You are on page 1of 6

Fonetik dan Fonologi (Kumpulan)

1.0. PENGENALAN

LATAR BELAKANG DIALEK KELANTAN

Setiap etnik dan masyarakat di Malaysia mahupun luar mempunyai identiti sendiri
untuk menggambarkan keunikan masing-masing. Bagi masyarakat negeri Kelantan ,terdapat
beberapa keistimewaan yang menjadi kebanggaan mereka seterusnya menjadikan Kelantan
sebagai salah sebuah negeri yang dikenali di Malaysia. Keunikan ini jugalah yang menjadi
salah satu faktor yang mempopularkan Kelantan di kalangan pelancong dalam dan luar
negara untuk berkunjung ke negeri Kelantan. Ia menjadikan Kelantan berbeza dengan negeri-
negeri lain di Malaysia walaupun majoriti rakyatnya berbangsa Melayu dan ada sebilangan
kecil daripada kaum Cina dan India. Antara keunikan Kelantan ialah penggunaan dialek
Kelantan oleh pelbagai kaum masyarakat di Kelantan yang fasih berdialek Kelantan.

Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai


perbezaan sebutan dari dialek-dialek di Semenanjung. Selain sebutan baku, dialek Kelantan
juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Dialek Kelantan ialah salah satu daripada beberapa dialek bahasa Melayu yang dituturkan
oleh penutur-penutur yang berasal dari negeri Kelantan atau penutur-penutur yang dilahirkan
dan menetap di sebuah negeri atau di luar negeri Kelantan tetapi mewarisi dialek Kelantan
daripada ibu bapa atau keluarga yang berasal dari negeri Kelantan.

Dialek Kelantan mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan beberapa dialek Melayu
yang lain, sehingga ada anggapan bahawa dialek Kelantan sebagai satu dialek yang luar biasa
dan sukar untuk difahami oleh penutur yang menggunakan dialek lain (Nik Safiah Karim,
1981). Hal ini ada kebenarannya kerana terdapat banyak sekali perkataan atau unsur leksikal
dalam dialek Kelantan yang sama sekali tidak wujud dalam bahasa Melayu atau dalam dialek
Melayu yang lain di Semenanjung Malaysia. Antaranya ialah kata-kata yang terdiri daripada
satu suku kata, kata-kata yang sama tetapi berbeza erti antara dialek Kelantan dengan bahasa
Melayu, kata-kata daripada bahasa Melayu yang disesuaikan dalam dialek Kelantan, dan
kata-kata yang ada dalam dialek Kelantan tetapi tidak ada dalam bahasa Melayu (Abdul
Hamid Mahmood, 2006).

Di antara beberapa subdialek yang ada di Kelantan, subdialek Kota Bharu dianggap
sebagai subdialek yang standard. Jadi subdialek inilah yang digunakan oleh orang-orang
golongan atasan di Kelantan dalam pertuturan mereka jika mereka tidak menggunakan
bahasa standard, bahkan dalam pertuturan sehari-hari pun. Subdialek ini dituturkan di daerah
Kota Bharu dan bepusat di Bandar Kota Bharu sendiri yang merupakan ibu negeri Kelantan.
Di sinilah terdapat pusat pentadbiran perdagangan dan penyebaran budaya Kelantan dan
disini jugalah terdapat tempat bersemayam keluarga di raja Kelantan. Dengan itu, subdialek
yang dituturkan di daerah ini oleh orang-orang Kelantan sendiri dianggap sebagai subdialek
yang ‘tinggi’ yang menjadi contoh atau model dalam penggunaan bahasa bagi orang-orang
Kelantan dari daerah-daerah lain amnya.

2.0 BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji meletakkan skop dan ruang yang agak sempit dalam
batasan kajian iaitu hanya tertumpu pada satu dialek sahaja iaitu dialek Kelantan. Oleh hal
yang demikian, dapatan kajian ini tidak dapat diaplikasikan dengan pelbagai dialek lain yang
turut ada di Malaysia selain daripada dialek Kelantan. Selain itu, Kajian ini hanya dijalankan
di kawasan Pasir Puteh, Kelantan. Oleh itu, hasil kajian ini tidak boleh dijadikan satu hasil
yang meliputi seluruh dialek di Kelantan. Dalam kajian ini, pengkaji hanya mempunyai
seorang responden yang ditemu bual semasa melakukan kajian. Seterusnya, masa melakukan
kajian ini juga adalah sangat terhad kerana kekangan masa kepada pengkaji dan responden.
Oleh itu, hasil kajian ini tidak boleh digenaralisasikan kepada seluruh penutur dialek jati
Kelantan kerana pengkaji hanya menemu bual seorang penutur jati di daerah Pasir Puteh,
Kelantan yang berusia 74 tahun bagi memperolehi bahan temu bual dalam menganalisis
bunyi vokal, konsonan dan diftong antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku
secara perbandingan.

3.0 Definisi

Vokal

Dalam bidang fonetik, vokal ialah satu komponen penting dalam bahasa lisan yang
disebut dengan membuka saluran vokal agar tekanan udara tidak terkumpul di mana-mana di
atas glotis, berbeza dengan konsonan yang mana adanya tutupan atau sumpatan di mana-
mana sepanjang saluran vokal. Vokal juga difahami sebagai sukuan; bunyi dari mulut terbuka
tetapi bukan sukuan dipanggil separuh vokal. Perkataan vokal berasal dari perkataan Latin
vocalis yang bermaksud "bertutur", kerana dalam kebanyakan bahasa, perkataan dan
perbualan tidak menjadi tanpa bunyi vokal. Vokal juga merujuk kepada huruf-huruf yang
digunakan untuk menuliskan bunyi vokal (A, E, I, O, U).

Ciri-ciri artikulasi yang membezakan berbagai-bagai bunyi vokal dikatakan


menentukan sifat vokal itu. Ketinggian vokal ialah kedudukan lidah secara menegak,
berbanding dengan lelangit mulut atau liang rahang. Dalam vokal tinggi seperti [i] dan [u],
lidah terletak paling tinggi dalam mulut, manakala bagi vokal rendah seperti [a], lidah
terletak paling rendah dalam mulut. Kedua-dua ketinggian vokal tersebut masing-masing juga
diistilahkan vokal sempit dan vokal luas, iaitu kedudukan rahang sama ada tertutup atau
terbuka.

Abjad Fonetik Antarabangsa mengenal pasti tujuh ketinggian berbeza: vokal sempit
(tinggi), vokal hampir sempit. vokal separuh sempit, vokal tengah, vokal separuh luas, vokal
hampir luas, vokal luas (rendah), Vokal tengah sebenar tidak dibezakan dari vokal separuh
sempit dan separuh luas dalam mana-mana bahasa. Oleh itu, aksara-aksara [e ø ɤ o]
digunakan untuk kedua-dua vokal separuh sempit atau tengah.

Kebelakangan vokal ialah kedudukan lidah ketika penyebutan vokal berbanding


dengan belakang mulut. Bagi vokal depan seperti [i], lidah terletak depan sekali dalam mulut,
manakala bagi vokal belakang seperti [u], lidah terletak belakang sekali dalam mulut. Abjad
Fonetik Antarabangsa mengenal pasti lima darjah kebelakangan vokal: vokal depan, vokal
hampir depan, vokal pusat, vokal hampir belakang, vokal belakang.

Kebundaran membincangkan sama ada bibir terbundar atau tidak. Dalam kebanyakan
bahasa, kebundaran ialah sifat penguatan vokal tengah hingga belakang yang tidak berapa
distingtif. Biasanya, lebih tinggi vokal belakang, lebih menjadi pembundarannya. Manakala
pembibiran juga boleh dilakukan. Secara amnya, bagi vokal bundar belakang tengah hingga
tinggi, bibir dimuncungkan keluar sehingga terdedah permukaan dalaman lidah, manakala
bagi vokal bundar depan tengah hingga tinggi pula, bibir dirapatkan sehingga tepi-tepi lidah
dirapatkan. Akan tetapi, bukan semua bahasa mengikut corak ini. Sesetengah ahli fonetik
memandang muncung dan tertutup rapat ini sebagai bentuk bibir yang berasingan, maka
dipakainya tiga istilah berikut, iaitu: bundar (eksolabial), ketap (endolabial), and hampar (tak
bundar).

Seterusnya, penyengauan merupakan pengeluaran udara melalui hidung. Bagi vokal


sengau, lelangit lembut (velum) direndahkan sambil udara dilepaskan melalui rongga hidung
dan mulut serentak, berbanding dengan vokal lisan yang mana udara hanya terlepas melalui
mulut. Pembunyian atau Penyuaraan menentukan sama ada pita vokal bergetar ketika
penyebutan vokal. Kebanyakan bahasa cuma ada vokal bersuara, tetapi terdapat sebilangan
bahasa yang membezakan vokal yang bersuara dan tak bersuara. Bunyi vokal hilang apabila
berbisik.

Konsonan

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan


menggunakan organ-organ pertuturan. Lawan bagi konsonan ialah vokal. Dalam abjad Rumi,
terdapat 21 huruf yang mewakili konsonan, iaitu B, C, D, F, G, H, J, K, L, M, N, P, Q, R, S,
T, V, W, X, Y, dan Z. Walau bagaimanapun, abjad Rumi tidak boleh mewakili segala
konsonan-konsonan dalam semua bahasa pertuturan di dunia. Satu daripada piawaian yang
diusahakan oleh para ahli linguistik untuk melambangkan semua bunyi pertuturan di dunia
ialah Abjad Fonetik Antarabangsa. Contohnya, huruf θ digunakan untuk mewakili huruf sa
(‫ )ث‬dalam bahasa Arab. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus
pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan. Lawan bagi konsonan ialah vokal. Dalam
abjad Rumi, terdapat 21 huruf yang mewakili konsonan, iaitu B, C, D, F, G, H, J, K, L, M, N,
P, Q, R, S, T, V, W, X, Y, dan Z. Walau bagaimanapun, abjad Rumi tidak boleh mewakili
segala konsonan-konsonan dalam semua bahasa pertuturan di dunia. Satu daripada piawaian
yang diusahakan oleh para ahli linguistik untuk melambangkan semua bunyi pertuturan di
dunia ialah Abjad Fonetik Antarabangsa. Contohnya, huruf θ digunakan untuk mewakili
huruf sa (‫ )ث‬dalam bahasa Arab.

Asal-usul istilah Perkataan consonant berasal dari kata dasar tak langsung Latin
cōnsonant-, dari cōnsonāns (littera) "(huruf) berbunyi bersama", iaitu terjemahan pinjaman
dari bahasa Yunani, iaitu σύμφωνον sýmphōnon.[1] Seperti yang pernah ditanggap oleh
ilmuwan Plato,[2] sýmphōna merupakan konsonan hentian, dihuraikan sebagai "tidak boleh
disebut bunyi vokal bersebelahan".[3] Justeru, istilah ini tidak meliputi konsonan malar yang
boleh disebut tanpa vokal dalam sebilangan kecil bahasa, contohnya di akhir perkataan bottle
dan button dalam bahasa Inggeris. (Huruf vokal terakhir e dan o dalam perkataan tersebut
sekadar hasil ejaan; Plato memaksudkan sebutannya.) Walau bagaimanapun, konsepsi
konsonan asal Plato pun tidak memadai untuk menghuraikan bahasa manusia sejagat, kerana
dalam sebilangan bahasa, misalnya bahasa-bahasa Salish, konsonan hentian juga disebut
tanpa vokal bersebelahan, apatah lagi konsepsi konsonan masa kini tidak memerlukan
penyebutan bersama vokal. Konsonan itu bererti bukan vokal dan tidak diikuti oleh mana-
mana vokal.

Terdapat beberapa ciri konsonan. Setiap konsonan boleh dibezakan mengikut sifat
Cara artikulasi ialah cara konsonan dibunyikan, seperti sengau (melalui hidung), hentian
(menghalang udara sepenuhnya). Daerah artikulasi ialah anggota saluran suara yang
berlakunya gangguan konsonan, yang mana terlibatnya organ-organ pertuturan, termasuk
dwibibir (kedua-dua bibir), gusi (lidah menyentuh rabung gusi), dan velar (lidah menyentuh
lelangit lembut). Selain itu, terdapat juga penyempitan di satu anggota serentak dengan
gangguan di anggota lain, Pembunyian konsonan ialah cara pita suara bergetar ketika
penyebutan. Apabila pita suara bergetar sepenuhnya, maka konsonan itu bersuara; jika
langsung tidak bergetar, maka konsonannya tak bersuara. Masa mula suara menandakan
pemasaan pembunyian, seperti penghembusan.

Diftong

Diftong dan deretan vokal. Bahasa Melayu ada tiga fonem diftong (geluncuran dua vokal
dalam satu suku kata) jati yang hanya terdapat dalam suku kata terbuka, iaitu:

/ai̯ /: kedai, pandai /au̯/: kerbau, aura /oi̯ /: dodoi, amboi

Diftong /ei/ dari kata pinjaman, seperti Mei dan esei hanya disebut /e/. Ciri ini juga berlaku
terhadap /ou/ yang menjadi /o/.

Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam
dua suku kata, contohnya: /a-i/: kain /a-u/: laut

Sungguhpun tidak dibezakan dalam ejaan rumi masa kini, namun diftong dan vokal rangkap
ada perbezaan dalam ejaan Jawi, yang mana huruf vokal dalam vokal rangkap dipisahkan
oleh huruf hamzah (‫ ;)ء‬contohnya: ‫ الءوت‬laut, huruf vokal diftong pula dibiarkan bersambung.

Gabungan vokal berikut diterima sebagai geluncuran vokal antara dua suku kata, tetapi jika
dilafazkan dengan cepat, bunyinya seakan-akan diftong.

/ia/: meriah /iu/: liur /ua/: luar /ui/: kelui


Berbeza pula dengan perkataan yang kata dasarnya berakhir dengan fonem vokal tetapi
diimbuhkan dengan akhiran -i, yang mana tiadanya geluncuran antara vokal-vokal berkenaan,
sebaliknya terlafaznya kesan 'hentian'. Contohnya: /a.i/ dalam perkataan mengenai. Begitu
juga dengan gandingan vokal sama antara dua suku kata, seperti saat /sa.at/.

Rujukan

Abdul Hamid Mahmood(2009),Sintaksis Dialek Kelantan,DBP,hlm 73.

Abdul Hamid Mahmood(2007). Linguistik Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu. Aslita
Sdn.Bhd.hlm 14-16.

Indirawati Haji Zahid, Mardian Shah Omar. Fonetik dan fonologi. PTS Professional. ISBN
9833585639. Dicapai pada 15 November 2017.

Abdullah bin Hassan. "6". Linguistik am. PTS Professional. ISBN 9833376185. Dicapai pada
18 November 2017.

You might also like