You are on page 1of 15

PENTAKSIRAN MAC 2019

MATEMATIK
TAHUN 2
30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1) Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan.


2) Jawab semua soalan.
3) Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D.
Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua
jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan.

Arahan : Bulatkan jawapan yang betul.


1. Manakah menunjukkan tujuh ratus empat yang ditulis dalam

bentuk angka?

A. 704
B. 714
C. 740
D. 744

2. Cerakinkan nombor 361 mengikut nilai digit.

A. 3+6+1
B. 300 + 10 + 6
C. 3 ratus + 6 puluh + 1 sa
D. 6 ratus + 3 puluh + 1 sa

3. Manakah yang menunjukkan susunan nombor mengikut tertib

menaik?

A. 275, 441, 398, 90


B. 917,738, 630, 97
C. 17, 422, 890, 973
D. 978, 652, 230, 19

4. Apakah nilai tempat bagi digit 8 dalam nombor 285?


A. sa

B. puluh

C. ratus

D. ribu

5. Apakah nombor yang paling hampir kepada nombor 700?

A. 788

B. 69

C. 670

D. 3996

6. Apakah nilai 329 jika dibundarkan kepada ratus terdekat?


A. 200

B. 230

C. 320

D. 300

97, 107, , , , , 157,167


Rajah 1: Susunan nombor mengikut tertib

7. Berdasarkan rajah 1, manakah susunan nombor yang paling

sesuai untuk diisi pada tempat kosong tersebut?

A. 175, 180, 185, 190

B. 117, 127, 137, 147

C. 117, 217, 317, 417


D. 110, 120, 130, 140

8. Pak Ngah menjual 125 biji telur pada hari Ahad dan 100 biji

lebih pada hari Isnin. Berapakah biji telur yang telah dijual

kesemuanya?

A. 225

B. 300

C. 325

D. 350

Rajah 2 : Garis Nombor

9. Apakah nilai P merujuk garis nombor dalam rajah 2?

A. 660

B. 665
C. 670

D. 675

10. Siva mengutip 56 buah botol untuk dikitar semula pada hari

Selasa. Pada hari Rabu, Siva mengutip 100 buah botol lebih

daripada hari Selasa. Kemudian, rakannya memberikan Siva 50

buah botol kurang daripada hasil kutipan Siva pada hari Rabu.

Berapakah jumlah botol yang Siva ada kesemuanya?

A. 206

B. 218

C. 212

D. 318
11. Apakah hasil tambah antara nombor paling besar dan nombor

paling kecil dalam Rajah 3?

350, 200, 560, 100

Rajah 3

A. 300

B. 660

C. 760
D. 910

12. Jadual 1 menunjukkan bilangan buah-buahan di sebuah kebun.

Jenis Buah-Buahan Bilangan buah


Mangga 220
Betik Sama dengan bilangan mangga
Kurang 10 daripada bilangan
Belimbing
manga
Jadual 1

Berapakah jumlah bilangan buah-buahan yang terdapat dalam


kebun tersebut?

A. 230
B. 450

C. 650

D. 670

13. Dalam sebuah kotak, terdapat 649 biji guli kaca. Jika 206 biji

guli itu berwarna merah, berapa biji guli yang berwarna lain?

A. 334

B. 343

C. 434

D. 443

14. Syarikat Mutiara Sdn Berhad membeli kereta dari negara

Jepun sebanyak 561 unit pada bulan Januari. Penghantaran kereta

akan dilakukan pada awal dan pertengahan bulan pada setiap bulan.

Sebanyak 289 unit kereta telah diterima pada pertengahan bulan


Januari. Berapakah unit kereta yang telah diterima pada awal

bulan tersebut?

A. 227

B. 272

C. 277

D. 727

15. Situasi di bawah menunjukkan perbualan di antara Cikgu Aida

bersama Adam dan Nadia.

Semalam ada 829 batang pensil


Saya ambil 391 batang Saya ambil 159 kurang
pada cikgu. Berapa batang pensil
pensil. daripada Nadia.
yang telah kalian ambil pada hari
ini?

Rajah 4

Berdasarkan kepada perbualan di atas, berapakah jumlah batang

pensil yang berbaki setelah diambil oleh Adam dan Nadia?


A. 579

B. 597

C. 206

D. 260

////

16. Amin membuat 53 latihan Matematik setiap hari. Berapakah


jumlah latihan yang telah diselesaikan oleh Amin setelah 7 hari,
jika 53 didarabkan dengan 7?

A. 318

B. 364

C. 371

D. 317

17. Sebuah kapal terbang boleh membawa 75 penumpang dalam


satu penerbangan. Hitungkan jumlah penumpang dalam 3
penerbangan.

A. 252

B. 225

C. 522

D. 525
18.

1 kotak besar
mengandungi 32
kotak air milo.

Rajah 5

Berapakah jumlah kotak air milo yang terdapat di dalam 8 buah


kotak besar?

A. 256

B. 265

C. 216

D. 246
19. Gambar di bawah menunjukkan sebuah ‘tuk-tuk’. Maksimum
penumpang menaiki ‘tuk-tuk’ adalah seramai 4 orang.

Bulan Bilangan perjalanan


Januari 64
Februari 80
Mac 104
Jadual 2

Jadual di atas menunjukkan jumlah bilangan perjalanan pemandu


‘tut-tut’ membawa penumpang pada bulan Januari, Februari dan
Mac. Berapakah jumlah penumpang untuk ketiga-tiga bulan
tersebut jika setiap perjalanan membawa jumlah maksimum
penumpang?

A. 248
B. 284

C. 929

D. 992

20.
126 x 4 = ?

Berdasarkan ayat matematik di atas, situasi manakah yang betul?

A. Ahmad menjual 126 biji gula-gula kepada rakan-rakannya pada

setiap hari. Berapakah jumlah bilangan biji gula-gula yang Ahmad

telah jual dari hari pertama sehingga hari keempat?

B. Ahmad mempunyai 126 biji gula-gula. Kemudian, Ahmad

memberikan 4 biji gula-gula kepada seorang rakannya. Berapakah

jumlah bilangan biji gula-gula yang tinggal pada Ahmad?

C. Ahmad mempunyai 126 biji gula-gula. Kemudian, seorang rakan

Ahmad memberikan 4 biji gula-gula kepada Ahmad. Berapakah

jumlah bilangan biji gula-gula yang ada pada Ahmad?


D. Ahmad mempunyai 126 biji gula-gula. Kemudian, 4 rakan Ahmad

meminta gula-gula tersebut daripadanya. Berapa biji gula-gula

serorang rakan Ahmad akan peroleh?

- SOALAN TAMAT -

You might also like