You are on page 1of 11

CMP 2011: PENGURUSAN KOKURIKULUM

TAJUK TUGASAN:

DIARI

NAMA PELAJAR:

MOHD HAFIZ AIMAN BIN ABDULLAH

NO. MATRIK:

D20162075602

KUMPULAN

PENSYARAH

PN. NIZA ANIRA BINTI MOHD ZANANI


MINGGU 1 (13 FEBRUARI, 5.15 – 6.30 P.M.) BERTEMPAT DKP (KUMPULAN H)

Pada minggu yang pertama pada jam 5.15 petang, saya mendapati 2 orang yang tidak
dikenali iaitu kakak instruktor yang akan menggantikan pensyarah CMP 2011. Pada mulanya,
saya agak hairan mengapa kakak instruktor menggantikan pensyarah saya dan rakan-rakan.
Kami diberitahu bahawa pensyarah baru sahaja melahirkan cahaya mata dan diberi pelepasan
cuti. Makanya, kakak-kakak itu yang bakal menggantikan pensyarah kami buat beberapa
minggu ini. Selepas itu, saya dan rakan-rakan yang lain di minta untuk memperkenalkan diri
bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Saya melihat semuanya petah berkata-kata dan
berani. Selepas selesai memperkenalkan diri, tibalah masa untuk melantik ahli jawatankuasa
kelas. Kami diminta untuk mencadangkan beberapa nama untuk proses pengundian. Calon-
calon yang dipilih diminta untuk keluar dari dewan supaya proses pengundian berjalan dengan
lancar dan tidak mengetahui berapa undi yang mereka perolehi. Setelah selesai proses melantik
ahli jawatankuasa kelas, kakak instruktor menerangkan serba sedikit berkaitan CMP 2011
melalui RI iaitu rancangan instruksional. Saya dan diberitahu bahawa kursus ini adalah untuk
menyediakan mahasiswa dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengendali dan mengurus
kokurikulum di peringkat sekolah, institusi dan pelbagai organisasi. Mahasiswa akan
didedahkan dengan ciri-ciri kepemimpinan tatacara penubuhan unit kokurikulum, sistem fail,
surat menyurat, pengelolaan mesyuarat, pengurusan aktiviti, pengurusan pertandingan,
pengurusan kewangan, pengurusan majlis rasmi serta protokol. Akhir sekali, kami dibenarkan
pulang.
MINGGU 2 (20 FEBRUARI, 5.15 – 6.30 P.M.) BERTEMPAT DKP (KUMPULAN H)

Pada minggu yang kedua, kami diminta untuk membentuk kumpulan dan setiap
kumpulan haruslah sekurang-kurangnya mempunyai 10 orang ahli. Kumpulan dibentuk kerana
kami diberi tugasan untuk merencanakan program dari 3 aspek ko-kurikulum iaitu unit
beruniform, kelab dan persatuan dan seterusnya permainan. Setelah membentuk kumpulan
masing-masing, ketua bagi setiap kumpulan diminta untuk mencabut undi bagi 3 aspek yang
dinyatakan. Setelah mencabut undi, kumpulan saya ialah kumpulan bagi aspek permainan iaitu
kumpulan 9. Selepas itu, kami berbincang dikalangan kami untuk memilih sukan permainan
yang lain dari yang lain iaitu bola tampar kampong. Dalam erti kata lain, perlu memakai pelikat
semasa bermain bola tampar tersebut. Selain itu, kami diminta untuk membentuk satu kertas
kerja bagi program tersebut. Tetapi, hanya 3 kumpulan dari 10 kumpulan saja yang terpilih
bagi setiap aspek yang telah dinyatakan di atas tadi. Saya dan rakan-rakan berbincang dan
membentuk ahli jawatankuasa program untuk memudahkan dan melancarkan program tersebut
tanpa sebarang permasalahan yang timbul sekiranya program kami berjaya diluluskan. Akhir
sekali, kami dibenarkan pulang setelah semua kumpulan telah menghantar aktiviti (tajuk/tema)
yang mereka rencanakan. Terima kasih.
MINGGU 3 (27 FEBRUARI, 5.15 – 6.30 P.M.) BERTEMPAT DKP (KUMPULAN H)

Pada minggu ketiga, tibalah masa untuk para instruktor yang dilantik untuk menyemak
kertas kerja yang telah dibuat. Setelah saya dan rakan-rakan bertungkus-lumus untuk
membentuk ahli jawatankuasa seterusnya menyiapkan kertas kerja ini, di samping kami
terpaksa untuk mengadakan mesyurat ringkas untuk membentuk ahli jawatankuasa di samping
memberikan buah idea untuk aktiviti sepanjang program tersebut dijalankan. Kumpulan demi
kumpulan turun ke bawah untuk menanyakan dan seterusnya menyemak (progress) kertas kerja
tersebut. Kami diberi tunjuk ajar dan cara-cara untuk membuat kertas kerja dengan lebih
teratur. Selain itu, kami diminta untuk melayari laman sesawang pusat-ko UPSI untuk melihat
contoh kertas kerja untuk memohon peruntukan daripada pusat-ko. Seterusnya, para instruktur
yang bertugas menayangkan papan layar power point yang bertajuk pengelolaan aktiviti bagi
tiga aspek iaitu kelab, permainan dan unit beruniform. Bagi aktiviti yang dijalankan bagi aspek
kelab ialah mestilah kuiz, perbahasan, pameran, lawatan, kesenian, dan ekspedisi. Selepas itu,
bagi unit uniform pulak ialah perkhemahan dan permainan mengadakan kejohanan olahraga.
Di samping itu, instruktor juga menerangkan berkenaan prosedur pengendalian aktiviti yang
mempunyai 6 langkah untuk menjalankan aktiviti. Akhir sekali, kami dibenarkan pulang dan
diberitahu bahawa minggu hadapan akan diadakan ujian.

Langkah utk menjalankan aktiviti:-

1. Membuat kertas kerja


2. Mesyuarat pelarasan
3. Tindakan susulan persiapan awal dan pengagihan tugas
4. Mesyuarat susulan
5. Surat menyurat
6. Penilaian dan pelaporan
MINGGU 4 (6 MAC, 5.15 – 6.30 P.M.) BERTEMPAT DKP (KUMPULAN H)

Pada minggu yang keempat, tibalah masa untuk menjawab soalan. Setelah para
instruktor tiba, kami ditugaskan untuk menyimpan semua nota-nota dan telefon bimbit di dalam
beg. Lantas itu, para instruktor mengedarkan soalan yang telah direncakan oleh pensyarah kami
iaitu Puan Niza Anira. Semua pelajar gementar menunggu soalan peperiksaan diedarkan.
Setelah diedarkan soalan kepeda semua pelajar, kami diminta untuk menyemak soalan
sekiranya mendapati kekurangan muka surat. Pelajar diminta untuk menukar kertas tersebut.
Semua pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan sabar walaupun soalannya
sangat mencabar. Seterusnya, saya juga mendapati beberapa pelajar menggunakan telefon
bimbit untuk mencari jawapan. Saya mengendahkan perkara tersebut lalu menjawab dengan
tenang dan mengingati semula apa yang telah diulang kaji. Tetapi saya mendapati soalan
tersebut juga soalan KBKK iaitu kemahiran berfikir kreatif dan kritis. Saya memerlukan
jawapan yang logik akal dan bersesuaian dengan soalan yang diajukan. Setelah selesai
menjawab soalan tersebut, kami diminta mengumpulkan soalan yang telah dijawab untuk
diserahkan kepada para instruktor. Selepas itu, bagi kumpulan 1, 2 dan 3 bagi aspek unit
uniform diminta bersedia untuk menyediakan slide perbentangan kertas kerja yang
mengandungi aktiviti yang bakal dijalankan. Akhir sekali, kami dibenarkan pulang setelah
semuanya selesai.
MINGGU 5 (13 MAC, 5.15 – 6.30 P.M.) BERTEMPAT DKP (KUMPULAN H)

Pada minggu yang pertama, kumpulan 1, 2 dan 3 bermulah dengan pembentangan


kertas kerja menggunakan papan layar yang berbentuk slide power point. Bagi kumpulan 1,2
dan 3 adalah dari aspek unit uniform. Kumpulan yang pertama iaitu kadet bomba yang
bercadang untuk membuat aktiviti pada 13 Mei, masa 9 pagi dan bertempat di dewan kuliah
pusat (DKP). Antara aktiviti yang direncanakan oleh kumpulan 1 ialah perkongsian ilmu
tentang bantuan ketika bahaya dan bercadang untuk menjemput orang dari luar serta
menunjukkan demo cara-cara pemadaman api. Selepas itu, kumpulan kedua yang ingin
membuat malam kebudayaan dan bercadang untuk membuat aktiviti pada 13 Mei, masa 8
malam dan bertempat di dewan kuliah pusat (DKP). Antara aktiviti yang dibentuk oleh
kumpulan ini ialah mereka merencanakan 3 ketegori iaitu persembahan nyanyian, lakonan dan
tarian. Akhir sekali, kumpulan yang 3 ialah pengkap yang bercadang untuk membuat aktiviti
pada 13 Mei, masa 8 pagi dan bertempat di tapak perkhemahan UPSI. Antara aktiviti yang
dibuat oleh kumpulan ini ialah mereka membuat pertandingan ‘survival cooking’. Ini
bermaksud semua peserta yang terbabit haruslah menggunakan ranting, kayu dan daun kering
yang ada berdekatan untuk menyalakan api. Aktiviti ini sangatlah menarik kerana mempunyai
nilai moral di mana kita harus lihat orang susah yang berada di Malaysia yang masih
menggunakan dapur kayu. Akhir sekali, kami dibenarkan pulang setelah ketiga-tiga kumpulan
selesai melakukan perbentangan.
MINGGU 6 (20 MAC, 5.15 – 6.45 P.M.) BERTEMPAT DKP (KUMPULAN H)

Pada minggu yang keenam, kesinambungan daripada kumpulan 1, 2 dan 3. Tibalah


masa untuk kumpulan 4, 5 dan 6 untuk memulakan perbentangan. Bagi kumpulan 4, 5 dan 6
adalah dari aspek kelab dan persatuan. Kumpulan yang keempat iaitu dari dari kelab dan
persatuan bercadang untuk melaksanakan program mereka pada 13 Mei, masa 8 pagi dan
bertempat di Gua Tempurung. Antara aktiviti yang telah direncanakan oleh kumpulan ini ialah
melakukan aktiviti berjalan kaki melihat permandangan di dalam gua itu. Terdapat banyak
pilihan (pakej) dan harga untuk dipilih untuk masuk ke dalam gua. Aktiviti ini juga sangat
menarik dan mencabar kerana ada juga pakej yang sehingga 3 jam. Kita termaksa merangkak,
berdiri semula dan merentas air. Seterusnya, bagi kumpulan yang ke 5 dari kelab dan persatuan
bercadang untuk melaksanakan program mereka pada 13 Mei, masa 8.30 pagi dan bertempat
di dewan panggung percubaan. Antara aktiviti yang dibentuk oleh kumpulan ini ialah mereka
akan menayangkan filem yang mempunyai nilai-nilai murni dan memberikan satu perasaan
yang tersemat di dalam hati kita. Untuk kumpulan yang keenam iaitu dari kelab dan persatuan
bercadang untuk melaksanakan program mereka pada 13 Mei, masa 9 pagi dan bertempat di
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Antara aktiviti yang diadakan oleh kumpulan ini ialah
pertandingan ‘explorace’ di sekitar kawasan kampus ini. Aktiviti sangat menarik kerana
mempunyai nilai yang tersendiri. Kampus Sultan Abdul Jalil Shah merupakan bangunan yang
bersejarah. Akhir sekali, kami dibenarkan pulang setelah ketiga-tiga kumpulan selesai
melakukan perbentangan.
MINGGU 7 (27 MAC, 5.15 – 6.45 P.M.) BERTEMPAT DKP (KUMPULAN H)

Pada minggu yang ke 7, berterusan daripada kumpulan 4, 5 dan 6. Tibalah masa untuk
kumpulan 7, 8, 9 dan 10 untuk melakukan perbentangan kertas kerja. Kumpulan 7, 8, 9 dan 10
adalah dari aspek sukan dan permainan. Kumpulan yang ketujuh dari sukan permainan bola
baling bercadang untuk melaksanakan program mereka pada 13 Mei, pada jam 9 pagi dan
bertempat di padang Kampus Sultan Azlan Shah. Antara aktiviti yang bakal dijalankan oleh
kumpulan ini ialah pertandingan bola baling di mana menguji kekuatan fizikal dan mental
peserta. Seterusnya, kumpulan 8 dari sukan permainan olahraga bercadang untuk mengadakan
program mereka pada 13 Mei, pada jam 8 pagi dan bertempat di Padang Kawad UPSI. Antara
aktiviti yang bakal dijalankan oleh kumpulan ini ialah Color run di mana acara ini kian popular
di Malaysia. Acara larian ini berbentuk kumpulan yang sedia ada dan para pelajar yang
mempunyai masalah kesihatan diberikan pelepasan untuk tidak mengikuti larian ini tetapi
diminata untuk menjaga ‘check point’. Selain itu, untuk kumpulan 9 pula dari sukan permainan
bola tampar kampung bercadang untuk melaksanakan aktiviti ini pada 13 Mei, pada jam 8 dan
bertempat di gelanggang bola tampar KAB. Antara aktiviti yang direncanakan ialah
pertandingan bola tampar dengan mengenakan pelikat semasa bermain, foto terbaik dan
kumpulan sorakan yang terbaik. Akhir sekali, bagi kumpulan 10 dari sukan permainan futsal
yang bercadang untuk melakukan program mereka pada 13 Mei, pada jam 8.30 pagi bertempat
di gelangang futsal di kawasan Kampus Sultan Azlan Shah. Antara aktiviti yang bakal
dijalankan oleh kumpulan ini ialah pertandingan futsal sarung di mana memerlukan ‘skill’ dan
pengawalan bola yang baik di samping mengenakan sarung semasa bermain amatlah menguji
minda dan fizikal peserta. Akhir sekali, kami dibenarkan pulang setelah semua kumpulan
selesai melakukan perbentangan.
MINGGU 8 (10 APRIL, 5.15 – 6.45 P.M.) BERTEMPAT DKP (KUMPULAN H)

Pada minggu yang kelapan, kami ditugaskan untuk menyemak kertas jawapan yang
telah dijawab pada minggu 4. Setelah pensyarah dan para instruktor masuk ke dalam DKP.
Lantas itu, para instruktor memberikan seorang demi seorang kertas jawapan yang telah
dijawab untuk disemak bersama pensyarah. Selepas itu, jawapan demi jawapan di beritahu oleh
pensyarah kami. Kami menyemak kertas jawapan yang bukan milik kami dengan jujur dan
amanah. Setelah selesai menyemak kertas jawapan para pelajar lain. Kami diminta untuk
menghantar ke hadapan untuk pensyarah mengisi markah di dalam sistem. Selepas itu,
pensyarah mengumumkan kumpulan yang terpilih untuk mengadakan program iaitu kumpulan
3 dari aspek unit uniform ‘survival cooking’ dan kumpulan 8 dari aspek sukan permainan ‘color
run’. Pensyarah memberitahu bahawa dua program ini akan berjalan dengan serantak dalam
erti kata lain gabungan dua program dalam 1 majlis yang sama. Seterusnya, pensyarah
memberikan ruang kepada ketua bagi kedua program untuk berucap seterusnya memberitahu
tentatif program mereka. Pertama sekali, ketua bagi kumpulan 8 beritahu berkenaan tentatif
program ‘color run’ and ‘survival cooking’. Ketua bagi kumpulan 8 merupakan pengarah
program ‘color run’ yang merupakan ‘main program’ dan diselit dengan ‘survival cooking’.
Pengarah program color run memberitahu bahawa yuran penyertaan bagi setiap peserta adalah
sebanyak RM15.00 dan terdapat banyak tentangan daripada para peserta. Pengarah program
menegaskan bahawa yuran penyertaan ini adalah secara kasar dan sekiranya pusat-ko UPSI
meluluskan peruntukan program ini. Mereka akan mengembalikan semula yuran penyertaan
kepada para peserta yang terlibat.
MINGGU 10 (30 APRIL, 9.00 A.M. – 12.30 P.M.) BERTEMPAT PADANG KAWAD
UPSI (KUMPULAN H)

Pada minggu ke-10 kuliah dibatalkan kerana Pertabalan DYM Agong yang baharu.
Tetapi pada minggu ini juga diadakan program kemuncak bagi kursus ini CMP2011 iaitu
program color run dan survival cooking. Para peserta berkumpul seawal jam 7.30 pagi dan
bermulanya sesi pendaftaran. Seterusnya, bermulalah sesi taklimat berkenaan larian ini dan di
samping memberitahu berkenaan keselamatan para peserta. Para peserta diingatkan bahawa
hanya berada di laluan kiri jalan untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini.
Seterusnya, para peserta diedarkan dengan sarapan pagi iaitu 2 pilihan bihun atau koey tiau dan
beserta minuman milo suam. Selepas semua selesai menjamah kudapan pagi, bermulah sesi
senamrobik untuk memanaskan badan di samping mengelakkan daripada berlakunya
kekejangan semasa larian dijalankan. Seterusnya, tiupan wisel dibunyikan oleh pengarah
program color run menandakan color run telah bermula. Para peserta bergerak dalam kumpulan
bekerjasama untuk berlari untuk mendapat tempat pertama. Setelah sampai di check point yang
pertama setiap kumpulan akan diberikan belon yang telah diisi dengan air untuk dibawa
bersama ketika berlari. Hendak diingatkan bahawa belon tersebut hendaklah dijaga dengan
baik dan tidak dipecahkan. Seterusnya, para peserta meneruskan larian dan tiba ke check point
yang kedua. Bagi check point yang kedua. Para peserta dalam setiap kumpulan dihendaki untuk
memasak nasi dan membuat roles. Seterusnya, para peserta meneruskan larian dan tiba ke
check point seterusnya untuk melakukan aktiviti tuju tin dengan menggunakan kasut dan
setelah selesai dengan aktiviti tersebut, para peserta meneruskan larian ke check point yang
seterusnya untuk membuat sandwich sendiri dan memakan sandwich tersebut di depan juri
check point tersebut. Akhir sekali, para peserta berlari dengan bersungguh-sungguh untuk
sampai ke penamat. Selepas semua selesai tiba ke garisan penamat, para peserta diberikan
makanan tengahari setelah berpenat lelah menyelesaikan setiap check point. Tibalah saat yang
ditunggu-tunggu iaitu sesi penyampaian hadiah oleh pensyarah kami iaitu PN. NIZA ANIRA
BINTI MOHD ZANANI. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan 7, tempat kedua
dimenangi oleh kumpulan 2 dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 10. Walaupun
kumpulan saya mendapat tempat 4, saya berpuas hati kerana ianya bukan tempat yang terakhir.
SAYA

SEKIAN TERIMA KASIH ^^

You might also like