You are on page 1of 8

Faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan PPI ini ialah sokongan yang jitu daripada

guru aliran perdana, murid-murid normal dan pihak pentadbiran sekolah. Guru adalah pemangkin
dalam sistem pendidikan sesebuah negara (Ab Aziz Sulaiman et al, 2018). Oleh yang demikian,
guru-guru di sekolah itu sendiri perlu menjalankan tugas masing-masing agar beban kerja
program tidak diletakkan semata-mata pada guru inklusif sahaja. Guru besar khususnya perlu
memastikan PPI dilaksanakan seperti yang dirancang dan mengikut panduan perlaksanaan yang
telah diberikan oleh KPM. Beliau juga perlu mewujudkan iklim sekolah yang mesra pendidikan di
mana tiada tekanan dan bebanan kerja yang melampau-lampau diberikan seperti memaksa guru-
guru untuk meningkatkan prestasi murid dengan mengarahkan mereka mengajar lebih masa.
Sebaliknya, pemantauan dan bimbingan kepada guru-guru inklusif ini dilaksanakan melalui
penilaian berbentuk interaksi seperti soal jawab dan perbincangan agar idea-idea yang lebih
bernas untuk meningkatkan kejayaan PPI ini dapat dijana. Guru penolong kanan pentadbiran
pula perlu merancang dan menyelaras keperluan bahan bantu belajar dan kebajikan MBK.
Contohnya, memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang kondusif iaitu kerusi dan meja
mencukupi dan kipas turut berfungsi. Elaun murid khas juga perlu diselaraskan agar kebajikan
murid terjaga. Guru arus perdana seperti guru mata pelajaran, guru resos, guru kaunseling dan
guru pendidikan khas pula perlu sentiasa berganding bahu menjana idea yang diperlukan bagi
menjayakan program ini di sekolah. Misalnya, sentiasa bersedia dan terbuka untuk berbincang
dan berkolaborasi dalam membuat keputusan dan berkongsi maklumat tentang teknik dan
kaedah untuk pdp MBK yang lebih berkesan dan sesuai. Begitu juga dengan murid arus perdana,
ibu bapa serta staf sekolah yang mana mereka perlu sentiasa memberi sokongan kepada PPI
dengan menerima dan bergaul dengan MBK tanpa sebarang pandangan yang negatif serta
sentiasa menolong MBK dalam pdp mereka di kelas ataupun di rumah.

Manakala dasar di peringkat antarabangsa pula dapat dilihat melalui pernyataan Salamanca
(1994) yang menyarankan agar peruntukan kewangan diberikan dalam sistem pendidikan untuk
memperbaiki sistem pendidikan supaya kanak-kanak bekeperluan khas dapat diserap dalam
sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka (Lee
Keok Cheong et al, 2018).

You might also like