You are on page 1of 2

1.

0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Rancangan Perniagaan ini disediakan bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari [agensi
pembiyaan/bank] di bawah [nama Skim Pembiyaan] bagi projek Restoran & Katering saya iaitu [nama
perniagaan] di [Taman Kemuning, Senawang]. Berbekalkan pengetahuan melalui kursus perniagaan
restoran & katering anjuran [agensi/syarikat] dan pengalaman bekerja selama 2 tahun di sebuah restoran
di [lokasi], saya bercadang membuka restoran saya sendiri di [Taman Kemuning, Senawang] dengan
anggaran kos projek sebanyak [RM 102,600]. Daripada jumlah tersebut saya bercadang untuk bantuan
pembiayaan [nama skim pembiayaan] sebanyak [RM90,000], manakala sumbangan saya adalah sebanyak
[RM 102,600] Pembiayaan RM90,000 tersebut akan digunakan bagi pembelian stok permulaan, peralatan
dan kelengkapan restoran, deposit sewa dan utiliti & juga modal pusingan. Manakala modal saya
sebanyak RM 12,600 akan di gunakan untuk deposit sewa & utiliti dan stok permulaan. [Taman
Kemuning, Senawang] saya dapati adalah satu lokasi yang strategik untuk perniagaan Restoran &
Katering kerana ia mudah dilihat dan diakses dari jalan raya utama. Persekitarannya juga amat sesuai
kerana ia terletak di tengah-tengah [Bandar Senawang] dengan dikelilingi oleh 8 buah taman perumahan
dan [2] buah kampung serta pejabat-pejabat kerajan dan swasta serta kilang-kilang. Dengan tahap
persaingan yang sederhana dari [5] buah Restoran yang sedia ada di sekitar pusat perniagaan tersebut,
saya yakin dengan mereka dengan menguasi mereka lebih kurang [5% hingga 10%] daripada saiz pasaran
dengan kekuatan pada keenakan masakan ala kampung, kualiti perkhidmatan dan harga berpatutan.
Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian saya mendapati permintaan Restoran & Katering tetap
meningkat terutamanya kepada golongan muda yang sibuk dan juga permintaan terhadap masakan ala
kampung yang tetap menjadi pilihan masyarakat Bandar yang kebanyakkannya berasal daripada
kampung. Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan restoran dan katering adalah
cerah dan ia tetap kebal dalam apa jua suasana ekonomi kerana masyarakat tetap mempunyai peruntukan
untuk makan dan minum. Dalam keadaan ekonomi yang meleset, restoran dan katering menawarkan
harga yang berpatutan dan masakan yang enak dan yang lain dari yang lain akan menjadi pilihan ramai
selain perkhidmatan yang cekap dan berkualiti. Saya berharap agar bantuan [skim pembiayaan] ini dapat
merialisasikan rancangan perniagaan restoran & katering saya ini.
2.0. OBJEKTIF/TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang menyeluruh
tentang perniagaan yang akan diceburi. Disamping itu juga Rancangan Perniagaan ini untuk
membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran,
pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan. Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat
untuk tujuan berikut:
1. Melihat daya maju projek yang dirancang.
2. Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan dengan
lancar.
3. Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.
4. Memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta program untuk menamatkan program
latihan galakan perniagaan bagi kakitangan yang menyertai kursus ini.
5. Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.

You might also like