You are on page 1of 6

Skema Bahagian A

[75 Markah]
Arahan: Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

Soalan 1
a) Bagaimanakah keperluan dan kehendak manusia dapat dipuaskan dengan aktiviti pengeluaran? [12 markah]
 Keperluan ialah kepentingan asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupannya
seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. [1m]
 Kehendak pula ialah keinginan manusia untuk hidup dengan selesa dan mewah. Contohnya, pergi
melancong dan memiliki barang kemas. [1m]
 Untuk memperoleh barang-barang dan perkhidmatan yang boleh memuaskan keperluan dan
kehendak, manusia perlu berusaha untuk menghasilkan [1m] atau memperolehinya dari alam semula
jadi. Usaha aktiviti ini disebut pengeluaran. [1m]
 Pengeluaran langsung merupakan pengeluaran di mana manusia memenuhi keperluan dan
kehendak dengan menjalankan aktiviti pengeluaran untuk diri sendiri [1m] seperti dalam sistem sara
diri di mana individu bercucuk tanam, memburu dan membuat pakaian sendiri. [1m]Ia merupakan
saiz pengeluaran yang kecil dan sesuai untuk keperluan dan kehendak yang terhad. Diamalkan pada
zaman dahulu dan dalam masyarakat orang asli sekarang. [1m]
 Pengeluaran tidak langsung memenuhi keperluan dan kehendak daripada aktiviti pengeluaran orang
lain. [1m] Ia melibatkan pengkhususan dan pertukaran. [1m] Biasanya barang berlebihan dikeluarkan
untuk ditukarkan atau dijual kepada orang lain. [1m] Ini dilakukan dalam zaman moden [1m]di mana
kehendak menjadi lebih kompleks dan pengeluaran dilakukan secara besarbesaran. [1m]

b) Apakah maksud sistem barter? [2 markah]


 Menukarkan barang tanpa melibatkan mata wang/alat pertukaran. [1m]
 Untuk memenuhi keperluan dan kehendak. [1m]

c) Sebutkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi supaya sistem barter boleh dilakukan. [4 markah]
 Mesti ada barang berlebihan atau barang yang tidak diperlukan, untuk ditukarkan. [1m]
Contoh : Pengeluar garam yang mempunyai lebihan garam untuk ditukar. [1m]
 Wujud kemahuan serentak. [1m]
Contoh: Orang yang ada beras mesti inginkan garam dan orang yang ada garam mesti inginkan
beras pada masa yang sama. [1m]

d) Huraikan perbezaan di antara perniagaan dan perdagangan. [4 markah]


Perdagangan Perniagaan
• Aktiviti mengagihkan barang daripada pengeluar • Aktiviti menjual dan membeli barang dan
sampai kepada pengguna terakhir [1m] perkhidmatan sahaja [1m]

1|Page
• Perdagangan adalah sebahagian daripada proses • Perniagaan adalah sebahagian daripada proses
pengeluaran [1m] perdagangan [1m]
• Tujuan perdagangan adalah untuk mengagihkan • Tujuan perniagaan adalah untuk mendapat
barang pada waktu, tempat dan harga yang sesuai keuntungan [1m]
[1m]
• Terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan • Terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan
[1m] perniagaan luar negeri [1m]
(Maksimum 4 markah)

Soalan 2
a) Apakah peranan Encik Abraham sebagai seorang usahawan? [9 markah]
Peranan Encik Sharul sebagai usahawan adalah:
i. Dengan sifat inovasinya, beliau menerokai dan menggunakan sumber-sumber asli tempatan [1m]
untuk menghasilkan produknya. [1m]
ii. Mengurangkan kadar penggangguran di Kampung Paya Dalam. [1m]
iii. Menambahkan pendapatan penduduk dengan memberi peluang mereka melibatkan diri dalam sektor
perkilangan .[1m] dan tidak perlu bergantung kepada sumber pendapatan daripada dusun buah-
buahan. .[1m] Ini akan meningkatkan taraf hidup penduduk Kampung Paya Dalam.[1m]
iv. Penduduk Kampung Paya Dalam memperoleh kemahiran baru dalam pembuatan [1m] dan
pemasaran jem buah-buahan. [1m]
v. Memenuhi kehendak masyarakat dengan pelbagai pilihan jem. [1m]
vi. Dapat meningkatkan pengeluaran [1m] dan produktiviti negara. [1m]
(Maksimum 9 markah)
b) Apakah yang dimaksudkan dengan pengkhususan mengikut proses? Terangkan secara ringkas. [6 markah]
Pengkhususan mengikut proses ialah pembahagian kerja. [1m] Biasanya dalam sebuah kilang, operasi
pengeluaran dipecahkan kepada tugas-tugas yang kecil.[1m]
Pekerja yang mahir dalam bahagian itu, diberi tugas melaksanakan bahagian/proses kerja itu. Kadang-kala,
mesin digunakan untuk membuat bahagian kerja tertentu. [1m]
Contohnya, dalam kilang membuat kereta, pereka cipta mereka bentuk kereta. Kemudian, pekerja yang mahir
dalam stamping menyediakan rangka kereta. Selepas itu, ke proses mengecat badan, memasang bahagian
dalam dan luar. Bila ia sudah siap dipasang, proses pemeriksaan kualiti dilakukan sebelum kereta itu dihantar
ke pengedar. [3m]

c) Terangkan dan jelaskan jenis-jenis pengkhususan yang wujud dalam pengeluaran. [10 markah]
Terdapat 4 jenis pengkhususan
 Pengkhususan mengikut minat, bakat dan kemahiran masing-masing. [1m] Contohnya, orang yang
melakukan kerja seperti petani, doktor, guru, pemandu lori, peguam dan sebagainya. [1m]

2|Page
 Pengkhususan mengikut proses [1m] Ini adalah pembahagian kerja yang biasanya dilakukan di kilang
[1m] di mana satu aktiviti pengeluaran kereta dibahagikan kepada beberapa proses yang kecil [1m]
supaya mudah dikendalikan oleh pakar dalam bidang itu atau menggunakan mesin. [1m]
 Pengkhususan mengikut kawasan. [1m] Ini dilakukan antara kawasan di sebuah negara. [1m] Sesuatu
kawasan akan menumpukan tenaga dan sumber kepada penghasilan sesuatu barang sahaja. [1m] Ini
mungkin kerana bekalan pekerja yang banyak atau ilkim dan tanah yang sesuai.[1m] Contohnya, teh
ditanam secara meluas di Cameron Highland kerana iklim dan tanah yang sesuai serta kawasan
perindustrian ditumpukan kepada kawasan di mana padat dengan penduduk seperti Bayan Lepas di
Pulau Pinang dan Nilai. [1m]
 Pengkhususan antarabangsa [1m] Di dalam peringkat antarabangsa, negara-negara menumpukan
kepada penghasilan barang atas sebab-sebab seperti kemahiran pekerja, kurniaan alam sekitar, lebihan
buruh, iklim dan kesesuaian tanah. Contohnya, Switzerland mengkhusus dalam pelancongan, Timur
Tengah (Kuwait) dalam minyak petroleum, Jerman dalam barang teknologi tinggi dan sebagainya. [2m]
Soalan 3
a) Senaraikan 3 kelemahan pengkhususan. [3 markah]
b) Doktor Lee merupakan seorang doctor perubatan yang memiliki sebuah klinik swasta di pusat bandar Miri.
Sebagai seorang doktor yang memiliki sebuah klinik swasta, mengapakah Doktor Lee sangat memerlukan
perkhidmatan bank dan komunikasi tetapi kurang memerlukan perkhidmatan gudang dan promosi dalam
menjalankan operasi kliniknya? [8 markah]

c) Juliana merupakan seorang pemborong yang mengimport barang-barang hasil tenusu seperti keju dan
mentega dari New Zealand.
Terangkan bagaimana bantuan perniagaan berikut dapat membantu beliau untuk mengagihkan barang-barang
tersebut ke seluruh Malaysia dari segi:

i) Pengangkutan
ii) Pergudangan
iii) Insurans [14 markah]

Soalan 4
a) Rajah 1 menunjukkan sebuah gudang pemborong yang menjual barang kepada peruncit.
Barang-barang disusun dengan kemas dan rapi diatas rak. Peruncit memilih dan mengambil barang-barang
yang dikehendaki

3|Page
Gambar 1 Gambar 2
Peruncit terpaksa membayar secara tunai bagi semua Peruncit terpaksa menyediakan pengangkutan
barang beliannya. sendiri untuk mengankut barang-barang ke kedainya.

Gambar 3 Gambar 4

Rajah 1
Berdasarkan rajah 1 tersebut, jawab soalan berikut:
i) Apakah jenis pergudangan yang ditunjukkan dalam rajah? [1 markah]
ii) Nyatakan dua ciri keistimewaan gudang tersebut? [6 markah]
iii) Terangkan tiga kebaikan perniagaan borong tersebut kepada peniaga dan pembeli. [6 markah]

Rajah 2
b) Rajah 2 menunjukkan Perniagaan francais yang semakin bertambah bilangannya di negara ini. Pada pendapat
anda, apakah yang menyebabkan ramai peniaga tertumpu terhadap arah aliran ini? [12 markah]

Soalan 5

4|Page
a) Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd adalah sebuah syarikat orong di Kuala Lumpur dan Encik Marcus merupakan
seorang peruncit di Kuantan, Pahang.
Maklumat yang berikut adalah urus niaga antara Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd dengan Encik Marcus pada
bulan Mei 2016.

Mei 2016
3 : Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd menjual barang secara kredit kepada Encik Marcus RM 2500
kurang 10% diskaun niaga .
7: Encik Marcus memulangkan barang RM 250 kerana rosak
18: Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd menjual barang secara kredit kepada Encik Marcus RM 1050.
22: Encik Marcus membayar hutangnya RM 3201 kepada Syarikat 4 Cemerlang.
23: Syarikat 4 Cemerlang menyedari jumlah jualan kepada Encik Marcus pada 18 Mei telah
tersalah catat. Jumlah jualan sebenar adalah RM1500 bukannya RM 1050. Syarikat
mengambil tindakan membetulkan kesilapan tersebut.

Berdasarkan urus niaga di atas, nyatakan dokumen yang terlibat dan jelaskan ungsi dokumen berkenaan yan
dikeluarkan oleh Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd kepada Encik Marcus pada:
i. 3 Mei 2016 [4 markah]
ii. 7 Mei 2016 [4 markah]
iii. 22 Mei 2016 [4 markah]
iv. 23 Mei 2016 [4 markah]
b) Jelaskan kepentingan diskaun niaga dan diskaun tunai kepada penjual. [9 markah]

Bahagian B
[25 markah]
Arahan: Soalan ini wajib dijawab.

5|Page
Soalan 6
Berdasarkan kajian situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut.

a) Kenalpasti lima maklumat penting yang dapat diperoleh oleh pembeli daripada invois ini. [5 markah]
b) Kirakan jumlah yang perlu dibayar jika Pasaraya Rorai membuat bayaran dalam 10 hari. [2 markah]
c) Dalam invois yang ditunjukkan, ada satu kesilapan pengiraan.
i. Betulkan kesilapan itu dan kirakan jumlah bersih yang sebenar. [2 markah]
ii. Apakah jenis dokumen yang akan dihantar oleh pembekal untuk menunjukkan pembetulan dalam invois di
(c)( i)? [2 markah]
iii. Nyatakan tiga keadaan lain di mana dokumen seperti di (c) (ii) boleh dihantar kepada pembeli. [6 markah]
d) Bilakah invois proforma dihantar kepada pembeli? [8 markah]

___________KERTAS SOALAN TAMAT__________

6|Page

You might also like