You are on page 1of 3

2.

0 PERBINCANGAN

Topik mengenai pendidikan di negara Malaysia sering menjadi perbualan dalam masyarakat
tempatan. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan kita telah digubal mengikut aspek pandangan
rakyat Malaysia yang mempunyai hak mereka untuk memilih pendidikan mereka. Hal ini kerana,
Malaysia merupakan negara demokrasi, di mana rakyat berhak menentukan struktur kerajaan dari
segi pentadbiran. Kerajaan telah mengambil tindakan melaksanakan sistem persekolahan satu
aliran di Malaysia.

Objektif utama pelaksanaan sekolah satu aliran adalah selaras dengan semangat perpaduan
dan harmoni dalam masyarakat Malaysia (Alhabshi & Hakim, 2001). Sistem persekolahan satu
aliran ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak terutamanya dari tokoh-tokoh di Malaysia.
Ramai berpendapat sistem persekolahan ini perlu dilaksanakan bagi merealisasikan perpaduan
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Perkara ini harus diambil berat kerana dapat
membantu generasi baharu untuk memahami dan menghormati kaum lain bagi mengelakkan
tercetusnya masalah perkauman di negara kita. Pelaksanaan sistem pendidikan ini perlu diterima
oleh semua kaum untuk memupuk jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia. Selaras dengan
konsep 1Malaysia, bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa perantaraan sesama murid.
Namun begitu, murid-murid dari kaum lain berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing
bagi mewujudkan integrasi nasional menerusi pendidikan.

Selain itu, sukatan pelajaran untuk sistem persekolahan satu aliran adalah seragam kepada
semua kaum terutamanya bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Sivik. Subjek teras ini seharusnya
ditekankan dan difahami oleh murid kerana mereka perlu mendalami mengenai sejarah negara
yang mempunyai integriti yang tinggi sebagai rakyat Malaysia. Bagi aktiviti ko-kurikulum, aktiviti
bulanan seperti aktiviti sukan perlu diadakan untuk mengeratkan hubungan antara murid pelbagai
kaum. Sambutan perayaan juga perlu dijalankan bagi membuka pandangan murid pelbagai kaum
mengenai perayaan yang disambut oleh kaum masing-masing. Sistem peperiksaan yang sedia ada
seperti UPSR, PT3 dan SPM perlu dikekalkan kerana sistem ini sangat penting untuk melahirkan
individu yang mempunyai minda kelas pertama serta dapat memberikan sumbangan kepada negara
pada masa hadapan.
2.1 Cabaran Melaksanakan Sistem Persekolahan Satu Aliran

Namun yang demikian, untuk melaksanakan sistem persekolahan satu aliran ini agak sukar
kerana bukan sahaja mendapat tentangan daripada pihak tertentu, malah dengan sistem pendidikan
yang sedia ada. Rakyat Malaysia bebas memilih menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan
atau jenis kebangsaan. Bagaimanapun, ibu bapa dari kaum Cina dan India lebih memilih kepada
menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan ibunda mereka. Seperti yang sedia maklum,
sekolah-sekolah di Malaysia terdiri daripada sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Kesemua
sekolah ini mempunyai sukatan pelajaran yang berbeza menyebabkan ketidaksamarataan dalam
bahasa dan identiti. (Himpunan Sarjana Ilmu-Ilmu Sosial Indonesia. Cabang Jawa Barat.,
Universitas Pendidikan Indonesia. Fakultas Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial., & Universiti
Malaysia Sabah. Sekolah Sains Sosial., 2008)

Selain itu, masyarakat Malaysia yang rata-ratanya menganut agama yang berbeza seperti
Islam, Buddha dan Hindu. Perbezaan antara agama dan budaya menyukarkan lagi memupuk
perpaduan dalam masyarakat. Namun, agama tidak menjadi pendorong utama kepada masalah ini
tetapi mentaliti manusia yang jahil menjadi pencetus utama kepada perbalahan kaum. Pengaruh
media massa boleh dikaitkan dengan masalah ini kerana elemen ini mudah diresapi oleh generasi
baharu. Jika dilihat sekarang, rancangan di televisyen malah di radio menggunakan bahasa ibunda
masing-masing menyebabkan perbezaan pendapat mengenai informasi yang disampaikan. Hal ini
dapat menimbulkan impak negatif dalam wawasan negara dalam menyatupadukan rakyat.

2.2 Impak Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran

Pelaksanaan persekolahan satu aliran ini memberi kesan ke dalam hidup masyarakat
tempatan. Kesan positif yang dapat dilihat adalah, sistem ini mampu menyemai semangat
perpaduan dalam murid dan membuka minda murid untuk mengenali dan memahami etika
kemanusiaan. Melalui sistem pendidikan satu aliran yang sistematik, perpaduan nasional akan
tercapai. Manakala, sistem persekolahan satu aliran juga memberi kesan negatif kerana berlakunya
pertukaran agama dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan pasangan yang berlainan agama akan
terdorong untuk menukar agama. Perkara ini sangat serius bagi umat Islam di Malaysia kerana isu
murtad pada masa kini semakin meningkat akibat daripada rosaknya aqidah seseorang individu.
Ini akan menyebabkan imej sebagai umat Islam akan tercemar.
2.3 Kesimpulan

Kesimpulannya, walaupun sistem persekolahan satu aliran ini agak sukar dilaksanakan,
namun ianya tidak mustahil untuk dijalankan jika mendapat sokongan dari semua pihak untuk
bekerjasama melaksanakannya. Pendidikan merupakan teras yang penting kepada rakyat untuk
mendidik generasi muda mengenai semangat perpaduan dan nasionalisme dalam diri. Justeru,
untuk menanam jati diri dalam seseorang individu, seharusnya bermula dari kecil.

RUJUKAN

Alhabshi, S. O., & Hakim, H. (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara.
(September 2001), 1–13.

Himpunan Sarjana Ilmu-Ilmu Sosial Indonesia. Cabang Jawa Barat., M. K. A. bin M., Universitas
Pendidikan Indonesia. Fakultas Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial., & Universiti Malaysia
Sabah. Sekolah Sains Sosial. (2008). Sosiohumanika : jurnal pendidikan sains sosial dan
kemanusiaan. In SOSIOHUMANIKA (Vol. 4). Retrieved from
http://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/436

You might also like