You are on page 1of 3

TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA (TITAS)


UTT1012
KKB
TAJUK: TAMADUN CINA

MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN AZHARI


1151799
Tamadun Cina

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas sehingga ke bahagian selatan
China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar
yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula
pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M.

Konsep tamadun China penting bagi memahami nilai-nilai Tamadun China. Tien selalu
digunakan untuk menunjukkan langit(heaven). Walaupun demikian, sejak zaman awal dalam
sejarah Negara China, Tien juga digunakan untuk menunjukkan dewa terpenting atau dewa utama.
Menurut Konfusius, konsep Dao merupakan satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh
seseorang individu atau suatu set peraturan-peraturan etika yang harus diikuti oleh seseorang
individu. Menurut Daoisme, konsep Dao bermaksud metafizik. Ini bermaksud jika terdapat suatu
proses kewujudan, maka hendaklah terdapat suatu punca utama yang meluas dan ini dipanggil
Dao.

Seterusnya, Konsep Yin dan Yang wujud di dalam alam ini akibat daripada interaksi dua
kuasa yang berlawanan. Yin mewakili perempuan, keadaan pasif, sejuk dan lembut. Yang pula
mewakili lelaki, aktif, panas dank eras. Dalam bentuk fizikal, Yang merupakan langit dan Yin
adalah bumi. Dalam agama Cina, ia dibahagikan kepada Buddhisme, Daoisme, dan Moisme.
Daoisme diasaskan oleh dua orang pemikir, Lao Zi dan Zhuang Zi. Daoisme terbahagi kepada dua
cabang yang utama iaitu pemikiran falsafah Dao (dao jia) dan aliran keaagamaan Dao (dao jiao).

Sastera China klasik terbahagi kepada puisi, prosa, drama, dan fiksyen. Puisi dalam Shijing
mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. Ia digunakan dalam pertemuan
rasmi. Prosa klasik berdasarkan standard dan stail karya pakar zaman purba khasnya klasik-klasik
Konfusius dan karya ahli falsafah zaman alam sebagai model. Ini digunakan dalam peperiksaan
rasmi dan penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya dahulu. Drama Cina yang
paling menarik ialah jenis Zaju, sejenis bentuk puisi yang digubal mengikut suit muzik tertentu
dan bersemarak pada zaman Yuan. Penulis-penulis menghasilkan karya tersebut sebagai saluran
untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan.
Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang
dalam dunia ini. Bentuk dokementasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang
jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan
rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Sistem melodi(tune) muzik Cina klasik adalah
kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara
sesuatu alat itu dimainkan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan alatan muzik
termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, layu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu
jenis alat muzik ini dimainkan, muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup,
gendering, memetik dan menggesek.

Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana kota
mempunayai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Tembok kota
mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu
malam. Tembok yang terkenal di Negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China (The
Great Wall of China) Tembok yang dibina adalah untuk mengelilingi kota dan untuk memagari
kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.

You might also like