You are on page 1of 4

1

Bahagian A
[75 Markah]
Arahan: Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

Soalan 1
Berikut adalah maklumat berkenaan perusahaan Encik Abraham.

Encik Abraham membuka perusahaan penghasilan jem berperisa nanas dan


mangga di Kampung Bakam, Miri. Beliau menggunakan khidmat penduduk
tempatan sebagai tenaga kerja di kilangnya. Penduduk-penduduk setempat
yang dahulunya hanya bekerja di dusun dan bergantung kepada hasil
keluaran buah-buahan kini bekerja sebagai pengilang.

a) Apakah peranan Encik Abraham sebagai seorang usahawan? [9 markah]

b) Apakah yang dimaksudkan dengan pengkhususan mengikut proses? Terangkan secara ringkas. [6 markah]

c) Terangkan dan jelaskan jenis-jenis pengkhususan yang wujud dalam pengeluaran. [10 markah]

Soalan 2
a) Senaraikan 3 kelemahan pengkhususan. [3 markah]

b) Doktor Lee merupakan seorang doctor perubatan yang memiliki sebuah klinik swasta di pusat bandar Miri.
Sebagai seorang doktor yang memiliki sebuah klinik swasta, mengapakah Doktor Lee sangat memerlukan
perkhidmatan bank dan komunikasi tetapi kurang memerlukan perkhidmatan gudang dan promosi dalam
menjalankan operasi kliniknya? [8 markah]

c) Juliana merupakan seorang pemborong yang mengimport barang-barang hasil tenusu seperti keju dan
mentega dari New Zealand.
Terangkan bagaimana bantuan perniagaan berikut dapat membantu beliau untuk mengagihkan barang-barang
tersebut ke seluruh Malaysia dari segi:

i) Pengangkutan
ii) Pergudangan
iii) Insurans [14 markah]

3755/2 SULIT
2

Soalan 3
a) Rajah 1 menunjukkan sebuah gudang pemborong yang menjual barang kepada peruncit.
Barang-barang disusun dengan kemas dan rapi diatas rak. Peruncit memilih dan mengambil barang-barang
yang dikehendaki

Gambar 1
Gambar 2
Peruncit terpaksa membayar secara tunai bagi semua Peruncit terpaksa menyediakan pengangkutan
barang beliannya. sendiri untuk mengankut barang-barang ke kedainya.

Gambar 3 Gambar 4

Rajah 1
Berdasarkan rajah 1 tersebut, jawab soalan berikut:
i) Apakah jenis pergudangan yang ditunjukkan dalam rajah? [1 markah]
ii) Nyatakan dua ciri keistimewaan gudang tersebut? [6 markah]
iii) Terangkan tiga kebaikan perniagaan borong tersebut kepada peniaga dan pembeli. [6 markah]

Rajah 2

3755/2 SULIT
3

b) Rajah 2 menunjukkan Perniagaan francais yang semakin bertambah bilangannya di negara ini. Pada pendapat
anda, apakah yang menyebabkan ramai peniaga tertumpu terhadap arah aliran ini? [12 markah]

Soalan 4
a) Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd adalah sebuah syarikat orong di Kuala Lumpur dan Encik Marcus merupakan
seorang peruncit di Kuantan, Pahang.
Maklumat yang berikut adalah urus niaga antara Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd dengan Encik Marcus pada
bulan Mei 2016.

Mei 2016
3 : Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd menjual barang secara kredit kepada Encik Marcus RM 2500
kurang 10% diskaun niaga .
7: Encik Marcus memulangkan barang RM 250 kerana rosak
18: Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd menjual barang secara kredit kepada Encik Marcus RM 1050.
22: Encik Marcus membayar hutangnya RM 3201 kepada Syarikat 4 Cemerlang.
23: Syarikat 4 Cemerlang menyedari jumlah jualan kepada Encik Marcus pada 18 Mei telah
tersalah catat. Jumlah jualan sebenar adalah RM1500 bukannya RM 1050. Syarikat
mengambil tindakan membetulkan kesilapan tersebut.

Berdasarkan urus niaga di atas, nyatakan dokumen yang terlibat dan jelaskan ungsi dokumen berkenaan yan
dikeluarkan oleh Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd kepada Encik Marcus pada:
i. 3 Mei 2016 [4 markah]
ii. 7 Mei 2016 [4 markah]
iii. 22 Mei 2016 [4 markah]
iv. 23 Mei 2016 [4 markah]
b) Jelaskan kepentingan diskaun niaga dan diskaun tunai kepada penjual. [9 markah]

Soalan 5

a) Nyatakan lima fungsi peruncit dalam saluran agihan. [5 markah]


b) Peruncit kecil-kecilan masih terus wujud walaupun menghadapi persaingan dengan peruncit besar- besaran.
Mengapakah hal demikian berlaku? [10 markah]
c) Sekiranya anda hendak membuka perniagaan runcit, apakah yang anda harus lakukan supaya perniagaan
anda berjaya? [10 markah]

3755/2 SULIT
4

Bahagian B
[25 markah]
Arahan: Soalan ini wajib dijawab.

Soalan 6
Berdasarkan kajian situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut.

a) Kenalpasti lima maklumat penting yang dapat diperoleh oleh pembeli daripada invois ini. [5 markah]
b) Kirakan jumlah yang perlu dibayar jika Pasaraya Rorai membuat bayaran dalam 10 hari. [2 markah]
c) Dalam invois yang ditunjukkan, ada satu kesilapan pengiraan.
i. Betulkan kesilapan itu dan kirakan jumlah bersih yang sebenar. [2 markah]
ii. Apakah jenis dokumen yang akan dihantar oleh pembekal untuk menunjukkan pembetulan dalam invois di
(c)( i)? [2 markah]
iii. Nyatakan tiga keadaan lain di mana dokumen seperti di c) (ii) boleh dihantar kepada pembeli. [6 markah]
d) Bilakah invois proforma dihantar kepada pembeli? [8 markah]

___________KERTAS SOALAN TAMAT__________

3755/2 SULIT

You might also like