADUN YUNANI

1. Di Athens –Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani.
Aktiviti pendidikan,sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis
dititikberatkan di Athens.

2. Di Sparta –Pendidikan bertujuan melahirkan tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara
kotanya.Latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata lebih dipentingkan berbanding dengan
pendidikan mental.

3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes, Elea dan Miletus yang melahirkan sejarawan
seperti, Thucydides dan Herodotus, pemikir sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus
dan Anaxagoras.

4. Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles.

TAMADUN ROM

1. Pendidikan di Rom menitikberatkan ;

a) Apilikasi ilmu yang praktikal

b) Kesetiaan kepada Rom.

2. Pada tahap awal, unsur dari Yunani diserapkan dalam pendidikan Rom. Pusat-pusat pendidikan ini
telah melahirkan ;

a) Jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya
b) Ahli falsafah

c) Sejarawan

TAMADUN INDIA

1. Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik dan berteraskan agama Hindu adalah
untuk manusia menghadap hari selepas mati.

2. Ditekankan untuk mendalami kitab-kitab dan mempelajari bahasa Sanskrit. Kaedah merupakan bagi
mendalami kitab-kitab Veda.

3. Pendidikan cuma diberikan kepada kaum lelaki manakala kaum wanita tidak diberi peluang untuk
belajar.

4. Pada awalnya tempat belajar hanya di istana dan rumah. Kemudian apabila berkembang dengan baik
pusat pendidikan tinggi telah dibina, iaitu yang pertama sekali tertubuhnya Kolej Brahman.

5. Pada abad pertama Masihi wujud universiti yang pertama iaitu Universiti Taxila dan Universiti
Nalanda pada abad kelima masihi.

6. Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus menghafal pelbagai buku agama
khususnya kitab Veda yang mengandungi pelbagai peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama. Selain
itu, mereka mempelajari karya saintifik dan falsafah.

7. Pendidikan juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf serta menjawat jawatan
dalam kerajaan.

TAMADUN CHINA

1. Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu;

Sekolah rendah : Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa
memahami maknanya

Sekolah menengah : Tumpuan terhadap karangan dan sastera

Pendidikan tinggi : Memperterjemah buku suci

2. Matlamat utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam Peperiksaan Awam Kerajaan.
Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga peringkat;

a) Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama. Diadakan dua kali dalam
tempoh tiga tahun. Sesiapa yang lulus pada tahap ini layak menjadi pegawai kerajaan untuk ijazah
pertama sementara ijazah ketiga layak menjadi pendidik.

b) Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen, setaraf dengan sarjana. Diadakan tiga tahun sekali.

c) Peringkat Negara - tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah. Diadakan tiga tahun sekali.

3. Pengendalian peperiksaan awam;


a) Diadakan dengan ketat.

b) Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.

c) Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.

d) Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik kecil dengan disediakan
makanan dan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.

4. Sistem peperiksaan awam China merupakan yang tertua sekali di dunia.

FALSAFAH

TAMADUN YUNANI

1. Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari
jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam
sekitar mereka.
2. Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato.
3. Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab
tentang kehidupan masyarakat bahagia dan beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah
dihukum bunuh dengan meminum racun.
4. Plato adalah pengikut Socrates dan falsafahnya ialah masyarakat yang sempurna merupakan
masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.
5. Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens.
6. Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan falsafah dan hasil penerbitan
beliau mengandungi ilmu logic,metafizik, etika, politik,fizik, sains tabii,astronomi dan geologi.
7. Merupakan guru Alexander the Great.
8. Karya utama ialah Republic.
9. Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi.
10. Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of Persian Wars digelar Bapa
Sejarah.
11. Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of the Peloponnesian War yang
ditulis berteraskan penyelidikan.

TAMADUN ROM

1. Tamadun Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, maka, tamadun ini banyak mengambil falsafah
daripada Yunani.

2. Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme yang menekankan keadilan, tanggungjawab,
keberanian dan perikemanusiaan.

3. Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung kepada
hubungannya dengan alam.

TAMADUN INDIA

1. Antara falsafah yang terawal berkembang dan direkodkan di dunia ialah falsafah India.
2. Wujud dalam dua bentuk pemikiran iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab veda dan yang
menolaknya.

3. Kitab veda - terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.

4. Falsafah bukan aliran veda - bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme.

TAMADUN CHINA

1. Falsafah China menekankan hal berkaitan hubungan manusia dengan manusia lain.

2. Antara sumber falsafah ialah Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya Confucianisme, Lao Tze,
Toisme dan Mo Tzu

3. Mo Tzu Menolak beberapa ajaran Confucianisme.

4. Menurutnya manusia berakhlak baik tetapi menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.

5. Falsafah legalisme pula percaya hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban
masyarakat.

SAINS DAN TEKNOLOGI

TAMADUN YUNANI

1. Dalam tamadun Yunani, terdapat beberapa orang tokoh sains dan matematik yang terkenal.
Contohnya, Hippocrates yang terkenal sebagai Bapa Perubatan danArchimedes sebagai tokoh matematik
dan fizik.

2. Pythagoras (580-500 S.M.)

- Mencipta Teorem Pythogoras. Beliau mempelajari dan menggabungkan ilmu geometri Mesir Purba dan
Babylon. Beliau juga memulakan gerakan saintifik yang dikenali sebagai Pythagorean.

3. Archimedes

- Aspek utama yang disumbangkan oleh Archimedes ialah teorinya berhubung dengan isi padu air dan
graviti

4. Ptolemy

- Ptolemy pula merupakan tokoh utama dalam bidang astronomi Yunani.

5. Hippocrates (460-377 S.M)

- Tokoh perubatan yang diberikan gelaran sebagai Bapa Perubatan. Beliau merupakan seorang pakar
anatomi.Sumpah Hippocrates(Hippocrates Oath) sering dilafazkan oleh ahli perubatan moden.

6. Ahli matematik di Yunani mewujudkan sistem angka yang dikenali sebagai angka herodianic dan
ionic.
7. Dalam tamadun ini,ilmu pelayaran telah ditingkatkan dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan
perahu yang besar.

TAMADUN ROM

1. Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan
astronomi.

TAMADUN INDIA

1. Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dipetik
daripada Rig Veda.

2. Matematik dalam tamadun India berkembang dalam Zaman Gupta.

3. Ahli matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira.

4. Ahli matematik India memperkenalkan system nombor, iaitu angka Brahmin(dibaca dari kiri ke
kanan,angka 10 diwakili dengan symbol alfa) angka Kharosti(digunakan pada zaman pemerintahan
Asoka,dikatakan seakan-akan angka Romawi)

5. Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecenderungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana


kaitannya dengan yoga.

TAMADUN CHINA

1. Di China konsep konsep keseimbangan kuasa Yang (aktif) dan Yin (pasif) membolehkan seseorang
sihat digunakan dalam perubatan tradisional.

2. Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.

3. Perahu layar dapat meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting
dalam peperangan.

4. Penciptaan kertas telah bermula dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-
sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa dan diratakan serta dikeringkan.

SENI BINA

- Mencerminkan ketahanan manusia tamadun awal menghadapi cabaran untuk hasilkan monumen yang
turut melambangkan pencapaian paling agung bangsa ,agama dan rajanya.

TAMADUN YUNANI

1. Acropolis dibina untuk keagamaan.

2. Merupakan pusat pentadbiran di Athens

3. Di dalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater serta bangunan

yang menarik iaitu Parthenon.


4. Parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada
kuasa Persia.

5. Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat
menjalankan kerja awam.

TAMADUN ROM

1. Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.

2. Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang.

3. Teknologinya berasaskan sistem gravity.

4. Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater.

TAMADUN INDIA

1. Stupa Besar di Sanchi adalah untuk tujuan keagamaan

2. Masyarakat India berupaya untuk membina binaan yang sangat baik dan lengkap,dilihat pada binaan
Great Bath.

3. Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.

4. Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan penggunaan elemen
geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat

TAMADUN CHINA

1. Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman Dinasti Chou.

2. Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.

3. Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata dan lumpur.

4. kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja.

5. Istana yang masih kekal ialah kota larangan.

6. Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

TAMADUN YUNANI

1. Bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk Alexander

The Great.

2. Tokoh sastera ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua buah buku puisi iaitu
Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua buah epik iaitu

Illiad dan Odyssey.

TAMADUN ROM

1. Terdapat dua orang penyajak terkenal iaitu Cicero dan Virgil.

2. Karya sastera bertujuan meningkatkan semangat patriotisme.

3. Sastera Rom mencapai zaman keagungan pada zaman Agustus Caesar

TAMADUN INDIA

1. Di India, masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iatu Dravidia di Selatan dan Indo –Arya.

- Bahasa masyarakat Dravidia adalah Telegu,Malayalam dan Kannada manakala Indo-Aryan ialah
Sanskrit.

- Bidang sastera terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak.

- Dua epik terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana.

- Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan jahat.

- Ramayana – pergaduhan Rama dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. Bahasa persuratan
tamadun ini ialah Sanskrit.

TAMADUN CHINA

1. Terdapat tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis dan
Fukien.

2. Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien menghasilkan karya Shih Chi – berkaitan sosial, sejarah, kerajaan
dan pemimpin.

3. Tokoh puisi semasa Dinasti Tang – Tu Fu, Li Po danPo Chu-I.

4. Kebanyakan karya sastera dalam tamadun-tamadun ini untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

5. Tulisan di Yunani berasal dari orang Phoenesia dengan tambahan kepada huruf vokal dan tersebar ke
Rom sehingga sampai kepada masyarakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.

SISTEM SOSIAL

TAMADUN YUNANI

1. Di Yunani, Athens – penduduk terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu pertama warganegara, kedua
bukan warganegara dan ketiga hamba.

2. Golongan pertama mempunyai hak dalam politik tetapi golongan lain tidak.
3. Di Sparta pula kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen, kedua ialah pekerja, artisan dan pedagang
dan kelas ketiga ialah Helot (golongan majoriti yang mengusaha tanah)

TAMADUN ROM

1. Terbahagi kepada tiga iaitu warganegara , bukan warganegara dan hamba

TAMADUN INDIA

1. Wujud sistem kasta – empat kasta utama iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.

2. Mengikut sistem ini, lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita kasta lain dan dilarang bercampur
gaul dengan ahli kasta berbeza.

TAMADUN CHINA

1. Di China – terdapat tiga kelas utama iaitu lapisan pentadbir (Maharaja, keluarganya, pegawai
bangsawan dan sida-sida. Kumpulan kedua - rakyat bahawan ( petani, dan artisan ). Golongan ketiga ialah
hamba.

2. Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama.

3. Menurutnya golongan teratas ialah sarjana (pegawai kerajaan) , kedua ialah petani yang menjadi tulang
belakang ekonomi dan ketiga ialah golongan tukang serta keempat (bawah) ialah pedagang.

4. Setiap individu boleh menukar kelas kedudukannya (status) yang lebih baik melalui pendidikan.

You might also like