You are on page 1of 3

1.

0 PENDAHULUAN

Asas sesebuah kerajaan terawal di dunia wujud dengan kewujudan tamadun yang
membawa kepada pecahan ciri-ciri tamadun antaranya ialah wujudnya penempatan kekal,
mempunyai sistem pemerintahan, kemunculan bahasa dan tulisan, kewujudan agama dan
kepercayaan,wujud pengkhususan pekerjaan dan kewujudan sistem perundangan (Harris
Anuar, 2010). Mengikut Kamus Dewan (1991), perkataan tamadun bererti kebudayaan,
kemajuan dan peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu yang hampir sama
pengertiannya dengan parkataan ‘tamadun’ ialah perkataan ‘peradaban’ yang membawa erti
kebudayaan, tamadun dan kemajuan dari segi jasmani dan rohani.

Tamadun merupakan pencapaian dan perkembangan manusia secara evolusi melalui


beberapa fasa .Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian atau kemajuan dalam
aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan
fizikal. Menurut. Syed Muhammad Naquib Al Attas, tamadun berasal daripada perkataan
‘maddana’ dan berasal daripada perkataan ‘din’ yang bermaksud agama (al-Attas, 1992:1-
33)[1]. Konsep tamadun merupakan kayu ukur perkembangan masyarakat ke tahap yang
lebih baik dan maju dalam segenap aspek.

Tamadun India bermula tahun pada 2350-3000 S.M di lembah sungai Indus dan
merupakan sebuah tamadun awal yang masih kekal sehingga ke hari ini. Tamadun India
dapat dibahagikan kepada beberapa tahap berlandaskan kepada zaman pemerintahan . Dari
segi lokasi, India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan.
Kedua–dua bahagian India tersebut mempunyai perbezaan segi aspek bahasa, budaya serta
amalan keagamaan. Tamadun India yang kaya dengan kepelbagaian budaya kesenian dan
cara hidup masyarakatnya telah mempengaruhi kehidupan masyarakat dunia.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektif sepanjang kajian ini:

1. Kajian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang kegemilangan Islam di India

2. Kajian ini juga menambah ilmu pengetahuan tentang kesan kegemilangan Islam di India
kepada masyarakat di seluruh dunia

3.0 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah kegemilangan Islam di India?

2. Apakah kesan kegemilangan Islam di India kepada masyarakat di seluruh dunia?

4.0 KAEDAH

Semasa membuat kerja kursus tersebut, saya telah mencari maklumat

daripada buku rujukan, buku teks, dan melalui Intenet.Terlebih dahulu, kami membaca buku t

eks untuk memahami pengetahuan tentang Tamadun India. Kandungan dalam buku teks

mudah difahami, kami boleh dapat maklumat yang penting kerana maklumat dalam buku teks

sangat ringkas dan padat.

.Selain itu, kami juga mencari maklumat melalui Internet. Internet terdapat banyak blog

dan esei tentang Tamadun India. Kesimpulannya, kami haruslah cari banyak sumber semasa

membuat kerja kursus tersebut supaya dapat mencari maklumat yang lengkap dan juga boleh

menambah pengetahuan diri sendiri.


Fariza Md. Sham et al. (eds) (2000). Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala

Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Hunting, Samuel. (1993). Clash of Civiliztions. dlm Foreign Affairs, 72(3) : 22-49

Hunting, Samuel. (1993). The Clash of Civilization and the Remaking of World

Order. dlm Foreign Affairs, 72(3) :22-49

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi Muhamed Fauzi,

Othman, Othman A. Kassim. (2013). Wajah Moral Masyarakat Melayu Pascamoden :


Antara Realiti, Harapan Dan Gagasan. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia

Samuel P. Huntington (1992). Pertembungan Peradaban. (terjemahan) Kuala Lumpur : ISIS


Malaysia, 1992, hlm4-6.

Siti Hajar Che Man Dan Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran Kursus Tamadun
Islam Dan Tamadun Asia Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama
Ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina. Journal Sosiohumanika, 5(1).

Wilson, J. (1990). A New Introduction to Moral Education. London: Casell.

Wan Hashim Wan Teh. (1997). Tamadun Silam Dan Pembinaan Tamadun

Abad Kedua Puluh Satu. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like