You are on page 1of 3

NAMA / NO.

KAD MATRIK EUGENE LOMINUS / M20182002047


PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN BAHASA KADAZANDUSUN
KURSUS GRU60104
TARIKH 2 MAC 2019

TUGASAN MINGGU 2

1. Apakah inkuiri saintifik?

I. Boleh diukur
II. Sistematik
III. Spesifik
IV. Logik
V. Profesional
2. Jelaskan ciri-ciri penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.

Kaedah merupakan jalan atau cara menyelesaikan permasalahan dalam penyelidikan.


Ia adalah langkah-langkah yang dijalankan untuk mencapai objektif dalam sesuatu
penyelidikan. Umumnya, kaedah utama dalam penyelidikan untuk mendapatkan data
terbahagi kepada dua pendekatan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kedua-dua
pendekatan ini mempunya ciri-ciri yang berbeza. Penyelidik boleh memilih salah satu
kaedah atau menggabungkan kedua-duanya sekali untuk mendapatkan data dalam
penyelidikan. Berikut merupakan ciri-ciri bagi kedua-dua pendekatan ini:

NO CIRI-CIRI KUANTITATIF KUALITATIF


1 Tujuan Pendekatan Menerangkan, menjelaskan Memahami fenomena
atau mencari perhubungan sosial sama ada berbentuk
antara pemboleh ubah program mahupun
dalam suatu penyelidikan. kejadian yang terikat oleh
tempat, waktu atau ikatan
tertentu.

2 Reka Bentuk Dibentuk sebelum Dibentuk semasa


penyelidikan dijalankan. penyelidikan dijalankan.

3 Pendekatan Bersifat deduktif iaitu Bersifat induktif iaitu


pendekatan yang lebih menjana teori. Pendekatan
kepada menguji teori yang induktif adalah pendekatan
dipelajari. Pendekatan ini yang fleksibel kerana tidak
adalah proses penyelesaian ada keperluan teori
hal-hal umum kepada ditentukan untuk
khusus. mengumpul data dan
maklumat bagi
memulakan kajian.

4 Instrumen Menggunakan alat-alat Menggunakan interaksi


piawai. Instrumen ini bersemuka. Penyelidik
berfungsi sebagai alat adalah instrumen utama
pengukur dan menjadi alat dalam memungut data.
perantaraan antara Penyelidik perlu berada
penyelidik dan peserta dalam situasi yang dikaji,
kajian. mendengar dan memerhati
sendiri fenomena yang
diselidik.

5 Skop Kajian Melibatkan bilangan Melibatkan jumlah


responden kajian yang responden yang kecil. Ia
besar. Hal ini kerana tidak mengutamakan data-
pendekatan kuantitatif data berbentuk numerical.
berasaskan kualiti.

6 Analisis Analisis statistik ke atas data Melibatkan analisis


numerik. deskripsi dan interpretasi
naratif.
3. Senaraikan sumber-sumber untuk mengenalpasti masalah kajian.

Terdapat beberapa sumber yang boleh digunakan untuk mengenalpasti masalah


kajian. Dalam mana-mana sumber ini mempunyai pro dan kontranya sendiri. Oleh
yang demikian, pengkaji boleh menggandingkan fakta daripada sumber yang berbeza
untuk mengukuhkan masalah kajian yang dipilih. Antara sumber yang digunakan
adalah seperti yang berikut:

Sumber yang pertama adalah pernyataan daripada golongan yang memegang


dasar tertinggi dalam sistem pendidikan negara kita. Contohnya tampuk
pemerintahan tertinggi dalam negera kita iaitu perdana menteri. Selain itu, golongan
berautoriti dalam bidang pendidikan seperti menteri pendidikan atau golongan yang
lebih dekat dengan kita apabila berada di menara gading iaitu professor yang beribaa
dalam bidang pendidikan. Golongan ini adalah antara yang berpengaruh dan
pernyataan mereka dapat memberi kesan kepada kerajaan khususnya masyarakat di
negara kita.

Seterusnya adalah sumber daripada cadangan kajian susulan yang dijalankan


oleh pengkaji terdahulu. Hal ini kerana dalam setiap kajian yang dijalankan oleh
pengkaji, setiap tesis ditetapkan agar pada bahagian akhir tesis, pengkaji perlu
memberi cadangan kajian lanjut untuk kajian cadangan kepada pengkaji lain pada
masa akan datang.

Selain itu, dokumen rasmi juga merupakan sumber untuk mengenal pasti
masalah. Antara dokumen rasmi dalam bidang pendidikan adalah akta, dokumen
standard kurikulum, sukatan pelajaran, pekeliling dan banyak lagi dokumen rasmi
yang lain. Sesuatu akta yang diubah adalah berdasarkan kajian yang dijalankan sama
ada akta tersebut masih relevan ataupun tidak dalam dunia pendidikan. Begitu juga
dengan buku teks. Buku teks berubah-ubah mengikut keperluan pelajar masa kini dan
hal ini juga memerlukan kajian untuk menyokong penggubalan buku teks.

Disamping itu, pengalaman juga boleh mendorong pengkaji untuk mengenal pasti
masalah. Pegalaman ini penting terutamanya bagi seorang guru ketika menjalankan
kajian kerana guru perlu mengkaji pemasalahan yang timbul berdasarkan pengalaman
yang lepas dan mencari penyelesaian berdasarkan pengalaman yang dialami agar
sesuatu perkara itu dapat dikurangkan ataupun diselesaikan sama sekali.

Akhir sekali adalah berdasarkan nukilan-nukilan yang berkaitan. Nukilan yang


berkaitan ini akan mendedahkan pengkaji kepada masalah yang pernah dikaji dan
cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

You might also like