You are on page 1of 37

PROGRAM PEMBANGUNAN

SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA


JABATAN PERDANA MENTERI

PROGRAM SMART CARE 2018

Anjuran

PERTUBUHAN PENDIDIKAN MEMBANGUN


BERSAMA BAHASA TAMIL

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 1


LAPORAN PROGRAM SMART CARE 2018
PERTUBUHAN PENDIDIKAN MEMBANGUN BERSAMA BAHASA TAMIL
PENAJA: SEDIC

1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG

Mahligai yang dibina atas dasar cinta pastinya mempunyai impian yang ingin dilaksanakan.

Berjanji sehidup semati, mengharungi dugaan bersama. Alam perkahwinan terlalu banyak

perbezaan dengan alam percintaan. Ketika pasangan dilamun cinta, semuanya indah. Umpama

dunia ini hanya milik berdua.

Jodoh dan ajal pertemuan ditentukan oleh Tuhan. Kita hanya merancang Dia lebih mengetahui

segalanya. Persefahaman serta perbincangan amatlah penting antara pasangan suami isteri.

Walaupun perkara kecil yang dianggap perkara remeh. Berpunca daripada sedikit lama-lama jadi

bukit. Akhirnya pelbagai masalah yang akan memberi kesan kepada rumahtangga yang dibina.

Masalah yang timbul boleh diselesaikan jika pasangan menitik beratkan setiap isu yang menjadi

punca persengketaan. Persiapkan diri dalam apa jua rintangan sebagai pasangan suami isteri.

Jadikan punca permasalahan ini sebagai rujukan agar mereka tahu bagaimana cara boleh

mengelakkan masalah daripada berlaku.

Pada masa kini, semakin ramai pihak yang membincangkan isu perceraian dan keruntuhan rumah tangga. Isu

ini turut mendapat liputan yang meluas dalam kalangan pihak media.

Menyedari peningkatan kes sebegini, maka pihak PERTUBUHAN PENDIDIKAN MEMBANGUN

BERSAMA BAHASA TAMIL mengambil inisiatif dan rasa tanggungjawab untuk menyebar luaskan

pengetahuan berkenaan perkahwinan, cara-cara untuk berkomunikasi, merancang dan menangani konflik

dalam perkahwinan.

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 2


1.2 OBJEKTIF PROGRAM
I. Memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran persediaan awal alam Perkahwinan
II. Persediaan mental dan pembinaan sikap positif
III. Menyediakan platform yang selamat kepada pasangan untuk memahami dan mengemali diri sendiri

serta pasangan

2.0 KOMPONEN PROGRAM SMART CARE

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 3


PROSES PROGRAM TARIKH MASA
BULAN
MESYUARAT PERTAMA PROGRAM KAUNSELING 27/1/2018
TEMPAT 19:00 -21:00
PELAKSANAN
PERJUMPAAN & PENGURUSAN PENSYARAH - PENSYARAH 29/1/2018 -
FEBUARI 24/2/2018 28/2/2018 DEWAN KRT, SETAPAK
-10/2/2018
MARCHKEDUA
MESYUARAT 24/3/2018 3/3/2018 DEWAN 18:00
KRT,- 20:00
SETAPAK
17/2/2018
PEMBERSIHAN DEWAN KRT 10/3/2018
23/2/2018 18:00 - 22:00
APRIL 28/4/2018 7/4/2018 SAITO KOLEJ,
PROGRAM PERTAMA 24/2/2018 08:00 - 17:00
14/4/2018 PETALING JAYA
KAUNSELING PERTAMA 28/2/2018 17:00 - 20:00
21/4/2018
KAUNSELING KEDUA 3/3/2018 17:00 - 20:00
MEI 19/5/2018 1/5/2018 PERSATUAN PENULIS
KOUNSELING KETIGA 10/3/2018 17:00 - 20:00
26/5/2018 5/5/2018 – PENULIS MALAYSIA,
PENGATURKAN DEWAN KRT JALAN IPOH
23/3/2018 20:00 - 22:00
11/5/2018
PROGRAM KEDUA 24/3/2018 10:00 - 16:00
12/5/2018
KAUNSELING
JUN KEEMPAT 7/4/2018 17:00 - 20:00
9/6/2018 2/6/2018 PUSAT TUISYEN
KAUNSELING KELIMA 16/6/2018 SALAM ILMU,
14/4/2018 AIR
17:00 - 20:00
PANAS
KAUNSELING KEENAM 23/6/2018 21/4/2018 17:00 - 20:00
PENGATURAN DEWAN SAITO KOLEJ 30/6/2018 27/4/2018 17:00 - 20:00
JULAI KETIGA
PROGRAM 1/7/2018 PUSAT TUISYEN
28/4/2018 09:00 - 16:00
KAUNSELING KETUJUH 2/7/2018 SALAM ILMU, AIR
1/5/2018 17:00 - 20:00
PANAS
KAUNSELING KELAPAN 7/7/2018 5/5/2018 17:00 - 20:00
KAUNSELING KESEMBILAN 8/7/2028
11/5/2018 17:00 - 20:00
KAUNSELING KESEPULUH 12/5/2018 17:00 - 20:00
PROGRAM KEEMPAT 19/5/2018 10:00 - 16:00
PROGRAM KELIMA
M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S26/5/2018
M T W T F S10:00
S M - 16:00
TWT F S S
1 2 3 4 5 6PUSAT
PENGATURAN 7 TUISYEN
1 SALAM
2 3 4ILMU 1 2 3 4 1 1/6/2018
1 2 3 4 518:00
6 - 20:00 1 2 3
8 9 10 11 12 13 14 5 6 7 8 9 10 11 5 6 7 8 9 10 11 2 3 4 5 6 7 8 7 8 9 10 11 12 13 4 5 6 7 8 9 10
KAUNSELING KESEBELAS 2/6/2018 17:00 - 20:00
15 16 17 18 19 20 21 12 13 14 15 16 17 18 12 13 14 15 16 17 18 9 10 11 12 13 14 15 14 15 16 17 18 19 20 11 12 13 14 15 16 17
PROGRAM KEENAM
22 23 24 25 26 27 28 19 20 21 22 23 24 25 19 20 21 22 23 24 25 16 17 18 19 20 21 229/6/2018 10:00
21 22 23 24 25 26 – 16:00
27 18 19 20 21 22 23 24
KAUNSELING KEDUA26BELAS
29 30 31 27 28 26 27 28 29 30 31 23 24 25 26 27 28 29 28 29 30 31
16/6/2018
25 26 27 28 29 30
17:00 - 20:00
30
KAUNSELING KETIGA BELAS 23/6/2018 17:00 - 20:00
KAUNSELING KEEMPAT BELAS 30/6/2018 17:00 - 20:00
MTWT F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S
KAUNSELING KELIMA 1 BELAS1 2 3 4 5 1 2 1 2 3 4 5 6 7 1/7/2018 1 2 317:00 4 - 20:00 1 2
2 3 4 5 6 7 8 6
KAUNSELING KEENAM BELAS 7 8 9 10 11 12 3 4 5 6 7 8 9 8 9 10 11 12 13 14 5 6 7 8 9 10 11 3 4 5 6 7 8 9
2/7/2018 17:00 - 20:00
9 10 11 12 13 14 15 13 14 15 16 17 18 19 10 11 12 13 14 15 16 15 16 17 18 19 20 21 12 13 14 15 16 17 18 10 11 12 13 14 15 16
KAUNSELING KETUJUH BELAS
16 17 18 19 20 21 22 20 21 22 23 24 25 26 17 18 19 20 21 22 23 22 23 24 25 26 27 287/7/2018 17:00
19 20 21 22 23 24 25 17- 20:00
18 19 20 21 22 23
KAUNSELING
23 24 25 26 27 KELAPAN BELAS
28 29 27 28 29 30 31 24 25 26 27 28 29 30 29 30 31 26 27 28
8/7/2018 29 30 24 25 26 27 28 29 30
17:00 - 20:00
30 31 31
MESYUARAT PENAMATAN PROGRAM 8/7/2018 20:30 – 21:30

Remark:
Program

Kaunseling

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 4


TENTATIF PROGRAM

Contoh agenda digunakan semasa program:

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 5


Masa Agenda
9:30 am – 10:15 am Pendaftaraan dan Sarapan pagi
10:30 am – 10:40am Ucapan Pengenalan Pertubuhan oleh Pengerusi
10:40am – 11:25am Ceramah Pengurusan Kewangan
11:25 am - 12:10 pm Ceramah Hal Ehwal Undang – Undang Perkahwinan dan Rumah Tangga
12:10 pm – 1:30 pm Aturcara ‘Role-Play’
1:30 pm – 2:30 pm Makanan Tengah Hari
2: 45 pm – 3: 30 pm Ceramah Sexology dalam perkahwinan
3:30 pm – 4 :00 pm Pengambilan gambar dan bersurai

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 LATAR BELAKANG PESERTA


I. Pasangan yang telah merancang untuk berkahwin.
DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 6
II. pasangan yang baru berkahwin di bawah usia 5 tahun perkahwinan.
III. Pasangan yang merancang untuk bercerai

3.2 MAKLUMAT PESERTA

(Sila rujuk pada Lampiran – I)

4. KAEDAH PELAKSANAAN

4.1 KRONOLOGI PROGRAM

(Sila rujuk pada – Lampiran II)

4.2 MASALAH DAN CADANGAN

Pertubuhan Pendidikan Membangun Bersama Bahasa Tamil telah mengambil pelbagai langkah dan
inisiatif yang sistematik bagi membolehkan ‘Program Smart Care’ berjalan dengan sempurna dan lancar
tetapi masih terdapat beberapa masalah yang kita tidak dapat mengelakkan seperti:
 Beberapa orang peserta yang tidak menghadiri semua slot yang diadakan oleh kami.
 Terdapat beberapa orang peserta yang mempunyai kesalahan maklumat diri.
 Kesukaran untuk mendapatkan tempat untuk mengendalikan program.
 Masih ramai kalangan kaum India tidak mempunyai kesedaran diri terhadap kepentingan
program Smart Care.

Cadangan
 Memerlukan sebuah tempat yang strategik bagi melaksanakan dan menjayakan program
Smart Care ini.
 Semua pihak india haruslah berganding bahu bagi menjayaka program ini.
 Program Smart Care haruslah dijadikan suatu program wajib bagi semua kaum india di
Malaysia sebelum berkahwin.
 Pembinaan dan penetapan dalam satu kawasan bagi program kaunseling akan
memudahkan para peserta program.

5. PERBELANJAAN PROJEK

5.1 PERUNTUKAN KERAJAAN & AKAUN PERBELANJAAN

(Sila rujuk pada – Lampiran III)

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 7


5.2 PERBELANJAAN

(Sila rujuk pada – Lampiran III)

6.0 IMPAK PROGRAM

Sepanjang menjalankan kajian ini, kami pihak SMART CARE dapat mengenalpasti beberapa implikasi

terhadap peranan kaunseling dalam kalangan masyarakat india dalam menangani konflik pasangan

bermasalah dalam rumahtangga. Implikasi kajian yang dapat dikemukakan dalam kajian ini ialah:

 Melalui perkhidmatan kaunseling yang dijalankan, secara khususnya ia memberi kesan kepada

perubahan yang positif dalam kehidupan dalam semua aspek sama ada emosi, cara berfikir, tingkah

laku dan hubungan dengan masyarakat lain.


 Melalui perubahan yang dilakukan, setiap pasangan yang mengalami masalah akan berusaha

menyelesaikan konflik yang berlaku dalam rumahtangga. Mereka juga akan mengelakkan konflik yang

tercetus membawa kepada keadaan yang serius sehingga menyebabkan berlaku perceraian.

 Kesan dari pelaksanaan kaunseling yang sistematik dan personaliti kaunselor yang baik, penerimaan

peserta terhadap perkhidmatan tersebut diterima dengan baik. Secara tidak langsung, ia

mempengaruhi peserta yang bermasalah atau pasangan untuk berfikir secara positif dalam

menentukan alternatif terhadap masalahnya agar dapat diselesaikan secara baik.


 Prosedur yang sistematik dalam pelaksanaan kaunseling penting bagi memastikan sesuatu kes yang

diberikan bantuan mencapai matlamat dan dapat diselesaikan dengan baik. Teknik dan pendekatan

Islam dalam sesi kaunseling adalah penting kerana kaunseling yang dijalankan dengan cara yang

dikehendaki oleh Islam akan mempengaruhi klien membuat keputusan.


 Masalah dalam rumahtangga seringkali berpunca dari pasangan suami isteri. Oleh itu, perkhidmatan

kaunseling adalah jalan bagi membantu pasangan menangani masalah dan mencari jalan bagi

mengelakkan masalah berterusan. Ia secara tidak langsung membawa pasangan berfikir dan

menjalankan tanggungjawab dengan baik serta membina hidup yang bahagia.

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 8


PENGALAMAN PIHAK SMART CARE MENGENDALIKAN PROGRAM INI KEPADA PELAJAR KOLEJ

6.1 HASIL DAN FAEDAH PROGRAM

KELEBIHAN/KEBAIKAN PROGRAM

I. Memberi pendidikan dan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar yang akan mendirikan rumah tangga
pada masa hadapan.
II. Membimbing dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar dalam menghadapi kehidupan
berkeluarga.
III. Memberi pendedahan mengenai kehidupan berkeluarga.
IV. Pendedahan kepada porutham, jathagam dan numerology.
V. Mewujudkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pembentukan keluarga yang harmoni
dalam usaha melahirkan generasi yang tinggi penglihatan agamanya.
VI. Mendedahkan cabaran dan rintangan serta penyelesaiannya dalam mendirikan rumah tangga.
VII. Melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam menguruskan sesebuah program dan membina
daya kepimpinan mereka.

Pengenalan Pra Perkahwinan

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal

kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Agar dapat mengurangkan

permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh masyarakat india di Malaysia. Kursus Pra-

Perkahwinan adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin, dan ingin berkahwin

semula

Kaunseling Perkahwinan

Kaunseling perkahwinan merupakan sejenis psikoterapi untuk pasangan yang berkahwin. Kaunseling ini

melibatkan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan

suami isteri yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perhubungan mereka.

Kaunseling perkahwinan juga membantu pasangan suami isteri untuk mengurus atau menangani masalah

mereka dengan cara yang lebih efektif agar mereka dapat menghindarkan masalah kecil daripada menjadi
DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 9
besar dan serius.

Dalam proses kaunseling keluarga dan perkahwinan, biasanya kaunselor memberikan fokus kepada

peranan, corak perhubungan, matlamat yang ingin dicapai oleh ahli keluarga atau perkahwinan pasangan

yang terlibat. Kaunselor membantu klien menilai aspek positif dan negatif perhubungan mereka dan

membantu mereka memahami bahawa dalam isu keluarga atau perkahwinan, ahli keluarga atau pasangan

suami dan isteri menyumbang kepada pembentukan dan penyelesaian masalah. Justeru, mereka perlu

belajar untuk memahami, mengubah corak berinteraksi dan mengamalkan pendekatan yang lebih berkesan

bagi menangani masalah mereka.

Pendekatan Kaunseling Individu

Terlebih dahulu, kaunseling individu diperkenalkan kepada kedua-dua suami isteri untuk meluahkan segala

isi hati supaya kaunselor dapat mengumpul maklumat dengan lebih terperinci daripada kedua-dua pihak

yang berkonflik. Tujuannya adalah bagi membolehkan kaunselor bersifat adil dan saksama terhadap kedua –

dua pihak dan bukan hanya mendengar perasaan dan pengalaman sebelah pihak sahaja. Langkah-langkah

yang digunakan dalam sesi kaunseling ialah:

Langkah 1: Membina Hubungan

Dalam sesi pertama, kaunselor akan menggunakan kemahiran melayan sama ada secara lisan atau bukan

lisan bagi membina hubungan saling mempercayai antara klien dan juga kaunselor. Kemahiran melayan ini

bertujuan meyakinkan peserta untuk meluahkan perasaan hatinya tanpa menyembunyikan sesuatu. Dalam

proses ini kaunselor juga akan membuat penstrukturan. Penstrukturan merupakan langkah pertama dalam

proses kaunseling. Ia juga ditakrifkan sebagai satu bentuk penjelasan mengenai proses kaunseling.

Penstrukturan akan membincangkan empat aspek utama iaitu memberitahu peserta tentang tujuan,

tanggungjawab, pemfokusan dan limitasi kaunseling. Antaranya meliputi tiga unsur masa, tingkah laku yang

dikehendaki tahu peranan klien dalam proses kaunseling, peranan kaunselor, kekerapan sesi/ limitasi dan

menjaga etika kerahsiaan yang dicurahkan.

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 10


Langkah 2: Penerokaan Masalah

Pada peringkat permulaan kaunseling, langkah ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah sebenar klien

dan memahami diri peserta. Kamahiran-kemahiran seperti mendengar dengan aktif, empati, respon lisan,

meminta penjelasan dan menggalakkan klien meneruskan cerita amat diperlukan. Dalam peringkat ini,

kaunselor akan menggunakan teknik-teknik untuk meneroka maslah peserta. Antaranya:

I. Teknik membuat parafrasa

Teknik ini digunakan oleh kaunselor dengan menyatakan semula pernyataan klien menggunakan ayat yang

lebih ringkas tanpa menambah apa-apa idea. Sebagai contoh,

Klien: “Setiap malam, saya tunggu dia di rumah selepas saya balik dari tempat kerja, tetapi apa yang saya

dapat hanyalah seperti menunggu bilik kosong, katil kosong, semuanya kosong…”

Kaunselor: “Anda tidak dapat tunggu dia.”

II. Teknik membias

Teknik ini seolah-olah hampir sama dengan parafrasa, tetapi membias lebih memfokus kepada konotasi

perasaan atau emosi yang dibawa dalam sesuatu mesej yang disampaikan oleh peserta. Teknik ini

digunakan untuk memahami pengalaman peserta seolah-olah dari sudut pandangan peserta,

menggalakkan peserta meluahkan perasaan mereka dan menyedarkan peserta tentang sesuatu perasaan

yang dialaminya. Antara contohnya,

peserta: “Saya dan dia selalu bertengkar, bergaduh tak habis-habis. Saya tak tahu apa nak buat lagi…saya

macam putus asa… saya tak tau macam mana nak buat dengan hubungan saya…”

Kaunselor: “Anda sangat kecewa dengan pertengkaran yang tak mendatangkan sebarang hasil dan tidak

tahu pula macam mana nak memperbaiki keadaan…”

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 11


III. Teknik merumus

Teknik ini pula digunakan untuk menonjolkan perkara-perkara yang penting atau tema-tema yang dibawa

oleh peserta semasa proses kaunseling. ia juga bertujuan untuk memudahkan usaha memfokus

permasalahan supaya kaunselor boleh memberi bantuan tanpa mencari-cari apa masalah utama yang ingin

diselesaikan peserta. Contohnya,

Kaunselor: “Dalam sesi ini, kita telah berbincang tentang suami anda dan perbalahan yang berlaku antara

anda dengannya. Anda mengatakan anda merasa kecewa dan juga marah. Hubungan anda dengan suami

anda tidak baik..Kita juga telah membincangkan tingkah laku atau tindakan yang telah anda jalankan

terhadap suami anda.”

Selain daripada teknk-teknik tersebut, masih terdapat pelbagai teknik yang sering digunakan oleh kaunselor

dalam usaha membuat penerokaan. Malahan teknik-teknik itu juga akan senantiasa digunakan oleh

kausnelor sepanjang proses kaunseling berlangsung. Antara teknik yang digunakan ialah seperti menyoal

(soalan terbuka), interpretasi isi dan perasaan, melayan secara lisan dan bukan lisan, memberikan dorongan

minimum, berempati dan sebagainya.

Langkah 3: Pencapaian matlamat

Pada peringkat penerokaan masalah, peserta dibantu untuk memahami masalahnya dengan lebih jelas

berdasarkan perspektif klien itu sendiri. Perspektif klien ini mungkin tidak cukup luas tetapi ia merupakan

tahap permulaan untuk mengendalikan masalah itu nanti. Apa yang mustahak di sini ialah kebijaksanaan

kaunselor dalam membantu peserta mendapatkan ‘celik akal’ (pemahaman kendiri yang rasional) dan

berfikiran positif.

Pada peringkat ini, terdapat 3 perkara yang harus dilakukan oleh kaunselor iaitu membantu peserta

menyusun semula semua data atau maklumat yang diperolehi pada peringkat penerokaan masalah supaya

peserta dapat melihatnya dari perspektif yang lebih luas; membantu klien untuk melihat masalah itu secara

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 12


lebih objektif yang membolehkan peserta menentukan matlamat yang sewajarnya iaitu cara mengendalikan

masalah dan juga membantu peserta menentukan matlamat berdasarkan pemahaman peserta tentang

masalahnya. Matlamat hendaklah realistik dan wajar serta boleh dilaksanakan. Keputusan tentang

matlamat yang diambil mestilah berdasarkan nilai klien bukan nilai kaunselor. Cotohnya,

peserta: “Setiap hari selepas makan, saya akan berbincang dengan suami saya tentang masalah yang kami

hadapi pada hari itu.”

Langkah 4: Pemilihan strategi

Terdapat beberapa strategi yang boleh diaplikasikan oleh kaunselor dalam perihal membantu peserta yang

berkonflik. Strategi yang dimaksudkan di sini adalah daripada pelbagai teori kaunseling yang telah diterima

pakai oleh semua pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi. Antaranya:

I. Strategi Transferens

Dalam kes ini, strategi yang dipilih ialah transferens, kerusi kosong dan penggunaan ganti nama diri. Dalam

strategi transferens yang berdasarkan Teori Keluarga Psikoanalitik, klien akan memindahkan perasaan dan

pengalaman yang dirasainya dahulu kepada kaunselor yang bersikap neutral, objektif dan pasif.

Konsep ini meletakkan peserta dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibu bapa

atau orang yang signifikan dalam hidupnya yang lampau. Dalam proses ini, seorang peserta itu akan

menghidupkan semula tanpa disedari tingkah laku patogeniknya kepada kaunselor. Kaunselor cuba

memahami curahan isi hati dan pengalaman ini kemudiannya mentafsirkan kepada peserta dan ahli

keluarganya supaya benar-benar memahami sebab-sebab mengapa ia sering bertindak secara tidak

rasional. Melalui kefahaman dan celik akal sebegini bolehlah ia berkembang dengan sewajarnya dari segi

intelektual dan emosi.

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 13


Sebagai contohnya, Seorang peserta akan memindahkan perasaan dan pengalamannya semasa tempoh

kedinginan hubungannya dengan suami kepada kaunelor supaya kaunselor dapat membantunya

memahami dan mentafsir. Kaunselor di sini akan membantu klien untuk memahami perasaannya di ketika

itu dan bekerjasama dengan kaunselor dalam pentafsirannya.

II. Strategi Kerusi Kosong

Strategi kerusi kosong yang dikemukakan oleh Teori Gestalt, membenarkan peserta berpeluang berlagak

terkeluar daripada apa yang sepatutnya dan dia bersikap atau bercakap terhadap orang lain yang

digambarkan sebagai orang sedang duduk pada kerusi yang kosong. Peranan yang dimainkan ini akan

membantu peserta berhubung dengan bahagian dirinya sendiri yang mana mereka sendiri tidak sedar

ataupun mungkin sengaja menafikannya. Memainkan peranan ini juga membolehkan peserta meraptaikan

dirinya dalam satu bentuk peranan baru yang akan dicubanya di luar kaunseling nanti. Raptai ini akan

menguatkan lagi keyakinan dan kepercayaan peserta bahawa tingkah lakunya yang baru itu nanti memang

boleh dijalankan.

Contohnya, peserta berpeluang meluahkan apa sahaja yang dia ingin sampaikan kepada suaminya dalam

masa inilah dia akan dibantu untuk mengetahui bahagian yang tidak sedar diri atau dinafikan. Antaranya,

dia marah terhadap suaminya yang tidak menimbangkan perasaannya ketika suaminya balik lewat, dalam

keadaan tidak sedar dia amat cinta kepada suaminya sehingga ingin suaminya meluangkan lebih masa

kepadanya.

6.2 TRACER STUDY – PEMANTAUAN SELAMA 6 BULAN

Kualiti Perkahwinan

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 14


Secara umumnya, majoriti (59.8%) responden dalam kajian ini mempunyai kepuasan perkahwinan yang

rendah. Ini menunjukkan sebahagian besar responden kajian tidak atau kurang berpuas hati dengan

perkahwinan mereka. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan (63.5%) responden memperoleh skor yang

rendah. Ini memberi gambaran bahawa sebahagian besar responden kajian ini tidak mempunyai banyak

masalah berhubung perkahwinan mereka.

Walau bagaimanapun, perbandingan dari segi peratusan yang dibuat antara subskala menunjukkan

subskala keganasan menunjukkan skor yang paling rendah. Ini bermakna responden dalam kajian ini masih

boleh bertindak secara rasional iaitu tanpa menggunakan kekerasan semasa berhadapan dengan konflik

bersama pasangan masing-masing. Berdasarkan nilai purata untuk setiap item, hampir kesemua responden

lebih gemar menyelesaikan konflik dengan berbincang secara tenang (min=3.88). Selain itu, cara lain yang

paling kerap digunakan oleh responden semasa berkonflik ialah mencari maklumat untuk menyokong

pendapat masing-masing ketika berkonflik (min=2.62) ataupun menangis, (min=2.53) sebagai jalan

penyelesaian kepada konflik di samping mendiamkan diri atau menarik diri dari bercakap semasa berkonflik

(min=2.28). Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan kualiti perkahwinan adalah rendah. Responden

kajian ini berpersepsi bahawa kepuasan perkahwinan mereka adalah rendah, di samping kurang

menggunakan teknik penyelesaian semasa berkonflik walaupun mempunyai sedikit masalah dalam

perkahwinan.

Pengkaji terdahulu di mana mereka mendapati keluarga yang bertaraf sosioekonomi rendah mempunyai

kualiti perkahwinan yang rendah atau kurang memuaskan

Pada umumnya, kebanyakan (77.6%) responden yang terlibat dalam

kajian ini berkahwin pada usia yang muda, iaitu antara 15 hingga 35 tahun. Fenomena ini banyak berkait

dengan tempoh penglibatan mereka dalam institusi pendidikan formal apabila

kebanyakan mereka hanya belajar setakat sekolah rendah dan memulakan alam rumah tangga selepas

tamat persekolahan.

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 15


Peserta Program: En. Deva & Pn. Radha

Pandangan peserta program: “Kami mendapati kursus kahwin Smart Care ini tidaklah bosan seperti yang

difikirkan kerana penceramah – penceramah yang dijemput sangat memehami keadaan peserta malah

sering diselitkan dengan lawak jenaka dalam ceramah – ceramah berinformasi yang disampaikan.

Dalam berjenaka dan bergelak lawa sepanjang kursus, apa yang penting adalah isi kandungan yang cuba

disampaikan kepada kita. Dalam kursus kahwin ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak

– hak yang kita akn perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu

menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus Smart Care ini saya dapat tahu apakah yang

patut dilakukan sekiranya ada masalah yang tidak diingini dalam rumah tangga.”

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 16


Peserta Program: En. Thevan & Pn. Rathi

Peserta program: “Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti

dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita

pikul setelah bergelar suami atau isteri. Atas sebab itu pertubuhan PMBBT, telah mengadakan kursus

perkahwinan Smart Care ini untuk bakal – bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal – bakal suami dan

isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan

apabila sudah berkahwin kelak.”

Peserta Program:

Pergaulan yang baik. Saya dapati Suami isteri mestilah mempunyai hubungan dan pergaulan yang baik dan

harmonis. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan yang kesat serta perkataan yang boleh menyakiti hati

pasangan walaupun dengan hanya tujuan untuk bergurau.

Amanah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam perhubungan suami isteri. Sifat

amanah ditanamkan di dalam diri masing-masing dan jangan sesekali melakukan sebarang pengkhianatan

dan ada niat jahat di dalam pergaulan harian suami isteri dari sekecil-kecil perkara sehingga kepada

sebesar-besar perkara. Terima kasih kepada penganjur program Cik Lavanyaah .

7. KESIMPULAN

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 17


Program Smart Care ini julung pertama kalinya diadakan secara besar – besaran di Malaysia dan diharap

dapat membantu kaum India mempraktikkan ilmu mengenai alam perkahwinan dan kekeluargaan yang

berkait seiring antara satu sama lain dan juga menimba pengalaman dan pendedahan berkaitan masalah

yang bakal dihadapi oleh pasangan yang baru berkahwin. Asas pengetahuan dalam bidang perkahwinan ini

sebenarnya agak penting tetapi sering dipandang lekeh oleh sesetengah individu. Oleh itu, program ini dapat

memberi peluang kepada semua peserta untuk menceburkan diri dalam kursus ini terutama bagi pasangan

yang mempunyai keinginan untuk berkahwin

Justeru, kami amat berharap untuk mendapatkan kerjasama serta bantuan kewangan agar pihak kami dapat

menjalankan program ini dengan jayanya dan kemudian berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Segala bantuan yang diberikan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

8. LAMPIRAN

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 18


LAMPIRAN I: (SENARAI KEHADIRAN PESERTA)

LAMPIRAN II : GAMBAR PELAKSANAAN

MESYUARAT (27/1/2018)

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 19


PRA PROGRAM (17/2/2018)

AKTIVITI PEMBERSIHAN DAN PENGATURAN (23/2/2018)

PROGRAM SMART CARE PERTAMA (24/2/2018)

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 20


KAUNSELING PRA PERKAHWINAN PERTAMA (28/2/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KEDUA (3/3/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KETIGA (10/3/2018)

PROGRAM SMART CARE KEDUA (24/3/2018)

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 21


KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KEEMPAT (7/4/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KELIMA (14/4/2018)

PROGRAM SMART CARE KETIGA (28/4/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KETUJUH (1/5/2018)

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 22


KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KELAPAN (8/5/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KESEMBILAN (11/5/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KESEPULUH (12/5/2018)

PROGRAM SMART CARE KEEMPAT (19/5/2018)


DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 23
PROGRAM SMART CARE KELIMA (26/5/2018)

PROGRAM SMART CARE KEENAM (2/6/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KESEBELAS (9/6/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KEDUABELAS (16/6/2018)

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 24


KAUNSELING PRA PERKAHWINAN KETIGABELAS (23/6/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN EMPATBELAS (30/6/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN LIMABELAS (1/7/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN ENAMBELAS (2/7/2018)

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 25


KAUNSELING PRA PERKAHWINAN TUJUHBELAS (7/7/2018)

KAUNSELING PRA PERKAHWINAN LAPANBELAS (8/7/2018)

*** KESELURUHAN GAMBAR PROGRAM DAN VIDEO PROGRAM TERDAPAT PADA FILE SOFT COPY
- CD

PENCERAMAH DAN KAUNSELOR PROGRAM SMART CARE

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 26


Mr. Gunapathy
Phycology Advisor

Ms. Rubeshya
Financial Advisor

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 27


Mr. Vinayagam
Lawyer - Legal Advisor

Dr. Prakash
Doctor – Medical Advisor

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 28


Mr. Ganesan
Financial Advisor

Mr. Nathan
Lawyer – Legal Advisor

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 29


Mr. Prakash

Financial Advisor

Mrs. Lavanyaah Asirvatham

Counsellor – Role play Counselling

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 30


LAMPIRAN MEDIA

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 31


DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 32
DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 33
DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 34
PESERTA – PESERTA SMART CARE YANG BERJAYA MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 35


LAMPIRAN 3: (SALINAN RESIT –RESIT YANG BERKAITAN)

DISEDIAKAN OLEH : WAKIL PROGRAM SMART CARE 2018 PPMMBBT 36

You might also like