You are on page 1of 3

Soalan 11: Huraikan konsep dan ciri-ciri ummah pada zaman Nabi Muhammad S.A.

Pendahuluan

§ Umat Islam sebagai ummah yang bertanggungjawab mengembangkan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ini
sesuai dengan tujuan manusia diciptakan. Rasulullah S.A.W telah meletakkan batu asas kepada umat islam melalui
pembentukan generasi islam yang pertama ketika baginda S.A.W masih hidup. Generasi islam yang pertama adalah contoh
ummah yang memiliki ciri-ciri yang lengkap dan menjadi contoh kepada umat islam selepasnya

§ Tamadun Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Mengikut kamus dewan, ummah berasal
daripada perkataan Arab yang bermaksud umat biasanya di maksudkan umat islam. Konsep ummah ialah konsep yang unik
kerana ummah yang terbina tidak berasaskan kepada bangsa,warna kulit mahupun sempadan Geografi. Setiap masyarakat
islam tanpa mengira bangsa,warna kulit mahupun sempadan geografi, dikira sebagai satu ummah.

Isi-isi penting

Konsep Ummah

§ Ummah bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammmad SAW,
masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam & bukan Islam kaum Yahudi di Madinah. Keadaan ini
berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain kerana pada kebiasannya pembentukan masyarakat atau ummah
berdasarkan pada bangsa,seperti tamadun China yang berlandaskan bangsa Cina,tamadun Parsi yang berlandaskan bangsa
Parsi dan sebagainya. Perkataan ummah telah di sebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali yang beerti masyarakat, kumpulan
atau manusia.

§ Konsep ummah berbeza dengan konsep masyarakat. Konsep masyarakat terbatas dengan geopolitik, bahasa, Negara
& bangsa tertentu. Istilah masyarakat timbulkesan daripada pergolakan sosiopolitik di Eropah yang menekankan aspek
nasionalisme atau semangat kebangsaan sesebuah masyarakat & Negara. Manakala dalam Islam, konsep ummah
bermaksud masyarakat universal yang di anggotai oleh pelbagai jenis kaum & bangsa disatukan oleh komitmen terhadap
Islam.

§ Oleh itu, setiap individu muslim secara langsung menjadi anggota dalam kesatuan ummah atau umat Islam. Dalam
erti kata yang lain, mereka bersatu berasaskan tauhid (keimanan kepada allah) & bukan berlandaskan warna kulit, bahasa
dan bangsa. Atas dasar Islam, maka tidak wujud permusuhan kelompok atau kaum. Oleh itu, terbentuklah ummah atau
umat Islam yang aman damai, harmoni dan lahirlah tamadun umat islam yang gemilang.

Ciri-Ciri Ummah

1. Ummah yang berilmu


§ ummah islam yang pertama di makkah dan di madinah dibina atas dasar ilmu bersesuaian dengan prinsip islam yang
meletakkan ilmu sebagai asas keimanan dan ibadah. Rasulullah S.A.W telah menerapkan kepentingan ilmu sejak
permulaan dakwah. Justeru, baginda menjadikan rumah al-Arqam bin abi al-Arqam sebagai markas untuk menyampaikan
ilmu akidah dan islam.

§ Baginda S.A.W turut mengutus Mus’ab bin Umair untuk menjadi guru al-Quran kepada penduduk madinah selepas
perjanjian aqabah pertama, Melalui sirah, baginda S.A.W telah meletakkan prinsip bahawa penyebaran islam hendaklah
berasaskan kepada dakwah ilmu bukannya di sebarkan melalui mata pedang.

2. Ummah wasatiyyah

§ ummah wasatiyyah bermaksud ummah yang mengamalkan kesederhanaan dalam semua perkara yang melandasi
kehidupan. ummah wasatiyyah ialah ummah yang adil terhadap seluruh manusia dan tidak bersikap ekstrem dan
melampau dalam menjalani aktiviti kehidupan mereka.

§ Baginda S.A.W sentiasa mengajar para sahabat supaya bersikap menjalani aktiviti kehidupan yang meliputi
politik,ekonomi,dan sosial. Rasulullah S,A,W menyatakan bahawa baginda ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah
S.W.T tetapi baginda berkahwin dan mempunyai keluarga. hal ini sebagai petunjuk bahawa perlu ada keseimbangan dalam
memenuhi keperluan rohani dan jasmani.

§ Baginda S.A.W juga pernah melarang seorang sahabat yang begitu gemar membaca al-Quran sehingga mengabaikan
tanggungjawab kepada isteri dan kesihatan diri. Baginda menasihatinya dengan menyatakan bahawa setiap sesuatu ada
hak yang perlu dipenuhi, iaitu hak kepada Allah, hak kepada isteri, hak kepada tubuh badan dan sebagainya.

3. Ummah ukhuwwah

§ ummah ukhuwwah bermaksud umat islam adalah saling bersaudara antara satu dengan yang seperti ditegaskan oleh
Allah S.W.T dalam surah al-hujurat ayat 10. ikatan persaudaraan yang dijalinkan oleh Rasulullah S.A.W antara umat islam
membentuk satu ummah yang sanggup berkorban jiwa, tenaga, dan harta untuk saling membela dan mempertahankan
antara satu dengan yang lain.

§ semangat persaudaraan yang kental dapat dilihat ketika peristiwa kepungan ekonomi selama tiga tahun di Makkah,
walaupun berada dalam kesusahan, mereka tetap bersatu padu, bersama-sama melalui kesusahan dan kepayahan serta
tetap istiqamah di samping Rasulullah S.A.W.

4. Ummah yang berjihad

§ Nabi Muhammad S.A.W mendidik generasi sahabat agar sanggup berkorban untuk mempertahankan dan
mendaulatkan islam. Islam ialah agama keamanan yang menghormati agama dan orang lain. Namun, peperangan
peperangan disyariatkan sebagai jalan terakhir untuk mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan.

§ Islam menggalakkan peperangan tetapi hanya dibenarkan dalam tiga keadaan sahaja, iaitu mempertahankan diri,
mempertahankan kebebasan berdakwah, dan mempertahankan orang yang dizalimi.

You might also like