You are on page 1of 3

Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Fotografi Sempena

Hari Kesihatan Pergigian Sedunia 2019 (WOHD 2019)

Anjuran Malaysian Dental Association (MDA)

Dengan kerjasama Program Kesihatan Pergigian, KKM

Tarikh Tutup Penyertaan: 10 Mac 2019

1. Pertandingan terbuka kepada semua warga Malaysia sahaja;

2. Peserta haruslah berumur 18 tahun dan ke atas;

3. Penyertaan adalah percuma;

4. Tema pertandingan ialah ‘Say Aah: Act on Mouth Health’ selari dengan tema sambutan
Hari Kesihatan Pergigian Sedunia (WOHD) pada tahun ini;

5. Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:


a. Pertandingan secara berseorangan / berkumpulan;
b. Semua gambar penyertaan adalah hasil karya asli, merupakan idea sendiri dan
mengikut tema pertandingan;
c. Aksi bebas mengikut kreativiti;
d. Tidak melibatkan isu-isu sensitif, termasuk keagamaan, perkauman dan politik; dan
e. Aksi secara sopan dan mengikut norma harian;

6. Setiap penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk digital (format JPEG) dan melalui
https://goo.gl/forms/vHCXP8V6bblqq7EH2.

7. Peserta haruslah menghantar gambar dengan resolusi tinggi (240 ppi / 300 ppi);

8. Penggunaan selebriti atau sebarang individu bagi sesi fotografi perlulah mendapat
kebenaran bertulis dari individu tersebut. Sebarang tuntutan kepada pihak penganjur
tidak akan dilayan;

9. Gambar yang diambil tidak boleh mengandungi sebarang unsur mempromosi jenama
produk tertentu;
10. Ahli jawatankuasa, pihak penganjur, ahli terdekat penganjur, rakan penaja, ahli terdekat
rakan penaja tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

11. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang
diberikan sekiranya gambar yang dihantar adalah tiruan atau diperolehi dari internet
atau melanggar sebarang hak cipta terpelihara;

12. Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar pernah memenangi
atau menyertai mana-mana pertandingan fotografi yang lain;

13. Setiap peserta dibenarkan menghantar maksimum tiga (3) penyertaan tetapi hanya layak
memenangi satu (1) hadiah sahaja;

14. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik mutlak Malaysian Dental Association
dan Program Kesihatan Pergigian KKM. Kedua-dua organisasi ini berhak untuk
menggunakan gambar tersebut bagi tujuan promosi dan pendidikan Kesihatan Pergigian
seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web dan lain-lain;

15. Hadiah berupa wang tunai akan diberi kepada pemenang-pemenang seperti berikut:

Johan (1): RM 800.00


Naib Johan (1): RM 500.00
Saguhati (2): RM 100.00

16. Penyertaan perlu dihantar sebelum 10 Mac 2019 (Ahad) sebelum jam 5.00 petang;

17. Setiap penyertaan bermakna peserta telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat
yang ditetapkan;

18. Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon dan/atau e-mel untuk penerimaan
hadiah. Penyampaian hadiah dan pameran foto penyertaan akan dilaksanakan melalui
acara yang akan dimaklumkan kemudian.

19. Peserta yang tidak dihubungi sehingga 1 bulan dari tarikh tutup dianggap gagal; dan

20. Keputusan juri adalah muktamad.


KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Teknik (10%): Teknik yang menarik digunakan bagi mengambil gambar


2. Komposisi (10%): Gambar yang jelas, posisi yang baik, framing yang sempurna dan tiada
anasir yang menggangu gambar
3. Contrast/Warna (10%): Gambar menggunakan warna atau contrast yang sempurna bagi
menonjolkan subjek
4. Kreativiti (30%): Gambar diambil dari pandangan yang menarik dan ditayangkan secara
unik
5. Pencahayaan (10%): Pencahayaan digunakan secara berkesan – tidak terlalu trang atau
terlalu gelap, menambahkan minat terhadap subjek
6. Fokus (10%): Imej tidak kabur dan tidak pixelated
7. Mengikut tema (20%): Imej mampu menarik minat dan mewujudkan perasaan yang
berkaitan, pada masa yang sama mengikut tema program

You might also like