You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM (UPPI)

BILANGAN 4 TAHUN 2018

Tarikh : 28 - 29 November 2018


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Rumah Rehat Tetamu,
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Kehadiran :

1. Yusoff bin Bahari - Pengerusi


Penolong Pengarah Pendidikan Islam Teras (Men.)

2. Yusof bin Yaacob - Ahli


Penolong Pengarah Bahasa Arab

3. Kamal Azmi bin Zainol @ Sulaiman - Ahli


Penolong Pengarah Pengajian Islam Elektif

4. Zool Azhar bin Abdul Kader - Ahli


Penolong Pengarah j-QAF

5. Hafizfuddin bin Saad - Ahli


Penyelia Kanan Pengurusan GPI Rendah

6. Mohd Fauzi bin Hashim - Ahli


Penyelia Data dan Maklumat

Urus setia :

Suhaimi bin Sulaiman - Ahli / Urus Setia


Penolong Pengarah Pendidikan Islam Teras (Ren.)

Shamsuzalila binti Abu Bakar - Urus Setia


Pembantu Tadbir (P/O)

1
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengerusi, Ustaz Yusoff bin Bahari mengucapkan salam serta mengalu-
alukan kedatangan semua ahli mesyuarat ke Mesyuarat Unit Pengurusan
Pendidikan Islam kali keempat bagi tahun 2018.

1.2 Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai
atas pelaksanaan program sepanjang tahun 2018 dengan jayanya. Pengerusi
berharap agar program-program yang telah dilaksanakan dapat memberi impak
yang besar terhadap kecemerlangan.

1.3 Tuan Pengerusi memaklumkan, mengikut makluman awal yang diterima daripada
timbalan pengarah, Bahagian Latihan dan Kajian BPI, peruntukan kewangan bagi
tahun 2019 akan dikurangkan. Oleh itu, SPI dicadangkan untuk berkolaborasi
bersama agensi-agensi yang berkaitan seperti IPG, IPSIM dan sebagainya.

1.4 Program-program yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan perlu menjurus
kepada kemenjadian murid, guru dan pegawai. Program yang dirancang juga
haruslah berpandukan kepada data dan keperluan guru. Fokus program perlulah
lebih kepada PLC dan pembimbing rakan sebaya.

1.5 Modul latihan perlu disediakan bersama PPD. Pegawai JPN hanya menjadi
mentor dan pembimbing kepada pegawai PPD.

1.6 Melaksanakan program berbentuk inovasi dengan membentuk jawatankuasa


inovasi di peringkat sektor. Program ini bertujuan untuk menggalakkan guru
menghasilkan inovasi di setiap bidang / kemahiran. Program berkaitan inovasi
akan dibincangkan dalam mesyuarat SPI yang akan datang.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Ustaz Suhaimi bin Sulaiman mencadangkan minit mesyuarat Unit Pengurusan
Pendidikan Islam Bil 3/2018 disahkan dan disokong oleh Ustaz Zool Azhar bin
Abdul Kader.

2
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Kursus Peningkatan Profesionalisme GPI telah dirancang untuk diadakan pada 8
November 2018. Senarai peserta juga turut disenarai pendek. Namun begitu,
pelaksanaan program tersebut terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan kerana
penceramah bagi kursus berkenaan iaitu Tuan Hj. Rosli bin Othman tidak sihat
dan masih menerima rawatan.
Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

3.2 Bengkel Inovasi dan perkongsian amalan terbaik PdPc telah dilaksanakan
dengan jayanya pada 12 November 2018 di Bilik Seminar, JPNPP. Seorang SIC+
dari PPD Alor Gajah, Melaka dan seorang SIC+ dari PPD Barat Daya, Pulau
Pinang telah dijemput untuk berkongsi maklumat dan kemahiran dalam bengkel
berkenaan. Kedua-dua fasilitator tersebut pernah memenangi anugerah inovasi
di peringkat kebangsaan. Seramai 64 orang peserta telah hadir dengan jayanya.
Senarai peserta yang dipilih adalah berdasarkan sekolah yang menghantar
maklum balas kepada SPI dan bukan daripada PPD.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

3.3 Berdasarkan takwim Pemantauan dan Lawatan Bimbingan Pengurusan


Pendidikan Islam (Sekolah Rendah), sebanyak 38 daripada 39 buah sekolah telah
berjaya dipantau / dibimbing pada tahun ini. Hanya sebuah sekolah sahaja iaitu
SK Jalan Baharu yang tidak sempat untuk dilaksanakan kerana kekangan masa.
Oleh itu, sekolah tersebut akan dimasukkan dalam senarai sekolah yang akan
dikunjung bantu pada tahun 2019.
Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

3.4 Bagi mengatasi isu kegagalan murid sekolah rendah menguasai asas Bahasa
Arab, Ustaz Yusof bin Yaacob bercadang untuk menjalankan promosi di sekolah-
sekolah terpilih untuk menarik minat murid menguasai Bahasa Arab bermula
tahun hadapan. Ahli mesyuarat bersetuju untuk sama-sama menjayakan
program berkenaan yang akan dikenali sebagai program Ziarah Lughawiyah.

Tindakan : Ustaz Yusof bin Yaacob

3.5 Progam LDP kepada pegawai SPI iaitu Bengkel Digital Classroom telah
dilaksanakan di pada 22 & 23 Oktober 2018 di PKG Bayan Lepas.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

3.6 Ahli mesyuarat bersetuju agar Ustaz Mohd Fauzi menguruskan analisis keperluan
kursus / kemahiran GPI dan GBA. Antaranya dalam bidang ICT, PdP Abad 21,
pengalaman sebagai pemeriksa kertas atau pentaksir serta pengalaman sebagai
Jurulatih.
Tindakan : Ustaz Mohd Fauzi bin Hashim

3
3.7 Sepanjang tahun 2018, berlaku pertindihan program di antara unit-unit di SPI.
Perkara ini dikhuatiri membebankan tugas guru serta berlaku permasaalahan
pertindihan JU. Pengerusi memaklumkan hal ini telah dibincangkan bersama
Ketua Unit, UPDK. Pengerusi berharap agar masalah pertindihan program tidak
akan berlaku atau sekurang-kurangnya dapat diminimumkan pada tahun hadapan
apabila perancangan program oleh semua unit bersama PPD dapat dilaksanakan
lebih awal.
Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN

4.1 PEMANTAUAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

4.1.1 Fokus Pemantauan Pendidikan Islam Sekolah Rendah pada tahun ini
adalah kepada pengurusan panitia dan pengurusan mata pelajaran
Pendidikan Islam supaya dapat berjalan dengan baik. Secara
keseluruhannya, kebanyakkan guru dapat mencapai tahap yang baik dalam
pencerapan PdPc berdasarkan SKPMG2. Guru turut mempunyai sikap
untuk belajar dan berubah bagi membuat penambahbaikan.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.1.2 Antara kelemahan yang telah dikenal pasti hasil daripada pemantauan yang
dijalankan adalah berlakunya keciciran maklumat di kalangan guru.
Maklumat yang disampaikan dalam kursus / bengkel tidak sampai
sepenuhnya kepada semua guru. Ini menunjukkan kerjasama di antara
guru masih kurang memuaskan terutamanya di sekolah yang mempunyai
bilangan guru yang ramai. Oleh itu, dicadangkan pada tahun 2019, SPI
mengadakan satu perjumpaan di antara Pengarah / Ketua Sektor bersama
Penolong Kanan Pentadbiran dan Ketua Panitia. Ustaz Mohd Fauzi turut
mencadangkan kepada ahli mesyuarat agar penghantaran minit curai
dibuat dalam bentuk google form supaya lebih tersusun dan efisian.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.1.3 Pada tahun 2019, pemantauan akan dijalankan secara kolaborasi bersama
PPD. Keutamaan pemantauan SPI hanya di sekolah yang terdapat kes -
kes khas sahaja.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4
4.2 PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Program – program yang telah dilaksanakan:

4.2.1 Taklimat Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam / Bahasa


Arab Penempatan Baharu Tahun 2018 Negeri Pulau Pinang telah
dilaksanakan pada 2 November 2018 di Bilik Seminar, JPNPP. Seramai 12
orang tidak hadir bersebab dan akan dijemput semula pada sesi taklimat
bersama penempatan baharu tahun 2019.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.2.2 Bengkel Inovasi Dan Perkongsian Amalan Terbaik Pdpc telah dilaksanakan
pada 12 November 2018 di Bilik Seminar, JPNPP. Program ini menerima
maklum balas positif di kalangan peserta dan akan diteruskan
kesinambungannya melalui simposium yang akan dijalankan pada tahun
2019.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.3 PROGRAM j-QAF

4.3.1 Analisa Pencapaian j-QAF Oktober 2018


(Rujuk Lampiran)
Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.4 PROGRAM PENGAJIAN ISLAM ELEKTIF (SEKOLAH MENENGAH)

4.4.1 Laporan Program Pengajian Islam Elektif tahun 2018


(Rujuk Lampiran)
Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.4.2 Ustaz Kamal Azmi memaklumkan bahawa Negeri pulau pinang kekurangan
Guru yang boleh menjadi pemeriksa kertas peperiksaan bagi mata
pelajaran Tasawwur. Ahli mesyuarat bersetuju supaya dijalankan Latihan /
Kursus berkaitan untuk melatih serta menggalakkan guru menjadi
pemeriksa kertas pada tahun hadapan.

Tindakan : Ustaz Kamal Azmi bin Zainol @ Sulaiman

5
4.5 PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH

4.5.1 Program Intervensi dan Konsultasi telah berjaya dilaksanakan pada tahun
2018 iaitu sebanyak 20 buah sekolah. Intervensi yang telah dijalankan
dilihat berjaya membantu meningkatkan pencapaian pelajar.

4.5.2 Kursus Penataran KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 3 telah dilaksanakan


di Peringkat Zon Pulau dan Zon Seberang Perai. Zon Pulau dilaksanakan
pada 5 – 6 September 2018 di Bilik Seminar, JPNPP manakala Zon
Seberang Perai telah dilaksanakan pada 12 – 13 September 2018 di Bilik
Seminar, PPD Seberang Perai Selatan.

4.5.3 Kem Celik Al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang


Tahun 2018 telah dilaksanakan pada 28 – 30 Ogos 2018 bertempat di
PKSW. Objektif pelaksanaan kem ini adalah bagi mengatasi masalah murid
tingkatan 1 & 2 yang masih tidak boleh membaca Al-Quran. Program telah
berjalan dengan baik. Selain Al-Quran, murid turut didedahkan dengan
asas Fardhu Ain dan Tahsin Solat. Namun, penambahbaikan bagi program
ini pada masa akan datang adalah dari segi fasilitator yang dilihat kurang
komited dan tidak berupaya mengawal murid.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.6 PROGRAM BAHASA ARAB

4.6.1 Program Orientasi Dan Konsultasi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) SABK
telah dilaksanakan pada tahun 2018. Tujuan utama program ini dijalankan
adalah bagi menjelaskan hala tuju KBD. Antara kelemahan yang dapat
dilihat dalam program ini adalah kekangan dari segi penglibatan pegawai.
Ustaz Yusof bin Yaacob mencadangkan supaya tahun hadapan semua
pegawai UPPI dapat turut serta untuk menjayakan program ini agar lebih
ramai pelajar dapat dilibatkan berbanding tahun ini yang hanya melibatkan
pelajar tingkatan 1 dan 4 sahaja.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.6.2 Ustaz Yusof bin Yaacob memaklumkan terdapat isu yang berlaku di SMA
Khariah Islamiah yang menawarkan SPM tanpa KBD. Isu ini akan
menimbulkan permasalahan terutamanya pada tahun hadapan. Antaranya
dari segi bebanan tugas guru kerana akan melibatkan 2 kurikulum iaitu KBD
dan KSSM serta masalah sekiranya berlaku pertindihan jadual peperiksaan
SPM tahun 2019. Pengerusi mencadangkan agar isu ini dipanjangkan
semasa Mesyuarat SPI untuk makluman dan tindakan UPIPA.
Tindakan : Ustaz Yusof bin Yaacob

6
4.6.3 Kem Harapan Gemilang Bahasa Arab telah dilaksanakan dengan jayanya.
Siri pertama dilaksanakan pada 20 – 22 Julai di PULAZA manakala siri
kedua telah dilaksanakan pada 19 – 21 Oktober di PULAZA. Kedua-dua
kem tersebut menerima peruntukan sepenuhnya daripada PUZ Pulau
Pinang.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.6.4 Kursus Penataran KSSR Sekolah Rendah telah dilaksanakan pada 1 – 2


Oktober 2018 di BTPN (Zon Seberang Perai) dan 10 – 11 Oktober 2018 di
Masjid Daerah Balik Pulau (zon Pulau). Kedua-dua kursus ini dilaksanakan
menggunakan peruntukan yang diagihkan oleh SPA kepada SPI.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.6.5 Kursus Penataran KSSM Bahasa Arab Tingkatan 3 telah dilaksanakan


pada 22 – 23 Oktober 2018 di SMKA Al-Irshad. Kursus ini turut melibatkan
guru-guru dari MRSM dan SMAR. Pelaksanaan kursus ini juga
menggunakan peruntukan yang diagihkan oleh SPA kepada SPI.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

4.7 PENGURUSAN DATA & MAKLUMAT

4.7.1 GPI sekolah rendah telah diberi pendedahan berkenaan Penggunaan


Aplikasi Digital Classroom dan ICT semasa Kursus Penataran KSSR
Pendidikan Islam. Daripada bengkel tersebut, beberapa permasaalahan di
kalangan GPI telah dikenal pasti iaitu, guru kurang berani dan tiada
keyakinan untuk menggunakan ICT terutamanya dalam melaksanakan
PdPc. Oleh itu, Penggunaan Aplikasi ICT dan Digital Classroom di sekolah
perlu diberi lebih perhatian dan penekanan. Mesyuarat bersetuju untuk
menjalankan kursus tersebut di peringkat PPD pada tahun hadapan.
Jurulatih akan dilantik di kalangan GPI di setiap daerah. Peruntukan untuk
melaksanakan program akan menggunakan peruntukan DTP setiap PPD.
PPD akan merancang dan mengurus program bersama SPI.

Tindakan : Ustaz Mohd Fauzi bin Hashim

4.7.2 Pengumpulan data dan maklumat adalah berdasarkan keperluan. Setiap


pegawai perlu menyenaraikan data dan maklumat yang diperlukan
berdasarkan bidang tugas masing-masing.

Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

7
4.7.3 Maklumat keperluan kursus yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan
keperluan guru melalui analisis yang akan dijalankan pada awal tahun
hadapan.
Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat, semasa perjumpaan bersama


Pengarah, beliau telah memaklumkan Negeri Pulau Pinang adalah antara negeri
yang berada pada tahap tinggi masalah ponteng di peringkat nasional.

5.2 Selain itu, masalah sahsiah murid seperti masalah sosial dan sebagainya juga
turut dilihat agak meruncing. Program yang dilaksanakan oleh guru seperti
program berkaitan akademik mendapat sambutan dari murid tetapi program
berbentuk sahsiah dilihat kurang mendapat sambutan. Ustaz Mohd Fauzi
mencadangkan agar pendekatan yang sama digunakan untuk menarik minat
pelajar seperti mana program akademik. Secara tuntasnya, masalah sahsiah
dikalangan murid memerlukan sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak
termasuk ibu bapa dan komuniti.

5.3 Penempatan dan pertukaran GPI / GBA tahun 2018:


5.3.1 Sekolah Rendah
- Penempatan masuk = 24 orang
- Pertukaran keluar = 34 orang

5.3.2 Sekolah Menengah


- Penempatan masuk = tiada
- Pertukaran keluar = 6 orang

5.4 Ustaz Yusof bin Yaacob memaklumkan kepada ahli mesyuarat, bermula tahun
hadapan, SPI tidak akan menyediakan soalan percubaan SPM dan menyerahkan
kepada pihak sekolah untuk menyediakan soalan. SPI hanya akan
mencadangkan senarai nama penggubal soalan sekiranya pihak sekolah
memerlukan khidmat nasihat dan kerjasama SPI. Perkara ini telah dimaklumkan
kepada pengetua dalam mesyuarat bersama Pengetua SMKA dan SABK.

5.5 Mesyuarat telah bersetuju memutuskan program KCJ dan KBS boleh
dilaksanakan pada hari persekolahan dan dimasukkan dalam Perancangan RPT
berdasarkan takwim sekolah.
Makluman : Semua Ahli Mesyuarat

8
5.6 Mesyuarat telah bersetuju untuk mengedarkan Buku Panduan KAA ke sekolah-
sekolah terlibat. Taklimat KAA akan diberi kepada pengetua serta penyelaras
KAA. Pihak sekolah juga perlu menghantar perancangan KAA ke JPN.

Tindakan : Ustaz Suhaimi bin Sulaiman

5.7 Pada tahun hadapan, Pegawai JPN akan menjadi mentor kepada pegawai PPD.
Pegawai JPN perlu membuat penyelarasan program bersama PPD dan
berbincang tentang keperluan dan bentuk bantuan yang boleh diberikan.

Tindakan : Semua Pegawai UPPI

6. PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi dan berharap agar ahli mesyuarat
terus menabur bakti dan berusaha melakukan yang terbaik.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang dengan bacaan tasbih kifarah dan
surah al-Asr.

Minit Mesyuarat disediakan oleh:


Urus Setia
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Islam (UPPI)
Unit Pengurusan Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Tarikh : 5 Disember 2018

You might also like