You are on page 1of 4

Bandar Pintar Tingkat Kualiti Hidup

Oleh Sr Sulaiman Saheh

KERJASAMA semua pihak pastikan konsep pintar sesebuah bandar berterusan.

MAC lalu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor


(PKNS) melancarkan semula projek Taman Sains Selangor II
dengan konsep baharu berteraskan Bandar Pintar dan
menamakannya sebagai Selangor Cyber Valley.
Maka, apakah itu Bandar Pintar? Konsep Bandar Pintar
atau Smart City adalah konsep yang berakar umbi dari
pelaksanaan idea untuk pengurusan sumber dan alam bina
yang lestari serta mesra pengguna dan menjadi popular di
serata dunia pada alaf baru.
Pada masa kini, konsep ini dimajukan dengan
perkembangan teknologi yang membolehkan pelaksanaan
lebih efisien dan menyeluruh bertujuan meningkatkan fungsi
kecekapan dan produktiviti pengurusan sesebuah bandar
raya.
Hal ini termasuk kepada peralihan kaedah dan amalan
semasa ke dalam sistem seperti pengangkutan awam,
pengurusan sisa, pengurusan tenaga (elektrik), pengurusan
trafik, keselamatan awam, pengurusan data pengguna dan
kesejahteraan sosial masyarakat.
Walaupun belum ada satu piawaian untuk
mendefinisikan Bandar Pintar, ia masih boleh dilihat dan
diukur daripada kecekapan pengurusan dan penambahbaikan
kualiti perbandaran dan kehidupan penduduk di sesebuah
bandar.
Pendekatan kaedah dalam mewujudkan sesebuah
Bandar Pintar adalah lebih tertumpu kepada kemasyarakatan
daripada perbandaran itu sendiri. Walaupun sebuah bandar
raya pintar pada mulanya menekankan pelaksanaan dan
penggunaan teknologi digital, ia kini dilihat sebagai satu alat
yang ada dan bukan matlamat akhir.
Matlamat utama lazimnya adalah ke arah mewujudkan
sebuah bandar raya yang paling boleh didiami, di mana
masyarakat dan penduduk dapat mendiami, bekerja dan
beriadah dengan paras kesejahteraan, kualiti hidup dan
kepuasan hati yang tinggi.
Dengan pelaksanaan Bandar Pintar pelbagai manfaat
dan keuntungan, termasuk potensi keuntungan kewangan
dan pengurangan kos operasi - boleh dikecapi dan dinikmati
oleh rakyat; masyarakat itu sendiri, dan juga pihak
berkepentingan dalam komuniti perniagaan serta kerajaan.
Di Sydney, Australia pelaksanaan sistem pintar ini
dilakukan bukan sahaja untuk pengurusan trafik dan
pengurusan sisa, malah untuk pembangunan pintar melalui
usaha sama awam-swasta seperti projek Green Square Town
Centre; Haymarket Library dan projek rumah mampu milik.
Di Amsterdam, Belanda program dan projek seperti
Amsterdam Arena dan Amsterdam Smart City meningkatkan
paras kepuasan hati masyarakat, manakala pelancong di
bandar itu dapat melawat lebih banyak kawasan dengan
menggunakan aplikasi pintar pelancong yang disediakan di
bandar berkenaan.
Pembangunan Bandar Pintar boleh dikategorikan kepada
tiga, iaitu 'Brownfield City' di mana bandar ini sudah sedia
ada, 'Greenfield City', iaitu sebuah bandar yang dibina
bertemakan bandar pintar dan akhir sekali 'Smart Plan.'
Dalam konteks Malaysia, bandar yang boleh
diklasifikasikan sebagai 'Brownfiled City' adalah Kuala
Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru, di mana bandar ini
sudah wujud sejak sekian lama.
'Greenfield City' membawa maksud sebaliknya di mana ia
adalah sebuah bandar yang dirancang daripada awal
bertemakan Bandar Pintar seperti Forest City di Iskandar
Malaysia dan Masdar Abu Dhabi, juga boleh dikatakan
untuk Selangor Cyber Valley.
Dalam kata mudah, bandar ini sengaja dirancang dan
dibina khas sebagai Bandar Pintar. Pelaksanaan dan
pengurusan sebuah Bandar Pintar membabitkan pelbagai
pihak daripada kerajaan dan sektor awam kepada sektor
swasta dan pemaju, sehinggalah masyarakat setempat itu
sendiri.
Ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan
komitmen dan sumber kewangan yang mencukupi untuk
kesinambungan sistem pintar itu. Bukan itu sahaja, faktor
lain juga memainkan peranan dalam keberkesanan Bandar
Pintar ini.
Ia memerlukan usaha sama daripada pengguna,
masyarakat, pihak pemaju sistem dan swasta, pihak pentadbir
dan kerajaan.
Kepenggunaannya dapat membantu meningkatkan
kesejahteraan sesebuah bandar ke arah mencapai Bandar
Raya Boleh Didiami Dunia.
Mungkin, visi seperti yang dibuat untuk Selangor Cyber
Valley dan Forest City, boleh diterapkan sebagai amalan
terbaik untuk diperkembangkan lagi agar bandar baharu di
Malaysia dapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Lestari.

You might also like