You are on page 1of 9

CIRI-CIRI GURU YANG EFEKTIF DALAM

PENGURUSAN BILIK DARJAH

• Profesion keguruan memerlukan komitmen untuk menjaga, mendidik dan memimpin kanak-
kanak untuk mencapai kemajuan yang sepenuhnya dan menyediakan mereka untuk menghadapi
cabaran pada masa hadapan.
• untuk memastikan hasrat sistem pendidikan kita tercapai, guru perlu memberikan perhatian
yang serius terhadap keberkesanan p&p di dalam bilik darjah.
• Semua orang boleh menjadi guru tetapi tidak semua orang boleh menjadi guru yang efektif.
Guru yang efektif ialah guru yang dapat:
• Menguruskan bilik darjah dengan berkesan.
• Membentuk suatu suasana agar murid terangsang dengan apa-apa yang dipelajari
dan berusaha melakukan yang terbaik.
• Menggunakan masa p&p dengan efisien.
• Ciri-ciri guru yang efektif dilihat dari 3 aspek, iaitu:
• Kualiti peribadi
• kompetensi pengajaran dan pembelajaran
• penghayatan dan amalan nilai

Kualiti peribadi

• Ciri-ciri guru yang efektif:


• Mesra, peramah, penyayang
• Tenang
• Mempunyai unsur kejenakaan (kecindan)
• Tabah dan tidak mudah putus asa
• Adil
• Kreatif
• Memberi inspirasi dan motivasi
• Empati, simpati
• Spontan
• bersemangat
• Fleksibel

Kompetensi pengajaran dan pembelajaran

• Kompetensi atau kecekapan p&p merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam
mendidik murid-muridnya.
• Antara jenis pengetahuan termasuklah pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas sebagai
seorang guru dan juga pengetahuan tentang Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
• Kemahiran guru termasuk kemahiran pedagogi dan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan.
• Guru mempelajari perkara-perkara baru seperti membaca, hadir seminar atau bengkel
berkaitan subjek

Penghayatan dan amalan nilai

• Sebagai profesional, guru hendaklah patuh kepada peraturan yang ditetapkan untuk mereka,
iaitu Kod Etika Profesion Keguruan. Secara ringkas, Kod Etika Keguruan menyenaraikan prinsip
seperti berikut:
• Tanggungjawab terhadap murid
• Tanggungjawab terhadap ibu bapa
• Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
• Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
• Guru juga tertakluk kepada amalan nilai seperti penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan,
patriotik, inovatif dan patuh kepada etika profesion keguruan
Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Guru merupakan pengurus dalam bilik darjah kerana guru yang bertanggungjawab merancang,
melaksanakan, memimpin serta menilai para pelajar di bilik darjah. Peranan guru sebagai pengurus
bilik darjah amat penting dalam pengurusan bilik darjah adalah efisien. Kajian mendapati bahawa
guru yang menjadikan pengurusan bilik darjah sebagai proses mewujudkan dan mengekalkan
keberkesanan persekitaran pembelajaran akan cenderung untuk berjaya berbanding guru yang
menekankan tugas sebagai guru dispin dan pentadbir semata-mata (Good & Brophy; 1994, Jones &
Jones, 2004).

Antara peranan guru sebagai pengurus bilik darjah ialah mendapatkan kerjasama daripada
pelajar, mengurus persekitaran bilik darjah, guru sebagai role model, memastikan rutin bilik darjah
berjalan dengan baik dan mewujudkan hubungan interpersonal yang baik antara guru dan pelajar.

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah yang utama ialah dalam mendapatkan kerjasama
daripada pelajar. Kerjasama daripada amat diharapkan agar segala yang dirancang dapat terlaksana
dengan baik. Ini disebabkan tanpa kerjasama pelajar, sesuatu perubahan yang dirancang oleh guru
tidak akan terlaksana. Oleh itu, guru seharusnya berusaha mendapatkan kepercayaan pelajar agar
pelajar sudi untuk memberikan kerjasama semasa berada dalam bilik darjah. Guru harus bijak
menarik perhatian pelajar agar mereka berkeinginan untuk mengikuti arahan daripada guru.

Selain itu, guru bertanggungjawab untuk mengurus persekitaran bilik darjah. Ini disebabkan
persekitaran bilik darjah yang kondusif mampu meransang suasana pembelajaran yang optimum.
Keselesaan amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru juga bertindak
sebagai role model kepada pelajar. Peribadi seorang guru seharusnya ideal khususnya semasa dalam
bilik darjah kerana menjadi ikutan pelajar. Jika seorang guru mempamerkan perlakuan negatif,
pelajar akan terdorong untuk mencontohi perlakuan negatif itu.

Guru juga bertindak sebagai pengurus yang memastikan setiap rutin bilik darjah berjalan
dengan lancar. Rutin bilik darjah seperti peraturan dalam bilik darjah dipastikan untuk berjalan
seperti yang dirancang bagi memastikan tahap displin pelajar dapat dipelihara. Jika rutin bilik darjah
berjalan lancar, kelangsungan proses P&P turut terpelihara.

Faktor Fizikal

Faktor fizikal meliputi persekitaran bilik darjah. Persekitaran bilik darjah yang sesuai untuk
pembelajaran akan menyebabkan masalah gangguan tingkahlaku pelajar dapat diminimakan.
Keadaan bilik darjah yang tersusun membantu guru mengajar 20 hingga 30 pelajar dalam satu waktu
untuk lima atau lebih waktu dalam sehari (Emmer & et. al, 1994). Ini menunjukkan bahawa
persekitaran bilik darjah yang kondusif memberikan impak kepada pelajar mahupun guru. Ahli
psikologi menyatakan bahawa kebanyakan tingkahlaku dipengaruhi oleh keadaan persekitaran
sesuatu tempat (Levin & Nolan, 1996). Justeru itu, persekitaran bilik darjah yang kondusif dapat
menghasilkan pengurusan bilik darjah yang berkesan.

Keadaan persekitaran bilik darjah seperti kepanasan, pengcahayaan dan bunyi bising akan
mempengaruhi tingkahlaku pelajar. Guru seharusnya bijak mengatur keadaan bilik darjah sewaktu
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini disebabkan manusia mesti dalam
keadaan selesa sebelum perhatian mereka telah sedia secara sukarela untuk pembelajaran (Levin &
Nolan, 1996).

Susun letak yang sesuai membantu melahirkan bilik darjah berkesan. Sebuah bilik darjah juga
seharusnya bersih dan kemas kerana bilik darjah yang tidak teratur mendorong pelajar untuk
berkelakuan buruk.

3.1.1 Penggunaan ruang

Guru tidak mempunyai kawalan terhadap saiz sesuatu bilik darjah, namun guru boleh menggunakan
ruang yang ada dengan sebaik mungkin. Penggunaan ruang fizikal yang cermat menjadikan
perbezaan ketara dalam tingkahlaku bilik darjah (Evans & Lovell,1979; Levin & Nolan,1996).

Terdapat beberapa perkara membantu guru mendapatkan penggunaan ruang bilik darjah
yang baik iaitu:

(a) menggunakan susunan bilik darjah yang konsisten dengan pengajaran dan aktiviti
yang dijalankan. Guru seharusnya memikirkan mengenai jenis aktiviti pengajaran yang
digunakan dalam bilik darjah dan mengorganisasikan tempat duduk, bahan-bahan dan peralatan
yang sesuai digunakan oleh pelajar.

(b) memastikan laluan lintas bilik darjah tidak sesak. Laluan lintas bilik darjah yang
sesak meliputi kawasan kerja berkumpulan, pintu bilik darjah, rak buku, meja pelajar dan juga meja
guru. Bilik darjah yang ideal seharusnya tidak sesak, mempunyai ruang dan mudah untuk
mendapatkan pelajar.

(c) memastikan semua pelajar mudah untuk dilihat dan dipantau. Susunan tempat duduk pelajar
seharusnya mudah untuk dipantau oleh guru khususnya semasa berlangsungan proses pengajaran.
Guru boleh memastikan pelajar tidak hilangfokus dan melakukan kerja lain semasa proses P&P jika
susunan tempat duduk mudah dilihat. Jika guru tidak boleh melihat semua pelajarnya, adalah
sukar untuk guru mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian dan pertolongan semasa
proses P&P.

(d) memastikan pelajar mudah untuk melihat penyampaian pengajaran guru. Kedudukan papan
tulis dan posisi guru penting semasa menjalankan proses P&P. Jika pelajar tidak dapat melihat
penyampaian guru dengan jelas, maka perhatian pelajar akan tergangu dan penerimaan ilmu juga
terganggu.

(e) penggunaan ruang perabot dan alatan tersusun dengan teratur. Susunan perabot dan alatan
seperti meja guru, meja pelajar, kabinet dan sudut bacaan NILAM mampu mempengaruhi emosi
pelajar. Kekemasan dan keceriaan kelas memberikan perasaan senang dan bersedia pelajar untuk
menerima pengajaran.

(f) mempunyai papan buletin untuk mempamerkan hasil tugasan dan bahan P&P.
Papan buletin menyediakan kawasan untuk mempamerkan karya dan tugasan pelajar,
bahan pengajaran, item perhiasan, peraturan kelas ataupun sekolah, jadual waktu, jam
dan pelbagai lagi.

3.1.1.1 Susunan Tempat Duduk

Penggunaan ruang paling banyak sekali dalam bilik darjah ialah susunan tempat duduk pelajar.
Apapun susunan tempat duduk yang digunakan, susunan itu hendaklah cukup fleksibel untuk
menjalankan dan memantau pelbagai jenis akitviti dalam bilik darjah. Menurut Emmer & et.al
(1994), guru seharusnya memastikan semua pelajar boleh memandang kepada kawasan pengajaran
keseluruhan kumpulan (whole-group instruction) tanpa memerlukan pelajar bergerak daripada
tempat duduk mereka. Tempat duduk disusun agar semua pelajar boleh melihat pengajaran yang
dipersembahkan oleh guru. Sebenarnya susunan tempat duduk boleh berubah-rubah mengikut
kesesuaian kaedah pengajaran dan aktiviti yang digunakan oleh guru (Levin & Nolan, 1994).

Susunan tempat duduk yang efektif membenarkan guru untuk berinteraksi dengan lebih
dekat kepada semua pelajarnya. Susunan tempat duduk mestilah dirancang agar guru mudah untuk
mendekati pelajarnya tanpa menganggu pelajar lain. Selain itu, tempat duduk pelajar seharusnya
mengelak posisi muka pelajar daripada menghadap punca penumpuan pelajar terganggu seperti
tingkap dan pintu.

Persekitaran psiko-sosial

Faktor Emosi

Faktor emosi amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Faktor emosi melibatkan perasaan pelajar
terhadap gurunya. Persepsi dan pandangan pelajar terhadap guru disebabkan oleh gaya kepimpinan
guru.
Tingkah laku pelajar dalam bilik darjah akan mencerminkan gaya kepimpinan guru semasa bilik
darjah. Terdapat tiga jenis gaya kepimpinan iaitu demokratik, autokratik dan laissez-faire. Selain
daripada gaya kepimpinan guru, motivasi yang diberikan guru juga menyumbangkan emosi pelajar
terhadap guru.

Gaya kepimpinan demokratik menekankan penglibatan bersama antara guru dan pelajar dalam
setiap aktiviti bilik darjah. Ini melibatkan perkongsiaan tanggungjawab antara guru dan pelajar.
Contohnya,guru akan menggalakkan pembabitan pelajar dalam aktiviti P&P tanpa memerlukan
desakan. Pelajar akan berasa seronok dan tidak tertekan dengan guru. Pencapaian pelajar juga dapat
ditingkatkan dengan lebih tinggi. Oleh itu, iklim bilik darjah yang kondusif dapat diwujudkan.

Guru yang menggunakan kepimpinan autokratik merupakan guru yang tegas dan mengawal murid
melalui hukuman dan ganjaran. Menurut Hook & Vass (2000), guru yang autokratik akan melahirkan
pelajar yang pasif dan tidak berkuasa (disempowered). Interaksi antara guru dan pelajar juga adalah
kurang kerana pelajar takut untuk menyuarakan pendapat. Kawalan kelas mungkin dapat dicapai
namun iklim pembelajaran yang kondusif tidak dapat dicapai. Guru mengawal kelas menggunakan
sistem hukuman dan ganjaran dan ini memberikan tekanan kepada pelajar kerana takut salah dan
akan didenda oleh guru. Suasana bilik darjah akan menjadi tegang.

Guru yang menggunakan kepimpinan laisser-faire memberikan dan membiarkan pelajar


menjalankan aktviti bilik darjah secara bebas. Ini menimbulkan masalah seperti bilik darjah yang
tidak terurus, kucar kacir dan hubungan antara guru dan pelajar tidak mesra. Kawalan kelas adalah
lemah dan sekaligus iklim belajar darjah adalah tidak kondusif.

Guru seharusnya bijak memilih gaya kepimpinan yang sesuai semasa memimpin bilik darjah.
Perwatakan guru seharusnya mesra dan menyenangkan seperti penyayang, bertimbang rasa, lucu
dan peramah. Pelajar akan lebih menghormati guru berperwatakan seperti ini dan hubungan mesra
dapat dipupuk. Pelajar tidak akan tertekan dari segi emosi dan iklim bilik darjah yang kondusif akan
diwujudkan. Guru juga boleh memberikan motivasi melalui peneguhan positif, memberi galakan,
melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P seta mewujudkan komunikasi dua hala.

Faktor Sosial

Faktor sosial merujuk kepada pembinaan peraturan, prosedur semasa menjalankan aktiviti, interaksi
sosial dan rutin bilik darjah. Bilik darjah melibatkan interaksi antara guru, pelajar dan bahan.
Interaksi yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar akan menghasilkan
suasana bilik darjah yang harmoni. Oleh itu, prosedur dan peraturan harus ditetapkan dalam
memastikan iklim bilik darjah yang ideal. Pembinaan peraturan amat penting dalam memberikan
gambaran jelas mengenai tingkahlaku yang diharapkan semasa di bilik darjah. Contohnya, “dilarang
berbuat bising semasa di dalam bilik darjah”, “hormati orang lain” dan sebagainya dapat
memberikan mesej yang melatih tanggungjawab sosial pelajar. Jika pelajar mengikuti peraturan yang
telah ditetapkan, maka iklim bilik darjah akan menjadi kondusif untuk proses P&P kerana
mempunyai kawalan kelas yang baik. Peraturan bilik darjah juga dapat membantu mengalakkan
interaksi antara pelajar dan persekitaran yang kondusif untuk belajar (Levin & Nolan, 1994).
Hubungan antara dua atau lebih orang boleh dipengaruhi oleh peraturan dalam satu operasi (Wragg,
1994). Interaksi antara pelajar boleh dipupuk melalui pembinaan peraturan bilik darjah. Menurut
Jones & Jones (1995), langkah pertama dalam merangka peraturan bilik darjah ialah untuk
mengalakkan para pelajar berbincang untuk merangka peraturan bilik darjah yang boleh dipatuhi
oleh semua pelajar.

Selain itu, prosedur aktivti yang dijalankan dalam bilik darjah boleh meransang interaksi sosial
pelajar. Contohnya, aktiviti perbincangan, kaedah Jigsaw, menjalankan eksperimen dan kerja
berkumpulan boleh membantu perkembangan sosial pelajar dan kawalan kelas. Semasa
menjalankan aktiviti dalam bilik darjah, guru perlu menetapkan rutin atau perkara yang boleh
dilakukan oleh pelajar. Contohnya, semasa menjalankan aktiviti berkumpulan, guru menetapkan
bahawa pelajar hendaklah melibatkan diri secara aktif dan memberikan kerjasama, tidak boleh
merayau-merayau semasa berjalan aktiviti serta cara untuk mendapatkan bahan pembelajaran.

Peraturan dan rutin bilik darjah

Peraturan dan rutin bilik darjah

Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan
pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif
apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula
mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran
baharu.

Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar
mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina
peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan
pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid.
Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra
dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid
perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan. Mengikut Model
Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada
pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan
tingkah laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk
mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja
kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil
walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini,
seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang
masalah daripada menjadi semakin serius.

Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti
spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan
rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran,
membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap
rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur
ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah
tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat
Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Rutin Bilik Darjah

Rutin Bilik Darjah

Rutin bilik darjah merupakan aktiviti pengurusan bilik darjah. Penekanan terhadap rutin bilik darjah
yang sistematik amat penting kerana dapat mewujudkan bilik darjah yang kondusif. Rutin bilik darjah
akan diterangkan oleh guru pada setiap awal sesi persekolahan. Ini penting agar pelajar tahu
mengenai peraturan dan rutin bilik darjah.

4.1 Jenis-jenis Rutin

Terdapat enam jenis rutin yang terlibat dalam pengurusan bilik darjah:

4.1.1 Rutin Kelas

Rutin kelas boleh dimaksudkan dengan peraturan dan prosedur semasa berada bilik darjah yang
bertujuan mewujudkan proses P&P yang berkesan. Kajian mendapati bahawa guru yang efektif
mengambil masa pada awal tahun persekolahan untuk mengembangkan peraturan dan prosedur
bilik darjah untuk menghasilkan perjalanan bilik darjah yang lancar dan meminimakan gangguan
serta memaksimakan masa pembelajaran pelajar (Jones & Jones, 2004).

Peraturan dan prosedur bertindak sebagai agen pencegahan tingkahlaku yang negatif dalam
bilik darjah. Prosedur adalah untuk melatih pelajar untuk melaksanakan tugasan rutin dalam bilik
darjah (Bianco, 2002). Contoh rutin kelas yang terdapat di bilik darjah ialah aspek kebersihan, jadual
bertugas dan sebagainya. Jika semua pelajar menjalankan tugas mengikut jadual bertugas, maka bilik
darjah akan berada dalam keadaan bersih dan guru tidak perlu memberikan arahan untuk
membersihkan bilik darjah sebaliknya terus fokus kepada proses P&P.

4.1.2 Rutin Pentadbiran

Rutin pentadbiran melibatkan peranan guru dalam mengurus dan mentadbir bilik darjah. Guru perlu
cekap mentadbir bilik darjah untuk memastikan bilik darjah adalah kondusif. Rutin pentadiran
adalah seperti guru mengurus kehadiran pelajar, pungutan yuran sekolah, menyediakan laporan
akademik pelajar (buku laporan prestasi), menyediakan kad 001 dan kad kesihatan pelajar
(Pengurusan Bilik Darjah, n.d.). Ini amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Jika guru mengambil
sikap sambil lewa dalam hal pentadbiran, pengurusan bilik darjah berada dalam tahap minima dan
kucar kacir kerana tidak ada rekod yang dibuat oleh guru mengenai pelajar.

4.1.3 Rutin Pergerakan Pelajar

Rutin pergerakan pergerakan ialah peraturan pergerakan murid di bilik darjah. Rutin
pergerakan meliputi peraturan untuk bergerak ke luar atau masuk bilik darjah secara teratur dan
tertib. Guru menekankan untuk beratur semasa pergerakan tersebut kerana pelajar cenderung
untuk berebut-rebut semasa aktiviti yang melibatkan pergerakan pelajar khususnya yang melibatkan
aktiviti bilik darjah ke luar bilik darjah. Contohnya, aktiviti kelas ke aktiviti kumpulan, pergerakan
pelajar ke perhimpunan, pergerakan pelajar ke makmal dan juga pergerakan pelajar semasa latihan
kebakaran.

4.1.4 Rutin Pengurusan Tugas

Rutin pengurusan tugasan ialah persediaan, perancangan dan pengurusan guru terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru perlu menyediakan sumber P&P, aktiviti P&P dan
persediaan untuk P&P. Persediaan penting dalam memastikan proses P&P berjalan lancar. Guru
perlu menetapkan objektif pembelajaran memulakan persediaan proses P&P agar setiap langkah
perancangan dapat dirancang. Hasil pembelajaran yang diharapkan daripada pelajar perlu
dinyatakan dengan jelas. Selain itu, guru perlu memantau akitviti bilik darjah dan menjalankkan
proses penilaian ke atas pencapaian pelajar. Penilaian akan menentukan kekuatan dan kelemahan
proses P&P tersebut.

4.1.5 Rutin Pembelajaran

Guru perlu memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam P&P. Pembabitan pelajar secara
aktif dalam P&P penting dalam memastikan proses pembelajaran itu berlaku (Norasiah Abdullah,
Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain, 2009). Guru memainkan peranan penting
dalam memastikan rutin pembelajaran itu berlaku. Guru boleh menyediakan aktiviti seperti
perbincangan, gerak kerja berkumpulan, latihan dan latih tubi.

4.1.6 Rutin Interaksi

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar.
Aktiviti berpusatkan pelajar melibatkan interaksi antara pelajar, guru dan bahan. Oleh itu, guru harus
menggalakkan interaksi tersebut berlaku mengikut prosedur dan bersopan. Hubungan personal atau
interaksi antara pelajar dengan pelajar adalah sama penting dengan hubungan guru dengan pelajar.
Guru boleh memainkan peranan dengan mewujudkan hubungan (Wragg, 2001). Contohnya, aktiviti
yang melibatkan perbincangan, eksperimen, kerja lapangan dan projek.

You might also like