You are on page 1of 5

*Lampiran A

Perlembagaan Persatuan Silat Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Perkara 1 : Nama

Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Silat Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang.

Perkara 2 : Tujuan

Persatuan Silat ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan guru pelatih yang mempunyai
asas seni mempertahankan diri.

Perkara 3 : Keahlian

a) Ahli persatuan ini terbuka kepada semua guru pelatih di Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang.
b) Tiap – tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh 2
orang ahli dan dihantar kepada setiausaha. Permohonan itu dikemukakan kepada
Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya,
menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab – sebabnya.

Perkara 4 : Bayaran masuk, yuran dan bayaran lain

a) Bayaran masuk dan yuran yang hendak dibayar adalah seperti berikut:
Bayaran masuk RM 10
Bayaran bulanan RM 5
b) Yuran bulanan hendaklah dibayar kepada bendahari sebelum 25 hari bulan bagi
yuran bulanan yang berkenaan.
c) Ahli yang berhutang lebih daripada 2 bulan akan diberi surat ingatan oleh setiausaha
atau wakilnya dan ahli tersebut hilang hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga
hutangnya dibayar.
d) Ahli yang tidak menjelaskan yurannya lebih daripada 3 bulan dengan sendirinya
terhenti daripada menjadi ahli dan tindakan yang sah boleh diambil terhadapnya.
e) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa
yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
*Lampiran A

Perkara 5 : Mesyuarat Agung

a) Pengelolaan persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli – ahli. Sekurang –
kurangnya seperempat daripada jumlah ahli yang hadir dalam mesyuarat agung bagi
mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (korum) untuk
mesyuarat.
b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan, mesyuarat
itu hendaklah ditangguhkan ke suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang
ditetapkan oleh jawatankuasa dan jika korum tidak cukup juga selepas setengah jam
daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka
berkuasalah ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa
meminda undang – undang dan peraturan persatuan dan membuat keputusan
tentang semua ahli.
c) Mesyuarat agung tahunan bagi persatuan hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah berakhir tahun kewangan, pada tarikh, masa, dan tempat yang
ditetapkan oleh jawatankuasa. Kerja – kerja mesyuarat agung tahunan ialah :
i. Mengesahkan minit mesyuarat agung sebelumnya
ii. Menerima laporan jawatankuasa yang berkenaan tentang kerja-kerja
persatuan pada tahun yang lalu.
iii. Menerima laporan bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi
tahun lalu.
iv. Menerima anggaran pendapatan dan perbelanjaan untuk tahun yang akan
datang.
v. Melantik ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang
akan datang.
vi. Membahaskan usul-usul yang dikemukakan oleh ahli sekurang-kurangnya 10
hari sebelum tarikh mesyuarat agung.
vii. Menguruskan perkara lain yang dibentangkan di mesyuarat itu.

Perkara 6 : Jawatankuasa

a) Pentadbiran persatuan ini adalah di bawah tanggungjawab sebuah jawatankuasa


yang terdiri daripada :
i. Seorang Yang Dipertua (Presiden)
ii. Seorang Naib Yang Dipertua (Naib Presiden)
iii. Seorang Setiausaha
iv. Seorang Penolong Setiausaha (jika perlu)
*Lampiran A

v. Seorang Bendahari
vi. Seorang Penolong Bendahari (jika perlu)
vii. 10 orang ahli jawatankuasa
b) Nama-nama untuk jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli
dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi dalam mesyuarat agung tahunan.
c) Jawatankuasa yang dilantik bertanggungjawab mengelola, mengatur dan mentadbir
kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan bagi perkara-perkara yang
mengenai perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar daripada dasar yang
ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa tidak boleh membuat tindakan yang
bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung.

Perkara 7 : Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang
diberi.

7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.


*Lampiran A

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa

ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat


ahli jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam


Mesyuarat Agung.

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.


*Lampiran A

7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

Perkara 8 : Pindaan Undang – undang

a) Undang-undang dan peraturan ini tidak boleh diubah dan dipinda kecuali dengan
keputusan mesyuarat agung dengan persetujuan dua pertiga bilangan ahli.
Perubahan atau pindaan hanya boleh dikuatkuasakan mulai dari tarikh perubahan
dan pindaan itu dibenarkan oleh pendaftar.

Perkara 9 : Pembubaran

a) Persatuan ini boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada 3.5
daripada jumlah semua ahli.
b) Sekiranya persatuan hendak dibubarkan secara tidak disebut di atas, maka segala
hutang dan tanggungan persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah
diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung pembubaran.
c) Sekiranya persatuan tidak lagi dapat berjalan mengikut undang-undang atau berjalan
tetapi tidak mengikut undang-undang, maka pendaftar pertubuhan boleh
menggantungkan atau menarik pendaftatan persatuan ini. Apabila pendaftaran
persatuan ditarik, maka ini bermakna persatuan ini bubar dengan sendirinya.

You might also like