You are on page 1of 2
Deputy Director Genera of Edueaton Malaysia PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN MALAYSIA Teachers Professional Development ARAS 6, BLOK E 13, PARCEL E ‘Level 6, Block E13, Parcel E TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA @ KEMENTERIAN PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tot 03-8884 1078 Federal Government Administrative Centre Faks: 03-6884 1092 62604 PUTRAJAYA, Laman Web: waw.moe.govmy Ruj. Kami: KPM.500-1/1/13(_) Tarikh NE Jun 2017 Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lantikan Tahun 2014 Hingga 2016 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMAS! MINDA MELALUI_ E- PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM SECARA ONE-OFF BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA LANTIKAN TAHUN 2014 HINGGA 2016 Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Program Transformasi Minda (PTM) merupakan syarat bagi pengesahan dalam perkhidmatan penjawat awam selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012. Dalam usaha memastikan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lantikan tetap 2014 hingga 2016 disahkan dalam perkhidmatan mengikut tempoh yang ditetapkan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan pelaksanaan PTM secara one- off kepada PPP lantikan tahun 2014 hingga 2016 melalui kaedah E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA). 3. Sehubungan dengan itu, setiap PPP lantikan tahun 2014 hingga 2016 yang belum mengikuti PTM perlu melaksanakannya mulai 15 Jun 2017 sehingga 30 Jun 2018 berdasarkan Jadual Pelaksanaan PTM seperti berikut: Tahun Tahun/Tempoh Pelaksanaan Lantikan 2017 2018 2014 45 Jun - 15 Julai 2017 2015 45 Jun - 31 Nov 2017 Pilihan 1: : gol 15 Jun - 31 Dis 2017 | 1 Jan - 31 Mac 2018 4. PPP dikehendaki menyelesaikan 13 modul PTM yang mengandungi 10 Modul Kursus Wajib dan tiga (3) Modul Kursus Pilihan. Bagi Modul Kursus Wajib, sembilan (9) daripadanya perlu diikuti melalui EPSA dan satu (1) modul melalui Sistem Pengurusan Lathan KPM (SPLKPM), manakala 3 modul kursus pilihan perlu diikuti melalui EPSA, PPP juga diingatkan supaya mencetak Surat Tamat 1 Kursus EPSA (sijil) dan Borang Akuan peserta bagi diperakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing. 5. PPP perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi satu kesalahan jika didapati menyerahkan makiumat/dokumen palsu kepada Bahagian Pendidikan Guru yang mengurusetia PTM melalui EPSA. PPP boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan dan urusan tatatertib yang berkuatkuasa 6. Sebagai rujukan tambahan, PPP dimohon untuk membaca Garis Panduan Pelaksanaan PTM melalui EPSA yang telah dimuatnaik — melalui https://splkpm.moe.gov.my/mn_pekeliling_siaran/index.cfm. Sebarang pertanyaan mengenai urusan ini boleh dikemukakan kepada: Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 2-6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (up.: Dr. Razianna binti Abdul Rahman (razianna.abdul@moe.gov.my/03- 8884 1261/ faks: 03-8884 1274) Encik Azalan bin Afendi (azalan.afendi@moe.gov.my/03-8884 1242/ faks: 03 8884 1274) Sekian, untuk makluman dan tindakan. Terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Gn (DATUK DR. AMIN BIN SENIN) Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pendidikan Malaysia sk Ketua Setiusaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengurusan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi) Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri

You might also like