You are on page 1of 3

Soalan 19: Nabi Muhammad bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan. Bincangkan.

Pendahuluan:

§ Nabi Muhammad s.a.w b Abdullah telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah 570 Masihi.
Baginda telah menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan bersamaan 16 Ogos 610 Masihi. Dengan ini baginda secara
rasmi telah dilantik sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Kerasulan Baginda telah tercatat dalam ayat al-Quran
iaitu dalam surah al Muddathir ayat 1 hingga 7. Baginda telah diseru agar berdakwah secara senyap dan secara
terang-terangan.

§ Akibat tentangan yang hebat oleh kaum Musyrikin Makkah baginda terpaksa berhijrah ke Madinah dan berjaya
mendirikan sebuah kerajaan Islam yang kuat dan disegani di sana. Al-Quran menyifatkan nabi Muhammad s.a.w. sebagai
‘Contoh Terbaik’atau Uswah Hasanah. Baginda mempunyai akhlak sebagaimana akhlak yang diajar dalam al-Quran.

§ Sifat-sifat kenabian dan kerasulan yang terdapat pada diri baginda seperti bercakap benar (siddiq), amanah,
menyampaikan wahyu (tabligh), bijaksana (fatanah), berakhlak, lemah lembut, berbudi pekerti, penyabar, toleran,
berdikasi dan lain-lain. Akhir sekali, mukjizat yang dianugerahkan kepada baginda. Contoh, mukjizat teragung ialah
Al-Quran.

§ Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin negara dan masyarakat. Pada awalnya
beliau cuma terkenal sebagai nabi dan rasul namun akhirnya baginda muncul sebagai panglima tentera dan pemimpin
negara yang disegani.

Isi-isi penting:

1. Sebagai Pemimpin Masyarakat dan Negarawan

§ Baginda terkenal sebagai seorang yang sangat amanah atau digelar al-Amin dalam kalangan masyarakat Makkah.
Sewaktu berada di Madinah baginda telah berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan
keturunan setelah berlaku perpecahan begitu lama. Kemudian baginda telah mempereratkan hubungan persaudaran
antara kaum Muhajirin dan Ansar. Bagi mengekalkan perpaduan nabi Muhammad s.a.w menyeru semua kaum yang
terdapat di Madinah bersama-sama berganding bahu dan bertanggungjawab mempertahankan Madinah daripada
serangan musuh-musuh Islam. Perkara ini terkandung dalam piagam Madinah yang menjelaskan tanggungjawab orang
Islam dan orang bukan Islam dalam mempertahankan Madinah.

§ Konsep keadilan beliau dalam masyarakat terserlah dalam kes komplot kaum yahudi bani Quraizah yang berkomplot
dengan kaum Musyrikin Quraisy untuk menentang Islam. Dalam kes ini beliau telah menyerahkannya kepada ketua-ketua
suku iaitu Sa’d b. Ubadah ketua kaum Khazraj dan Sa’d b. Mu’adh ketua suku Aus untuk menjalankan siasatan. Setelah
siasatan selesai nabi menyerahkan kuasa menjatuhkan hukuman kepada Sa’d b. Mu’adh kerana beliau lebih arif tentang
kedudukan bani Quraizah.

2. Sebagai Pemimpin Politik

§ Kepimpinan politik Nabi Muhammad s.a.w. terserlah sejak beliau berada di Makkah lagi iaitu ketika beliau
menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya di Kaabah. Kepimpinan politik beliau juga
tergambar diperingkat antarabangsa apabila baginda dianggap sebagai seorang diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya
menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam
kepada mereka. Kesan daripada misi diplomatik ini lah telah menyebabkan Negara-negara tersebut akhirnya telah
tunduk dibawah pemerintahan Islam.

§ Baginda juga telah memperkenalkan sistem syura (musywarah). Sistem ini telah dilaksanakan di semua peringkat
pentadbiran dalam semua bidang. Sebagai contoh pengadilan terhadap tawanan Yahudi bani Quraizah dilakukan secara
sistem Syura. Lanjutan daripada ini lah suatu Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar b al-
Khattab.

3. Sebagai Pemimpin dan Perancang Ekonomi

§ Nabi s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda
menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari
kekayaan dan kesenangan di dunia adalah diharuskan, asalkan tidak melibatkan riba serta menunaikan bayaran zakat
setelah sampai haul dan nisabnya.

§ Baginda sendiri telah berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Islam. Umpamanya tanah-tanah yang terbiar
telah diusahakan semula serta tanah-tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi berjaya ditebus semula dan dikerjakan.

§ Selain itu, baginda juga berjaya menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli aktiviti perdagangan terutamanya
yang berkaitan dengan ekspedisi-ekspedisi kafilah pedagang kaum Quraisy pada zaman itu.

4. Sebagai pemimpin Tentera

§ Nabi Muhammad s.a.w telah mengetuai beberapa ekspedisi peperangan yang besar. Kepimpinan beliau dalam bidang
ketenteraan adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Menerusi akidah baginda dan para sahabatnya
berkeyakinan untuk menghadapi musuh walaupun jumlah tentera Islam lebih kecil berbanding tentera musuh seperti
dalam peperangan Badar.

§ Melalui peraturan-peraturan peperangan yang disyariatkan oleh Allah, baginda dan para sahabatnya bertindak
mengikut batas-batas yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan yang lemah dan orang yang tidak bersenjata,
tidak memusnahkan harta benda seperti bangunan rumah ibadat dan tanam-tanaman.

§ Dalam perang di Hunayn dan Ta ’ if, baginda telah menunjukkan contoh-contoh akhlak yang baik dengan
menggambarkan sifat perikemanusiaan dengan memulangkan semula harta benda yang telah ditawan kepada pihak
musuh. Tindakan baginda ini telah memikat hati pihak musuh untuk memeluk agama Islam.

§ Baginda juga seorang pemikir ketenteraan yang bijak dengan mengatur pelbagai strategi peperangan yang berkesan
dan membawa kejayaan kepada umat Islam. Antara perang yang mengandungi strategi yang diatur oleh Baginda ialah
dalam perang Badar, Perang Uhud dan perang Khandak.

§ Sebagai contoh dalam perang Khandak baginda telah menggunakan strategi bertahan dengan menggali parit
disekeliling dan strategi ini telah menyebabkan anggota musuh mengaku kalah terhadap tentera Islam.

5. Sebagai Ketua hakim


§ Baginda menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama. Baginda menunjukkan beberapa etika
yang perlu dipatuhi oleh mana-mana hakim. Contohnya, keadilan yang dipaparkan oleh baginda ialah ketegasan tentang
hokum memotong tangan terhadap pencuri, walaupun pencuri itu ialah Fatimah r.a anak yang paling disayang oleh
baginda.

§ Tindakan tegas baginda jelas apabila kaum Yahudi diusir dari bumi Madinah kerana pengkhianatan yang dilakukan
oleh mereka.

You might also like