You are on page 1of 2

Tamadun ialah…

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada


perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang
mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang
mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan
bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai
persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang
berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud
bandar. Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban.

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri


tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun
dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-
hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan
pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat,
misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu
ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy
Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah
sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan
lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan


lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan
lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk
mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut
pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian
tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh
sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong
oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui
bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan


pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan
kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian
dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

You might also like