You are on page 1of 1

PASUKAN PENGAKAP KELANA ‘B’ UDARA

(BANZAI ROVERS) KINABATANGAN


Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Kinabatangan
No.1, Taman Shaross, Kg Berjaya 2, Kota Kinabatangan, 90200 Sabah.
Tel : 010-4009059 / 011-51835868
Email : banzairovers@gmail.com Instagram : banzai_rovers

Ruj. : PPKB/01-jld.1 ( )
Tarikh : 3 Mei 2019
Mohd Afiq Bin Mohd Fauzi
No.1, Taman Shaross,
Kg Berjaya 2,
Kota Kinabatangan,
90200, SABAH.

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI PEMIMPIN


PASUKAN PENGAKAP KELANA ‘B’ UDARA KINABATANGAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat khas penubuhan pasukan seperti mana yang disebut di
atas telah dilaksanakan dengan sebulat suara untuk membentuk pasukan pengakap kelana baharu di daerah ini.
Sehubungan itu, merujuk kepada Akta Parlimen No. 38 tahun 1968 mengikut Dasar, Pertubuhan dan Peraturan
Perseketuan Pengakap Malaysia butiran 248 – 274E, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menjadi
pemimpin kepada pasukan ini.

3. Berikut merupakan butiran cadangan penubuhan pasukan :

Nama Pasukan : Pasukan Pengakap Kelana ‘B’ Udara Kinabatangan (Banzai Rovers)
Ahli Pasukan : 9 Orang

4. Bersama-sama ini disertakan Kertas Cadangan Penubuhan Pasukan dan Minit Mesyuarat Penubuhan
untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak tuan.

5. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN BADRUL SAHAR)


Ketua Krew
Pasukan Pengakap Kelana ‘B’ Udara
(Banzai Rovers)
KINABATANGAN.

s.k. - fail

You might also like