You are on page 1of 7

TAJUK SOALAN ESEI BAB 1: SUBTOPIK INTERAKSI ANTARA TAMADUN

DAN KESANNYA.

Pengenalan

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian serta


keunikan yang tersendiri. Namun demikian ada juga tamadun yang
tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, namum masih juga
berkembang dan berjaya membentuk serta menemui kemajuan
tamaddun itu. Interaksi antara tamaddun akan memberi bebesapa
kesan dalam tamaddun berkenaan samada kesan negatif atau kesan
positif. Kewujudan interaksi ini kerana semua tamaddun mengamalkan
sikap tolaransi yang tinggi serta saling hormat menghormati sesama
tamaddun. Sifat-sifat yang baik itu akan membuka ruang percambahan
fikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamaddun berkenaan
dalam pelabagai aspek kemajuan.

Kesan Positif
Semasa kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara
Yahudi dengan Kristian. Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif,
sebagai contoh dalam Perlembagaan Madinah ( Shahifah Madinah ) yang
digubal oleh Nabi Muhamad saw telah memberi hak-hak dan
perlindungan kepada penganut agama Yahudi dan Kristian. Mereka
telah diberi hak dan kebebasan untuk mengamalkan amalan tuntutan
agama masing-masing tanpa sebarang gangguan daripada masyarakat
sekitarnya, baik dari Rasulullah saw atau umat Islam lainnya. Hal yang
sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa
al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-
kerajaan Islam di India.

Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi


dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran,
contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi
dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam
penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di
Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari
kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi


kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke
negeri China melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-
kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi membuat
gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-
orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China
oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa
Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan
positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat
kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke
dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China
berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan


kesan positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui
perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan
penting dalam interaksi ini Hasil daripada interaksi ini terdapat
komuniti Arab-Islam yang menetap di China. Berlaku perkahwinan
campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita
tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung,
Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang
memainkan peranan penting dalam pentadbiran.

Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran


agama Islam di negeri China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam
tempatan China. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya
cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu
Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah
mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan
Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada
kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam
ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan
agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang
menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-
ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama
Buddha. Disamping itu interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-
Islam dengan seni bina China contohnya dalam bentuk masjid-masjid di
China hari ini.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah


meninggalkan kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua
tamadun ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Namun
demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun
khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang
berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori ini
telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang
berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi
meyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita
ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antara
Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa
kesan positifyang penting.

Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di


Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan
di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten,
Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah
mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut
membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan
ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat
pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian,
kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang
digunakan dalam bahasa Melayu.
Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut
melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan
falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta
kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari
tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran
dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan
logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan
masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu
seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku


melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan.
Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi
dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik
negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka.
Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa
pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368 Masihi ) yang
pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan Jawa pada abad abad ke-
13 Masihi.

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat
pada hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat
faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China telah
menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun.
Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama
Buddha dari China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-
ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang-orang
Jepun iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia
tidak mengubah identiti ajaran Buddha.
Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah
mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping
agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh
Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi asas kepada
pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh
tulisan China telah memainkan peranan kepada perkembangan
intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di samping dua
kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan
pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya
upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar.

Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam


Tamadun Jepun. Ajaran Kofusianisme yang memberi penekanan kepada
institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun.
Manakala konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi
kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan
Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah
berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun
Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.
Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun
hanya menghasilkan kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun
turut menghasilkan kesan negatif.
Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi
telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada
hubungan yang tidak baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan
orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan-18 Masihi.
Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor perbezaan agama,
ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.

Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian


dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian
di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri perang ke atas
orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan
tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi.
Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama,
ekonomi dan politik.

Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa


berada dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa di mana
orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-
raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku
kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang
dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam.

Contohnya raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan


pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara-upacara
keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb
adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut
Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru,
mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan
upacara sati dan lain-lain lagi.

Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga


kita dapat lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula
diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan
Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat
tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam
pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-
kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama
tersebut.
Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam
dengan Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera
Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan
perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa
tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik
dengan kerajaan Tang di China. Permusuhan antara orang-orang Islam
dengan orang-orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati
terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.

Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China


telah mewujudkan permusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri
hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang-orang Islam yang
kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun
758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-
pemberontakan yang menyebabkan ramai orang-orang Islam dibunuh
dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876 Masihi
bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing.

Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000
orang asing telah dibunuh termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada
peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang-orang Islam telah lari
dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang
dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk tempatan
China turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi
keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianiame. Orang-orang
Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada pemerintah Ching.

Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh


perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di
kalangan orang-orang China Islam. Rasa tidak puas hati orang-orang
Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan
semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1
(1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan
Jehangir (1820-27 Masihi), Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31M),
pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan
Kansu (1862 Masihi), Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).

You might also like