You are on page 1of 14

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA TEORI PENDIDIKAN YANG DIMAJUKAN OLEH PLATO DAN

CONFUCIUS

PENGENALAN

Politik telah wujud di mukabumi sejak manusia hidup bersama-sama dalam masyarakat. Ia adalah
proses pembentukan dan pembahagian kekuasaan dalam masyarakat yang melibatkan pembuatan
keputusan, khususnya dalam negara. Ia adalah usaha yang ditempuh oleh warganegara untuk
mewujudkan kebaikan besama dan berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara.
Oleh itu, sejak zaman dahulu, para cendekiawan yang dikenali sebagai ahli-ahli falsafah,
mengemukakan pelbagai hujah terhadap pemerintahan negara. Ahli-ahli falsafah tersebut, sama ada
dunia Barat atau dunia Timur, telah memberi banyak pendapat tentang corak pemerintahan yang
diidamkan dalam karya-karya mereka supaya pemerintah-pemerintah dapat bertindak demi
kebahagian rakyat jelata. Antara ahli-ahli falsafah Barat yang terkemuka ialah Plato (428 SB – 348S ,
Aristotle (384SB – 322 S , Thomas Hobbes (5 April 1588 – 4 December 1679) , John Locke (1632 –
1704) , Jean-Jacques Rousseau (Geneva, 28 June 1712 – Ermenonville, 2 July 1778) , Karl Heinrich
Marx (May 5, 1818 – March 14, 1883) dan sebagainya. Pemikir-pemikir politik Timur yang terkenal
pula termasuk Confucius (551 BC - 479 BC) , Abul al-Hasan al-Marwadi (972-1058 A.D.) , Sayyid Abul
A'la Maududi (September 25, 1903 - September 22, 1979) dan sebagainya. Setengah-setengah
daripada mereka juga merupakan ahli pendidik yang mendapat sanjungan tinggi dalam sejarah
manusia. Umpamanya, Plato, Aristotle dan Confucius juga merupakan ahli-ahli pendidik yang cuba
memberi ajaran-ajaran dan menyampaikan fahaman-fahaman politik mereka kepada anak-anak
murid mereka melalui pendidikan. Mereka berharap anak-anak murid mereka dapat berkhidmat
kepada negara dengan berpandukan fikiran mereka agar fahaman-fahaman politik mereka tercapai.

LATAR BELAKANG PLATO

Plato merupakan salah seorang ahli falsafah Yunani klasik yang terkenal. Bersama-sama gurunya
Socrates dan anak muridnya Aristotle, beliau telah meletakkan satu asas kepada falsafah Barat. Plato
juga merupakan seorang ahli matematik, penulis dialog falsafah dan pengasas institusi pengajian
tinggi yang pertama, iaitu Academy di Athens, di dunia Barat. Beliau sangat terpengaruh oleh fikiran
Socrates, yang pada pendapat beliau, dihukum mati secara tidak adil. Beliau dilahirkan dalam sebuah
keluarga dari kelas tinggi dalam aristokrasi Athens. Bapa beliau ialah keturunan Codrus, bekas Raja
Athens. Abang seorang nenek moyang emak beliau ialah Solon, seorang negarawan dan penggubal
undang-undang agung Athens dan salah seorang bapa saudara Plato ialah Critias, seorang ahli
“Council of Thirty”. Plato telah menyaksikan kekalahan negaranya Athens dalam Perang
Peloponnesian yang membawa kepada kemerosotan demokrasi Athens. Selain itu, kematian
gurunya, Socrates, juga telah menyebabkan cita-cita beliau untuk memasuki bidang politik terbantut.
Oleh itu, Plato telah mengambil keputusan untuk memikirkan cara yang terbaik untuk
membangunkan semula negaranya khasnya dan negara-negara lain amnya. Kajian beliau bertumpu
kepada bagaimana mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia kerana beliau
berpendapat manusia dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna sekirannya mereka dapat
memahami dan menyesuaikan diri dalam alam persekitaran mereka. Kematian Socrates merupakan
satu pengalaman yang pahit dalam hidup Plato dan telah mengukuhkan kekecewaannya dalam
demokrasi. Selepas peristiwa tersebut, Plato telah meninggalkan Athens dan mengembara ke
Megara, Mesir, Cyerene, Magna Graecia di selatan Itali, Tarentum dan Sicily. Plato membahaskan
pendapatnya dengan pemerintah-pemerintah bahawa raja-raja mestilah adalah ahli-ahli falsafah
(philosophers) dan berkhidmat atas nilai-nilai moral yang mulia daripada kepentingan peribadi,
tetapi tidak berjaya. Selepas dua belas tahun menggembara dan pada umur lebih kurang 40 tahun,
Plato balik ke Athen dan telah mendirikan Academy pada lebih kurang 385 SM. Academy merupakan
satu pusat pengajian dan penyelidikan pada masa itu. Academy terus beroperasi sehingga tahun
529. Dialog-dialog harian antara Plato dan murid-muridnya telah dikumpulkan dalam karya-
karyanya, termasuk The Republic, The Laws dan Statesman. Plato membentangkan konsep polisi
pendidikan dalam dua karya yang terkemuka, iaitu “The Republic” dan “The Laws”. Dalam The
Republic, beliau membentangkan konsep negara yang ideal yang merangkumi ‘keadilan”.
Sebenarnya, “The Republic” semata-mata adalah mengenai teori-teori negara ideal manakala “The
Laws” adalah aplikasi secara praktikal dalam kes konkrit hipotetikal. Guru-guru dan pelajar-pelajar
hidup dalam satu suasana komuniti yang diperkayakan oleh pendekatan pengajaran dialektik di
mana persembahan doktrinal diikuti oleh perbincangan.

LATAR BELAKANG CONFUCIUS

dilahirkan pada tahun 551 Sebelum Masihi di bandar Qifu di negara Lu (sekarang Province Shandong,
China) dalam sebuah keluarga bangsawan yang miskin. Beliau merupakan seorang pemikir dan ahli
falsafah sosial China yang terkenal yang ajaran-ajaran dan falsafahnya sangat mempengaruhi fikiran
dan kehidupan bangsa China, Korea, Jepun dan Vietnam. Beliau memulakan pekerjaannya sebagai
seorang guru. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya.
Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu. Selepas beberapa
tahun, ajarannya serta teorinya disebarkan secara meluas ke seluruh China oleh anak muridnya dan
kemudiannya ramai orang memanfaatkannya. Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai
majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu.
Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan
dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan. Confucius meninggalkan kawasan
pentadbirannya pada tahun 496 S.M. (Sebelum Masihi) untuk mengembara sambil mengajar di
sekitar negara-negara kecil di timur laut dan pertengahan China dan menjelaskan kepercayaan
politiknya dan berharap untuk memujuk raja-raja negara lain membenarkan beliau melancarkan
reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu.
Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau
berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan meninggal 3 tahun kemudiannya di Lu – 479 S.M. Pada
zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah komplot
penggulingan kuasa. Confucius mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang
bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai
mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta dahulu. Beliau mengadakan penegasan ajaran-
ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Adalah dipercayai bahawa beliau telah menyunting kesemua
“Five Classics” seperti “Classic of Rites”, dan menulis “Spring and Autumn Annals” (春秋). Beliau
meninggal dunia pada umur 83. Selepas kematiannya, ajaran-ajaran Confucius telah disusun oleh
pengikut-pengikutnya dalam Lunyu (Inggeris:Analects), di mana ia merupakan kitab yang paling
tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta ajarannya. Falsafah Confucius menitikberatkan moral
peribadi dan pemerintahan, pembetulan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai-nilai
tersebut mendapat sambutan yang lebih tinggi daripada doktrin-doktrin lain seperti Legalism atau
Taoism dalam Dinasti Han (206 Sebelum Masihi – 220 selepas Masihi). Fikiran-fikiran Confucius telah
dikembangkan dalam satu sistem falsafah yang dikenali Confucianism.
TEORI PENDIDIKAN YANG DIMAJUKAN OLEH PLATO

Teori pendidikan yang diutarakan oleh Plato adalah kena-mengena dengan falsafah politik beliau.
Plato ialah seorang pemikir idealiazational yang mengemukakan konsep negara yang unggul di mana
keadilan wujud dalam masyarakat. Ini adalah kerana mengikut Plato, manusia berkehendakkan
sesuatu daripada negara, iaitu keadilan, di mana mereka dapat hidup dalam suatu struktur
tanggungjawab tertentu. Keadilan yang dimaksudkan oleh Plato ialah kejujuran, moral dan sifat-sifat
baik seseorang yang sempurna.Plato berpendapat bahawa sesuatu negara itu wujud untuk
membolehkan manusia dapat mengerjakan sesuatu di dunia ini dan memastikan keharmonian hidup
dapat dicapai. Dalam sebuah negara yang ideal, setiap manusia mempunyai fungsi-fungsi masing-
masing. Untuk tujuan tersebut, Plato telah membahagikan masyarakat kepada tiga kelas fungsi, iaitu
Kelas Penguasa (Philosophers), Kelas Pembantu Penguasa (Warriors) dan Kelas Pekerja
(Commoners). Kelas Penguasa, sebagai ketua negara, bertanggungjawab memantau (watch over)
kelicinan pentadbiran dan keharmonian negara manakala Kelas Pembantu Penguasa
bertanggungjawab atas keselamatan dalam dan luar negara. Plato telah mencadangkan satu sistem
pendidikan yang mempunyai kepentingan utama untuk politik negara, iaitu bertujuan untuk
mewujudkan ketiga-tiga kelas tersebut. Plato telah mencipta satu program pendidikan di mana
kanak-kanak akan belajar mulai umur 5 tahun dan akan dididik sehingga umur 18 tahun dalam ilmu
sejarah, matematik dan pendidikan jasmani supaya mereka mempunyai pengetahuan asas.
Kemudian, pada umur 18 hingga 20 tahun, mereka akan diajar ilmu mempertahankan diri dan
gimnastik. Mereka akan diuji dan yang gagal akan menjadi Golongan Pekerja atau Saudagar. Mereka
yang berjaya akan terus diberikan pendidikan dalam ilmu sains, matematik dan astronomi sehingga
mereka berumur 30 tahun. Pada masa itu, mereka akan menduduki satu peperiksaan. Mereka yang
gagal akan menjadi Golongan Pembantu Penguasa (Askar atau Pemerintah Tentera) manakala yang
berjaya merupakan satu kumpulan yang kecil yang akan tinggal di akademik untuk melanjutkan
pelajaran mereka. Kumpulan tersebut akan mendalami ilmu falsafah dan pentadbiran untuk
beberapa tahun lagi. Dari kumpulan inilah timbul seorang raja (RajaBerfalsafah atau Philosophy King)
yang adil, bermoral, berkebolehan, bijak dan berkeperibadian lebih tinggi daripada orang lain. Sistem
pendidikan Plato itu telah menjadi satu alat untuk menentukan siapa yang memerintah dan siapa
yang diperintah dan ia juga telah menjadi asas kepada teori politik Plato. Salah satu tugas pendidikan
dalam negara Platonik adalah untuk mengekalkan keadaan yang sedia ada. Semua inovasi adalah
dilarang dan pendidikan mestilah menentang segala perubahan dan semua bentuk subversif.
Meskipun konservatism Plato yang ekstreme, Plato mempunyai pendapat-pendapat yang inovatif
juga. Umpamanya, beliau menyokong dan menggalakkan persamaan jantina pada satu masa apabila
kaum wanita hanya dihadkan kepada hal rumahtangga. Wanita, seperti lelaki, juga dilatih gimnastik
dan dijangka pergi berperang dalam pakaian perisai seperti lelaki. Beliau mencadangkan perempuan
diberi pendidikan yang sama dengan lelaki tanpa diksriminasi sesama mereka. Mengikut beliau,
walaupun wanita lebih lemah daripada lelaki dalam banyak bidang, tetapi pasti ada wanita yang
lebih berkemampuan daripada lelaki dalam beberapa bidang walaupun bilangannya lebih kecil
daripada bilangan lelaki. Malahan, Plato mencadangkan wanita boleh juga terlibat dalam bidang
politik sekiranya mereka lebih berkebolehan daripada lelaki kerana Plato menekankan kemampuan
atau kebolehan dan bukan jantina. Penyertaan dalam politik bukan sahaja penting dari segi
kedudukan di dalam satu kelas sosial tetapi juga mempunyai kepentingan untuk jantina itu sendiri.
Plato juga menetapkan pendidikan wajib bagi untuk semua, itulah untuk semua anggota bagi Kelas
Penguasa. Dalam buku beliau “Republic”, program pendidikan dibahagikan kepada dua bahagian,
iaitu pendidikan intelektual dan pendidikan moral. Plato juga sangat menitikberatkan pendidikan
moral dan politik. Melalui pendidikan moral, pelajar-pelajar akan mengalami perasaan sakit dan puas
dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Mereka akan melakukan perbuatan yang baik dan perbuatan
yang sebaliknya dan ini dapat dicapai dengan memberi ganjaran dan hukuman yang bersesuaian.
Plato mencadangkan dua kaedah untuk menyampaikan pendidikan moral. Pertama, kaedah
Indoktrinasi digunakan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai tahap intelek yang rendah. Kedua,
kaedah hard intelectual training atau latihan intelektual cergas diberikan kepada pelajar-pelajar yang
lebih cerdik. Latihan moral selalu dikaitkan dengan perbicaraan tentang politik oleh Plato kerana
beliau percaya bahawa politik merupakan satu sistem didikan moral. Politik mempunyai kaitan
dengan keadilan dan keadilan bermakna kehendak untuk membangkitkan satu masyarakat yang
sempurna. Untuk manusia membangkitkan satu masyarakat yang sempurna, manusia harus
menerima satu sistem didikan moral yang tegas dan tegang. Plato, sesungguhnya, adalah pendidik
pertama yang memformulasi satu sistem pendidikan lengkap yang meliputi segenap aspek daripada
pentadbirannya hingga ke satu kurikulum yang terperinci. Dalam Laws, Plato mengatakan bahawa
keseluruhan sistem pendidikan patut diterajui oleh satu 'Penyelia Pendidikan' yang akan menyelia
semua aspek pendidikan kanak-kanak kedua-dua jantina. . Beliau seharusnya 'seorang lelaki tidak
kurang daripada 50 tahun, dan bapa satu buah keluarga sah, lebih baik kedua-dua jantina'. Di bawah
beliau, terdapat penyelia-penyelia gimnasium dan sekolah yang bertanggungjawab ke atas
penyenggaraan dan pendidikan yang diberikan, penyeliaan kehadiran dan penginapan kanak-kanak
kedua-dua jantina dan hakim-hakim bagi peserta-peserta dalam pertandingan muzik dan olahraga.
Pertandingan ini adalah penting disebabkan kerjaya Penguasa adalah ditentukan oleh keputusannya.
Oleh kerana kesihatan dan keindahan bagi kedua-dua badan dan fikiran adalah matlamat penting
bagi pendidikan Platonic (Laws, 788c), pendidikan, mengikuti adat Orang Yunani, adalah dibahagi
kepada dua bahagian, iaitu gimnastik dan muzik (budaya). Pendidikan jasmani bermula sebelum
kelahiran. Wanita hamil adalah dinasihatkan berjalan-jalan dan bergerak-gerak sebanyak yang
mungkin kerana setiap jenis gerakan ada kena-mengena dengan kesihatan dan keindahan bayi yang
belum lahir (Undang-undang, 789d). Plato juga mengatakan bahawa pendidikan prasekolah adalah
tanggungjawab ibubapa yang memberi ajaran kepada anak-anak dengan disiplin yang boleh diukur.
Sekiranya anak-anak terlalu dimanjakan, mereka akan mudah khuatir, jengkel dan mudah susah hati
akibat perkara-perkara yang remeh dan kezaliman dan menyebabkan mereka tidak sesuai untuk
kehidupan tempatan dan sivik' (Laws, 791c). Pendidikan kebudayaan bermula pada umur yang kecil
melalui cerita-cerita yang diceritakan oleh ibu bapa kepada anak mereka. Plato memberi penekanan
pada kandungan cerita-cerita kerana tanggapan pertama akan mempengaruhi minda dan aksara
kanak-kanak. Jadi, kandungan cerita-cerita ini mesti ditapis. Permainan-permainan juga harus
menyumbang kepada pendidikan kanak-kanak. Kata beliau, “Seseorang yang akan berbakat dalam
sesuatu apabila dewasa harus berlatih dalam aspek tersebut sejak kanak-kanak lagi. (Law, 643b )
Dari umur 3 tahun hingga 6 tahun, kanak-kanak harus bermain bersama-sama di bawah penyeliaan
seorang petugas wanita. Plato mencadangkan kanak-kanak memasuki sekolah apabila berusia 6
tahun. Mereka mula-mula mempelajari kemahiran membaca, menulis dan mengira. Muzik mula
diajar pada umur 13 tahun dan mereka tidak dibenarkan memanjangkan atau memendekkan
tempoh pembelajaran muzik sama ada mereka gemar atau benci muzik. (Laws, 809e -810a) Pelajar-
pelajar juga terlibat dalam pelbagai jenis sukan, termasuk menunggang kuda dan latihan senjata.
Keseimbangan antara kebudayaan dan gimnastik harusn seboleh-bohenya dikekalkan dengan
sempurna. (Republic, 411c et seq.) Pada usia 18 tahun apabila tempoh pendidikan asas berakhir,
mereka mesti menyertai pelbagai jenis pertandingan dan peperiksaan dan mereka diperlukan
melibatkan diri secara eksklusif dalam latihan fizikal dan ketenteraan selama dua hingga tiga tahun.
Pada usia 21 tahun, pelajar-pelajar dipilih berdasarkan prestasi lepas mereka untuk melanjutkan
pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Jadi, pendidikan adalah wajib sehingga usia 20 tahun. Pengajian
tinggi ini, yang mengambil masa selama 10 tahun, terdiri daripada pengumpulan dan penyusunan
sistematik pengetahuan yang dipelajari sebelum itu. Ini merupakan satu keperluan dalam
pemahaman dialektik. (Republic, 537c) Pada peringkat ini, Laws akan dikaji sebagai manual politik,
sains kemasyarakatan dan undang-undang perbandingan. (Laws, 811c-d) Penekanan khas diberikan
ke atas kajian empat disiplin, iaitu aritmetik, geometri, astronomi dan keharmonian, untuk
menyediakan pelajar mengkaji falsafah. Mengikut Plato, matematik membebaskan fikiran daripada
sensasi, membiasakannya dengan dunia pemikiran tulen dan menjadikan jiwa mencapai kemuncak
dunia idea. Melalui geometri, pelajar belajar bagaimana memanipulasi konsep-konsep (Republic, 510
– 511). Astronomi memulakan jiwa pada tatatertib dan keharmonian tetap bagi kosmos.
Keharmonian bertumpu kepada pencarian dan pengetahuan tentang undang-undang. Pada usia 30
tahun dan bukan sebelumnya, pelajar-pelajar Plato akhirnya mula mengkaji falsafah atau dialektik.
Selepas 5 tahun, mereka mesti “balik semula ke gua” dan berkhidmat selama 15 tahun dalam
tentera dan perkhidmatan awam di mana mereka selalu diuji. Pada usia 50 tahun, sesiapa yang telah
menunjukkan pencapaian prinsip-prinsip teori yang menyakinkan akan menerima latihan lanjutan
selama 15 tahun, di mana ia mengandungi latihan bekerja. Hanya mereka yang dapat membuktikan
bahawa mereka mampu menggunakan pendidkan yang diterima ke dunia sebenar akan layak untuk
memasuki kelas pelindung. Lebih dari itu, hanya mereka yang menunjukkan minat dengan jelas
terhadap kebajikan orang awam, layak menjadi pelindung.. Lebih dari itu, hanya mereka yang
menunjukkan minat dengan jelas terhadap kebajikan orang awam, layak menjadi pelindung. Mereka
yang lulus akan berpegang kepada tingkahlaku-tingkahlaku yang baik dan menggunakannya untuk
memerintah negara. Apabila bersara, pegawai-pegawai kerajaan ini akan dapat berasa sepenuhnya
keseronokan falsafah sebagai ganjaran jiwa mereka. Kota Plato pada asasnya adalah sebuah
masyarakat pendidikan. Ia dicipta menerusi pendidikan. Ia boleh berterusan dengan syarat semua
rakyatnya menerima satu pendidikan yang membolehkan mereka membuat keputusan-keputusan
politik rasional. Pendidikan adalah untuk mengekalkan sesebuah negara sempurna (intact) dan
mempertahankannya terhadap semua inovasi yang berbahaya. Matlamat pendidikan bukan
perkembangan peribadi tetapi sebaliknya perkhidmatan bagi negeri, yang merupakan jaminan
kepada kebahagiaan rakyatnya selagi mereka membenarkan ia menjadi penjelmaan keadilan.

TEORI PENDIDIKAN YANG DIMAJUKAN OLEH CONFUCIUS

Confucius hidup dalam “Zaman MusimBunga dan Musim Luruh” (Spring & Autumn Period) di mana
negara-negara di China berperang antara satu sama lain dan menawan sebanyak-banyak tanah yang
boleh. Rakyat hidup dalam keadaan azab-sengsara dan tidak selamat manakala orang-orang
bangsawan dapat menikmati kehidupan yang mewah. Pemerintah-pemerintah boleh diguling bila-
bila masa oleh pemerintah negara-negara lain atau pembesar-pembesar sendiri. Confucius
mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara
penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-
ajaran pendeta dahulu. Justeru, beliau menegaskan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya.
Beliau juga telah mengemukakan banyak ungkapan bijak dan teori-teori tentang undang-undang,
kehidupan dan kerajaan. Beliau membantu kerajaan dan maharaja dengan pengajaran-pengajaran
mengenai bagaimana maharaja patut memerintah negeri dengan jayanya. Falsafah Confucius
menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan.
Dalam zaman perpecahan dan peperangan antara negara-negara feudal yang tidak berhenti-henti,
Confucius berikhtiar untuk mengembalikan Mandat Syurga (Mandate of Heaven) yang dapat
menyatpadukan “dunia” (iaitu China) dan mengurniakan keamanan dan kemakmuran kepada rakyat.
Oleh kerana visi kesempurnaan individu dan sosial beliau diinterpretasikan sebagai pengembalian
masyarakat yang bertatatertib seperti zaman dahulu, beliau menggunakan institusi-institusi dan adat
lepas untuk menggerakkan agenda politiknya yan baru: pengembalian sebuah negara yang
bersatupadu di mana pemerintah-pemerintah akan mewarisi kuasa berdasarkan merit moral dan
bukan “parentage”. Pemerintah-pemerintah seperti itu akan menyebarkan akhlaknya kepada rakyat
dan bukan memaksa rakyat mengikut tingkahlaku yang betul melalui undang-undang dan peraturan-
peraturan. Salah satu ajaran-ajaran Confucius yang berpengaruh ialah keutamaan teladan individu
mengatasi undang-undang tingkahlaku explisit. Disebabkan ajaran-ajaran moral beliau lebih
menekankan pembinaan akhlak kendiri, pelagakan contoh-contoh moral, dan pencapaian
penghakiman mahir daripada pengetahuan mengenai peraturan-peraturan, (“emphasises self-
cultivation, emulation of moral exemplars, and the attainment of skilled judgment rather than
knowledge of rules”), etika Confucius boleh dikenali sebagai sejenis etika “virtue” (virtue ethics).
Beliau mengutamakan ketaatan kepada keluarga, pemujaan nenek-moyang, kehormatan kepada
orang-orang tua oleh anak-anak mereka, kehormatan kepada suami oleh isteri-isteri mereka dan
keluarga sebagai asas kepada sebuah kerajaan yang ideal. Confucius mengemukakan prinsipnya yang
terknal seperti “Jangan melakukan kepada orang lain apa yang kamu tidak ingin dilakukan kepada
diri sendiri” (Peraturan Emas) (Do not do to others what you do not want done to yourself" Golden
Rule). Beliau juga menyeru orang-orang China, terutamanya yang memiliki kekuasaan politik,
mencontohi teladan-teladan dahulu. Adat / Etika (Li) Teori etika Confucius seperti yang dinyatakan
dalalm buku “Li” berdasarkan atas tiga konsep aspek kehidupan yang penting, iaitu adat mengenai
korban kepada nenek-moyang dan pelbagai dewa-dewi (deities), institusi-institusi sosial dan politik,
dan etika tingkahlaku harian. Konsep-konsep ini adalah berkaitan dengan melakukan perkara yang
sepatutnya pada masa yang tertentu, dan berhubung dengan kepercayaan bahawa latihan dalam Li,
yang dibentuk oleh pendeta-pendeta lepas mengajar manusia nilai-nilai akhlak yang merangkumi
penilaian etika mengenai bila Li mesti diikuti dalam konteks-konteks atau keadaaan-keadaan
tertentu. Analect II,3 menyatakan bahawa “dengan membimbing rakyat dengan perintah
pentadbiran (“administrative injunctions”) dan meletakkan mereka di tempat mereka melalui
undang-undang, mereka akan mengelakkan diri daripada hukuman tetapi tanpa sebarang perasaan
malu. Membimbing mereka dengan “excellence” dan meletakkan mereka di tempat mereka melalui
latihan peranan dan adat istiadat, di samping membina satu perasaan malu, mereka akan mengawal
diri sendiri secara harmoni”. Ini adalah kerana Confucius berpendapat bahawa di bawah hukuman
undang-undang selepas tindakan-tindakan yang haram, manusia biasanya akan bertindak mengikut
undang-undang tanpa memahami alasan-alasan mengapa mereka harus bertindak begitu.
Sebaliknya, adat (Ritual), corak tingkahlaku dibentuk secara dalaman dan boleh memberi pengaruh
sebelum sesuatu tindakan diambil. Dengan itu, manusia akan bertindak betul kerana mereka takut
malu. Mengikut Confucius, makna adat (ritual) merangkumi kesopanan dan kelakuan hingga ke
kefahaman kedudukan seseorang dalam masyarakat. Secara luaran, adat digunakan untuk
membezakan antara manusia; penggunaannya membolehkan manusia mengetahui siapa yang muda
dan siapa yang tua, siapa adalah tetamu dan siapa adalah tuan rumah dan sebagainya. Secara
dalaman, adat memberikan panduan kepada manusia tentang tanggungjawab mereka terhadap
manusia lain dan apa yang diharap dari mereka. Penjiwaan (internalization) adalah proses utama
dalam adat (ritual). Formaliti tingkahlaku menjadi terbatin secara progresif, keinginan-keinginan
adalah disalurkan dan pemupukan keperibadian menjadi tanda kebenaran sosial. Mematuhi adat
dengan keikhlasan menjadikan adat satu cara yang paling berkesan untuk memupuk perangai
seseorang. Adat boleh diibaratkan sebagai satu cara unutk mencari keseimbangan antara sifat-sifat
berlawanan yang mungkin membawa kepada konflik. Ia membahagikan manusia kepada beberapa
kategori, dan membentuk hubungan berhierarki melalui protokol-protokol dan upacara,
memberikan setiap manusia satu tempat dalam masyarakat dan satu gaya tingkahlaku yang sesuai.
Yi (Righteousness) Satu konsep lagi yang dikemukakan oleh dalam teori pendidikan Confucius ialah Yi
yang bermakna apa yang paling baik dilakukan dalam konteks dari kacamata etika. Ia adalah
bertentangan dengan tindakan yang dilakukan untuk kepentingan diri sendiri. Sungguhpun tindakan
seseorang untuk kepentingan diri tidak semestinya buruk, dia akan menjadi seorang yang lebih baik,
“righteous” jika kehidupannya mengikuti satu arah yang dibentuk untuk mencapai “kebaikan yang
lebih besar”. Ia bermakna melakukan sesuatu yang betul untuk alasan yang betul. Ren (Humaneness)
Ren merupakan satu “kebaikan” seseorang memenuhi tanggunjawabnya terhadap manusia lain,
biasanya diterjemahkan sebagai “kemurahan hati” atau “humaneness” (atau “Goodness”, Arthur
Waley). Sistem moral Confucius berasaskan “empati” (empathy) dan kefahaman atas orang lain.
Dengan memupuk tindakbalas secara spontan seseorang supaya ia dapat memberi panduan kepada
tindakannya secara intuitif (intuitive) adalah lebih baik daripada hidup mengikut peraturan-
peraturan “Yi”. Nilai “Ren” adalah berkait rapat dengan Golden Rule “one must always treat others
just as one would want others to treat oneself” dan “What you do not wish for yourself, do not do to
others" dan bertujuan untuk memupuk keharmonian antara manusia dengan mengenalpasti
kepentingan diri dan manusia lain. Rén juga mempunyai satu dimensi politik dan adalah asas bagi
teori politik Confucius. Jika raja itu tidak mempunyai rén, Confucius berpendapat bahawa adalah
susah atau tidak mungkin rakyat baginda bertingkahlaku keperimanusiaan. Seorang raja autokratik
yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat akan kehilangan mandat syurga (Mandate of
Heaven) untuk memerintah dan tidak harus dituruti. Tetapi, rakyat mesti taat kepada seorang raja
yang memerintah secara kemanusiaan dan mengambil tahu kebajikan rakyat. Meritokrasi
(Meritocracy) Mengikut Analeks(XV,39), Confucius mengatakan bahawa “tidak patut wujud
perbezaan kelas dalam pengajaran” (In teaching, there should be no distinction of classes). Sesiapa
pun berhak menerima pendidikan tanpa mengira latarbelakangnya, samada dia berasal dari kelas
bangsawan atau kelas bawahan. Seseorang dari kelas bawahan juga boleh menjadi “Junzi”
(gentleman) sekiranya dia memiliki sifat-sifat yang mulia manakala anak raja yang tidak tahu malu
hanya seorang “Xiao Ren” (Small man). Beliau menerima pelajar-pelajar dari pelbagai kelas sosial
sebagai pelajar-pelajar atau pengikut-pengikutnya. Ini merupakan satu demonstrasi dan bantahan
yang jelas terhadap struktur feudal dalam masyarakat China pada masa itu. Seterusnya, Confucius
mengemukakan ide meritokrasi yang membawa kepada pengenalan sistem peperiksaan diraja di
China. Sistem ini membolehkan siapa-siapa yang lulus dalam peperiksaan menjadi pegawai kerajaan,
iaitu satu kedudukan yang membawa kekayaan dan kehormatan untuk seluruh keluarga. Calon-calon
untuk jawatan awam telah dipanggil untuk peperiksaan berkenaan dengan keunggulan moral
mereka oleh maharaja. Sesiapa yang ingin menjadi pegawai kerajaan mesti membuktikan kebolehan
dan nilainya melalui peperiksaan bertulis. Satu pencapaian Confucius lagi ialah penubuhan sekolah
yang telah menghasilkan ramai negarawan yang memiliki perasaan kenegaraan dan tanggungjawab
yang kuat, yang dikenali sebagai “Rujia”. Beliau juga memuji raja-raja yang menyerahkan
pentadbiran negara kepada orang yang paling berkelayakan berbanding dengan kepada anak-anak
sulung baginda. Hubungan (Relationship) Hubungan adalah satu aspek penting dalam Confucianism.
Tanggungjawab-tanggungjawab tertentu timbul dari suatu keadaan tertentu berhubung dengan
orang lain. Seseorang individu secara spontan mempunyai beberapa hubungan berbeza dengan
orang-orang yang berlainan. Umpamanya, dia boleh menjadi seorang junior terhadap ibubapa dan
orang-orang tua-tua, dan sebagai “senior” terhadap adik-beradik, pelajar dan sebagainya. Sementara
junior terhutang budi terhadap senior, senior juga perlu murah hati dan mengambil tahu junior-
juior. Keharmoian sosial merupakan matlamat utama Confusianisme. Ia akan mengakibatkan setiap
indivdu mengetahui status dalam masyarakat dan memainkan peranannya dengan baik. Ketaatan
kepada ibubapa (Filial piety) Ketaatan kepada ibubapa merupakan antara keahklakan yang paling
penting dalam budaya China dan mesti ditunjukkan terhadap manusia yang hidup dan yang telah
meninggal (termasuk nenek moyang). Ia bercirikan kehormatan seseorang anak terhadap
ibubapanya. Ia telah dikembangkan lagi kepada satu siri lima hubungan (a series of five
relationships), iaitu pemerintah terhadap menteri, bapa terhadap anak, suami terhadap isteri, abang
terhadap adik dan kawan terhadap kawan. Tugas-tugas tertentu telah ditetapkan untuk setiap
individu dalam set hubungan-hubungan tersebut. Tugas-tugas seumpama adalah juga dilanjutkan
kepada si mayat, di mana yang hidup itu mesti menghormati si mati dalam keluarga mereka. Ini
membawa kepada penghormatan terhadap nenek moyang. Dalam masa ketaatan kepada ibu bapa
dianggap penting dalam sistem perundangan China, seorang penjenayah akan dihukum lebih keras
jika pesalah telah melakukan jenayah pada seorang ibubapa, bapa-bapa selalu memiliki kuasa yang
besar ke atas anak mereka. Kesetiaan (Loyalty) Ketaatan bermakna individu-individu yang diperintah
mesti taat setia terhadap pemerintah mereka yang dikatakan telah menerima “amanah syurga”
(Mandate of Heaven) kerana moral dan kejujuran pemerintahnya. Ia lebih menitikberatkan obligasi
yang diperintah kepada pemerintah tetapi sebaliknya kurang terhadap kewajipan-kewajipan
pemerintah kepada rakyat yang diperintah. Konsep kesetiaan telah diperluaskan kepada
tanggungjawab-tanggungjawab terhadap kawan, keluarga dan pasangan di mana kesetiaan terhadap
keluarga diberi keutamaan, diikuti oleh kesetiaan terhadap pasangan, pemerintah dan akhirnya
kawan. Kesetiaan merupakan salah keahlakan yang utama dalam fikiran Confucius khasnya dan
kebudayaan China amnya. Bagaimanapun, Confucius menyedari konflik selalu wujud antara
Kesetiaan terhadap negara atau pemerintah dengan ketaatan terhadap ibubapa atau keluarga dan
banyak peristiwa telah berlaku dalam sejarah China di mana seseorang anak perlu membuat
keputusan yang bijaksana semasa berhadapan dengan situasi ini. Junzi (Gentleman) Confucius
menyeru semua manusia berusaha untuk mencapai ideal menjadi seorang Junzi (Gentleman or
Perfect man). Junzi dianggap sebagai seorang individu yang memiliki keakhlakan “saint”, sarjana dan
“gentleman”. Junzi juga diharap menjadi satu panduan atau teladan moral kepada masyarakat.
Mereka mestilah memupuk nilai-nilai moral dalam diri sendiri, menunjukkan ketaatan kepada
ibubapa dan kesetiaan kepada negara atau pemerintah serta memupuk kemanusiaan atau
kemurahan hati.

PERSAMAAN TEORI PENDIDIKAN YANG DIMAJUKAN OLEH PLATO DAN CONFUCIUS

Sungguhpun Plato dan Confucius berasal dari dunia Barat dan Dunia Timur masing-masing, tetapi
wujud banyak persamaan jika kita membandingkan teori pendidikan yang dimajukan oleh kedua-dua
ahli falsafah dan pendidik.

Matlamat Pendidikan

Tidak dapat dinafikan bahawa matlamat utama yang ingin dicapai oleh mereka melalui pendidikan
tidak lain tidak bukan untuk mewujudkan satu masyarakat yang berharmoni di mana kebajikan
rakyat dalam sesebuah negara diberi perhatian oleh pemerintah dan dapat hidup dalam keadaan
aman sejahtera. Meskipun istilah yang digunakan oleh Plato dan Confucius adalah berbeza, iaitu
“keadilan” dan “harmoni”, tetapi matlamat muktamad adalah sama, iaitu kebajikan rakyat mestilah
dipelihara. Teori-teori pendidikan mereka adalah berkait rapat dengan politik dan bertujuan untuk
mempengaruhi corak dan cara pemerintahan pemerintah-pemerintah negara. Kedua-dua ahli
falsafah tersebut menegaskan bahawa pemerintah-pemerintah mestilah memiliki nilai-nilai murni
yang baik seperti kejujuran dan bermoral agar rakyat dapat mencapai kehendak mereka, iaitu
keadilan dan harmoni dalam negara. Kebajikan rakyat mestilah lebih diberi keutamaan daripada
kepentingan diri sendiri seperti yang dicadangkan oleh Plato bahawa insitusi keluarga dan hak milik
persendirian harus dihapuskan di kalangan pemerintah . Satu contoh yang ketara mengenai konsep
ini ialah apabila Confucius menemui seorang wanita yang menangis di hadapan kubur dan
mengatakan bahawa suami, mertua dan anaknya dibunuh oleh harimau. Apabila Confucius
menanyakannya mengapa dia tidak mahu meninggalkan tempat yang merbahaya itu, wanita
tersebut menjawab bahawa tidak terdapat kerajaan yang menindas rakyat di tempat ini. Confucius
pun mengatakan bahawa “Kerajaan yang menindas rakyat adalah lebih garang dan ditakuti daripada
seekor harimau” (An oppressive government is fiercer and more feared than a tiger. 苛政猛于虎) Ini
bermakna kerajaan di tempat tinggal wanita tersebut tidak memerintah dan menjaga kebajikan
rakyat dengan baik dan kerajaan seperti itu lebih ditakuti daripada seekor harimau oleh rakyatnya.

Peperiksaan

Kedua-dua ahli pendidik tersebut sama-sama mementingkan sistem meritokrasi, iaitu pemilihan
orang yang menerajui pemerintahan negara berdasarkan kelayakan dan akhlak dan bukan melalui
sistem warisan. Peperiksaan telah dicadangkan untuk menapis mereka yang berkaliber daripada
berjuta-juta rakyat. Peperiksaan digunakan untuk memilih individu untuk mengisi tempat-tempat
kosong pemerintahan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Umpamanya, Plato mencadangkan
peperiksaan pada tahap-tahap tertentu untuk memilih individu-individu yang sesuai untuk menjadi
Raja Berfalsafah, Pembantu Penguasa dan Golongan Pekerja yang masing-masing memainkan
peranan mereka. Begitu juga Confucius mengemukakan sistem peperiksaan, yang berjalan hampir
2000 tahun sehingga Dinasti Manchu, yang bertujuan untuk memilih kumpulan terpelajar yang
bermoral yang bertekad untuk berkhidmat kepada negara untuk kebajikan rakyat.

Persamaan Hak Untuk Menerima Pendidikan

Plato dan Confucius berpendapat bahawa semua manusia harus diberikan peluang dan hak yang
sama untuk menerima pendidikan, tanpa mengira status masyarakat mereka. Malahan, Plato
mengatakan tiap-tiap kelas dalam suatu masyarakat memiliki hak-hak kewarganegaraan dan salah
satu daripadanya ialah hak untuk mendapat pendidikan. Misalnya, Plato mencadangkan kedua-dua
kaum lelaki dan kaum wanita untuk menerima pendidikan di sekolah manakala Confucius juga
mengatakan bahawa perbezaan kelas tidak harus wujud dalam pendidikan.(In teaching, there should
be no distinction of classes. 有教无类, Analects XV, 39) Hujah Confucius dalam konteks ini bertumpu
kepada individu-individu daripada pelbagai status masyarakat dan semua boleh menjadi pelajar
beliau tanpa mengira latarbelakang mereka dari golongan bangsawan atau golongan petani.

Kurikulum Pendidikan

Kurikulum sistem Pendidikan yang dicadangkan oleh Plato dan Confucius mempunyai banyak
persamaan. Kedua-duanya mementingkan kurikulum intelek, moral , jasmani dan budaya.
Antaranya, Plato memasukkan pengajaran matapelajaran matematik, sains, geometri, sejarah dan
astronomi dalam kurikulum intelek manakala Confucius memasukkan matematik dan “calligraphy”
dalam kurikulum intelek. Di samping itu, kurikulum mereka juga merangkumi pendidikan jasmani di
mana Plato menekankan gimnastik dan ilmu mempertahankan diri sementara memanah (arhcery)
dan “charioteering” ditekankan oleh Confucius. Dari segi budaya, Plato menitikberatkan muzik
manakala Confucius mementingkan kedua-dua muzik dan adat (rite). Mengikut Confucius, individu
yang mahir atau mencapai kecemerlangan dalam “Six Arts” (iaitu Rites, Music, Archery,
Chariotterigm, Calligraphy and Mathematics) dianggap telah mencapai tahap kesempuranaan dan
sebagai Junizi (a perfect gentleman) “Six Arts” merupakan asas utama falsafah Confucius. Ilmu
falsafah juga diutamakan oleh kedua-dua pendidik tersebut dengan Plato juga memasukkan aspek
pentadbiran dan keharmonian (iaitu pencarian dan pengetahuan tentang undang-undang) dalam
kurikulumnya. Sememangnya pendidikan moral juga terkandung dalam kurikulum pengajaran Plato
dan Confucius. Satu matlamat sama yang ingin dicapai dalam kurikulum pendidikan Plato dan
Confucius ialah untuk mewujudkan individu yang bermoral, berakhlak dan jujur sungguhpun mereka
masing-masing ingin menghasilkan Raja Berfalsafah dan Junizi.

PERBEZAAN TEORI PENDIDIKAN YANG DIMAJUKAN OLEH PLATO DAN CONFUCIUS

Perbezaan-perbezaan juga didapati antara teori-teori pendidikan yang dimajukan oleh Plato dan
Confucius.

Pengajaran Moral

Dalam program pendidikan moral, Confucius lebih mengutamakan kaedah pencontohan peribadi
(personal exemplification) daripada kaedah peraturan-peraturan explisit tingkahlaku (explicit rules of
behaviour). Pengajaran moral beliau menitikberatkan penanaman nilai-nilai secara kendiri,
pelagakan contoh-contoh moral, dan pencapaian penghakiman mahir daripada pengetahuan
mengenai peraturan-peraturan (self-cultivation, emulation of moral exemplars and the attainment
of skilled judgment rather than knowledge of rules). Beliau jarang bergantung pada penghujahan
secara menaakul. Pengajaran nilai-nilai sering disampaikan secara tidak langsung melalui “allusions,
innuendo” dan malahan “tautology”. Contohnya, apabila kandang kuda terbakar, Confucius yang
sedang balik dari pejabat bertanya, “ Ada sesiapa yang cendera?” Beliau tidak bertanyakan tentang
kuda-kuda. (Analects X.11 ) Pengajaran yang ingin disampaikan melalui contoh tersebut ialah
Confucius menegaskan nilai murni manusia mengatasi harta dan pelajar dibimbing untuk
mencerminkan samada tindakbalas mereka adalah sehala dengan Confucius atau sekurang-
kurangnya boleh meneruskan kemajuan kendiri dalam etika mereka. Plato pula menggunakan dua
pendekatan dalam pengajaran moral. Pertama, kaedah Indoktrinasi (Indoctrination) digunakan
untuk menanam nilai-nilai murni pada pelajar-pelajar yang lebih muda atau yang mempunyai intelek
yang rendah. Kedua, latihan intelek cergas digunakan pada pelajar-pelajar yang lebih cerdik.

Persamaan Hak Untuk Menerima Pendidikan

Sungguhpun Plato dan Confucius sama-sama mencadangkan persamaan pendidikan untuk semua,
tetapi aspek yang ditumpukan oleh kedua-dua mereka adalah berlainan., Misalnya, Plato
mencadangkan kedua-dua kaum lelaki dan kaum wanita untuk menerima pendidikan di sekolah dan
pendidikan adalah wajib untuk semua, terutamanya golongan Penguasa. Sebaliknya, meskipun
Confucius juga mempunyai pendapat yang sama, tetapi beliau tidak menyentuh tentang kaum
wanita berhak menerima pendidikan kerana ini adalah bertentangan fikiran kuno masyarakat China.
Nilai-Nilai

Dari konteks pendidikan moral, meskipun kedua-dua Plato dan Confucius menegaskan nilai-nilai
murni harus disemai dalam kepeirbadian setiap individu, tetapi Plato hanya membincangkan secara
am dalam aspek ini manakala Confucius telah mengutarakan banyak nilai yang harus dimiliki oleh
seorang Juinzi. Plato hanya menyentuh sifat-sifat yang baik dan kejujuran pada individu. Confucius
pula menegaskan nilai-nilai seperti Kesetiaan kepada negara dan raja (忠, Loyalty), Ketaatan kepada
ibubapa (孝, Filial Piety), Humaneness (仁), Righteousness (乂), adat (礼, rites or rituals) (Nilai-nilai
ini telah dihuraikan di bahagian 5). Boleh dikatakan bahawa nilai-nilai moral tersebut telah berakar
umbi dalam hati sanubari bangsa China selama beribu-ribu tahun sehingga hari ini.

Pendidikan Moral

Dalam pendidikan moral Plato, beliau mencadangkan ganjaran dan hukuman harus diberikan kepada
pelajar-pelajar mengikut tingkahlaku mereka. Pelajar yang melakukan perbuatan yang baik akan
mendapat ganjaran dan sebaliknya. Beliau percaya seseorang individu akan cuba berkelakuan baik
agar dapat mengelakkan diri dari mengalami perasaan sakit. Bagaimanapun, Confucius menekankan
bahawa manusia mesti belajar adat dan tidak melakukan kesalahan bukan kerana takut akan
menerima kesakitan atau hukuman, tetapi adalah disebabkan oleh rasa malu yang wujud dari hati
sanubari sendiri apabila dia melakukan kesalahan. Dengan cara begitu, perasaan malu dapat
diwujudkan, corak tingkahlaku akan dapat dibentuk secara dalaman dan mereka akan mengawal diri
sendiri secara harmoni.

Hujah Untuk Menghapuskan Rasuah dan Nepotism

Plato mengemukakan satu cadangan yang agak radikal dalam sistem pendidikan beliau di mana Raja
Berfalsafah atau pemerintah mestilah merupakan seorang yang telah mengatasi sistem pembatasan
melalui sistem pendidikan. Ini bermakna institusi keluarga dan hak milik persendirian mesti
dihapuskan di kalangan pemerintah kerana Plato berpendapat adanya hakmilik persendirian akan
mengurangkan kewajipannya sebagai seorang pemerintah tetapi sebaliknya menyebabkannya lebih
mengutamakan kepentingan persendirian. Cadangan Plato ini bertujuan menghentikan pertempuran
dalam batin antara keinginan untuk menjaga kepentingan negara atau kepentingan persendirian.
Dengan kata lain, Plato telah mengemukakan ide-ide yang berkaitan dengan komunisme
(communism). Confucius selalu dikritik kerana tidak mencadangkan undang-undang digunakan atau
cara-cara untuk menangani gejala-gejala rasuah dan nepotism. Gaji pegawai berkedudukan rendah
terlalu rendah untuk menyara hidup manakala gaji pegawai berkedudukan tinggi adalah lebih
rendah daripada peniaga yang berjaya telah menyemarakkan gejalah yang tidak diingini ini. Walau
bagaimanapun, nilai Lian (廉) dicadangkan oleh Confucius untuk disemai dalam hati sanubari
manusia supaya manusia tidak tamakkan kuasa dan kekayaan semasa berkuasa.
KESIMPULAN

Plato dan Confucius merupakan ahli-ahli falsafah, pemikir-pemikir dan pendidik-pendidik yang
teragung dalam sejarah manusia. Mereka telah mengemukakan banyak pendapat yang bernas dan
memberi banyak sumbangan kepada pelbagai lapangan dalam kehidupan manusia. Teori-teori, baik
dalam aspek pendidikan atau aspek politik dan sebagainya, yang dikemukakan oleh mereka telah
mendatangkan pengaruh dan kesan yang besar kepada umat manusia. Tidak dinafikan bahawa
setengah-setengah ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman mereka masih diterima dan diaplikasikan
oleh manusia pada hari ini meskipun sebahagian daripada mereka terlalu ideal dan tidak sesuai
dengan kehidupan pada zaman moden ini. Nilai-nilai yang diutarakan oleh Confucius, seperti
kesetiaan kepada negara, ketaatan kepada ibubapa, “ren”, “yi” dan adat masih berakar-umbi dalam
kebudayaan bangsa China, Japan, Korea dan sebagainya. Konsep “kesamaan”, “keadilan” dan
“keharmonian” yang dikemukakan oleh mereka masih menjadi matlamat yang diidam-idamkan oleh
semua manusia pada zaman ini sugguhpun matlamat-matlamat tersebut merupakan satu sasaran
yang memerlukan jangkamasa yang panjang untuk dicapai. Teori-teori mereka juga telah
mempengaruhi fahaman-fahaman pemikir-pemikir moden, seperti Karl Marx dan sebagainya.

BIBLIOGRAFI

Abu Al-Hasan Al-Mawardi, < http://www.sunnah.org/history/Scholars/al_mawa... ;

Aristotle, 2 December 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc.,
<http://en.wikipedia.org/wiki/Aristotle> ;

Charles Hummel, “Educational Policy In The Ideal State”, Plato, PROSPECTS: the quarterly review of
education (Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. 24, no. 1/2, 1994, ©UNESCO:
International Bureau of Education, 1999. Confucianism, 10 Dec 2008, Wikipedia, the free
encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Confucianism> .

Confucius, <http://www.crystalinks.com/confucius.html> .

Confucius, 30 November 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc.,
<http://en.wikipedia.org/wiki/Confucius> .

Jean-Jacques Rousseau, 2 December 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation,
Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Jean-Jacques_Rous... ;

John Locke, 2 December 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc.,
<http://en.wikipedia.org/wiki/Thomas_Hobbes> ;

Karl Heinrich Marx, 3 December 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wiki Foundation, Inc.,
<http://en.wikipedia.org/wiki/Karl_Marx> ;

Latif Kamaludin, Modul JKP213 Falsafah Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jauh, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, 2008. Michael H. Hart , Senarai 100 tokoh yang paling terpengaruh dalam
sejarah, Golden Books Centre Sdn Bhd, Selangor, 2003. Plato, 1 December 2008, Wikipedia, the free
encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Plato> ;
Politik, 20 November 2008, Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas, Wikimedia Foundation,
Inc., < http://id.wikipedia.org/wiki/Politik> ;

Sayyid Abul A'la Maududi, 23 November 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia
Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_M... ;

Six Arts, 29 Oct 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc.,
<http://en.wikipedia.org/wiki/Six_Arts> .

Thomas Hobbes, 26 November 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc.,
<http://en.wikipedia.org/wiki/Thomas_Hobbes>;

You might also like