You are on page 1of 2

Soalan 21: Bincangkan konsep dan tanggungjawab seorang khalifah.

Pendahuluan :

§ Institusi khalifah sangat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia merupakan lambang pembinaan sebuah
negara Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan sunnah. Ia ialah contoh pemerintahan terbaik sebagai panduan
untuk seorang pemimpin atau pemerintah bagi membentuk sebuah negara yang bertamadun.

§ Sejarah khalifah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq dilantik menjadi
khalifah pertama, diikuti oleh tiga orang sahabat, iaitu Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Era
khalifah selepas itu ialah khalifah daripada kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Namun, institusi khalifah mulai merosot
selepas kerajaan Abbasiyah kerana kebanyakkan pemerintah telah menyeleweng daripada konsep pemerintahan Islam
sebenar.

Isi-isi penting

a) Konsep khalifah

§ Istilah khalifah berasal daripada Bahasa Arab bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w. konsep khalifah merujuk
kepada jawatan sebagai ketua islam bagi menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda.

§ Pelantikn khalifah mengikut syarat-syarat tertentu, iaitu seorang lelaki islam mempunyai istiqamah dalam akidah
mengeluarkan pendapat, tidak cacat anggota yang boleh menghalang daripada menjalankan tugas serta mempunyai ilmu
yang tinggi sama ada dalam bidang agama dan pentadbiran.

§ Ciri-ciri khalifah mestilah baik, warak, dan mahir dalam ilmu keagamaan dan pentadbiran.

§ Proses pelantikan khalifah mestilah melalui Majlis Syura seperti pelantikan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

b) Tanggungjawab khalifah

1. Menurut Ibn Khaldun, tugas khalifah ialah “ menegakkan agama dan mentadbir dunia mengikut hokum syariah
untuk kebaikkan dunia dan akhirat”.

2. Seorang khalifah bertanggungjawab dalam megendalikan urusan pentadbiran negara dan juga melaksanak
hokum-hukum agama dengan adil. Pelaksanaan hukuman tersebut pula mestilah mengikut hokum seperti yang telah
terkandung di dalam al-Quran. Di samping itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan seperti pelantikan
hakim, saksi dan pelaksanaan hukuman mesti dikawal dengan betul.

3. Khalifah juga bertanggungjawab menyebarkan ilmu kepada rakyat di samping menyediakan kemudahan awam
untuk kebajikan rakyat seperti sekolah, masjid dan hospital. Selain itu, beliau juga perlu memastikan perpaduan dalam
kalangan masyarakat adalah utuh.

4. Khalifah juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta negara daripada ancaman
musuh sama ada dari dalam mahu pun luar negara. Contohnya, ketika pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, beliau
telah memperkemaskan pasukan tentera islam bagi melindungi keselamatan negara daripada ancaman kuasa asing, iaitu
Byzantine dan Parsi.

You might also like