You are on page 1of 3

Kertas Kerja Sukan Prasekolah sesi 2013

1.0 Tujuan

Sukan prasekolah merupakan salah satu program di bawah bidang Ko-


kurikulum sekolah. Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan yang
diadakan pada setiap akhir tahun di mana aktiviti ini merupakan aktiviti
bagi kanak-kanak prasekolah bersama-sama dengan sukan tahunan
sekolah.

Sukan yang dipertandingkan adalah seperti acara sukaneka yang


melibatkan semua murid termasuk kanak-kanak pra-sekolah.Di samping
itu juga sukan ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim di kalangan
guru dan ibubapa kanak-kanak Prasekolah Sk Kampung Lintang.
Kumpulan yang terlibat dalam aktiviti sukan ini merupakan kanak-kanak
dari Pra sekolah yang berumur 6 tahun iaitu seramai 8 orang dan
termasuk ibubapa kanak-kanak prasekolah.

2.0 Objektif
2.1 Kanak-kanak boleh mengaplikasi kemahiran yang telah dipelajari
semasa aktiviti permainan luar
2.2 Mengeratkan silaturahim di kalangan warga sekolah iaitu guru dan
staf termasuk ibubapa kanak-kanak prasekolah
2.3 Budaya sukan yang menyihatkan/kecergasan.
2.4 Semangat persaingan yang sihat.

3.0 Maklumat Aktiviti


3.1 Tarikh/ Hari : 12/11/2013
3.2 Masa : 8.00 pagi
3.3 Tempat :Padang dan Gelanggang SK Kpg Lintang
3.4 Kerjasama :AJK PIBG Prasekolah
3.5 Tema :Sukan Tahunan
4.0 Penyertaan
Kumpulan sasar untuk aktiviti ini adalah kanak-kanak 6 tahun.Aktiviti khas
yang diwujudkan bagi murid-murid pra iaitu aktiviti sukaneka.

5.0 Jawatankuasa Induk

5.1 Penasihat : Guru Besar


5.2 Pengerusi : PK Ko Kurikulum
5.3 Setiausaha : Nur Adila bt Baharuddin
5.4 Bendahari : Nurlelawati bt Anuar
5.5 AJK Permainan :Guru, AKS yang terlibat

6.0 Aturcara Program


7.30 pagi - Senamrobik
7.45 pagi - Taklimat pertandingan/sukaneka
8.10 pagi -Sukaneka
11.59 tengahari -Penyampaian hadiah

7.0 Perbelanjaan
7.1 Pakaian sukan :RM13.00 x 8kanak-kanak pra sekolah
=RM104.00
7.3 Hadiah :RM12.00x 8 kanak-kanak prasekolah
= RM96.00
8.0 Penutup
8.1 Besarlah harapan penganjur agar pihak sekolah
mempertimbangkan untuk meluluskan program tersebut. Sehubungan
dengan itu juga diharapkan pihak sekolah meluluskan anggaran
perbelanjaan yang telah dibuat bagi menjayakan serta melicinkan lagi
kelancaran program yang dicadangkan ini.

Sekian
Disediakan Oleh

__________________
(NUR ADILA BINTI BAHARUDDIN)
Guru Prasekolah,
SK Kampung Lintang.

You might also like