You are on page 1of 7

HHHC 9501

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN


PENDEKATAN

TAJUK:
BARANGAN IMPORT KE MALAYSIA (ISU BERKENAAN DURIAN DICELUP RACUN)

PENSYARAH:
Dr. MUHAMMAD ADIB BIN SAMSUDIN

NAMA:
SITI NAZIHAH BINTI YUSOF (A145001)
NUR ATHIRAH BINTI MAZALAN (A144989)
TUAN NUR AFIFAH BINTI TUAN OMAR (A144991)
NUR ALYANI FARHANA BINTI GHAZALI (A144896)
SITI NOOR HANIF FARHANI BINTI MOHD SALLEH (A144873)
NUR ATHIRAH NADHIRAH BINTI ABDULL JAMAL (A144876)

SEMESTER 1 - SESI 2014/2015


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BARANGAN IMPORT DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Pasca globalisasi kini, ekonomi negara Malaysia menunjukkan prestasi yang baik untuk
pembangunan Negara dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang
positif dan baik.

Ini adalah disebabkan kerana kawalan terhadap ekonomi Negara dijalankan dengan baik
untuk menampung kos hidup masyarakat yang kini semakin meningkat seiring menuju Wawasan
2020 yang di uar-uarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Pembangunan ekonomi merupakan satu proses yang bertujuan untuk menaikkan Produk
Domestik melebihi tingkat pertumbuhan penduduk. Ia juga merupakan suatu proses
meningkatkan pendapatan perkapita penduduk dalam jangka panjang. Antara ciri pembangunan
ekonomi ialah terjadinya perubahan struktur ekonomi. Seterusnya , dengan adanya
perkembangan teknologi dan adanya peningkatan kesejahteraan yang merata.

Justeru itu, barangan import serba sedikit meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negara
Malaysia.

Namun, isu semasa yang telah dipaparkan di dalam Berita Harian Online pada 2 Jun 2015
bersamaan hari selasa telah mengeluarkan satu dakwaan atau kenyataan berkenaan dengan status
terhadap kualiti atau keselamatan barangan yang di import dari luar Negara, iaitu isu berkenaan
tentang Durian.

Durian di pasaran bebas bahan mudarat. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Isu yang dipertengahkan ini adalah
kerana terdapat kenyataan atau dakwaan terhadap durian siam yang di import dari Negara Thai
(Thailand) yang mana durian tersebut dicelup dengan bahan kimia beracun bagi memanjangkan
jangka hayat serta kesegaran buah berkenaan sebelum di jual di pasaran.
Tambah beliau, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan
penguasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran
adalah selamat digunakan dan selamat dimakan.

Katanya, jika pengguna berasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan di
pasaran tempatan, mereka boleh memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan.

Menjelas lanjut mengenai isu ini, Dr Noor Hisham berkata menjadi satu kesalahan bagi
mana-mana pihak mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang beracun,
merosakkan atau memudaratkan kesihatan mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983.
2.0 PERBINCANGAN DARI SUDUT POSITIF DAN NEGATIF

Di sini kita dapat lihat dari sudut positif dan negatif barangan import yang dilakukan di
Malaysia. Setiap perkara yang berlaku ada positif dan ada negatif. Tetapi apabila dari sudut
negatif itu kita perlu tanganinya dengan bijak supaya perkara yang negatif tersebut dapat
dielakkan. Begitu juga dalam permasalahan yang dibincangkan ini.

Dari aspek positif, yang pertama kita dapat lihat, apabila berlaku import eksport barangan
dari dan ke luar Negara, ia sedikit sebanyak dapat menjana ekonomi Negara. Ini adalah
disebabkan kerjasama yang diperlukan oleh Negara-negara di dunia, kerana setiap Negara
menyedari bahawa permasalahan ekonominya tidak dapat diatasi sendiri akan tetapi ia
memerlukan kepada bantuan dan kerjasama dari Negara lain.

Selain itu, ekonomi Malaysia dapat dijana melalui barangan import dengan cukai yang
dikenakan keatas barangan yang dibawa masuk ke Malaysia. Sebagaimana yang kita lihat
sekarang, di Malaysia, setiap sempadan Negara pasti ada badan kerajaan yang akan bertugas
seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Antara bidang kerja atau jobskop Jabatan Imigresen adalah ia lebih kepada pemeriksaan
terhadap manusia manakala antara bidang kerja atau jobskop Jabatan Kastam Diraja Malaysia
adalah lebih kepada barangan keluar dan masuk ke dalam negara. Sebagai contoh, kita dapat
lihat di sempadan Rantau Panjang Kelantan yang berdekatan dan sungai golok yang menjadi
pemisah diantara dua negara iaitu negara Malaysia dan Negara Thai (Thailand).

Barangan yang dibawa masuk kedalam Malaysia akan mengikut beberapa fasa untuk
melepasi masuk secara sah. Daripada situ, kita dapat menjana ekonomi negara dengan kutipan
cukai daripada barangan yang dibawa masuk kedalam Malaysia.
Faktor yang kedua ialah dapat menjalinkan hubungan antara negara-negara yang lain.
Bagaimana boleh dikatakan dapat menjalinkan hubungan antara negara-negara yang lain, ia
adalah dengan kerjasama melalui ekonomi, dimana kita dapat lihat, untuk mencapai
kesejahteraan rakyat, ia perlulah merujuk kepada ekonomi negara. Jika ekonomi negara berada
dalam keadaan stabil, maka rakyat akan hidup sejahtera. Jika sebaliknya, maka kita dapat tahu
ekonomi sesebuah negara itu sedang merosot.

Apabila kita mempunyai hubungan dengan negara luar, maka keselamatan dan
kesejahteraan negara dapat dicapai atas dasar saling kebergantungan antara satu sama lain. Selain
itu, serba sedikit kita dapat meminta bantuan atau memberikan bantuan kepada negara-negara
lain yang memerlukan pertolongan dan bantuan.

Dari aspek negatif, melalui barangan import, kita sebagai rakyat Malaysia selaku
pengguna tidak mengetahui status kesihatan dan keselamatan terutama barangan yang tiada
kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak memerlukan kepada kesahihan daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seperti contoh pasaran buah-buahan. Sebahagian dari
buah-buahan yang dipasarkan mempunyai kelulusan dari KKM akan keselamatannya dan
sebahagiannya, mempunyai status yang kabur.

Segelintir rakyat Malaysia atau pengguna tidak didedahkan atau tidak mengambil serius
dan memandang enteng terhadap keselamatan barangan import mahupun barangan tempatan
yang diguna pakai atau dengan makanan yang dibeli di pasaran. Mereka seperti tidak mengambil
berat tentang kesihatan dan keselamatan mereka. Kebanyakan pengguna ini, mereka seperti
sudah terhantuk, baru tengadah, apabila berlaku sesuatu perkara yang terjadi terhadap diri
mereka, baru mereka mempunyi kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dan pengambinlan
makanan yang diambil.
3.0 STRATEGI

Setelah membuat penelitian terhadap perkara yang dibincangkan ini, kita dapat lihat bahawa
terdapat kesan positif dan kesan negatif terhadap barangan import. Dari pemerhatian, maka
terdapat strategi yang dibincangkan dan diperolehi.

Antara strategi yang dibincangkan adalah pihak kerajaan khususnya bagi sektor awam
unit kesihatan dan keselamatan harus sering melakukan pemantauan serta pemeriksaan terhadap
barangan makanan import yang dipasarkan di dalam pasaran Malaysia. Ini adalah bertujuan
untuk memastikan barangan yang dijual di pasaran Malaysia mempunyai kualiti serta selamat
dipakai dan dimakan oleh rakyat Malaysia atau pengguna.

Dengan pemantauan serta pemeriksaan yang sering dilakukan oleh sektor awam unit
kesihatan dan keselamatan, maka kawalan terhadap barangan yang diimport tanpa kualiti, mutu,
kesihatan dan keselamatan dapat dikawal dengan rapi dan baik daripada ia terus menerobosi
pasaran negara yang sedikit sebanyak akan menimbulkan sebarang spekulasi terhadap barangan
tersebut.

Selain itu, strategi yang ke dua adalah rakyat Malaysia perlu menjadi pengguna yang
bijak. Sebagai pengguna, kita tidak boleh menyalahkan pihak kerajaan seratus peratus terhadap
isu kesihatan dan keselamatan sesuatu barangan import terutama dari segi makanan.

Kita sebagai pengguna yang bijak dan matang pemikiran, kita sepatutnya mengetahui
ciri-ciri makanan yang sihat atau boleh dimakan tanpa keraguan dan tanpa mempunyai spekulasi
yang negatif terhadap barangan tersebut. Jika timbul sebarang keraguan, maka kita perlu
tanganinya dengan bijak.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti serta ditekankan oleh pengguna, yang
pertamanya ialah status halal. Sebagai pengguna Muslim, sewajarnya kita tahu akan status dan
logo halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Kebiasaannya, status halal di Malaysia perlu
melalui pihak JAKIM untuk diluluskan kehalalannya. Jika lulus diperingkat JAKIM, maka
barangan yang digunakan tiada sebarang keraguan.

Aspek yang kedua, adakah barangan makanan itu memberikan kesihatan kepada tubuh
badan kita. Perkara ini selalunya melibatkan pengguna yang mementingkan kesihatan dan
keselamatan tubuh badannya. Sebagai seorang yang boleh membezakan baik dan buruknya
sesuatu, kita sepatutnya mengetahui akan barangan makanan yang sihat, serta tidak
memudaratkan kesihatan.

Aspek yang ketiga, adakah barangan import yang dibeli oleh pengguna tersebut terjamin
akan keselamatannya. Jika dilihat keadaan dan situasi pesaran di negara kita hari ini, terdapat
banyak barangan import yang telah berada di pasaran negara. Misalnya barangan-barangan yang
dipasarkan di pusat beli belah mahupun kedai-kedai atau kiosk-kiosk kecil yang terdapat di
sepanjang bahu jalan. Kiosk-kiosk ini kita dapat lihat kebanyakan peniaga yang menjual di bahu-
bahu jalan memilih untuk menjual buah-buahan tempatan dan buah-buahan import dari negara
luar. Walaupun status buah-buahan ini tidak ragui, tetapi kita sebagai pengguna harus memilih
langkah yang bijak untuk mengelakkan perkara yang boleh memudaratkan kesihatan.

4.0 RUJUKAN

http://www.bharian.com.my/node/9436 (bajet 2015) KDNK langkah tepat ukur pertumbuhan


ekonomi. Jumaat 3 Oktober 2014 @ 3.46pm

http://makroekonomistpm.blogspot.com/2008/10/keluaran-dalam-negeri-kasar-kdnk.html

http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/9495/bab4.pdf . Prestasi mengikut sektor –keluaran


dalam negari kasar ms 69

http://www.bharian.com.my/node/58647 Selasa, 2 Jun 2015 @2.01pm –Durian di pasaran bebas


bahan mudarat- Ketua Pengarah Kesihatan.

You might also like