You are on page 1of 3

KELAS BIMBINGAN TINGKATAN SATU & DUA

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

1. Pemakanan yang _______________ amat penting untuk menjamin kesihatan kita.


A. seimbang
B. keseimbangan
C. imbang
D. imbangan

2. Saya sering ke situ untuk melihat ___________________ yang cantik.


A. pandangan
B. pemandangan
C. pandang-pandang
D. pandang

3. ____________ negara itu berjaya meluaskan empayarnya dengan menakluk negara-negara lain.
A. Pemerintahan
B. Perintah
C. Pemerintah
D. Memerintah

4. Kerajaan memberikan__________kepada petani-petani dalam bentuk subsidi untuk menanam


kelapa sawit.
A. jemputan
B. insentif
C. perintah
D. seruan

5. Pada hari itu Cikgu Munir mengajar para pelajarnya tentang sistem_________________ negara.
A. undangan
B. perundangan
C. undang
D. Pengundang

Sebahagian daripada ayat-ayat di bawah ini telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang betul.

6. Mereka sedang membincangkan lain-lain hal sebelum bersurai.


A. hal lain-lain
B. lain hal-hal
C. hal-hal lain
D. lain-lain hal
7. Ali Kedai Gunting Rambut akan dibuka dari hari Isnin hingga hari Sabtu.
A. Kedai Ali Gunting Rambut
B. Ali Rambut Kedai Gunting
C. Kedai Gunting Rambut Ali
D. Ali Kedai Gunting Rambut

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8. Bandaraya [A] Kuala Lumpur semakin pesat membangun kerana pentadbiran [B] kerajaan [C]
yang cekap. Tiada kesalahan [D]

9. Atlit [A] itu telah melibatkan diri dalam bidang olahraga [B] sejak dipersekolahan [C] lagi .Tiada
kesalahan. [D]

10. Kawasan pendalaman [A] itu akhirnya dibangunkan juga apabila emas [B] dijumpai di situ [C].
Tiada kesalahan. [D]

11. Ibu [A] saya melanggan surat khabar [B] dalam tiga bahasa [C].Tiada kesalahan. [D]

12. Chong Beng akan membukukan [A] kesemua sajak hasil [B] karyanya untuk tatapannya [C] kelak.
Tiada kesalahan. [D]

13. Dia membuka kedai menjual goreng kerepek [A] di hadapan rumah [B] untuk menambahkan
pendapatan [C] . Tiada kesalahan. [D]

14. Ah Chai pergi [A] ke Klinik Gigi Minah [B] kerana giginya sakit [C] .Tiada kesalahan. [D]

15. Persembahan [A] kesenian yang berlangsung di dewan datuk Mokhtar [B] itu berjalan dengan
lancar [C] . Tiada kesalahan. [D]
LATIHAN PENGUKUHAN EJAAN KATA NAMA
Pilih perkataan yang betul sama ada A atau B.

A B Jawapan
surat khabar suratkhabar
alat tulis alatulis
juru rawat jururawat
di antara diantara
Antara bangsa antarabangsa
kereta api keretapi
ulang kaji ulangkaji
olah raga olahraga
kaki tangan kakitangan
tengah hari tengahari

SEMOGA BERJAYA

You might also like