You are on page 1of 3

Bersatu Kita Teguh ,Bercerai Kita Roboh

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Begitulah indahnya peribahasa orang dahulu sebagaimana indahnya mauduk pidato

yang akan saya sampaikan pada hari ini iaitu “Perpaduan Asas Kecemerlangan.”

Salam Perpaduan dan Salam ukhuwah saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan

Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang sentiasa menegakkan paksi kebenaran,

penjaga masa yang budiman, guru-guru dan warga dewan sekalian.

Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut ,maka elok benarlah sekiranya

diterangkan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan.Perpaduan

mengikut kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa

penggabungan,berpadu,bergabung menjadi satu atau satu proses yang

menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya.Perpaduan ini sangat

penting supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti, nilai

bersama dan satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka.

Hadirin warga dewan sekalian,

MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya

dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan

memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Oleh sebab itu,

pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus

subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa

hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.


Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam

kalangan masyarakat demi mencapai kecemerlangan adalah dengan mengadakan

aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang

kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali

antara satu sama lain. Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai

dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-

sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat

mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai

kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,

Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh

diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum,

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan

perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan

tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia.

Para Hadirin yang dikasihi,

Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara .

Konklusinya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan

menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan

lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal

untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan

tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan
liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi mencapai kecemerlangan dalam

pelbagai bidang dalam usaha menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat

majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan

adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan

dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh

semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional

akan tercapai.

Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan

rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Perpaduan

negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan

negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Oleh itu, kita harus sentiasa bersatu-

padu dan hidup dalam berharmoni dalam mencapai kecemerlangan dalam pelbagai

bidang yang diceburi.

Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan dua rangkap pantun

berikut :

Tasik Chini dipenuhi bunga,

Ada cerita terdapat naga;

Negara diancam huru-hara,

Perpaduan dengan Rukun Negara.

Petang hari pergi ke pekan,


Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Sekian,terima kasih.

You might also like