You are on page 1of 5

Salam sejahtera dan salam perpaduan..

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi


Majalah Bakti kerana sekali lagi berjaya menerbitkan majalah
tahunan untuk kali yang ke-21. Sekalung penghargaan dan
ucapan terima kasih diucapkan kepada Sidang Redaksi
Majalah atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk
merakam kan sepatah dua kata sempena penerbitan majalah
ini.

Majalah secara amnya ialah sebuah terbitan yang


memuatkan pelbagai maklumat berguna.Namun,Majalah Bakti
Bestari bukan sahaja memuatkan pelbagai maklumat,malah
mengandungi pelbagai catatan peristiwa yang berlansung
sepanjang tahun berkenaan.Melalui penerbitan majalah
sekolah ini,masyarakat sekitar akan dapat mengetahui serba
sedikit perkembangan , aktiviti dan kejayaan yang dicapai oleh
SMK Tenom.Murid sekolah juga akan mendapat pendedahan
mengenai matlamat dan harapan kerajaan dalam melahirkan
generasi yang berpengetahuan ilmu Sains dan Teknologi serta
memupuk sikap bersatu padu dalam mencapai wawasan 2020.

Sebagai sebuah sekolah bestari di negeri Sabah,


sememangnya warga SMK Tenom sentiasa berhadapan
dengan pelbagai cabaran. Dalam era dunia tanpa sempadan
ini, usaha untuk melahirkan generasi yang Berilmu,Berdisiplin dan
mampu Berbakti kepada negara merupakan satu cabaran
yang perlu ditempuhi. Namun,saya percaya usaha murni ini
mampu direalisasikan oleh barisan professional di SMK Tenom.

Justeru itu, saya berharap warga SMK Tenom akan


sentiasa mengekalkan kecemerlangan malah meningkatkan
usaha ke arah merealisasikan visi dan misi sekolah.

Sekian dan terima kasih.

(ALBERT JONGLAI MALINTAU)


Pegawai Pelajaran Daerah Tenom

6
Salam sejahtera dan salam perpaduan..

Syabas dan tahniah,saya ucapkan kepada Sidang Redaksi


Majalah Bakti dan semua yang terlibat dalam usaha penerbitan
majalah pada tahun ini.Kejayaan ini menunjukkan bahawa
dengan adanya kerjasama,kesungguhan dan komitmen kerja
yang jitu daripada semua pihak yang terlibat.

Tahun 2007 menjadi titik permulaan kepada SMK Tenom


untuk menjadi sebuah sekolah yang dihormati dan disegani di
seluruh pelosoktanah air.Hal ini dapatdilihat melalui kejayaan
sekolahmenganjurkan pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum
dari semua peringkat

Pihak PIBG sentiasa menyokong dan mengalu-alukan


segala program sekolah yang dirancang demi merealisasikan visi
sekolah sebagai sekolah yang Cemerlang,Gemilang dan
Terbilang.Pihak PIBG akan sentiasa menyumbang tenaga dan
bekerjasama menjayaka hasrat murni tersebut

Saya percaya warga pendidik dan murid mempunyai jiwa


yang cekal,kental dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk
menerokai segala cabaran dalam usaha mencapai cita-
cita.Walau bagaimanapun,ibu bapa perlulah sentiasa mengambil
berat terhadap pelajaran anak-anak mereka.Para murid mectilah
sentiasa menunjukkan disiplin dan komitmen yang tinggi.

Akhir kata,kami ibu bapa sedar akan tanggungjawab kami


bagi membantu dan menjayakan impian SMK Tenom.Kami akan
sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu agar semua
program SMK Tenom berjalan seperti yang dirancang.

KEJAYAAN SMK TENOM KEBANGGAAN KAMI

(MATUSIN BALANG)
Yang Dipertua PIBG SMK Tenom

7
Assalamualaikum warahmatulla wabarokatuh dan salam sejahtera

Sebagai pembuka bicara,marilah kita setiap warga SMK Tenom


mengucapkan jutaaan terima kasih kepada diri kita sendiri kerana tanpa kita
semua,keutuhan sekolah ini pasti tidak akan kekal sehingga ke saat ini.Kita juga
perlu berbangga kerana sepanjang tahun ini,sebagai murid kita telah
membuktikan kita mampu mencapai kegemilangan dari pelbagai
aspek.Sebagai kakitangan sekolah,kita sepatutmya terharu kerana kita masih
mampu menghulurkan sumbangan bermakna ke arah kemajuan sekolah ini

Saya yakin majalah yang ditebitkan ini akan menjadi tatapan warga
SMK Tenom dan juga ibu bapa serta seluruh masyarakat amnya.Lipatan sejarah
yang kita lalui bersama sepanjang tahun ini samada memori manis dan pahit
pasti tersemat dalam hati dan juga minda.Hal ini kerana,saya pasti majalah ini
akan memaparkan peristiwa yang kita jelajahi sepanjang kita berada di SMK
Tenom.

Anak-anak murid yang dikasihi,setiap kepahitan yang kita lalui


sepanjang alam persekolahan jangan dijadikan alas an untuk memilih jalan
untuk kecundang,namun jika kita sabar,tabah dan menanam keazaman untuk
berjaya pasti diakhirnya kemanisan menjenguk kita.Ingatlah sejauh mana pun
kita berlayar,jika bekalan ilmu di tangan masih gersang,nilai peribadi kita masih
layu,keimanan kita masih goyah,aneka keperitan sentiasa menyelubungi hidup
kita.Jadikanlah pengalaman yang kalian kutip di SMK Tenom sebagai ramuan
untuk mematangkan hidup anda.

Rakan guru yang dihormati,perjuangan hidup kita sebenarnya masih


jauh.Kita sebenarnya memikul beban yang berat di pundak kita.Aturkan stretegi
yang ampuh agar bahtera yang kita kemudikan dengan sarat muatan tidak
tenggelam di tengah lautan.Semangat kerjasama antara kita perlu kita
perkukuhkan.Jika tidak,benteng yang kita bina pasti tidak bertahan
lama.Rancanglah setiap usaha kita dengan teliti,buat penilaian dan
muhasabah diri pasti kita tidak akan mudah tergelincir.

Semua staf yang disanjungi,pekerjaan kita adalah sumber rezeki


kita.Keihklasan dan kejujuran diperlukan untuk dijadikan pegangan
kita.Semangat kerjasama antara kita perlu di perkukuhkan.Masa amat
penting,hargailah masa sementara detik yang kita sayangi masih ada.Penuhkan
dengan amalan yang berfaedah untuk kepentingan semua.

Akhir bicara,tahniah kepada seluruk siding redaksi Majalah Bakti Edisi 21


kerana berjaya melahirkan air tangan yang memanfaatkan seluruh
pembaca.,menjadi memori bagi setiap pemiliknya dan menjadi sebutan
kepada yang menatapnya.

Sekian,Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warohmatullah


wabarokatuh

(HAJI MOHD KHAIRUL ANUAR ABDULLAH)


Pengetua SMK Tenom

8
Salam sejahtera..

Syabas dan tahniah atas kejayaan menerbitkan Bakti Bestari


ke-21 2007.Tahniah kepada Sidang Redaksi yang telah memberi
komitmen yang tinggi dalam merealisasikan penerbitan majalah
ini.Ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya
mengabadikan sebutir kata selaku Ketua Pelajar sekolah ini.

Sesungguhnya penerbitan majalah ini menjadikan


kebanggaan kepada seluruh warga SMK Tenom.Kelahiran majalah
ini sedikit sebanyak memaparkan senario SMK Tenom yang harus
dikongsi bersama-sama bukan saja dalam kalangan warga sekolah
namun ibu bapa dan juga masyarakat sekitar amnya.

Sebagai murid SMK Tenom,kami amat bersyukur dan


berbangga kerana berpeluang menjadi sebahagian dari warga
gedung ilmu ini.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
guru dan ibu bapa kerana tidak jemu memberikan
nasihat,dorongan dan panduan kepada kami yang masih mentah
untuk meneruskan pelayaran hidup ini.Peluang emas ini tidak harus
dipersiakan kerana setitis ilmu mampu mendewasakan kami dalam
mengharungi kebejatan dunia yang semakin
menjadi.Sesungguhnya jasa dan bakti warga pendidik dan juga
KTBM SMK Tenom tidak akan kami lupakan.Terima kasih cikgu,hanya
tuhan yang mampu membalas kemuliaan hatimu.

Kami juga ingin memohon maaf kepada warga pendidik


SMK Tenom sekiranya anak muridmu ini pernah melakukan
kesalahan dan kesilapan samada disedari ataupun tidak sepanjang
kami berada di SMK Tenom.

Akhir kata,semoga SMK Tenom akan terus maju dan


cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.Kita harus
mempupuk kesedaran dan kerjasama demi merealisasikan impian
sekolah sabagai Pusat Kecemerlangan Ilmu dan nama sekolah gah
di seluruh negeri,

Sekian dan terimah kasih

(RONNIE BAHAN)
Ketua Pelajar SMK Tenom

9
Assalammualaikum,salam sejahtera dan salam perpaduan…

Pembaca budiman,

Syukur kepada Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia dan


berkat-Nya,majalah sekolah ini dapat diterbitkan pada tahun
ini.Dalam kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang dan
kepercayaan kepada saya mengetuai barisan sidang redaksi
dalam penerbitan majalah bestari edisi 21 tahun 2007.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang


terlibat terutama pengetua sekolah,guru-guru penolong
kanan,guru-guru penasihat sidang redaksi majalah,guru-guru,AJK
Sidang Redaksi,para pelajar dan semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan
penerbitan majalah ini.

Penerbitan majalah ini lazimnya cuba mencakupi segala


aspek seperti liputan peristiwa atau aktiviti,perkembangan
kurikulum dan kokurikulum disekolah ini sepanjang tahun
2007.Selain itu,majalah ini juga memuatkan karya-karya kreatif
daripada warga SMK Tenom yang berbakat dalam bidang seni
dan penulisan.Usaha ini dapat membentuk keperibadian murid
agar lebih komited dan berketerampilan.Oleh itu,majalah ini
diharap dapat menjadi sumber berguna kepada warga SMK
Tenom.

Akhir kata,saya mewakili AJK sidang Redaksi memohon


maaf dari pembaca budiman sekiranya terdapat kelemahan
dalam penerbitan majalah ini.Kami akur segala kekurangan itu
berpunca dari kami dan yang baik datang dari tuhan.

Semoga teguran membina akan mematangkan dan


meningkatkan lagi mutu majalah pada masa akan datang.

( NURMALISSA JAIMIN )
Pengerusi Sidang Redaksi Majalah

10

You might also like