You are on page 1of 2

Assalamualaikum wbkth….

Yang Berusaha En. Mustafa Kamal b. Munei, Guru Besar Sek Keb Sungai Kerawai, Pn. Nor Azryna bt.
Mohamad Jainuri (Yang Dipertua PIBG, SK Sungai Kerawai), Pn. Faridah bt. Mat Som, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, En. Romli b. Abd Hamid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Norhasimah bt.
Othman, Guru Penolong Kokurikulum, guru-guru yang dikasihi dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang mewakili rakan-
rakan yang lain untuk menyampaikan ucapan pada hari yang amat bermakna buat guru-guru khususnya
guru-guru di SK Sungai Kerawai. Kesempatan yang diberikan ini, amatlah bermakna buat diri saya .

Guru-guru dan rakan sekalian,

Tarikh keramat 16 Mei terpahat dalam ingatan guru-guru dan murid-murid. Hari Guru diraikan untuk
mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Jasa guru tidak ternilai harganya. Tema
Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi ”.

Guru-guru sekalian,

Guru bolehlah diistilahkan sebagai tenaga pendidik atau tenaga pengajar. Mereka ialah ibu dan bapa
kita di sekolah. Oleh sebab itu, guru-guru diletakkan tanggungjawab yang besar dan berat dalam
pembentukan sahsiah murid-muridnya. Masa murid-murid di sekolah bersama-sama guru merupakan
masa perdana dan rakan-rakan haruslah memanfaat masa itu untuk menimba sebanyak mungkin ilmu
daripada guru-guru.

Guru-guruku sayang,

Kami tahu, guru-guru tidak mengharapkan balasan wang ringgit daripada kami, anak-anak didik kalian.
Justeru, saya menyeru rakan-rakan agar berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh sebagai
hadiah kepada guru-guru. Saya yakin, guru-guru pasti akan gembira jika kejayaan dapat dicapai oleh
anak-anak didik mereka.

Guru-guru dan rakan sekalian,

Di kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin memohon ampun dan maaf jika kami ada melakukan
sebarang kesalahan terhadap cikgu. Mungkin, sepanjang kami bersama-sama cikgu, ada kelakuan kami
yang menyinggung perasaan cikgu. Mungkin juga, ada kata-kata dan tindakan kami yang menaikkan
darah cikgu. Oleh itu, maafkan kami, cikgu. Maklumlah kami anak-anak kecil yang tidak dapat lari
daripada melakukan kesilapan.

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Maafkanlah kesalahan kami, cikgu.
Saya juga mewakili rakan-rakan berharap guru-guru akan mendoakan kami agar kami semua berjaya
dalam peperiksaan khususnya dalam UPSR nanti. Doakanlah kejayaan kami selagi kami bergelar pelajar.
Segala ilmu yang cikgu ajarkan kepada kami akan kami manfaatkan dalam kehidupan kami.

Akhir kata, hayatilah bait-bait puisi ini,

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat “Cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat

Selamat Hari Guru!

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufik wal hidayah , assalamualaikum wbt.

Sekian, terima kasih.

You might also like