You are on page 1of 21

Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

MODUL KERTAS 3 2017


DAERAH KINTA UTARA

TEMA UMUM KERTAS 3 : SPM 2017

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme SehinggaPerang Dunia Kedua

Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat
kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia.British menguasai Burma (Myanmar),
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.Amerika Syarikat merampas Filipina
daripada Sepanyol.Perancis menguasai IndoChina.Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-
Timur.

Aspek Perincian Catatan


Pengenalan 1. (a) Takrifan imperialisme

(b) Maksud nasionalisme

Isi dan 2. (a) Faktor-faktor imperialisme di Asia Tenggara


Huraian
(b) Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara

3. (a) Perubahan sistem politik setelah pengenalan Sistem


Birokrasi Barat di
i. Filipina
ii. Indonesia
iii. Tanah Melayu

(b) Perkembangan gerakan nasionalisme di Asia


Tenggara.

4. (a) Sebab gerakan nasionalisme di Thailand berbeza


dengan negara lain di Asia Tenggara.

(b) Kesan imperialisme Barat terhadap Malaysia hari ini.

(c) Kesan nasionalisme kepada kemajuan bangsa Malaysia

5. (a) Peranan warga Malaysia dalam menjaga kedaulatan


negara.

(b) Kepentingan semangat perpaduan dalam melestarikan

1
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

kedaulatan negara

(c) Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang


merdeka

6. (a) Penjajahan bentuk baharu boleh mengugat kedaulatan


negara

(b) Cadangan memajukan minda bangsa Malaysia supaya


tidak dijajah

(c) Langkah menerapkan konsep 1 Malaysia dalam


kalangan warganegara

7. (a) Kesatabilan negara mula diganggu-gugat oleh


sesetengah pihak.
i. Mengapakah timbulnya pihak-pihak sebegini?
ii. Bagaimanakah pihak begini boleh diatasi?

(b) Usaha yang perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran


mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.

(c) i. Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk


mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara

ii. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

8. (a) Iktibar dari tajuk yang dibincangkan

(b) Nilai-nilai murni dan ciri-ciri patriotism yang perlu


dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Kesimpulan 9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

(a) Pengetahuan yang diperolehi

(b) Nilai/ unsur patriotisme berdasarkan tajuk

(c) Iktibar yang diperolehi

(d) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia yang


cemerlang.

2
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

1. (a) Takrifan imperialisme

 Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah
negara lain untuk kepentingan tertentu.
 Imperialisme telah berlaku sejak Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi.
 Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di
Amerika Latin, Afrika dan Asia.
 Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16
 Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.
 imperialisme barat telah mengubah sistem politik tanah jajahannya.
 didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi
 Tujuan awal imperialisme Barat adalah untuk menguasai perdagangan rempah.
 Revolusi Perindustrian di Eropah menjadikan imperialis Eropah bertambah sengit.

(b) Maksud nasionalisme

 Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa


 Perasaan cinta akan negara
 Gerakan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Contohnya, penjajahan British di Tanah
Melayu.
 Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja
 Gerakan pembebasan daripada cengkaman ekonomi
 Gerakan pembebasan daripada kebudayaan asing
 Gerakan Nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan
atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
 Penentangan didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah.

2. (a) Faktor-faktor imperialisme di Asia Tenggara

a) Revolusi perindustian
 Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke-17.
 Keadaan ini telah membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.
 Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten.
 Selain itu, Eropah turut memerlukan kawasan pasaran baru.
 Keadaan ini mendorong perluasan imprialisme yang lebih pesat di Timur terutamanya di China, India dan
Asian Tenggara.
 China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat.
 Negara-negara tersebut berpotensi untuk dijadikan pasaran yang luas bagi barangan negara Eropah.

b) Kekayaan bahan mentah


 Negara-negara di Asia Tenggara menjadi sasaran imperialisme Barat kerana kekayaan bahan
mentahnya.
 Bahan mentah negara-negara di Asia Tenggara pada awal abad ke-18 ialah Tanah Melayu dan Indonesia
kaya dengan bijih timah, Thailand kaya dengan bijih timah dan kayu jati, Burma kaya dengan kayu jati
dan Filipina kaya dengan tebu dan kelapa.

3
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

c) Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan


 Perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara juga didorong oleh perkembangan dalam sistem
pengangkutan dan perhubungan.
 Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang lebih banyak.
 Penggunaan kapal berkuasa wap juga mempercepat perjalanan di antara Barat dengan Timur.
 Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 pula telah memendekkan jarak perjalanan di antara Barat
dan Timur.
 Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez mejadikan perjalanan lebih selamat dan
menjimatkan kos.
 Penciptaan telegraf telah membawa perubahan terhadap perhunungan antara Barat dengan Timur.
 Kuasa-kuasa Imperialis dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan
dengan lebih cepat dan berkesan.
 Ahli-ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur.
 Urusan perniagaan menjadi lebih mudah.
 Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.

d) Persaingan antara kuasa-kuasa Barat


 Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa
imperialisme mereka.
 Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat.
 Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat.

e) Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun


 Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan
imperialisme.
 British dan Belanda mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun.
 Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
 Perancis pula berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun.
 Hal ini bermaksud mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.
 Mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian
kepada penduduk di tanah jajahan.

(b) Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara

a) Dasar penjajahan barat


 Dasar penjajahan barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara-negara di
Asia Tenggara.
 Pengenalan sistem birokrasi barat tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem
pentadbiran moden.
 Rakyat tempatan kekal dengan ekonomi tradisional yang serba kekurangan.
 Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina.
 Sistem ini telah menindas penduduk peribumi.
 Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial.
 Penjajah berpendapat mereka berada dalam kelas yang tersendiri.
 Mereka hanya layak berdampingan dengan sesama mereka dan bergaul dengan golongan elit tempatan

4
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

yang terdiri daripada golongan bangsawan.


 Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran pula menimbulkan rasa tidak puas hati
penduduk tempatan
 Hal ini kerana penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi.

b) Pengaruh agama
 Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh
kebudayaan Barat serta agama Kristian.
 Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha di
Burma pada peringkat awal gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
 Hal ini menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan.
 Serta golongan agama sebagai pencetus nasionalisme.
 Gerakan Islah telah memperjuangkan pan Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajah
Barat.
 Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk
menentang kuasa tersebut.
 Keadaan ini berlaku kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas dua berbanding penganut
Kristian berbangsa Sepanyol.

c) Karya kesusasteraan
 Karya-karya ini merupakan media menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaaan terhadap
penindasan penjajah yang akhirnya membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.
 Di Filipina, novel Noli Me Tanggere oleh Jose Rizal bukan sahaja mencetuskan gerakan nasionalisme di
negara itu tetapi menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia.
 Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan ke Makam Bonda oleh Chairil Anwar begitu berpengaruh.
 Di Tanah Melayu pula, terkenal dengan karya Pak Sako iaitu Putera Gunung Tahan.

d) Sistem pendidikan
 Sistem pendidikan mencetuskan nasionalisme kerana sikap penjajah mengamalkan sikap pilih kasih.
 Penjajah hanya menyediakan pendidikan mengutamakan sekolah menggunakan bahasa penjajah
sebagai bahasa pengantar.
 Penjajah hanya memberi pendidikan pada peringkat rendah.
 Pendidikan ini terhad kepada golongan penduduk bandar dan golongan elit.
 Sebagai contoh, golongan Priyayi di Indonesia diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan
daripada anak orang kebanyakan.
 Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda bertujuan memecahbelahkan perpaduan rakyat
tempatan.
 Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan Mubaligh diperkenalkan.
 Pendidikan ini telah memberikan ancaman kepada sekolah Buddha.
 Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah
Inggeris.

e) Kemunculan golongan intelektual


 Golongan ini berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat.
 Mereka ini didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.
 Pengalaman mereka di Barat dan Asia Barat telah menyedarkan bahawa pihak penjajah tidak mentadbir
tanah jajahan seperti di negara mereka sendiri.
 Golongan ini kemudiannya memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.

5
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

 Pada peringkat awal, mereka hanya menuntut taraf hidup dibela tetapi akhirnya meminta penjajah
membebaskan negara mereka.

f) Pengaruh media massa


 Pengaruh akhbar dan majalah telah menyemarakkan nasionalisme di Asia Tenggara.
 Akhbar dan majalah telah berupaya menyebarkan idea nasionalisme dan menanam perasaan anti
penjajah kepada rakyat jelata.
 Di Vietnam, Tribune Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh.
 Di Tanah Melayu, Al Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah antara akhbar yang utama.
 Pihak penjajah menganggap perkembangan ini sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di
tanah jajahan dan sikap mereka ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan oleh mereka
di negara mereka sendiri.

g) Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan


 Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
 Pembinaan jalan keretapi dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah.
 Hal ini memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme.

h) Pengaruh luar
 Kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Jepun mengalahkan Russia pada tahun 1905.
 Kejayaan ini telah membuka mata nasionalis di Asia Tenggara.
 Hal ini kerana keupayaan negara kecil mengalahkan negara besar.
 Perjuangan Mahatma Ghandi di India menentang British telah memberi inspirasi nasionalis di negara Asia
Tenggara lain.

3. (a) Perubahan sistem politik setelah pengenalan SistemBirokrasi Barat di

Ciri-ciri Umum Sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara

 Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan


 Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai Ketua Pentadbir di tanah jajahan
 Perlaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
 Perlantikan Pegawai Barat sebagai ketua biro
 Pengenalan undang-undang Barat

i. Filipina

Sebelum penjajahan
 Terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali barangay yang diperintah oleh golongan Datu.
 Di Selatan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam.
Selepas penjajahan (Sepanyol)
 Memperkenalkan Sistem pentadbiran berpusat
 Gabenor General sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat
 Dibantu oleh Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
 Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
 Pentadbiran peringkat tempatan dilaksana dibawah sistem encomienda
 Barangay disatukan menjadi encomienda

6
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

 Encomineda terdiri daripada barangay-barangay yang digabungkan


 Pemerintahnya dikenali sebagai encomiendaro.
 Tugas encomiedaro
 Menjaga keamanan
 Mengutip cukai
 Mengkristiankan penduduk barangay
 Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan
pengaruh golongan Datu
 Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan
tenaga

ii. Indonesia

Sebelum penjajahan
 Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan
 Wujud kerajaan berasingan seperti Mataram dan Bantam
 Diperintah oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar
 Pemerintahan tempatan diketuai Bupati/pembesar daerah
Selepas penjajahan (Belanda)
 Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua
 Pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
 Pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor General yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda
 Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
 Penubuhan jabatan kerajaan antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.
 Dewan Tempatan dibentuk berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa undang-
undang
 Majlis Rakyat “Volksraad” ditubuhkan atas desakan Parti Sarekat Islam.
 Dianggap sebagai satu langkah kemerdekaan

iii. Tanah Melayu

Sebelum kedatangan Portugis,


 Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
 Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan institusi raja di Melaka
 Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja terus terhapus

Semasa pemerintahan British,


 Melaka,Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS).
 Gabenor menjadi pemerintah tertinggi NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor.
 Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan.
 Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB), Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British telah
memperkenalkan Sistem Residen
 Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB), Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor,
British memperkenalkan Sistem Penasihat
 Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS
 Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali
hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

7
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

(b) Perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

P Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara umumnya terbahagi kepada dua tahap.

a.Tahap Pertama

 Tahap pertama merupakan penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat dan
tidak berorganisasi.
 Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor yang mencetuskan gerakan
nasionalisme.
 Gerakan-gerakan nasionalisme pada tahap ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang
berpendidikan Barat dan Asia Barat.
 Mereka lebih menekankan kesedaran politik yang menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf
hidup mereka dibaiki.
 Secara umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.

b.Tahap Kedua
 Tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan berorganisasi.
 Perubahan ini disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama yang bersifat sederhana gagal.
 Gerakan nasionalisme tahap dua dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan
luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat yang mana mereka menyedari
perubahan yang diperkenalkan penjajah dan kesannya terhadap bangsa dan negara.
i. Filipina
 Matlamat perjuangan mereka lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk
Tahap pertama
 Merupakan
kerajaan gerakan
sendiri yang berdaulat.
dakyah
 Dipimpin oleh Jose Rizal
 Dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan barat
 menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
 menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol
 bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
 menubuhkan Liga Filipina
 mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
 Jose Rozal dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao
 beliau dituduh terlibat dalam pemberontakan dan dihukum bunuh

Tahap kedua
 bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
 memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol
 matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina
 dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi
 menggunakan media cetak
 untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
 Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan
 Melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal

8
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

 Andres Bonifacio dihukum mati


 Emilio Aguinaldo bersama-sama dengan Andres Banifacio melancarkan pemberontakan
 Dilantik sebagai Presiden Kerajaan Revolusi Filipina
 mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat
 berjaya mengusir Sepanyol
 pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo tidak disahkan oleh Amerika Syarikat
 revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap
 kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana ditubuhkan
 pada tahun 1930-an nasionalisme Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan

ii. Indonesia
Tahap pertama
 memberi sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan
 hanya pendidikan yang akan dapat mengubah nasib penduduk Indonesia
 Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
 Karyanya : Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan
kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
 Memberikan inspirasi pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun
 Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting
 Matlamat pertubuhan ini
 Untuk menyebar Islam sebenarnya
 Menghindari ancaman sekularisme barat
 Menghindari ancaman agama kristian
 Membina sekolah, klinik & masjid

Tahap Kedua
 Memperlihatkan perjuangan parti politik radikal.
 Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
 menuntut kemerdekaan Indonesia dengan cara kekerasan.
 PNI pimpinan Soekarno paling popular.
 Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
 Kerajaan Belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
 Dan mengharamkan PNI.

iii. IndoChina
Tahap Pertama
 Lebih tertumpu di Vietnam .
 Dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin
 Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
 Golongan menengah yang berpendidikan barat pula memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan
rakyat.
 Ketua gerakan ini, iaitu Phan Boi Chau
 Memimpin satu gerakan revolusi tetapi gerakan tersebut gagal
 Menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH)
 Melancarkan beberapa pemberontakkan di Tongkin

9
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

 Serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam


 Phan Boi Chau kemudianya telah dipenjarakan
 VNQPH diharamkan oleh Perancis

Tahap Kedua
 Kegagalan parti-parti politik sederhana untuk mendapatkan kerjasama Perancis telah melahirkan gerakan
nasionalisme yang lebih radikal
 Gerakan nasionalisme pada tahap ini memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
dan parti Komunis Vietnam (PKV).
 Perancis bertindak balas dengan menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD
 Menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc.
 Ho Chi Minh pemimpin PKV terpaksa melarikan diri ke Hong Kong
 Sikap keras Perancis ini menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah
pimpinan Maharaja Bao Dai
 Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja disekat
 Baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme

iv. Burma
Tahap Pertama
 Gerakan nasionalisme tahap pertama memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha.
 Golongan elit berpendidikan barat.
 Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha tahun 1906.
 Bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha
 Memajukan pendidikan untuk rakyat Burma
 Menggunakan isu kasut membangkitkan semangat nasionalisme
 1916 Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis lebih radikal seperti U Ba Pe.
 Persatuan Belia Buddha menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma 1920 yang lebih
radikal.

Tahap Kedua
 Gerakan tahap kedua muncul selepas Laporan Montagu Chelsford
 Menyatakan Burma belum bersedia untuk berkerajaan sendiri.
 1920 tercetus revolusi pelajar menuntut sebuah universiti.
 Nasionalisme seterusnya merupakan golongan sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametgi
 Mencetuskan pemberontakan Saya San
 Diketuai oleh Saya San bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.
 Muncul liga Anti pemisahan
 Pengenalan perlembagaan Burma 1935
 Peluang ke arah berkerajaan sendiri.
 Golongan Thakin ( siswazah university)menubuhkan parti Daboma Asiayone 1935
 menuntut kemerdekaan.
 Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelarkan diri mereka “Tuan”
 Aung San aktif dalam gerakan Blok Pembebasan yang menuntut kemerdekaan
 Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya 1937
 Beliau mengetuai Liga Pembebasan RakyatAnti-Fasis kerana kecewa dengan sikap Jepun
 Mengetuai rombongan kemerdekaan dan menubuhkan kerajaan baru Burma
 Dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.
 Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram

10
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

v. Thailand
Tahap Pertama
 Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang
bersifat anti penjajah
 pada tahap pertama berlaku kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
 penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak
 perkembangan sistem pendidikan Barat
 pendedahan terhadap fahaman liberal/sistem demokrasi/sistem raja berperlembagaan kepada golongan
intelek
 kelemahan sistem pentadbiran
 sikap Raja Vajiravudh yang boros
 penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi
 Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 bagi menamatkan sistem raja berkuasa mutlak

Tahap Kedua
 Disebakan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang
Cina
 Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat
kebebasan ekonomi oleh orang Cina
 Malah sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan
 Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
 Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha
 Tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas
 Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya
mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu.

4. (a) Sebab gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara.

Tahap Pertama
 Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara
yang bersifat antipenjajah
 Nasionalisme di Thailand tahap yang pertama merupakan rasa tidak puashati rakyat tempatan terhadap
penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
 Perkembangan pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan
golongan intelek di Thailand.
 Mereka yang mendapat pendidikan Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea
Barat seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan
 Kefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan beraja mutlak
telah menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden.
 Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat tidak
berpuashati.
 Ini membawa kepada pertubuhan parti rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong dan Phibul Songram pada
1932.
 Parti ini telah melancarkan revolusi Thai pada tahun 1939 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa
mutlak.

11
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

Tahap Kedua
 Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puashati rakyat terhadap cengkaman
ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina
 Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Thailand. Kemarahan
orang Siam terhadapkerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-
orang Cina menindas orang Siam.
 Semasa Phibul Songram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang untuk
menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China
 Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga diharamkan.
 Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu perdagangan dan
perusahaan.
 Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja
 Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud negeri atau
tanah yang bebas.
 Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam
kerana negeri Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa-
kuasa Barat.
 Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya pendapatkan kembali
wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. Menyatukan wilayah-wilayahnya di
IndoChina dan Tanah Melayu.

(b) Kesan imperialisme Barat terhadap Malaysia hari ini.

i. Kesan Politik
 Mengalami perubahan yang drastik
 Pemimpin tempatan terpaksa menerima penasihat dari Barat
 Sistem politik termasuklah perundangan telah di ubah suai atau ditukar agar menyerupai sistem di Barat
 Negara Malaysia pernah ditadbir oleh penjajah Inggeris

ii. Kesan Ekonomi


 Kegiatan ekonomi peribumi pula telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara
metropolitan
 Misalnya, di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomeraialkan bagi
memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industri.

iii. Kesan Sosial (Pendidikan)


 Sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di Tanah Melayu
 Hanya terhad di kawasan bandar dan dikhususkan untuk memberi pendidikan asas
 Kepincangan dan ketidaksempurnaan sistem pedidikan inilah yang kemudiannya dibaiki oleh kerajaan
peribumi yang berkuasa selepas merdeka
 Sistem pendidikan alaf ini menggunakan pelbagai teknologi moden seperti komputer, wujudnya sekolah
bestari dan sebagainya
 Inilah satu-satunya perkara yang seharusnya mendapat perhatian dan penghargaan generasi kini

iv. Kesan Sosial (masyarakat)


 Kuasa Barat juga telah bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja
bagi keperluan ekonomi komersial mereka
 Dasar ini telah membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di banyak negara yang telah

12
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

dijajah oleh kuasa Barat


 Walau bagaimanapun, kuasa penjajah tidaklah mengendalikan sesuatu dasar yang ketara atau terancang
bagi mengharmonikan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka
 Tugas untuk merangsang daan menjalin hubungan baik dalam kalangan pelbagai kaum telah terpaksa
dipikul oleh pemimpin selepas merdeka
 Pemimpin terpaksa berusaha dari semasa ke semasa untuk mengekalkan perpaduan kaum terutama
yang melibatkan tiga kaum terbesar seperti kaum Melayu, kaum Cina dan Kaum India

(c) Kesan nasionalisme kepada kemajuan bangsa Malaysia

 Mengukuhkan semangat patriotisme


 Mengeratkan perpaduan bangsa
 Menjaga nama baik Negara
 Memelihara jati diri
 Menguasai ilmu pengetahuan
 Menguasai bidang kemahiran
 Mengukuhkan pasukan tentera
 Meningkatkan sains & teknologi
 Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
 Bersatu padu dalam perjuangan
 Mempunyai semangat kepimpinan yang baik
 Berusaha membentuk kerajaan yang berdaulat
 Sikap berdisiplin
 Gigih berusaha
 Tolong-menolong/ bekerjasama
 Mempunyai semangat setia Negara yang tinggi
 Sanggup berkorban untuk bangsa dan Negara
(Mana-mana munasabah)

5. (a) Peranan warga Malaysia dalam menjaga kedaulatan negara.

 Menguasai ilmu pengetahuan


 Menguasai segala bidang kemahiran
 Mematuhi ajaran agama
 Mengamalkan budaya bangsa
 Memperkasakan perpaduan bangsa
 Memelihara jati diri
 Mengamalkan cara hidup sihat
 Menghayati perjuangan tokoh-tokoh silam
 Mengambil iktibar daripada sejarah
 Menghindari budaya negatif
 Mempunyai kerjaya yang baik
 Sentiasa mengnela identiti bangsa
 Menghargai warisan Negara
 Menyokong dasar-dasar kerajaan
 Menjunjung perlembagaan Negara

13
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

(Mana-mana munasabah)

(b) Kepentingan semangat perpaduan dalam melestarikan kedaulatan negara

 Kedaulatan negara mempunyai kaitan dengan soal keselamatan negara


 Peranan rakyat mempertahankan kedaulatan amat penting
 Usaha membawa konsep perpaduan yang lebih jitu ke arah pembentukan sebuah negara
 bangsa yang utuh perlu dilaksanakan
 Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan budaya, kepercayaan dan ideologi
yang berbeza tetapi dapat hidup bersama di bawah satu sistem politik yang sama.
 Sikap bersatu padu dipupuk melalui Kebudayaan Kebangsaan yang bermatlamat mengekalkan
kedaulatan negara
 Proses penjanaan generasi muda sebagai persiapan bakal pemimpin pada masa hadapan
 Pelaksanaan PLKN berada di landasan betul bertujuan melahirkan generasi muda yang meminati isu-isu
kenegaraan, mementingkan nilai bersama dan solidariti yang kukuh
 Walaupun terdapat perbezaan ideologi politik dan kebudayaan, sebagai rakyat harus mengawalnya agar
tidak mencetuskan ketegangan dan mencalarkan perpaduan
 Kesefahaman ini berjaya mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.
 Keadaan ini akhirnya dapat mengekalkan kedaulatan negara.
 Gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat perlu dalam konteks menjaga kedaulatan negara dari dibolosi
oleh anasir luar yang boleh membawa kepada neo-kolonialisme
 Rakyat berganding bahu dan hidup bersatu padu dalam menjamin keselamatan negara supaya dapat
mengelak dari diperalatkan oleh anasir luar bagi menjajah dari segi politik dan ekonomi
 Perpaduan negara membolehkan negara memperoleh pengikrafan dari negara luar seterusnya dikenali
dunia.
 Contohnya pelantikan Malaysia ke Majlis Keselamatan PBB merupakan kejayaan yang diperolehi dengan
sokongan kuat dari negara-negara yang sebelumnya tidak mengenali Malaysia

(c) Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka

 Pemimpin negara dapat mentadbir negara mengikut acuan sendiri melalui pelbagai program
pembangunan ekonomi dan sosial
 Perpaduan dan hubungan antara kaum dapat dipupuk melalui program integrasi nasional
 Pelaburan asing di negara ini meningkat kerana kewujudan politik yang stabil
 Rakyat dapat menikmati kemajuan ekonomi tanpa bergantung kepada kuasa barat
 Kestabilan politik lebih terjamin hasil daripada kecekapan pemimpin berwibawa
 Rakyat mampu berdaya saing diperingkat global melalui penghasilan produk halal untuk pasaran
antarabangsa yang telah membuka peluang perniagaan kepada usahawan Malaysia
 Semangat setia negara telah dipupuk dalam kalangan rakyat seperti pelaksanaaan PLKN dan gagasan 1
Malaysia
 Penciptaan dan penemuan baharu dalam bidang pertanian, perindustrian dan pembuatan telah
menggalakkan lagi pembangunan R&D
 Sistem pendidikan negara bertaraf dunia dengan penubuhan sekolah bestari, sekolah wawasan dan
sekolah cluster
 Penubuhan koridor raya multimedia (MSC) telah meningkatkan penggunaan ICT dalam pelbagai bidang
 Taraf hidup masyarakat meningkat kerana peluang pekerjaan yang disediakan dalam pelbagai bidang
 Pemodenan dalam bidang pertanian seperti penggunaan teknologi moden telah meningkatkan hasil

14
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

pengeluaran pertanian.
 Kejayaan dalam bidang sukan seperti pencapaian atlet dalam sukan KOMANWEL, sukan SEA dan
sukan paralimpik

6. (a) Penjajahan bentuk baharu boleh mengugat kedaulatan negara

 Kesan penjajahan bentuk baru ialah negara tidak stabil disebabkan berlakunya perebutan kuasa dan
jawatan.
 Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara. Contohnya
kepimpinan kerajaan Iraq yang dibantu oleh Amerika syarikat.
 Pemimpin yang berada di bawah pengaruh kuasa asing tidak berwibawa memerintah negara.
 Oleh itu, mereka terpaksa mengikuti arahan pihak luar yang berkepentingan dalam sesuatu perkara
seperti pengaruh Amerika Syarikat di Iraq yang ingin menguasai pengeluaran minyak.
 Kesan dalam bidang ekonomi pula negara kaya akan meluaskan penguasaan ekonomi di negara yang
lemah.
 Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan.
 Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara sedang membangun.
 Selain itu kehilangan jati diri bangsa.
 Generasi muda leka dengan budaya asing yang disebar melalui hiburan, fahaman liberalisme, seks
bebas dan dadah.
 Penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan melalui filem, drama, iklan, majalah dan media sosial
yang menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial dan dadah dalam masyarakat kita hari
ini.
 Keamanan negara akan tergugat disebabkan kebebasan bersuara tanpa ada sikap menghormati dan
mematuhi undang-undang negara.
 Mereka menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat kestabilan negara.
 Oleh itu, perpaduan antara kaum akan runtuh.
 Fahaman individualisme mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri
 Masalah perkauman mengakibatkan masyarakat tidak menghormati agama, bahasa dan budaya kaum
lain
 Ini akan meruntuhkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di negara kita

(b) Cadangan memajukan minda bangsa Malaysia supaya tidak dijajah.

 Menekankan kemajuan dari sudut dunia/ akhirat.


 Memajukan ekonomi/ pendidikan/ politik/ sosial
 Bersama berperanan memajukan bangsa
 Semua individu berhak mendapat peluang pendidikan
 Mempunyai sikap positif dalam memajukan bangsa
 Mendirikan pusat keilmuan/ sekolah/ institusi pengajian tinggi
 Berfikiran kreatif/ kritis/ inovatif dalam memajukan bangsa
 Meningkatkan ilmu pengetahuan
 Mempersiapkan diri dengan kemahiran
 Meningkatkan disiplin diri
 Sentiasa mengamalkan sahsiah yang baik
 Memanfaatkan usaha kerajaan dalam mengembangkan ilmu pengetahuan
 Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda/ ketrampilan diri

15
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

 Menjauhi diri dari gejala negative


 Mematuhi ajaran agama
 Memelihara jati diri
 Mengamalkan gaya hidup sihat
 Menyemaikan semangat nasionalisme
 Mengekalkan tradisi / budaya bangsa
(Mana-mana munasabah)

(c) Langkah menerapkan konsep 1 Malaysia dalam kalangan warganegara

 Memupuk perasaan cinta pada Negara yang tinggi


 Menjunjung prinsip demokrasi berperlembagaan
 Taat setia kepada raja dan Negara
 Menghormati perlembagaan
 Membudayakan kehidupan penuh kesopanan dan kesusilaan
 Meletakkan undang-undang Negara di peringkat tertinggi
 Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara
 Membudayakan konsep 1 Malaysia di setiap peringkat masyarakat
 Memastikan perpaduan sentiasa erat
 Mengamalkan dan menghayati prinsip rukun negara
 Saling bertoleransi antara satu sama lain
 Bertindak sebagai satu komuniti yang erat
 Menjunjung konsep bersatu padu mempertahankan negara.
(Mana-mana munasabah)

7. (a) Kestabilan negara mula diganggu-gugat oleh sesetengah pihak.


i. Mengapakah timbulnya pihak-pihak sebegini?

 Iri hati dengan kemajuan negara


 Tamak kepada kuasa
 Ingin membolot sumber ekonomi negara
 Ingin merampas kuasa pentadbiran
 Bercita-cita menjadi kuasa utama dunia
 Hubungan diplomatik yang tegang
 Golongan pelampau/ ekstrimis/ golongan pengganas
 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
 Jenayah antarabangsa
 Kesan globalisasi
(Mana-mana munasabah)

ii. Bagaimanakah pihak begini boleh diatasi?

 Cara untuk mengatasi ancaman pihak ini ialah dengan melahirkan pemimpin negara yang bijak dan
berwibawa.
 Seperti Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan, Tun Hussein Onn, Bapa Keamanan dan Tun Mahathir
Mohamad, Bapa Pemodenan
 Selain itu, pihak kerajaan berjaya memajukan ekonomi negara ke peringkat antarabangsa.
 Mengukuhkan pertahanan negara juga dapat mengelak daripada ancaman imperialisme bentuk baru.

16
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

 Disamping itu,kestabilan politik boleh dicapai melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen.
 Pelaksanaan dasar luar negara juga dapat mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua negara .
 Dasar berkecuali yang dilaksanakan oleh negara juga dapat membebaskan Malaysia dari campur tangan
mana-mana kuasa.
 Rakyat juga perlu mengamalkan semangat bersatu-padu dan saling menghormati perbezaan agama,
bahasa dan budaya kaum lain.
 Secara tidak langsung keaman negara dapat diwujudkan dan rakyat hidup harmoni.
 Warganegara juga perlu mengamalkan prinsip Rukun Negara untuk dijadikan pegangan dan panduan
sebagai ideologi negara.
 Hal ini juga berjaya mengukuhkan semangat patriotisme dan jati diri rakyat.
(Mana-mana munasabah)

(b) Usaha yang perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran mengekalkan Malaysia sebagai
negara berdaulat.

 Berfikiran positif.
 Cekal dan tabah menghadapi cabaran
 Menguasai pelbagai kemahiran/ ilmu pengetahuan
 Mempunyai jati diri yang mantap
 Berpegang teguh kepada ajaran agama
 Sentiasa bersatu padu
 Semangat patriotik yang tinggi
 Berinovasi dan kreatif
 Mematuhi undang-undang
 Menghayati Rukun Negara
 Taat setia kepada sultan dan Negara
 Berakhlak mulia
 Berwawasan
(Mana-mana munasabah)

(c) i. Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan
negara

 Campur tangan negara luar dalam hal ehwal politik negara


 Mematuhi peraturan antarabangsa yang ditetapkan kuasa besar
 Budaya hiburan yang keterlaluan
 Penerapan budaya asing tanpa disedari
 Pengaruh sekularisme
 Mengutamakan pembangunan lahiriah daripada rohaniah
 Ancaman pengganas
 Amalan individualisme yang merosakkan nilai kekeluargaan
 Muncul pelbagai fahaman politik
 Mengapi-apikan isu perkauman
 Perasaan kebencian antara kaum diluahkan secara terbuka
 Contohnya media sosial Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp serta di media cetak.
 Ancaman pencerobohan dari negara luar
 Mengancam keselamatan negara dan mengorbankan banyak nyawa
 Tanggal 1 dan 2 March 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik hitam yang menyaksikan

17
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

kedaulatan negara dicabar dan 8 wira tanah air gugur ketika mempertahankan tanah air daripada
diceroboh
 Serangan yang dilakukan di Lahad Datu dilakukan oleh kumpulan pengganas dari Filipina
 Pertikaian sesetengah pihak terhadap perlembagaan negara
 Mempersoalkan institusi raja berperlembagaan, hak istimewa kaum Melayu dan pendidikan kebangsaan
 Perkara tersebut boleh mengganggu gugat kestabilan negara
 Kemunculan golongan radikal
 Yang mengadakan demonstrasi jalanan
 Seperti menganjurkan perhimpunan bersih, perhimpunan menghapuskan GST yang boleh mendatangkan
kecederaan
 Melahirkan kelompok masyarakat yang ekstrem dan biadap sehingga menggugat keamanan
(Mana-mana munasabah)

ii. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

 Sistem pentadbiran yang sistematik


 Yang berupaya mengatasi setiap cabaran sama ada dari dalam mahupun dari luar
 Seperti badan pelaksana, badan perundangan dan badan kehakiman melaksanakan pentadbiran dengan
cekap, cepat, adil, berintegriti dengan mematuhi perlembagaan negara
 Rakyat hidup bersatu padu
 Perpaduan rakyat di negara ini diperkukuhkan
 Setiap kaum mementingkan kerjasama, toleransi, musyawarah dan hidup bersama secara aman dan
harmoni
 Sedia berkorban untuk negara
 Sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi ancaman dari dalam mahupun luar negara
 Berpegang pada prinsip rukun negara demi mempertahankan tanah air daripada diceroboh
 Memastikan ekonomi terus kukuh dan maju
 Berjaya membangunkan ekonomi negara secara optimum, mengeksport hasil yang banyak ke negara
luar, pengangguran berkurang dan kewangan terus kukuh
 Taraf hidup rakyat tinggi negara makmur
 Pemimpin berwibawa untuk memastikan negara kuat
 Pemerintahan kerajaan yang sistematik bagi melancarkan sistem pentadbiran
 Rakyat bersatu padu dalam menghadapi cabaran
 Pembangunan ekonomi yang seimbang dan ekonomi negara kukuh
 Pegangan agama yang kukuh yang menjadi benteng diri daripada pengaruh negatif
 Jati diri rakyat kukuh
 Rakyat berpendidikan tinggi bagi melahirkan tenaga mahir negara
 Semangat nasionalisme rakyat tinggi
 Pertahanan negara kuat
 Dasar luar yang strategik dengan menjalin hubungan baik dengan semua Negara
(Mana-mana munasabah)

8. (a) Iktibar dari tajuk yang dibincangkan

 Kita perlu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi luar agar tidak terjebak untuk

18
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

memajukan diri
 Sentiasa berwaspada dan berhati-hati menerima pengaruh ,maklumat dari luar agar tidak tertipu oleh
mereka.
 Kita perlu bertindak tegas demi mempertahankan maruah dan hak negara
 Rakyat Malaysia seharusnya mempunyai semangat setia negara
serta cinta akan bangsa dan negara
 Sentiasa sedia berkorban untuk bangsa dan negara
 Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
 Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
 Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
 Bersyukur sebagai warganegara Malaysia
(mana-mana munasabah)

(b) Nilai-nilai murni dan ciri-ciri patriotisme yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
 Rakyat perlu menghargai dan menghayati jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara
supaya perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada rakyat untuk memajukan negara.
 Rakyat juga perlu mempertahankan kedaulatan negara dari semasa ke semasa agar kita dapat terus
merasai nikmat kemerdekaan.
 Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu mewujudkan perpaduan agar negara terus aman dan
harmoni.
 Sebagai warganegara, kita perlu meningkatkan jati diri supaya negara kita tidak mudah dijajah
semula.
 Kita juga bertanggungjawab memastikan kestabilan politik terus kekal untuk memastikan negara i
terus aman dan makmur,
 Selain itu, rakyat juga perlu menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan budaya keganasan
supaya keselamatan negara terus terjamin.
 Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti negara
agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
 Memastikan keselamatan negara terus terjamin dan mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam
politik negara agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.
 Kita hendaklah berusaha memastikan maruah agama, bangsa dan negara terpelihara agar tidak
dicemari oleh unsur-unsur negatif.
 Generasi muda perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjana
pembangunan ekonomi negara.
 Generasi muda juga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memastikan negara terus maju
setanding dengan negara maju yang lain.
(mana-mana munasabah)

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

(a) Pengetahuan yang diperolehi

 Faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara yang utama ialah keperluan bahan mentah bagi keperluan
industri di Eropah.
 Pengenalan sistem birokrasi barat telah mengubah sistem politik,ekonomi dan sosial negara –negara

19
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

di Asia Tenggara
 Imperialis Barat telah menyebabkan berlaku kemerosotan sistem pemerintahan beraja dan kehilangan
pengaruh pembesar
 Pentingnya memelihara perpaduan lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk untuk meningkatkan
kerjasama dengan semua kaum sama ada Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain tanpa prejudis.
 Sentiasa berwaspada terhadap ancaman pihak luar untuk menjamin kedaulatan negara.
 Meningkatkan ilmu pengetahuan untuk menjadi pelapis kepimpinan negara seperti belajar
bersungguh-sungguh dan menguasai bidang teknologi maklumat.
 Bijak mengatur strategi agar tidak diancam oleh kuasa luar. Meningkatkan kerjasama dengan negara
jiran agar dapat menjamin keselamatan serantau.
 Imperialisme membawa keburukan kepada negara yang dijajah dalam aspek politik, ekonomi dan
sosial.
 Walau apapun alasannya, kehadiran imperialis Barat adalah untuk kepentingan ekonomi negara
mereka.
 Pengenalan birokrasi Barat telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial negara-negara Asia
Tenggara.
 Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan.
 Imperialisme Barat di Asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat
tempatan yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan
daripada kuasa penjajah.
 Penjajah menggunakan apa saja cara demi mengekalkan kekuasaannya, contoh menindas penduduk
peribumi dengan mempekenalkan tanaman paksa di Indonesia.
(mana-mana munasabah)

(b) Nilai/ unsur patriotisme berdasarkan tajuk

 Rakyat perlu menghargai dan menghayati jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara
supaya perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada rakyat untuk memajukan negara.
 Rakyat juga perlu mempertahankan kedaulatan negara dari semasa ke semasa agar kita dapat terus
merasai nikmat kemerdekaan.
 Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu mewujudkan perpaduan agar negara terus aman dan
harmoni.
 Sebagai warganegara, kita perlu meningkatkan jati diri supaya negara kita tidak mudah dijajah
semula.
 Kita juga bertanggungjawab memastikan kestabilan politik terus kekal untuk memastikan negara i terus
aman dan makmur,
 Selain itu, rakyat juga perlu menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan budaya keganasan
supaya keselamatan negara terus terjamin.
 Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti negara
agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
 Memastikan keselamatan negara terus terjamin dan mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam
politik negara agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.
 Kita hendaklah berusaha memastikan maruah agama, bangsa dan negara terpelihara agar tidak
dicemari oleh unsur-unsur negatif.
 Generasi muda perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjana
pembangunan ekonomi negara.
 Generasi muda juga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memastikan negara terus maju

20
Modul K3 Sejarah Kinta (U) 2017

setanding dengan negara maju yang lain.


(mana-mana munasabah)

(c) Iktibar dari tajuk yang dikaji

 Kita perlu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi luar agar tidak terjebak untuk
memajukan diri
 Sentiasa berwaspada dan berhati-hati menerima pengaruh ,maklumat dari luar agar tidak tertipu oleh
mereka.
 Kita perlu bertindak tegas demi mempertahankan maruah dan hak negara
 Rakyat Malaysia seharusnya mempunyai semangat setia negara
serta cinta akan bangsa dan negara
 Sentiasa sedia berkorban untuk bangsa dan negara
 Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
 Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
 Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
 Bersyukur sebagai warganegara Malaysia
(mana-mana munasabah)

(d) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang.

 Harapan saya agar semua rakyat Malaysia perlulah memiliki semangat cinta akan negara dengan
berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara.
 Sebagai anggota masyarakat, kita perlu mencontohi semangat bersatu padu, kepimpinan yang kental
dan keberanian para nasionalis demi mengekalkan kemerdekaan negara.
 Saya juga berharap agar semua kaum hidup dalam keadaan aman damai dengan saling berkerjasama
antara satu sama lain ke arah kemajuan negara.
 Pemimpin dan rakyat perlu berkerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
 Harapan supaya seluruh rakyat Malaysia mempunyai semangat kekitaan yang padu dan berharmoni.
 Semoga sikap bertolak-ansur dan bertoleransi dan tolong-menolong sentiasa dipupuk bagi mengelak
berlaku perpecahan demi memastikan negara dapat memacu pembangunan yang mampan
(mana-mana munasabah)

21

You might also like