You are on page 1of 14

COMMON LAW

Common law merupakan satu istilah bahasa Inggeris yang bermaksud "undang-undang

am" atau "undang-undang semua" dan merupakan sebahagian daripada undang-undang

ramai negara, terutama mereka yang mempunyai sejarah penjajahan empayar British

keatas mereka. Ia dinotakan untuk cirinya yang mempunyai undang-undang bukan statut

dengan konsep duluan mengikat didapati daripada keputusan-keputusan mahkamah

terhadap kes terdahulu yang merangkumi masa berabad-abad.

ISI KANDUNGAN

1 Maksud yang mengikat kepada istilah

2 Sejarah common law

2.1 Kemungkinan pengaruh undang-undang Zaman Pertengahan Islam

3 Sistem perundangan common law

4 Prinsip-prinsip asas common law

5 Tulisan mengenai common law

6 Lihat juga

7 Rujukan

8 Pautan luar
TERDAPAT TIGA MAKSUD YANG MENGIKAT KEPADA ISTILAH INI:

Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang akta dan undang-undang

regulasi: Satu maksud adalah untuk membezakan dengan satu pihak kuasa yang

menguatkuasakan sesuatu undang-undang: sebagai contoh, Malaysia sentiasa

mempunyai akta yang diluluskan perundangan, "regulasi" (atau "peraturan") yang

dikuatkuasakan cabang eksekutif yang dibenarkan perundangan, dan

"common law" (juga dikenali sebagai "undang-undang kes", "undang-undang

keputusan" atau "undang-undang duluan") yang diisu mahkamah (atau tribunal quasi-

kehakiman dalam agensi) yang membincangkan dan membuat berbezaan diantara statut

dan regulasi. Lihat undang-undang statut dan undang-undang bukan statut.

Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang sivil: Satu lagi maksud bidang

kuasa "common law" (kebanyakan berasal daripada sistem perundangan Inggeris) yang

menekankan keputusan common law berbanding keputusan "undang-undang sivil", yang

bersifat "kebenuaan Eropah" atau "kod", yang pula dipengaruhi undang-undang Roman

yang berusia 2000 tahun lamanya. Undang-undang sivil ini dipelajari di universiti-

universiti Eropah dan dipraktikkan oleh peguam-peguam semenjak kurun ke-12 di sana.

Undang-undang jenis ini juga berhaluan kod seperti kod Napoleon Perancis atau BGB

Jerman. Dalam bidang kuasa undang-undang sivil, duluan tidak mengikat dalam kes-kes

masa depan.

Common law sebagai berlawanan dengan undang-undang equiti Maksud ketiga pula adalah

perbezaan "common law" (ataupun hanya "undang-undang") dengan "equiti". Sehingga

permulaan abad ke-20, kebanyakan bidang kuasa common law hanya mempunyai sistem
mahkahmah selari, iaitu mahkamah "undang-undang" yang hanya boleh menganugerahkan

ganti rugi berbentuk kewangan dan hanya mengiktiraf pemilik hartanah dan satu lagi

mahkamah-mahkamah "equity" yang mengiktiraf pegangan tanah dan boleh mengeluarkan

injunksi, iaitu arahan untuk melakukan atau berhenti melakukan sesuatu. Walaupun

kedua-dua jenis mahkamah ini telah lama pun disatukan bidang kuasa mereka dan semua

mahkamah diluaskan bidang kuasa mereka meliputi kesemua yang dinyatakan di atas,

perbezaan diantara common law dan equiti masih penting dalam mengkatagorikan dan

pengutamaan hak keatas hartanah, dan prinsip-prinsip yang yang diaplikasi kepada gran

ganti rugi saksama oleh mahkamah-mahkamah. Di Malaysia seperti juga di England, jika

terdapat konflik diantara kedua-dua cabang undang-undang ini, undang-undang ekuti akan

mengatasi.

Terdapat banyak cabang undang-undang dikawal oleh common law. Sebagai contoh di

England dan Wales, undang-undang mengenai kontrak dan tort tidak dijumpai di dalam

statut, tetapi di dalam common law (meskipun di Malaysia, undang-undang kontrak dan

satu cabang undang-undang tort, iaitu cabang saman fitnah, dikawal oleh statut bertulis

iaitu Akta Kontrak 1950 dan Akta Fitnah). Di dalam hampir semua cabang undang-undang,

statut hanya memberikan kenyataan ringkas mengenai prinsip-prinsip asas, tetapi

simpadan dan definasi definatif wujud hanya di dalam common law. Untuk mengetahui

apakah dia undang-undang berkenaan satu topik yang sebenarnya, seseorang hendaklah

merujuk kepada keputusan duluan yang berkenaan dan menggunakan logik analogi untuk

memahaminya.
Sebagai contoh, katakan ada satu statut yang mewajibkan semua rakyat satu negara untuk

mengundi dalam pilihan raya. Statut itu pula mengatakan bahawa hanya "alasan yang

munasabah" akan diterima bagi mereka yang gagal mengundi. Untuk mengetahui "alasan

munasabah" tersebut, seseorang hendaklah merujuk kepada keputusan kes-kes berkenaan

kegagalan mengundi dan alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk

mengetahui sama ada ia diterima oleh hakim atau tidak.

SEJARAH COMMON LAW

Common law berasal daripada sistem adversarial mahkamah yang diamalkan di England

dari keputusan-keputusan perbicaraan yang didasarkan tradisi, adat dan duluan. Institusi-

institusi perundangan dan budaya ini serupa dengan yang wujud secara bersejarah di

benua Eropah dan masyarakat lain dimana duluan dan adat telah pada satu masanya

memainkan peranan yang penting dalam sistem kehakiman, termasuk undang-undang

Jermanik yang direkod dalam sejarah Rome Purba. Jenis logik yang digunapakai dalam

common law dikenali sebagai safsatah atau logik berdasarkan kes. Common law yang

diaplikasi pada kes sivil (yang berlawanan dengan kes jenayah diwujudkan sebagai cara

untuk memberi peluang kepada mereka yang menderita disebabkan kerosakan kepada

harta benda mereka untuk menuntuk ganti rugi. Bentuk-bentuk common law ini dipanggil

undang-undang Tort dengan klasifikasi Tort yang sengaja dilakukan (seperti

pencerobohan) dan yang tidak sengaja dilakukan (seperti kecuaian). Undang-undang untuk

meregulasi kontrak juga berasal daripada common law. Prosidur yang dipanggil sistem

adversarial juga berpunca daripada common law.


Sebelum stabiliti yang berinstitusi dikenakan keatas England oleh Penjajah William pada

tahun 1066, penduduk Inggeris seperti yang lainnya diperintah oleh adat-adat tempatan

yang berubah daripada satu komuniti ke satu komuniti yang lainnya. Pula itu, perintahan

seringkali dikuatkuasakan mengikut kesukaan sendiri. Sebagai contoh, mahkamah secara

amnya terdiri daripada himpunan beramai-ramai penduduk yang menimbang tuntutan-

tuntutan yang berkonflik dalam satu kes dan, jika tiada kata sepakat, akan memandatkan

satu "ujian" untuk menentukan kebenaran sesuatu pihak, umpamanya dengan memegang

keluli yang sedang panas atau mengambil satu batu daripada satu periuk aih yang sedang

mendidih (perbicaraan ujian kepahitan). Jika luka yang alami defenden pulih pada satu

tempoh yang ditetapkan, dia akan dilepaskan sebagai tidak bersalah; dan jika tidak,

hukuman mati sering menjadi ikutan.

Pada tahun 1154, Henry II menjadi raja Plantagenet pertama. Disamping jasanya yang lain,

dia telah menginstitusikan common law dengan menyatukan adat-adat tempatan dibawah

"apa yang selalu" menjadi amalan negara, dengan ini, kuasa pada peringkat tempatan juga

dihampuskan, dan menamatkan penguatkuasaan sesuka sendiri. Sistem juri diperkenalkan

semula dengan rakyat yang disumpahkan menyasat tuduhan-tuduhan sivil dan jenayah

yang berasas. Para juri mencapai keputusan dengan mengadili pengetahuan am tempatan,

tidak semestinya melalui pengenalan bukti, satu faktor yang berbeza apabila dibandingkan

dengan sistem kehakiman sivil dan jenayah hari ini.


Penubuhan satu sistem mahkamah yang berpusat dan berkuasa oleh Henry II menyekat

sedikit sebanyak kuasa yang dipegang oleh kekanunan mahkamah gereja, dan seterusnya

mewujudkan perbalahan diantara gereja dengan beliau, terutama dengan Ketua Biskop

Canterbury, Thomas Becket yang memuncak dengan pembunuhan Thomas oleh konco-

konco Henry. Pertelagahan diantara Gereja dan Henry pun tamat, meskipun Gereja telah

mengkanunkan Thomas sebagai satu keramat.

Maka, dalam sejarah perundangan Inggeris, "undang-undang selalu" common law menjadi

kuasa tertinggi di seluruh England buat beberapa abad lamanya sebelum Parlimen

mendapat kuasa untuk membuat undang-undang.

Seawal kurun ke-15, ia menjadi amalan yang para litigen yang berasa tertipu oleh sistem

common law akan memgemukakan satu petisyen kepada Raja sendirinya. Sebagai contoh,

mereka mungkin mengemukakan argumentasi bahawa pampasan yang diberikan oleh

sistem common law tidak mencukupi untuk menggantikan tindak tanduk seorang yang

telah mencerobohi tanah mereka, dan mahu penceroboh berkenaan dihalau. Daripada

situasi ini timbullah sistem ekuiti yang ditadbir oleh Lord Chancellor di mahkamah-

mahkamah canseri. Oleh disebabkan sifatnya, ekuiti dan common law sering bercanggah

dan litigasi antara kedua-duanya sering terus menerus bertahun lamanya kerana

mahkamah-mahkamah common law dan ekuiti sering berlawanan sesama sendiri

walaupun telah diteggakkan dalam kes Earl of Oxford pada tahun 1615 yang ekuiti akan

menjadi pilihan utama. Satu contoh terkenal adalah kes fiksyen Jarndyce dan Jarndyce
dalam Bleak House oleh Charles Dickens. Mahkamah common law dan ekuiti kemudiannya

disatukan oleh Akta-akta Pentadbiran Keadilan 1873 dan 1875 dengan ekuiti menjadi

utama dalam satu konflik diantara mereka. Dengan penjajahan British, amalan ini

kemudiannya diperkenalkan di Malaysia.

Tidak semua keputusan menjadi common law. Peraturannya tidak tetap, tetapi secara

amnya mahkamah akan menganggap sesetengah keputusan sebagai tidak penting, dan

seterusnya tidak boleh dipakai dalam kes masa depan. Maka ketidakterbitan sesetengah

keputusan menjadi cekap dalam mengurangkan beban kerja pada era sebelum zaman

pengkomputeran, tetapi kini dengan pengenalan dan kebolehan komputer menyimpan

keputusan semua kes, ini mungkin akan menyebabkan letupan petikan kes terdahulu di

mahkamah akan datang.

KEMUNGKINAN PENGARUH UNDANG-UNDANG ZAMAN PERTENGAHAN ISLAM

RENCANA–RENCANA UTAMA: SHARIA DAN FIQH

Sesetengah para sarjana telah mengemukakan alasan bahawa beberapa fundamental

institusi common law mungkin diserapkan dari insitusi undang-undang yang mirip dengan

undang-undang Islam dan jurisprudens, dan diperkenalkan ke England selepas penaklukan

Norman England oleh Norman, yang menakluk dan mewarisi pentadbiran undang-undang

Islam Amiriah Sicily (lihat pula budaya Arab-Norman). Dalam sebuah paper 1999, sarjana

undang-undang John Makdisi memberikan pembandingan di antara "kontrak diraja


Inggeris dilindungi oleh tindakan hutang" dan "Aqd Islam", "assize of novel disseisin

Inggeris" dan "Istihqaq Islam", dan "juri Inggeris" dan "Lafif Islam" dalam jurisprudens

klasik Maliki, dan mengemukakan alasan bahawa institusi ini dikirimkan ke England oleh

puak Norman,[1] "melalui perhubungan erat di antara kerajaan Norman Roger II di Sicily

— memerintah ke atas pentadbiran Islam yang ditakluk — dan Henry II di England."[2]

Makdisi juga mengemukakan alasan bahawa institusi undang-undang Inggeris seperti "the

scholastic method Inggeris, lesen untuk mengajar," "sekolah hukum digelar sebagai Inns of

Court" di England (yang mana dia menyatakan selari dengan Madrasah dalam Islam) dan

"commenda Eropah" (selari dengan Qirad Islam) mungkin juga berasal dari undang-

undang Islam.[1] Dia menyatakan bahawa metodologi duluan undang-undang dan

pemikiran dengan analogi (Qiyas) adalah mirip dengan sistem Islam dan common law.[3]

Makdisi mendakwa bahawa kemiripan dan pengaruh bercadang bahawa undang-undang

Islam mungkin memberikan foundations untuk "common law sebagai keseluruhan yang

berintegrasi".[1]

Para sarjana lain pula seperti Monica Gaudiosi, Gamal Moursi Badr dan A. Hudson telah

mengemukakan alasan bahawa institusi amanah dan agensi Inggeris dalam common law, di

mana telah diperkenalkan oleh Salibi, mungkin diserapkan dari insitusi Wakaf dan Hawala

Islam yang mereka temukan sewaktu di Timur Tengah.[4][5][6] Ia ternyatanya penting,

meskipun, permindahan harta ke satu tempat untuk "kegunaan" yang lain dibangunkan

secara besar sebagai jawapan ke keperluaan undang-undang warisan feudal. Undang-


undang amanah, terutamanya, adalah sebuah makhluk equiti, yang berasal dari jurisdiction

selari Tuan Canselor untuk memutuskan hal-hal secara berdikari ke Mahkamah Diraja.

SISTEM PERUNDANGAN COMMON LAW

Common law kini adalah sebahagian daripada undang-undang negara-negara England dan

lain-lain negara yang pernah dijajah olehnya seperti Wales, Ireland Utara, Republik Ireland,

negeri-negeri Amerika Syarikat (kecuali Louisiana), Kanada (kecuali Quebec), Australia,

New Zealand, Afrika Selatan, India, Sri Lanka, Malaysia, Brunei, Pakistan, Singapura, Hong

Kong dan negara komenwel yang lain. Pada hakikatnya, semua negara yang pernah pada

satu ketika menerima pengaruh British mempunyai unsur-unsur common law dalam

kehakiman mereka kecuali negara-negara yang pernah menerima penjajahan negara Barat

lain pada sebelumnya seperti provins Quebec yang mengikuti sistem kehakiman Perancis

dan Afrika Selatan yang mengikuti sistem kehakiman Belanda-Rom. Sistem common law di

India digabungkan dengan pengaruh undang-undang Hindu tempatan manakala sistem

common law di Malaysia juga mengira adat Melayu dan Islam.

Alternatif yang utama kepada sistem common law adalah undang-undang sivil yang

digunapakai di kebenuaan Eropah dan kebanyakan negara lain. Negara-negara bekas

kesatuan Soviet dan negara sosialis lain menggunakan sistem perundangan undang-

undang Sosialis.
Garisan diantara perundangan undang-undang sivil dan common law kian pudar dengan

kepentingan undang-undang berdasarkan statut dan kod di negara-negara yang

mengamalkan common law dan sebaliknya, duluan juga semakin mendapat perhatian di

negara-negara yang mengamalkan undang-undang sivil.

Scotland dikatakan menggunakan sistem perundangan sivil tetapi sebenarnya ia

mempunyai satu sistem unik yang menggabungkan elemen sistem sivil yang tidak ditulis

yang boleh dikesan ke Corpus Juris Civilis dengan elemen common law yang lebih awal

daripada Perjanjian Kesatuan dengan England pada tahun 1707. Undang-undang common

law Scotland berlainan dengan yang diamalkan di England dengan mahkamahnya

menggunakan duluan untuk mencari apakah ia prinsip yang menjustifikasikan satu

undang-undang dan bukannya menjadikannya sebagai "ikutan". Prinsip-prinsip keadilan

semulajadi telah sentiasa menjadi sebahagian daripada undang-undang masyarakat

Scotland. Sistem yang boleh dijadikan bandingan adalah terletak di Quebec, Louisiana dan

Afrika Selatan. Sistem-sistem ini dipanggil sistem perundangan campuran.

PRINSIP-PRINSIP ASAS COMMON LAW

Statut yang mencerminkan common law Inggeris sentiasa difahami sebagai ditafsirkan

dengan tradisi common law, maka ia mungkin meninggalkan sebilangan perkara yang tidak

dikata kerana ia telah difahami berdasarkan undang-undang kes dan adat sebelumnya. Ini

boleh dilihat dalam cabang undang-undang jenayah, dimana common law masih
memerintah perihal jenayah di England, tetapi tidak di Amerika Syarikat kerana ia telah

dikodifikasi. Kodifikasi adalah proses dimana satu statut diluluskan dengan tujuan

menyusun dan memperkatakan semula kedudukan common law dalam satu dokumen

daripada mencipta kesalahan-kesalahan baru, supaya common law terus menjadi releven

kepada tafsiran mereka. Inilah sebabnya di Amerika sekolah-sekolah perundangan

mengajar common law sebagaimana dipraktikkan pada tahun 1750 kerana semenjak itulah

koloni-koloni Amerika mengalih daripada yang dipraktikkan di England. Di Malaysia,

pekara yang sama berlaku dibawah undang-undang yang ditetapkan Akta Undang-undang

Sivil 1956 dengan Seksyen 3 mengatakan bahawa common law hanya akan dipraktikkan

sebagaimana di England setakat sebelum bulan April 1956 sahaja.

Sebagai kontras kepada kodifikasi oleh statut perundangan, sesetengah undang-undang

hanya bersumberkan statut dan mungkin menimbulkan satu lagi sebab tindakan yang baru

bebas daripada common law, sebagai contoh, tort kematian salah yang membenarkan

sesetengah orang, biasanya ahli keluarga, untuk menyaman dan menuntut ganti rugi

sebagai wakil si mati. Tiada tort begini dalam common law Inggeris maka apa-apa bidang

kuasa yang tidak mempunyai statut kematian salah tidak akan membenarkan apa-apa

tindakan undang-undang berdasarkan sebab berkenaan. Dimana statut kematian salah

wujud, ganti rugi yang diberi dibatasi apa yang ditetapkan statut berkenaan sahaja, dan ini

biasanya berhad. Mahkamah secara amnya menafsirkan statut yang memperkenalkan

sebab tindakan tidak secara meluas iaitu, berhadkan kepada istilah tepatnya kerana

mahkamah-mahkamah mengenalpasti bahawa hanya perundanganlah mempunyai kuasa


menafsir maksud sebenar sesuatu statut, kecualilah kalau statut berkenaan melanggar

persekutuan negara (bandingkan dengan aktivis kehakiman).

Di mana satu tort berdasarkan common law, semua ganti rugi yang dianugerahkan secara

tradisinya merujuk kepada perskripsi common law mengenai tort berkenaan dengan tidak

kira sama ada ia wujud atau tidak dalam undang-undang statut. Sebagai satu senario, satu

orang yang telah mengalami kecederaan kepada anggota badannya melalui kecuaian

seseorang yang lain boleh menyaman untuk bayaran kos perubatan, kesakitan,

penderitaan, kehilangan keupayaan untuk berkerja serta hasil pekerjaan, kesakitan mental

atau emosi yang dialami, kehilangan kualiti kehidupan, dan pelbagai lagi. Ganti rugi ini

tidak perlu dihuraikan dalam statut kerana ia sudah pun ditegakkan dalam tradisi common

law. Akan tetapi tuntutan berkenaan sebab tindakan yang perlukan statut seperti kematian

salah, kebanyakan ini terhampus dengan kematian si pendakwa.

TULISAN MENGENAI COMMON LAW

Tulisan sumber utama common law adalah Komentasi mengenai Undang-undang England

(Commentaries on the Laws of England) oleh Sir William Blackstone dan diterbitkan pada

kali pertamanya pada tahun 1765 sehingga tahun 1789. Semenjak tahun 1979 pula

terdapat edisi berbentuk faksimili edisi pertama berkenaan yang terdapat dalam empat
volum buku. Hari ini ia telah ketinggalan dalam bahagian Inggeris dan United Kingdom oleh

Undang-undang England oleh Halsbury (Halsbury's Laws of England) yang merangkumi

kedua-dua undang-undang common law dan statut England. Satu lagi kerja yang serupa

untuk peguam Australia adalah Undang-undang Australia oleh Halsbury (Halsbury's Laws

of Australia).

Common law masyarakat Scotland merangkumi perkara termasuk pembunuhan dan

kecurian, dan mempunyai sumber dalam adat, serta tulisan dan duluan undang-undang

mereka. Tulisan perundangan dipanggil Teks Institusi dan didatangkan daripada abad ke-

17, 18 dan 19. Di antara contoh adalah Craig, Jus Feudale (1655) dan Stair, Institusi

Undang-undang Scotland (The Institutions of the Law of Scotland) (1681).

Rujukan
1. ^ Panjat ke:a b c (Makdisi 1999)
2. Panjat^ Hussain, Jamila (2001), "Book Review: The Justice of Islam by Lawrence Rosen", Melbourne
University Law Review, 30
3. Panjat^ El-Gamal, Mahmoud A. (2006), Islamic Finance: Law, Economics, and Practice, Cambridge
University Press, m/s. 16, ISBN 0521864143
4. Panjat^ Gaudiosi, Monica M. (April 1988), "The Influence of the Islamic Law of Waqf on the
Development of the Trust in England: The Case of Merton College", University of Pennsylvania Law
Review 136 (4): 1231-1261
5. Panjat^ Badr, Gamal Moursi (Spring, 1978), "Islamic Law: Its Relation to Other Legal Systems", The
American Journal of Comparative Law, 26 (2 - Proceedings of an International Conference on
Comparative Law, Salt Lake City, Utah, February 24-25, 1977): 187-198 [196-8] Check date values
in: |date= (bantuan)
6. Panjat^ Hudson, A. (2003), Equity and Trusts (3rd ed.), Cavendish Publishing, 32, ISBN 1-85941-
729-9

Pautan luar
 The Common Law by Oliver Wendell Holmes Jr., sebuah eBuku bebas di Projek Gutenberg
 The Australian Institute of Comparative Legal Systems

Undang-undang

Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang


Sistem
adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-
perundangan undang antarabangsa

Sumber Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut)


undang-
undang Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Ekuiti)

Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang


perlembagaan | Undang-undang pentadbiran)

Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang


Penghukuman
kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan)

Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem


penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam)

Falsafah undang-undang | Undang-undang


semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan
Falsafah
formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori
perundangan perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian
undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang

Lihat juga:Senarai cabang undang-undang

You might also like