You are on page 1of 7

Berasal dari suku kaum Asadiyah

Keturunan Quraisy bangsawan terpilih,


Itulah dia saidatina Khadijah,
Pendamping Rasulullah lagi dikasih.

Kenalkah anda akan saidatina Khadijah?

Nama sebenar beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza. Beliau
dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah. Beliau dibesarkan
dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna oleh kedua ibu bapanya.
Didikan dan tunjuk ajar mereka menjadikan beliau seorang anak yang taat sehingga menjadi
wanita yang budiman dan berakhlak luhur.
Walaupun dibesarkan dalam golongan keluarga bangsawan, beliau tidak pernah bangga dan
sombong dengan taraf kebangsawanannya. Akhlaknya itu menyebabkan beliau digelar At tahirah
yang bermaksud perempuan suci.
Beliau merupakan seorang usahawan wanita terkemuka. Sangat berjaya dalam bidang
perniagaan. Satu kafilah dagang Khadijah yang dihantar ke Syria menyamai konsortium
beberapa kafilah dagang Quraisy.

Sebelum dikurniakan darjat sebagai Ummul Mukminin yang pertama, Khadijah telah beberapa
kali menikah. Suami pertamanya adalah Abu Halah bin Zurarah al-Tamimi.

Setelah kematian suaminya, beliau menikah lagi dengan A’tiq bin A’bid bin Abdullah bin Umar
bin Makhzum. Namun, perkahwinan itu tidak kekal. Ramai pembesar Quraisy yang melamar
Khadijah namun ditolak kesemuanya.

Pemuda yang berjaya menambat hatinya ialah Muhammad bin Abdullah yang ketika itu berusia
25 tahun. Lebih muda 15 tahun daripada usianya. Hiduplah beliau di sisi Muhammad sebagai
tauladan isteri paling solehah sepanjang zaman.
Khadijah merupakan isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Beliau dimuliakan
suami ketika hidup dan sesudah wafat. Pengorbanan beliau sentiasa dikenang.
Menjadi ingatan abadi. Pujian yang sentiasa meniti di bibir Nabi terhadap insan
bernama Khadijah r.ha mengundang kecemburuan Aisyah r.ha, biarpun pada saat
itu Khadijah r.ha sudahpun wafat.
Contohilah sifat mulia yang ada pada Khadijah. Amalkan sifat mahmudah
seperti baik hati, lemah lembut, jujur dan sebagainya. Jika kita mengamalkan
sikap dan akhlak yang mulia, hidup kita akan diberkati Allah.
3

Pengorbanan dan kesucian cinta Khadijah tiada tolok bandingannya. Semasa


nabi berkhalwat di gua Hira’ beliau tidak pernah bermasam muka malah
beliaulah yang menyediakan keperluan dan makanan nabi saw. Siti Khadijah
merupakan orang pertama mendengar wahyu yang disampaikan Jibril kepada
nabi dan menjadi wanita pertama memeluk Islam.

Siti Khadijah juga menjadi tulang belakang di dalam usaha dakwah nabi
sehingga akhir hayat beliau. Beliau sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga
malah menghabiskan seluruh harta yang dimiliknya
Di antara keutamaan Khadijah yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah
SAW yang lain ialah:

1. Isteri pertama Rasulullah SAW. Kekasih pertama di hati Nabi.


2. Rasulullah SAW tidak menikahi wanita lain selama Khadijah r.ha. masih hidup.
Aisyah r.ha berkata, “Selama hidup bersama Khadijah, Nabi SAW tidak menikahi
wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia.” (Diriwayatkan oleh Muslim, no.
2436).
3. Rasulullah SAW tidak mengambil hamba wanita sehinggalah Khadijah r.ha
meninggal dunia.

4. Isteri yang mampu memberikan keturunan kepada Rasulullah SAW.


5. Rasulullah SAW tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika hanya
mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Khadijah. Hanya setelah mempunyai ramai
isteri, karenah para isteri kadang-kadang membuatkan baginda marah. Marah-
marah sayang. Penuh hikmah.

6. Insan pertama solat bersama Nabi.


7. Wanita pertama di antara isteri-isteri Nabi yang mendapat jaminan syurga.
8. Orang pertama menerima salam daripada Allah.

9. Wanita pertama yang masuk dalam kategori shiddiq (yang benar).

10. Orang pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi SAW.


Dari kisah Saidatina Khadijah ini, kita dapat lihat bahawa Saidatina Khadijah
mempunyai keperibadian yang sungguh indah dan unggul. Beliau seorang anak
yang bertanggungjawab dan pandai berdikari dalam menguruskan dan meneruskan
perdagangan keluarganya. Beliau seorang isteri yang setia, ikhlas terhadap
suaminya.

Beliau berada di sisi suaminya yang tercinta di kala suka dan duka. Beliau juga
seorang ibu yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu terhadap
anak-anaknya. Seterusnya, beliau telah memberi banyak pengorbanan dari segi
harta, waktu, kepandaian, tenaga, dorongan dan hatinya yang tiada bandingannya
untuk Islam yang dicintai. Pengorbanan-pengorbanan beliau cukup berhasil bagi
menguatkan dan mengukuhkan kerajaan Islam ketika itu.
Pengorabanan Saidatina Khadijah untuk Islam ini sangat diagungkan dalam
sejarah kita. Dorongan yang diberikan kepada suaminya iaitu Nabi Muhammad S.
A. W. telah membuat politik Islam semakin maju. Tidak ada seorang pun yang
dapat memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah.
Pada usia 64 tahun Siti Khadijah telah sakit tenat dan akhirnya wafat. Beliau telah
meninggal dunia setelah menyelesaikan kewajibannya sebagai isteri, sahabat,
pelindung, sandaran hati Rasulullah selama 25 tahun.
Siti Khadijah adalah cinta pertama Rasulullah. Padanya terhimpun cinta, kasih
sayang dan kelembutan seorang isteri dan juga ibu sehingga digelar ummul
mukminin iaitu ibu orang-orang mukmin. Rasulullah seringkali mengingati setiap
butir kata khadijah dan sentiasa merinduinya walaupun beliau sudah tiada.
PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Saya Imran Iskandar Bin Hasnul Hadi dari kelas 2 Thehta , merakamkan rasa bersyukur ke
hadrat Ilahi akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya saya dapat menyiapkan folio yang
ditugaskan oleh guru Pendidikan Agama Islam .

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Pendidikan Agama
Islam Ustazah Puan Rashdah Binti Majid kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan
folio ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang di sayangi kerana telah
membantu dari segi kewangan serta sokongan mental dan fizikal .

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dari
kelas 2 Thehta kerana telah menolong dan menyokong saya terutamanya dalam penyediaan bahan
untuk menyiapkan folio ini.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik anda semua.

You might also like