You are on page 1of 6

PROSUDER PEPERIKSAAN (GURU)

PENGURUSAN KERTAS SOALAN & TEMPAT PEPERIKSAAN

Penggubal Soalan

1. Ditetapkan oleh panitia semasa mesyuarat panitia.

Penyediaan Kertas Soalan

1. Kertas soalan perlu bertaip [ keluarga Roman, Font 11 , 1.5 spacing ]


2. Guru – guru diharapkan dapat memaksimumkan penggunaan ruang pada kertas soalan.
3. Kertas soalan perlulah mengikut format peperiksaan sebenar.
4. Kertas soalan wajib mengandungi muka depan yang lengkap mengikut mata pelajaran
tingkatan.
5. Pastikan soalan yang disediakan tidak mengandungi unsur – unsur menghasut, menghina ,
berbau politik atau yang boleh dipertikaikan.
6. Kertas soalan hendaklah disemak oleh penyelaras soalan dan disahkan oleh Pengetua /
Penolong Kanan / guru kanan untuk disahkan.
a. Draf soalan hendaklah dihantar sebulan selepas jadual peperiksaan diumumkan.
b. Kertas soalan hendaklah dihantar untuk direso sekurang – kurangnya dua minggu
sebelum tarikh peperiksaan tersebut.
7. Kertas soalan hendaklah disusun mengikut kelas dan disertakan dengan borang kawalan
perjalanan peperiksaan yang telah lengkap diisi, sekurang-kurangnya dua hari sebelum
tarikh peperiksaan.
8. Proses menyusun kertas soalan hendaklah dilakukan di dalam bilik peperiksaan.

Kertas Jawapan Pelajar

1. Kertas OMR, test pad dan kertas graf boleh diperolehi daripada setiausaha peperiksaan
dalaman.
2. Kertas OMR hanya digunakan sekiranya soalan tersebut melebihi 30, sekiranya kurang dari
itu diharapkan guru dapat menyediakan ruangan jawapan pada kertas soalan.
3. Pastikan bilangan kertas jawapan yang diedarkan mencukupi dan tidak berlaku
pembaziran.
4. Kertas soalan / kertas jawapan yang lebih hendaklah dikeluarkan daripada sampul dan
diletak di dalam bekas yang disediakan selepas setiap kali selesai peperiksaan pada hari
tersebut.
Semasa Peperiksaan Dijalankan.

1. Semua guru mengawas wajib mengisi borang PK03 dari bilik peperiksaan untuk
melancarkan pentadbiran peperiksaan.
2. Guru pengawas perlulah berada di bilik peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3. Guru perlu memastikan dan mengarahkan pelajar untuk meletakkan beg dan peralatan yang
tidak diperlukan di luar atau di belakang kelas.
4. Guru pengawas wajib membaca arahan peperiksaan dengan jelas, 10 minit sebelum
peperisaan berlangsung.

AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN


Calon tidak dibenarkan:
i. Melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah
digunakan.
ii. Keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10
minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran guru
pengawas .
iii. Membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan
tamat.
iv. Mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa
peperiksaan.

LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN


Calon dilarang:
i. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota,
dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan,
Kenyataan Kemasukan Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti
elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat
tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
ii. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik
peperiksaan.
iii. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehinggaboleh dibaca
oleh calon lain.
iv. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di
dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh
disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
v. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
vi. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan.
vii. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
viii. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
ix. Membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
x. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah
digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
xi. Membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
PERINGATAN
Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan akan
menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya
menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang
lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang
disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;

5. Guru hendaklah sentiasa bergerak semasa pengawasan bagi mengelakkan penyelewengan


berlaku.
6. Jangan lepaskan pelajar sebelum rehat / tamat waktu persekolahan.
7. Kertas jawapan pelajar hendaklah disimpan semula di dalam almari peperiksaan.
8. Guru mata pelajaran (penyemak) hendaklah mengisi borang PK04 sebelum membawa
keluar skrip jawapan pelajar untuk disemak
9. Sila catatkan pelajar yang tidak hadir, meniru atau lain – lain yang berkaitan bagi
memudahkan guru yang menanda.

Selepas Peperiksaan

1. Guru – guru adalah WAJIB menanda / menyemak / berbincang semua kertas jawapan pelajar.
2. Bagi guru – guru yang cuti bersalin , berkursus ataupun yang akan berpindah adalah masih
bertanggungjawab untuk memeriksa, menilai dan merekod markah pelajar.
3. Markah pelajar hendaklah dimasukkan oleh guru mata pelajaran mengikut kelas yang diajar
ke dalam system SAPS.
4. Semua guru hendaklah akur dengan arahan tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh
pentadbir.

Penyediaan Tempat Peperiksaan

1. Peperiksaan Dalaman
i. Penyusunan bilik – bilik peperiksaan hendaklah dibuat mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
ii. Pastikan susunan meja mengikut jarak + 1.5 m dari pusat ke pusat meja dan tidak rapat
dengan dinding, dengan keadaan laci meja yang kosong dan mengadap ke hadapan.
iii. Kedudukan pelajar hendaklah mengikut senarai nama sebagaimana dalan jadual
kedatangan.
iv. Pastikan kelas peperiksaan berada dalam keadaan yang kondusif untuk pelajar.
Am

1. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti sekolah semasa peperiksaan/ ujian dijalankan ataupun
yang tidak hadir pada hari peperiksaan
i. Guru tingkatan ataupun guru yang bertanggungjawab perlulah memaklumkan kepada
setiausaha peperiksaan agar soalan dapat dikuarantinkan dan satu masa akan
ditetapkan bagi mereka mengambil semula peperiksaan tersebut.
ii. Peperiksaan gantian akan diuruskan oleh guru penasihat masing-masing.

2. Bagi pelajar yang melakukan penyelewengan semasa peperiksaan (meniru atau ada tanda –
tanda untuk meniru )
i. Guru pengawas hendaklah memaklumkan nama pelajar berkenaan ( pelajar yang
meniru atau yang membenarkan kertasnya ditiru ) kepada guru mata pelajaran.
ii. Tindakan (mengikut kes) akan diambil termasuklah membatalkan keputusan
peperiksaan pelajar tersebut ataupun memberikan markah kosong (sifar)

PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS SEMASA PEPERIKSAAN PT3,


SPM, STPM DAN MUET DIJALANKAN

1. Guru dikehendaki hadir setengah jam lebih awal dan balik setengah jam lebih lewat.
2. Guru hendaklah berada di pejabat semasa peperiksaan berjalan.
3. Mengarahkan pelajar beratur di dataran kejat untuk urusan doa, teguran dan pesanan
4. Menguruskan calon sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
5. Mengeluarkan surat pengesahan calon bagi yang tertinggal slip peperiksaan atau kad
pengenalan.
6. Menguruskan calon-calon yang jatuh sakit pada waktu peperiksaan dijalankan.
7. Mencatatkan laporan perjalanan peperiksaan didalam buku laporan yang disediakan.
8. Menentukan kemudahan-kemudahan dan bekalan-bekalan asas terdapat di dalam peti
kecemasan.
9. Mengawal disiplin calon-calon sewaktu di luar dewan peperiksaan.
10. Menyediakan dan membekalkan kepada ketua pengawas keperluan asas. Bahan-bahan
peperiksaan seperti gam, pensil, pen sekiranya perlu.
11. Menghubungi dan memberitahu pengetua sekiranya berlaku kes-kes yang perlu pemerhatian
segera.
12. Sekiranya terdapat calon yang tidak hadir pada hari peperiksaan, guru bertugas diminta
menghubungi calon dengan merujuk buku rekod kehadiran pelajar atau mengambil tindakan
yang sewajarnya.
13. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Gerakan Payung bagi mengatur tempat tinggal dan
makanan untuk calon yang tidak dapat pulang kerana banjir atau perintah berkurung.
14. Menguruskan makan/minuman calon-calon yang di dalam kuarantin.
15. Menentukan pengemas bilik telah menjalankan tugas-tugas berikut apabila tamat
peperiksaan pada tiap-tiap hari:
a. Dikemaskan susunan kerusi meja
b. Bilik-bilik darjah dibersihkan
c. Bakul sampah di bilik-bilik peperiksaan dikosongkan
d. Menyimpan jam-jam peperiksaan di bilik peperiksaan atau di pejabat sekolah
e. Tingkap dan pintu dewan peperiksaan ditutup.
f. Menyediakan alat siaraya atau megaphone di dewan peperiksaan dan menyimpan
semula di pejabat setelah sesuatu peperiksaan tamat.

16. Menghubungai Pengetua / Penolong Kanan jika terdapat masalah yang tidak dapat
diselesaikan.
17. Lain-lain tugas yang diminta oleh ketua pengawas.
ANALISIS DAN POST MORTEM

You might also like