You are on page 1of 1

Madrasah Ramadhan Pemangkin Insan Bertaqwa

Setiap tahun, ummat Islam akan menjalani sebulan rukun ibadah puasa dalam bulan
Ramadhan. Satu kesyukuran yang tidak terhingga bagi insan yang masih
dipanjangkan usianya oleh Allah untuk bertemu semula dengan Ramadhan pada
tahun ini. Semestinya dalam diri tersimpan niat dan hasrat untuk menjadikan
Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Ramadhan ternyata mampu
memotivasikan diri kerana matlamat utama penghujungnya menjadikan manusia
sebagai insan yang bertaqwa.

Untuk mencapai hakikat taqwa dalam madrasah Ramadhan, kita mestilah


menghadirkan keikhlasan dalam menjalani ibadah puasa kerana Allah SWT. Ini
merupakan kunci utama dalam penerimaan segala ibadah. Seterusnya, kita harus
sedar hakikat banyaknya ganjaran yang menunggu buat orang-orang yang berpuasa
melebihi ganjaran pada bulan-bulan yang lain. Selain itu, dalam bulan Ramadhan,
Allah menurunkan keberkatan sehinggakan insan yang berpuasa merasai kekuatan
iman dalam jiwa mereka.

Jadi, gunakanlah segala kesempatan sepanjang berada dalam madrasah


Ramadhan ini untuk membina jati diri dan keazaman supaya penghujungnya kita
memperoleh taqwa seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Nama: Mohammad Fikhri Bin Kiprawi

Sekolah: SJKC Kai Ming Bintulu, Sarawak

Email: abueryna92@gmail.com

Telefon: 01131433115

Tema penyertaan guru: Madrasah Ramadhan

You might also like