You are on page 1of 28

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

Buku Panduan Guru Tahun 6 2015


Sekolah Kebangsaan

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan bahan sastera secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai
oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca.

Standard Kandungan Kemahiran Membaca

Murid patut mengetahui dan boleh:

2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan
yang betul.

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk
memberi respons dengan betul.

2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan dengan betul.

2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca

2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang mengandungi imbuhan dalam bahan bacaan prosa dan puisi
dengan sebutan yang betul.

2.3.1 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dan ragam ayat mengikut laras daripada pelbagai bahan
bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan pelbagai
keterangan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2.4.1 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan untuk membuat ulasan dengan
betul.

2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang
sesuai untuk membuat rumusan dengan betul.

48
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang
sesuai untuk membuat keputusan dengan memberikan alasan yang sesuai.

2.5.1 Membaca, memahami dan menyusun maklumat daripada pelbagai bahan bacaan dan
memindahkan maklumat dalam bentuk grafik.

2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan
maklumat mengikut keutamaan dalam bentuk prosa.

2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan
maklumat dalam bentuk prosa dan puisi.

2.6.1 Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya fikir secara kritis dan
kreatif.

2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk membuat ulasan.

49
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

STRATEGI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Semasa menyediakan strategi pengajaran


dan pembelajaran bagi kemahiran
membaca, guru perlu memberi
pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum,
semasa dan selepas kemahiran membaca
yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui
pelbagai aktiviti secara terancang bagi
mencapai objektif yang telah ditentukan.
Guru boleh merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran dengan pelbagai cara
seperti dalam contoh rancangan mengajar
yang disediakan ini.

50
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

TEMA PERPADUAN

TAJUK Generasi Perpaduan

MASA

STANDARD 2.6.1 Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk


PEMBELAJARAN meningkatkan daya fikir secara kritis dan kreatif.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. membaca dan mendeklamasi sajak dengan sebutan dan


OBJEKTIF
intonasi yang betul.
ii. menjelaskan maksud sajak yang dibaca untuk meningkatkan
daya fikir secara kritis dan kreatif.

Ilmu : Sejarah
Nilai : Patriotisme, semangat bermasyarakat
PENGISIAN KURIKULUM
EMK: TMK
KP : Verbal Linguistik

Sebutan dan intonasi


SISTEM BAHASA
Ayat tunggal

BAHAN BANTU BELAJAR Lampiran sajak, borang markah, video sajak

PENILAIAN PENGAJARAN Murid dapat membaca dan mendeklamasi sajak dengan sebutan
DAN PEMBELAJARAN yang betul dan menjelaskan maksud sajak.

REFLEKSI

51
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

Perbincangan EMK : TMK


ENT : KP - Verbal
1. Murid menonton tayangan video linguistik Video
deklamasi sajak. Ilmu: Sejarah Laman Web :You
Nilai: Patriotisme, Tube
2. Guru dan murid berbincang mengenai Kemasyarakatan
video tersebut. Sistem Bahasa:
- Sebutan dan intonasi

Membaca Sajak

1. Murid membaca sajak secara kuat EMK : Lampiran 1


dengan sebutan yang betul. ENT : KP - Verbal Sajak
linguistik
2. Murid mendeklamasi sajak dengan kuat Ilmu : Sejarah
dalam kumpulan, dengan sebutan yang Nilai: Patriotisme,
jelas dan intonasi yang betul. perpaduan

3. Murid mendeklamasi sajak secara Sistem bahasa:


berpasangan. - Sebutan dan intonasi

Membaca Prosa

1. Murid berbincang dalam kumpulan EMK : - Lampiran 2


maksud sajak berdasarkan rangkap ENT : KP - Verbal Soalan Pemahaman
yang ditetapkan. linguistik (Lisan )
Ilmu: Sejarah
2. Murid membacakan maksud sajak Nilai: Patriotisme, Sajak
dalam bentuk prosa di hadapan kelas. Semangat
bermasyarakat
3. Murid menjawab soalan pemahaman
berdasarkan sajak yang dibaca.
Penilaian
(Pertandingan Mendeklamasi Sajak)

1. Murid dibahagikan kepada beberapa EMK : - Lampiran 3


kumpulan untuk menjalankan aktiviti ENT : KP - Verbal Borang
pertandingan mendeklamasi sajak. linguistik pemarkahan

52
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM
Ilmu : Sejarah
2. Murid mendeklamasi sajak dengan Nilai : Patriotisme,
sebutan yang jelas dan intonasi yang Semangat
betul secara bergilir-gilir di dalam bermasyarakat
kumpulan.
Sistem bahasa:
3. Setiap kumpulan akan menilai Sebutan dan intonasi
persembahan rakan dari kumpulan lain
dengan mengisi borang markah.

4. Pemenang setiap kumpulan


mendeklamasi sajak dengan sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul di
hadapan kelas.

Pemulihan.

1. Murid mendeklamasi sajak dengan Lampiran Pemulihan


sebutan yang jelas dan intonasi yang Sajak Pendek
betul dengan bimbingan guru.

Pengayaan

1. Murid mendeklamasi sajak daripada ENT : KB – Menghubung Media:


bahan yang lain dan dinilai oleh rakan kait Lembaran kerja
dalam kumpulan.

53
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 1
Baca dan fahami sajak di
bawah.

Generasi Perpaduan

Masa berputar tanpa henti


Generasiku hadir bersilih ganti
Bijak berbicara namun rapuh jati diri
Pantas bergerak tetapi silap bertindak.

Sedarlah generasi mudaku


Kemerdekaan ini di tanganmu
Corakkan ia dengan semangat perpaduan
Kekalkankan ia dengan semangat kesetiaan
Agar negara makmur dan aman.

Bangsaku
Melayu, India dan Cina mesti bersatu
Teguh erat berganding bahu
Biar bertingkah tidak berseteru
Bersatu hati dan bermuafakat
Demi negara kita bertekad.

Generasiku
Dikaulah pewaris perjuangan
Pembela negara di masa hadapan
Agar negara terus gemilang

54
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 2

Jawab soalan pemahaman di


bawah.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan generasi muda?

2. Apakah tanggungjawab generasi muda terhadap negara?

3. Mengapakah kaum Melayu, Cina dan India perlu bersatu padu?

4. Siapakah pewaris perjuangan?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan baris ayat ‘Biar bertingkah tidak


berseteru’ ?

55
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Tulis nama rakan anda. Dengari


Penilaian
sajak yang dideklamasi, kemudian
berikan markah yang sesuai.

Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Kumpulan: ......................

Markah Penuh
Bil Nama Murid Kedudukan
( 20 markah )

Dihakimi oleh:………………………………

56
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Baca rangkap sajak yang Pemulihan


diberi oleh guru kamu dengan
sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.

Generasi Perpaduan
Generasiku
Dikaulah pewaris perjuangan
Generasi Perpaduan Pembela negara di masa hadapan
Masa berputar tanpa henti Agar negara terus gemilang
Generasiku hadir bersilih ganti
Bijak berbicara namun rapuh jati diri
Pantas bergerak tetapi silap bertindak.

Generasi Perpaduan
Sedarlah generasi mudaku
Generasi Perpaduan Kemerdekaan ini di tanganmu
Bangsaku Corakkan ia dengan semangat perpaduan
Melayu, India dan Cina mesti bersatu Kekalkankan ia dengan semangat kesetiaan
Teguh erat berganding bahu Agar negara makmur dan aman.
Biar bertingkah tidak berseteru
Bersatu hati dan bermuafakat
Demi negara kita bertekad.

57
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Baca sajak di bawah dengan Pengayaan


sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.

BERSATU KITA TEGUH

generasi berganti silih berganti


musim berganti silih berganti
hari berganti silih berganti
masa berputar tiada henti
mematangkan usia dan pemikiran
mendewasakan manusia dan dunia
melahirkan insan integriti bangsa

hai generasi
tanpamu siapalah dunia ini
tanpamu tiada akan erti kemerdekaan ini
kemerdekaan yang dicapai oleh negaramu hari ini
kemerdekaan yang dicapai oleh dirimu sendiri
corakkanlah hidupmu dengan semangat perpaduan
corakkanlah hidupmu dengan semangat kemerdekaan
agar negara tercinta kekal bersama kita selamanya

Melayu, India dan Cina


kita adalah bersama
jika bercerai kita roboh,
bersatu kita pasti teguh
laksana ikatan keakraban persaudaraan
kita adalah insan sekelompok
kita adalah insan satu gagasan
kita adalah insan satu Malaysia
berganding bahu tanpa mengira bangsa serta asal usul
bersatu hati dalam bermuafakat
demi negara yang tercinta
kita satu Malaysia!!!

58
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

TEMA KESENIAN DAN ESTETIKA

TAJUK Permainan Wau

MASA

2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat


STANDARD daripada pelbagai bahan yang sesuai untuk membuat rumusan
PEMBELAJARAN dengan betul.

Pada akhir pengajaran murid dapat:


i. membaca dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
OBJEKTIF ii. menyenaraikan maklumat yang tersurat dan tersirat berdasarkan
petikan yang dibaca.

EMK : TMK
Celik kewangan
KB : Menjana Idea
PENGISIAN KURIKULUM KP : Verbal Linguistik
BCB : Bacaan Mekanis / Bacaan Intensif
Nilai : Menghargai, bekerjasama
Ilmu : Dunia Seni Visual

SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata Hubung / Kata Sendi

BAHAN BANTU BELAJAR ICT, Bahan maujud

PENILAIAN PENGAJARAN
Membaca dan menyenaraikan maklumat dalam bentuk grafik.
DAN PEMBELAJARAN

REFLEKSI

59
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

Membaca Seni Kata Lagu

1. Murid membaca seni kata lagu “Wau Lagu “Wau Bulan”


Bulan” EMK : TMK http://www.youtube.com
ENT : KP - Muzik /watch?
2. Guru menayangkan gambar-gambar Ilmu : Pendidikan Muzik v=lkKTVvHSoz0
beberapa jenis wau. & Pendidikan Seni
Contoh: Visual Lampiran 1
 wau bulan Nilai :
 wau pari Menghargai seni budaya Media:
 wau katak Slaid
 wau bayam http://malaysia.pnm.
 wau merak
 wau kucing

3. Murid dan guru bersoal jawab tentang


pelbagai jenis wau yang ditayangkan.

Membaca dan Memahami


EMK : - Lampiran 2
1. Murid membaca senyap petikan teks yang ENT : BCB - Bacaan
diedarkan untuk mendapatkan maklumat. mekanis Media:
KP : Verbal Petikan teks
2. Murid membaca teks secara individu, linguistik
berpasangan atau berkumpulan secara Ilmu : Celik Kewangan
mekanis. Nilai : Kerjasama

3. Murid dan guru bersoal jawab tentang


petikan yang dibaca.

Menyampaikan Maklumat

1. Murid melengkapkan peta pemikiran EMK : -


berdasarkan teks yang dibaca secara ENT : KP - Verbal Lampiran 3
berkumpulan. linguistik

60
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM
2. Murid diminta membentangkan hasil kerja
kumpulan di hadapan kelas. Media:
Kad petikan perenggan

Penilaian

1. Murid dalam kumpulan membaca petikan ENT : KP – Verbal Lampiran 2


dengan sebutan yang jelas dan intonasi linguistik
yang betul.
Nilai : Kerjasama
2. Bercerita berdasarkan petikan yang dibaca.

Pemulihan

1. Murid dibimbing membaca ayat dengan ENT : BCB – Bacaan Lampiran 4


sebutan yang betul. intensif

Pengayaan

1. Murid diminta membaca petikan karangan. ENT : KB - Menjana idea Lampiran 5

2. Murid menyenaraikan tiga isi penting


berdasarkan petikan yang dibaca.

61
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 1
Baca seni kata lagu ini dan
fahami maksudnya

ewa..ewa..ewa bulan

ewa..bulan teraju tiga 2x

ini malam sama-sama…

sama-sama bersuka ria 2x

ewa..ewa..ewa bulan

ewa..bulan teraju tiga 2x

cahaya bulan tempat perindu ewa..ewa..ewa bule

pantainya indah kayangan jiwa ewa..bulan teraju tiga 2x

kota idaman senyum selalu ini malam sama-sama…

taman serendah sekebun bunga sama-sama bersuka ria 2x

ewa..ewa..ewa bule

ewa..bulan teraju tiga 2x

ini malam sama-sama…

sama-sama bersuka ria 2x

ewa..ewa..ewa bulan

ewa..bulan teraju tiga 2x

ini malam sama-sama…

sama-sama bersuka ria 2x


62
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 2

Baca dan fahami petikan di


bawah.

Wau merupakan permainan tradisional. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan
rakyat. Permainan wau amat digemari oleh penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak
kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti Wau Burung,
Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Puyuh, Wau
Daun, Wau Kenyalang dan Wau Barat. Namun begitu, Wau Bulan sangat digemari oleh orang
Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang
dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.

Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi sebahagian pendapatan tambahan
kepada penduduk dengan menjadikan wau sebagai kraf tangan dan bahan hiasan dinding.Harga
wau yang dijual berdasarkan saiz dan corak wau yang dihasilkan.

Walaupun pada masa dahulu permainan ini hanya dimainkan oleh masyarakat kampung,
tetapi pada hari ini wau telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa seperti dalam
Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang. Hasil sambutan festival ini sangat
memberangsangkan terutama dalam kalangan peserta dari luar negara. Ini cukup membuktikan
bahawa permainan tradisional juga mempunyai potensi untuk dikomersialkan. Jadi warisan
tradisional ini haruslah dikekalkan kerana permainan wau ini merupakan identiti budaya bangsa
Melayu.

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi yang dipanggil Juru Anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali
akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau
tersebut naik tinggi ke udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah lagi kecantikan wau yang
berwarna-warni itu.

63
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 3
Lengkapkan peta pemikiran
berdasarkan teks yang dibaca.

Isi
Penting

64
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Baca petikan di bawah dengan Lampiran 4


bimbingan guru. Pemulihan

Wau merupakan permainan tradisional. Permainan ini juga


dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan wau amat digemari
oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak
kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di negeri-negeri
seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama


tersendiri seperti Wau Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan,
Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Puyuh, Wau Daun,
Wau Kenyalang dan Wau Barat. Namun begitu, Wau Bulan sangat
digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan
larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan
diwarnakan dengan pelbagai warna.

65
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Baca dan fahami petikan di Lampiran 5


bawah dan tulis isi-isi penting Pengayaan
mengikut urutan.

Shafie bin Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak


berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau
sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang
sehingga sanggup berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga.
Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan
cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri. Shafie amat
berbangga kerana minatnya tersebut mendapat dorongan
daripada ibu bapanya dan sebagai tanda sokongan ayahnya
telah memainkan wau besar yang telah dihadiahkannya.
Dengan jualan secara kecil-kecilan, wau yang dihasilkan serba
sedikit dapat membantu ekonomi keluarganya.

.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

66
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TAJUK Robot Membantu Manusia

MASA

2.5.2 Membaca, memahami, dan menaakul maklumat daripada


STANDARD
bahan grafik dan memindahkan maklumat mengikut
PEMBELAJARAN
keutamaan dalam bentuk prosa.

Pada akhir pengajaran murid dapat:


i. membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul.
OBJEKTIF ii. menaakul dan menyenaraikan lima isi penting daripada petikan
yang dibaca.

Ilmu : Sains, Pendidikan Moral


Nilai : Bekerjasama, Berani.
PENGISIAN EMK : TMK / Celik Kewangan ,Kreatif dan Inovatif
KURIKULUM KB : Verbal Linguistik, Menjana Idea
KMD : Menggunakan Imaginasi & Kreativiti
BCB : Bacaan Mekanis

Tatabahasa : Antonim
SISTEM BAHASA
Sebutan dan intonasi

BAHAN BANTU Teks berita, lembaran kerja, jadual grafik, kad manila, pen marker
BELAJAR berwarna.

Murid dapat membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang


PENILAIAN
betul.
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

REFLEKSI

67
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

Membaca dan bersoal jawab

1. Guru mempamerkan poster ‘Pameran EMK : Kreativiti dan inovasi Lampiran 1


Robot’. Celik Kewangan Media :
ENT : KB – Kritis dan kreatif Poster ‘Pameran Robot’
2. Murid secara kumpulan membaca
maklumat pada poster dan merumuskan Ilmu : Dunia Sains dan
kandungan yang terdapat di dalamnya. Teknologi
Nilai : Kerjasama
3. Murid melaporkan rumusan yang
diperoleh daripada hasil perbincangan.

Membaca

1. Murid membaca senyap petikan teks ENT : BCB – Bacaan Lampiran 2


berita yang diedarkan untuk mekanis
mendapatkan maklumat. KP - Verbal Media:
linguistik Petikan teks berita
2. Murid membaca teks secara individu,
kumpulan dan kelas. Nilai: Berani

3. Simulasi membaca berita oleh murid.

Menaakul Dan Menyampaikan Pendapat

1. Setiap kumpulan diminta berbincang


tentang “Kegunaan Robot Kepada KB: Menjana Lampiran 3
Manusia” dan membuat penaakulan idea Media:
dengan melengkapkan borang Borang pengurusan
pengurusan grafik. Nilai : Bekerjasama grafik

2. Wakil murid membaca hasil


perbincangan daripada borang
pengurusan grafik dengan

68
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM
menggunakan ayat yang betul di
hadapan kelas.

Penilaian

1. Murid menjawab lima soalan yang KP: Verbal linguistik Media:


diberi berdasarkan teks yang dibaca. Lembaran kerja

2. Murid memberikan perkataan Media:


berlawanan dalam perkataan bergaris Lembaran kerja
dalam petikan.

Pemulihan

1. Murid membaca cerita autobiografi Media:


secara berpandu yang bertajuk “Aku Lembaran kerja
Sebuah Robot” .

Pengayaan

1. Murid membaca maklumat yang ENT : BCB - Menjana idea Media:


terdapat pada poster dan menulis isi-isi
penting yang diperoleh.

69
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 1

Baca dan nyatakan maklumat


daripada poster di bawah.

70
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Baca dan fahami teks di


bawah.
Lampiran 2

BATU PAHAT, 30 SEPTEMBER – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan
BATU PAHAT, 30 SEPTEMBER – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan
Banang Jaya telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM30 ribu menerusi pameran Robot 2015
Banang Jaya telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM30 ribu menerusi pameran Robot 2015
yang dijalankan sejak lima bulan yang lalu.
yang dijalankan sejak lima bulan yang lalu.
Pameran ini dirancang sejak menerima mandat daripada ahli dalam Mesyuarat Agung PIBG.
Pameran ini dirancang sejak menerima mandat daripada ahli dalam Mesyuarat Agung PIBG.
Pameran ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid sekali gus
Pameran ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid sekali gus
mengumpul dana-dana yang boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang dirancang
mengumpul dana-dana yang boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang dirancang
seperti laluan berbumbung, memberi bantuan kepada murid-murid miskin, menceriakan persekitaran
seperti laluan berbumbung, memberi bantuan kepada murid-murid miskin, menceriakan persekitaran
sekolah dan sebagainya.
sekolah dan sebagainya.
Selama pameran ini berlangsung, pelbagai bentuk ciptaan yang dipamerkan. Robot yang
Selama pameran ini berlangsung, pelbagai bentuk ciptaan yang dipamerkan. Robot yang
dipamerkan adalah rekaan sepenuhnya oleh murid-murid di sekolah ini. Robot-robot tersebut sangat
dipamerkan adalah rekaan sepenuhnya oleh murid-murid di sekolah ini. Robot-robot tersebut sangat
menarik dan unik. Murid-murid yang mencipta robot ini kebanyakannya bercita-cita menjadi jurutera
menarik dan unik. Murid-murid yang mencipta robot ini kebanyakannya bercita-cita menjadi jurutera
robotik.
robotik.
Selain itu, robot-robot yang direka telah berjaya menarik minat pengunjung untuk datang ke
Selain itu, robot-robot yang direka telah berjaya menarik minat pengunjung untuk datang ke
pameran ini sekali gus menyumbangkan derma ikhlas mereka. Robot-robot ini dihasilkan dalam
pameran ini sekali gus menyumbangkan derma ikhlas mereka. Robot-robot ini dihasilkan dalam
pelbagai bentuk dan saiz. Antara nama robot yang dihasilkan ialah Hataro, Megah Jaya, Kitamitsu,
pelbagai bentuk dan saiz. Antara nama robot yang dihasilkan ialah Hataro, Megah Jaya, Kitamitsu,
Berjaya Didik dan sebagainya berdasarkan contoh robot dari luar negara seperti Wakamaru, Aibo, dan
Berjaya Didik dan sebagainya berdasarkan contoh robot dari luar negara seperti Wakamaru, Aibo, dan
Irobi. Murid-murid yang mencipta robot ini juga diberi peluang menerangkan fungsi robot yang
Irobi. Murid-murid yang mencipta robot ini juga diberi peluang menerangkan fungsi robot yang
dihasilkan itu. Suasana di pameran Robot 2015 ini sungguh meriah.
dihasilkan itu. Suasana di pameran Robot 2015 ini sungguh meriah.
Ramai pengunjung teruja dengan kepintaran dan kebolehan murid-murid di sekolah ini. Pihak
Ramai pengunjung teruja dengan kepintaran dan kebolehan murid-murid di sekolah ini. Pihak
PIBG pula melahirkan rasa syukur atas segala sumbangan yang telah dihulurkan. Mereka juga
PIBG pula melahirkan rasa syukur atas segala sumbangan yang telah dihulurkan. Mereka juga
berharap usaha murid-murid ini terus dihargai dan dijadikan contoh terbaik yang pernah dilakukan dan
berharap usaha murid-murid ini terus dihargai dan dijadikan contoh terbaik yang pernah dilakukan dan
seterusnya berharap kejayaan ini disusuli dengan kecemerlangan dalam bidang akademik.
seterusnya berharap kejayaan ini disusuli dengan kecemerlangan dalam bidang akademik.

71
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 3
Nyatakan kegunaan robot
kepada manusia.

__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________

__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________

__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________

__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________

__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________

72
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Penilaian

Baca dan fahami teks pada


Lampiran 2 dan jawab soalan
di bawah.

1. Pada bulan berapakah pameran Robot 2015 ini dilancarkan?


A. April C. Jun
B. Mei D. Julai

2. Apakah tujuan pameran ini diadakan?


A. Melahirkan jurutera robotik.
B. Mengumpul dana untuk kemajuan sekolah.
C. Memberi bantuan kepada semua murid.
D. Mencungkil kebolehan murid-murid dan mengumpul dana.

3. Bagaimanakah suasana di pameran Robot 2015 yang diadakan?


A. Meriah C. Lengang
B. Harmoni D. Aman

4. Mengapakah pengunjung yang hadir begitu teruja?


A. Kerjasama pihak PIBG sekolah tersebut.
B. Mengumpul dana-dana untuk membantu murid miskin.
C. Melihat pelbagai bentuk robot yang dicipta.
D. Dengan kepintaran dan kebolehan murid-murid mencipta pelbagai bentuk
dan saiz robot.

5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.


A. Murid-murid berpeluang menunjukkan kebolehan mencipta robot.
B. Dana-dana yang dikumpul disumbangkan kepada murid miskin.
C. Robot direka oleh guru dan murid.
D. Robot dihasilkan dalam pelbagai saiz dan bentuk

73
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Pemulihan

Baca petikan di bawah dengan


sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.

AKU SEBUAH ROBOT

Aku sebuah robot. Aku dilahirkan di negara Korea Selatan. Aku bernama Gangnam.

Setelah tubuhku dan rakan-rakanku siap dipasang dan diuji, kami dihantar ke merata-rata
tempat untuk dijual. Aku telah dihantar ke pusat beli belah yang terkenal. Aku diletakkan di dalam
sebuah almari kaca yang dihiasi lampu yang terang dan menarik. Tubuhku yang bersinar apabila
terkena cahaya telah menarik para pengunjung yang melihatku. Akhirnya, aku telah dibeli oleh
seorang jutawan.

Aku ditugaskan untuk menjaga keselamatan rumah agam tuanku daripada dimasuki
pencuri. Aku bertugas dengan penuh tanggungjawab dan berharap agar tubuhku sentiasa
diselenggara dengan baik. Dengan kehadiranku, tiada sesiapa yang berani menceroboh rumah
agam tersebut.

Tuanku sering menguji kepintaran diriku. Beliau juga akan mengarahkan pembantu
rumah untuk membersihkan tubuhku pada setiap minggu. Aku berasa gembira kerana tuanku amat
menyayangi dan berpuas hati dengan khidmatku.

Aku berharap agar dapat berkhidmat dengan tuanku sehingga akhir hayat. Aku akan
sentiasa memastikan keselamatan rumah agam tuanku selagi khidmatku diperlukan.

74
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Pengayaan
Baca maklumat pada poster ini
dan tuliskan isi-isi penting
yang diperoleh.

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

75

You might also like