You are on page 1of 1

FAKTOR PENENTU KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN TENAGA

AKADEMIK DI UNIVERSITI AWAM TERENGGANU

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penentu dan hubungannya
dengan kepuasan kerja dalam kalangan tenaga akademik di Universiti Awam Terengganu.
Lima faktor-faktor penentu yang dikaji adalah suasana kerja, peluang kenaikan pangkat, gaji,
penyeliaan dan rakan sekerja. Kajian ini juga turut mengkaji perbezaan kepuasan kerja dengan
ciri-ciri demografi responden. Kepuasan kerja merupakan cara seseorang merasakan sesuatu
atau bersikap positif terhadap kerjanya. Sampel kajian terdiri daripada 298 orang tenaga
akademik di Universiti Awam Terengganu. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian A melibatkan maklumat demografi
responden dan bahagian C pula terdiri daripada soal selidik berkaitan faktor-faktor kepuasan
kerja yang diterjemahkan daripada Job Descriptive Index (JDI) yang telah dibangunkan oleh
Smith, Kendall dan Hulin (1969) berdasarkan Teori Dua Faktor Herzberg dan diterjemahkan
ke dalam Bahasa Melayu oleh Arifin Haji Zainal (1980). Penyelidikan ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah kuantitatif. Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik
deskriptif, korelasi pearson, ujian t-test dan ANOVA.
Dapatan kajian mendapati bahawa faktor-faktor suasana kerja, ß = 0.547, t (292) = 11.045,
p<0.01; kenaikan pangkat, ß = 0.188, t (292) = 3.951, p<0.01; dan rakan sekerja , ß = 0.227, t
(292) = 4.137, p<0.01 mempengaruhi secara signifikan terhadap kepuasan kerja. Manakala,
faktor gaji, ß = 0.000, t (292) = -0.006, p>0.05; dan penyeliaan, ß = -0.083, t (292) = -1.446,
p>0.05 pula didapati tidak mempengaruhi secara signifikan terhadap kepuasan kerja dalam
kalangan tenaga akademik di Universiti Awam.
Hasil analisa korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan antara faktor suasana kerja
(r=0.708, p<0.01), peluang kenaikan pangkat (r=0.500, p<0.01), gaji (r=0.345, p<0.01),
penyeliaan (r=0.454, p<0.01) dan rakan sekerja (r=0.529, p<0.01) dengan kepuasan kerja
dalam kalangan tenaga akademik di Universiti Awam.
Analisis perbezaan kepuasan kerja berdasarkan ciri-ciri demografi responden pula mendapati
terdapat perbezaan kepuasan kerja dengan semua ciri-ciri demografi iaitu jantina, umur, taraf
perkahwinan, pendidikan, taraf jawatan, gred jawatan, gaji dan jawatan lain dalam jabatan.
kecuali bagi tempoh perkhidmatan.
Secara rumusannya, didapati kelima-lima faktor penentu ini mempengaruhi kepuasan kerja
tenaga akademik di Universiti Awam Terengganu. Faktor-faktor penentu kepuasan kerja
adalah dipengaruhi oleh suasana kerja, peluang kenaikan pangkat, dan rakan sekerja. Manakala
faktor gaji dan penyeliaan adalah tidak menjadi penentu dalam mengukur kepuasan kerja
tenaga akademik di Universiti Awam Terengganu.
Hasil kajian ini telah memberi pemahaman yang lebih jelas mengenai faktor-faktor penentu
kepuasan kerja dalam kalangan tenaga akademik di Universiti Awam Terengganu.

You might also like